Bila Harimau Sudah Menaip... |
- Adam Adli Wajib Baca Posting Ini
- Amalina Bukan Contoh Sehebat Siti Fatimah
- Kenyataan Bodoh Mak Amalina
- Kerana Mulut Comel Isa Samad...
- Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis
- Ceramah Terbaik Dari Isa Samad
- Orang Gomen
- Zakat: Untuk Kegunaan Kecemasan Pak Menteri?
- Bersabarlah Tuan Ronasina. Usah Bersedih.
- Asabiyah, Dr. Asri dan Fathul Bari
- Video Arman Kena Bodoh Dengan Bebudak
- Parpukari dan papagomo adalah blogger Pakatan Rakyat?
- Oley: Terbaik dari PAS
- Pemuda dan Wanita UMNO Paling Gagal Dalam Sejarah UMNO
- Semoga Tun Mahathir Bertaubat
- Blogger Tidak Waras.
- Timnas Indon dimamposkan!
- Haji Najib, Haji Anwar dan Komentar
- Hudud: Ulasan Fathul Bari dan Komen Najib Razak
- Sijil Pengesahan Haji Mabrur
- Blogger Berbaris Panjang Menuju Neraka
- Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan
- Panggilan Haji - Penerangan Haji Yang Dilakukan Rasulullah
- Perlawanan Akhir : Nasihat den buek Nogoghi Semilan
- Apa Itu Manhaj Salaf
Adam Adli Wajib Baca Posting Ini Posted: 04 Jan 2012 08:27 AM PST Dengan nama Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan Para Sahabah radiAllahuanhum Ajmain. Benar, ada banyak perlu dipinda dalam banyak undang-undang dalam negara ini. Jika ianya direka dan dibuat oleh manusia, masakan ia sempurna dan adil 100%. Itu fakta dan tidak melampau jika aku katakan yang itu juga adalah Iman. Bagi aku, memahami bahawa perundangan manusia itu senantiasa perlu dipinda dan ditambah-baik serta mengakui bahawa mana-mana perkara di bawah tangan manusia mempunyai kelemahan dan kesilapan, umpama kita mengatakan qalam Allah dan rasulnya terpelihara dari kelemahan dan kesilapan. Namun, perlukah kita menjadi tukang sorak dan batu api terhadap tindakan mahasiswa dan "bekas" Mahasiswa dari SMM dan membiarkan sahaja mereka memperjuangkan kepercayaan mereka? Adakah kita menjadi lebih bijak dengan mengatakan mereka bodoh? Tentu sekali tidak. Perkara penting bagi mana-mana Mahasiswa dalam hal ini adalah mengenalpasti permasalahan pokok dan menanganinya dengan bijak. Apa masalah mereka? Yang pertama, luahan dan permintaan mereka tidak diendahkan. Tida hairanlah mereka menjadi tidak percaya kepada kerajaan. Hal ini, kita tidak wajar mempersalahkan mereka. Sesiapa sahaja akan marah dan menunjukan ekspresi kemarahan itu. Cuma cara dan kaedah sahaja yang berbeza. Namun, masalah mereka sekarang adalah mereka dihalang"mempromosikan" masalah mereka dan gagal membuatkan pembuat dasar memandang dan mendengar keluhan mereka. Tentu sahaja berbaring dan bertempur dengan undang- undang kampus malahan berkonfrontasi dengan pihak berkuasa adalah tindakan tidak bijak. Jika ia dilakukan rakyat marhaen, mungkin tidak mengapa. Namun jika ia dilakukan oleh Mahasiswa dan bakal pendidik, agak kurang molek. Sudut pandang kurang molek itu terarah dari asas Islam dan budaya ketimuran. Jika ia dipandang dari sudut yang berbeza, mungkin keputusannya juga berbeza. Apa yang Adam Adli, Syukri dan SMM boleh lakukan? Dibawah, digariskan beberapa cadangan buat SMM:
Percayalah, berjuang menggunakan kudrat adalah perkara terakhir dalam bab perjuangan. Perjuangan yang dikenang sepanjang masa adalah perjuangan hujjah dan akal; walaupun kemenangan melalui keringat dan darah itu menjadi bukti kekuatan dan kehebatan. Begitulah Islam terbela (secara teori); dengan hujah, strategi dan mata pedang adalah yang terakhir. Bermula dengan hujjah bagi berdakwah, dengan staregi untuk berhijrah dan berperang (contoh: Perang Badar). Lihat sahaja kandungan surat Khalifah Mu'tasim yang berbunyi " Dari hamba Allah yang bernama Mu'tasim kepada Anjing Rom. Sesudah engkau membaca surat ini, hendaklah engkau membebaskan perempuan Islam yang engkau tawan. jika tidak, akan ku hantar bqala tenteraku yang kepalanya di negeri engkau dan ekornya di dalam genggamanku". Kahlifah Mu'tasim tidak meletakkan peperangan sebagai perkara nombor satu bukan? Kesilapan telah dilakukan namun ia boleh dibaiki. Berusahalah tanpa jemu seperti ikan pari yang cuba terbang. Wallahua'lam. Nota kaki: Video ini sepatutnya bertajuk "I Believe I Can Fly". ;) |
Amalina Bukan Contoh Sehebat Siti Fatimah Posted: 04 Jan 2012 07:22 AM PST Di bawah ini, adalah salah seorang yang boleh kita jadikan contoh buat anak-anak kita. Bukan yang aku post sebelum ni. Walaupun aku ada teringin untuk balas kenyataan balas dia melalui emak dia, tetapi aku memilih untuk STOP. Dia juga beragama Islam. Apa salahnya aku berdoa yang baik-baik buat dia sekeluarga? Satu je nasihat aku buat Amalina dan keluarga beliau terutamanya emaknya..ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya. Dan jika aku mengatakan TIDAK SALAH dengan perbuatan Amalina dan Ibunya, dan ianya bagus dan TIDAK MENGAPA, lengkaplah aku menjadi pengkhianat AGAMA ALLAH dan RASULNYA. Nauzubillah. Baiklah. Berbalik kepada pelajar yang ingin aku syorkan dicontohi adalah pelajar di bawah: -------------------------------------- (dari : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/siti-fatimah-mukhtar-bekas-pelajar.html) Siti Fatimah Mukhtar bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A. Siti Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
(Sumber) : mengajipastiboleh.blogspot.com dan sharpshooterblogger.blogspot.com. |
Posted: 03 Jan 2012 06:24 PM PST Sememangnya kemungkaran tidak boleh ditangani dengan kemungkaran. Aku berusaha untuk tidak mahu komen tetapi sakit hati dengan komentar emak Amalina dalam mempertahankan anaknya. Pandangan awal aku, kita tidak wajar menghentam tetapi sepatutnya menasihati. Namun, aku tidak dapat tidak untuk komen dan memuaskan hati aku yang geram. Kalau macam ni la hasil A1 pelajaran Agama Islam, aku cukup kecewa. Kalau abah aku masih hidup dan aku memalukan dia sebegini, masak aku kena sental. Nasib kau baik Amalina. Kau ada emak yang sanggup membodohkan diri untuk membela kau.
|
Kerana Mulut Comel Isa Samad... Posted: 02 Jan 2012 09:46 AM PST Sedap hati kau je nak lutu kepala pemimpin peneroka...sedap gigi kau je nak kata orang macam- macam..sekarang, pemimpin peneroka sudah menyerang balas. Aku nak tengok apa kata Isa Samad lepas ni. |
Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis Posted: 31 Dec 2011 08:03 PM PST di salin dari Minda Tajdid (drmaza.com) WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa) Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu, Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat. Tugas Mulia Saudaraku anggota polis, Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku. Saudaraku anggota polis, Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): "Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).Nabi s.a.w pula bersabda: "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan. Bahaya Kuasa Saudaraku anggota polis, Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui. Saudaraku anggota polis, Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya. Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).Allah Tidak Lupa Saudaraku anggota polis, Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana. Dunia Sementara Saudaraku anggota polis, Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).Saudaraku anggota polis, Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).Sabda baginda juga : "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).Nasihati Hasan al-Basri Saudaraku anggota polis, Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata 'Umar bin Hubairah: "Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.Saudaraku anggota polis, Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara. Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia. Saudaraku anggota polis, Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas! Mohd Asri Zainul Abidin |
Ceramah Terbaik Dari Isa Samad Posted: 30 Dec 2011 06:21 PM PST Aku bukan penyokong tegar Tan Sri Isa tetapi aku berasal dari Port Dickson dan berada dalam Parlimen Telok Kemang. Sebagai anak Port Dickson, aku akui bahawa pidato Tan Sri memang lain macam. Kita layan video di bawah: |
Posted: 27 Dec 2011 06:53 PM PST Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LPNT) bagi Presiden CUEPACS hanya layak diberi 12%. Beliau cukup tidak trampil dari segi memberikan persepsi baik kepada penjawat awam yang umum sudah tahu amat tidak cekap dan memualkan. Mesyuarat sambil kunyah kuih lapis, menjual produk keluaran sendiri di tempat kerja, tidak faham prosedur dan tanggungjawab asasi jabatan sendiri, lembab, waktu mengeteh berjam - jam, masuk kerja lambat, balik awal, tak masuk kerja langsung tapi tak kena buang, makan suap: adalah antara persepsi yang terpahat di kepala otak umum. Ini antara peristiwa peribadi yang aku alami (yang larat aku tulis) dengan orang gomen sepanjang aku hidup:
Lepas tu, aku baca blog Pilihan-Anda. Mendidih darah aku. Bengong la Omar Osman ni. Patutlah orang gomen kerja macam haram jadah (maaf lah ye). Presiden CUEPACS yang menggalakkan rupanya. PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji. Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. BERNAMA |
Zakat: Untuk Kegunaan Kecemasan Pak Menteri? Posted: 23 Dec 2011 09:52 AM PST يَوْمَ الْقِيَامَةِ خُمُوشٌ أَوْ خُدُوشٌ أَوْ كُدُوحٌ فِي وَجْهِهِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْغِنَى قَالَ خَمْسُونَ دِرْهَمًا أَوْ قِيمَتُهَا مِنْ الذَّهَبِ Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abdullah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang meminta-minta sedekah sedangkan dia kaya yakni padanya apa yang mencukupinya, maka pada hari Qiamat kelak akan menimpa mukanya kesan luka, calar dan kesan gigitan. Lalu dia bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kaya? Jawab baginda: Lima puluh dirham atau nilaiannya daripada emas[1]. Al-Sahanfuri di dalam menghuraikan hadis ini menyatakan bahawa mereka yang kaya adalah haram meminta sedekah atau zakat. Maksud kaya ialah mereka yang memiliki harta untuk makan dan minum serta keperluan asasi dalam setiap waktu atau kebanyakan waktu[2]. [1] Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy 'ath (M275H), Sunan Abi Daud, Maktabah Al-Ma 'aarif, Al-Riyadh, Kitab Al-Zakah, hlm 282. [2] Khalil Ahmad Al-Sahanfuri (M1346H), Bazlu Al-majhud Fi Hall Abi Daud, Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyyah, Beirut, jilid 8, hlm 153-154. ------------------- Aku mulakan penulisan dengan petikan Hadith dari blog Zuridan. Mungkin ia tidak tepat untuk aku jadikan hujah kepada tajuk aku di atas, namun sekurang-kurangnya kita mengetahui bahawa Sang Kaya mempunyai kekangan dalam isu zakat. Berita yang tidak sedap aku dengar adalah apabila ada Pak Menteri yang dengan amat mudah menggunakan wang zakat sebagai penggunaan ketika beliau terlibat dalam kes qazaf DSAI. Apa sahaja alasan kalian bagi mempertahankan Pak Menteri ini, kepala otak dan akal milik Allah Azza Wa Jalla ini tidak mampu menerimanya. Bagaimana aku mahu menerima jika ramai asnaf yang sukar dibantu dengan wang zakat? Bagaimana aku mahu terima jika pemurtadan yang berleluasa khabarnya berpunca dari kegagalan mereka dibantu oleh Pusat zakat? Bagaimana aku mahu terima jika proses permohonannya amat rumit namun tidak bagi Sang Kaya? Jika kalian kata BOLEH dan menghalalkan tindakan Pak Menteri, maka bolehlah aku pinjam duit zakat untuk berniaga dan akan pulangkan apabila sudah untung? Ini adalah penyelewengan yang nyata!
Apa yang kita perlu lakukan? Pertama, kita perlu tidak meredhai tindakan Pak Menteri tersebut. Kedua, adalah TUKAR. Samada TUKAR KERAJAAN ATAU TUKAR MENTERI ATAU TUKAR PROSEDUR ATAU TUKAR SISTEM; ITU TERPULANG KEPADA AKAL TUAN-TUAN. Yang pastinya, ada yang perlu ditukar dan diubah. pautan isu penyelewangan wang zakat dan dokumen dari Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara: klik sini. |
Bersabarlah Tuan Ronasina. Usah Bersedih. Posted: 22 Dec 2011 03:42 AM PST Sekalung takziah buat blogger Ronasina a.k.a. Kulupsakah. Aku pernah membaca sebuah kisah namun aku tidak menyiarkannya kerana meragui darjat hadith tersebut. Jika sesiapa dapat memastikannya maklumkan padaku. Tuan Ronasina, kisah dibawah lah yang aku maksudkan. Baca dan hadam betul-betul. Kau insan terpilih bro. Kau dan isteri cukup tabah. Bertolak dari keimanan inilah, Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa seseorang yang kematian anaknya, lalu dia bersabar dan mengucap istirja' ( berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un' ), Allah akan membina baginya sebuah rumah di dalam syurga namanya Baitul Hamdi (Rumah kepujian ). Nabi bersaabda yang bererti: (Apabila mati seorang anak hamba itu, Allah bertanya kepada MalaikatNya, " Apakah kamu telah mencabut nyawa anak hambaKu ? ", lalu mereka menjawab " Ya". Allah berkata lagi " Apakah kamu mengambil nyawa buah hatinya ?" mereka menjawab " Ya ". Lalu Allah bertanya kepada MalaikatNya lagi "Apakah yang hambaKu kata ?"Jawab Malaikat " Dia memuji engkau (mengucapkan Alhamdulillah) dan mengucapkan Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Roji'un. Lalu Allah berkata " Binalah bagi hambaKu ini sebuah rumah di dalam Syurga dan kamu namakannya Baitul Hamdi."dari SINI. Wallahua'lam. |
Asabiyah, Dr. Asri dan Fathul Bari Posted: 21 Dec 2011 06:21 PM PST Sebenarnya, aku sudah loya dengan tindakan ala- gangster dari pihak UMNO. Bukan aku tak kenal kebanyakan orang kuat UMNO di tempat aku kerana keluarga aku memang boleh digelar "UMNO totok" atau "UMNO tegar". Aku kenal perangai mereka (di cawangan) yang malamnya kepit betina dan di mesyuarat cawangan cerita bab kedaulatan Islam. Manusia yang tak loya dengan puak sebegini memang bukan manusia. Oleh sebab itu aku tak sokong UMNO 100%. Aku juga tak tergamak nak sokong PAS 100% kerana aku nampak ada fahaman Syiah dan apabila Mat sabu "naik", lagilah aku menjauhkan diri. Melainkan PAS menolak Mat sabu kerana ke"Syiah"annya atau pun Mat Sabu bersumpah bukan Syiah (walaupun aku tahu dia boleh bertaqiyyah), selagi itu pendirian aku sebegitu. PKR pula terlampau sekular. Bab "keadilan" yang diperjuangkan mereka, memang aku tabik, bab menentang kemungkaran dengan hujah memang aku respect, namun bila masuk bab Islam, aku nampak mereka agak sekular. Selagi tiada hujah yang boleh membuktikan mereka tidak sekular, aku biarkan persepsi aku begitu. sokongan aku juga tidak sampai 100% pada mereka. DAP? Dah habis parti kat Malaysia pun aku takkan masuk DAP. Pangkah DAP? Bab itu rahsia. Oppss..lupa lak. Parti KITA. Ia agak bagus tetapi ia tidak mempunyai kekuatan. Oleh itu, aku simpan komen aku terhadap mereka. Isu Video Arman Arman cuma terikut-ikut apa yang Pemuda UMNO biasa buat. Budak Arman ni, kalau ajak one-by-one memang kecut perut dia. Gaduh panggil geng mungkin dia berani. Video dia yang ada adegan berkahak tu, memang membuat mata aku berbulu. Dulu, aku tak kisah kalau dia nak ludah Namewee, tapi kalau nak ludah Mahasiswa tu, aku tak berapa nak suka. Menteri Pengajian Tinggi ada menyebut, apa sahaja yang Mahasiswa buat diluar kampus termasuk berpolitik, itu tidak menjadi hal. Asalkan mengekalkan suasana neutral dalam kampus, ia masih dibenarkan. Oleh itu, Arman ni apahal? Dan, jika UPSI mengambil tindakan terhadap budak Adam tu, itu nyata melanggar amanat Menteri Pengajian Tinggi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga wajar disanjung kerana menaikkan persepsi rakyat terhadap kerajaan. Parpukari nak hentam dia atau apa ke, itu masalah Parpukari la. Parpukari pun mana pernah masuk Universiti. Maafkan sahaja lah dia. Terbaik hari ni, disalin dari blog Milo Suam, adalah tweet Dr. Asri. Bagi aku adalah tweet yang jujur dan ikhlas. Tertunggu juga aku kenyataan dari Fathul Bari. Fathul Bari dan Asabiyah Fathul Bari menulis di kolum Mingguan Malaysia dan berjaya meyakinkan khalayak bahawa menjadi ahli UMNO adalah tidak Asabiyah. Namun tertanya juga aku, adakah dengan menyorok kebenaran dan membelakangkan keadilan dalam isu Shahrizat, Adam UPSI dan barang kemas Rosmah Mansur masih membuatkan ahli itu tidak Asabiyah? Jika parti tidak Asabiyah, jika ahli tidak Asabiyah; adakah blogger yang berat sebelah itu tidak boleh dikategori dalam Asabiyah? "Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata: "Iaitu membantu kezaliman…" (rujuk Aun Al-Ma'bud) Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu/ perkara pada tempatnya. Jika Pakatan Rakyat diam dan membisu terhadap isu terbaru Nga Kor Ming, maka mereka juga zalim. Wallahua'lam. Nota kaki: atas alasan itu, tidak berpihak adalah jalan terbaik. |
Video Arman Kena Bodoh Dengan Bebudak Posted: 19 Dec 2011 09:39 PM PST Arman, lu boleh lupakan niat nak jadi panglima dalam Pemuda UMNO. Video lu dah kena bodoh. Gua lagi suka tengok budak Myspace punya video dari lu. Kreatif. |
Parpukari dan papagomo adalah blogger Pakatan Rakyat? Posted: 18 Dec 2011 07:41 PM PST Di akhir penulisan, akan aku terangkan mengapa tajuknya begitu. Dari perspektif aku, Nga Kor Ming sudah masuk jerat. Syarikat dimana isterinya menjadi Pengarah telah dilantik menjadi penjahit Lounge Suit walaupun dalam Keputusan Tender, harga mereka paling mahal.(rujuk Cucu Tok Selampit). Bagi aku, jika harga tawaran tender syarikat tersebut paling murah atau kedua termurah, ia bukannya hal besar. Perkara ini bukan baru di dalam pekung PBT. Seperti di NS, ada Majlis Daerahnya pernah melantik kontraktor dari SELANGOR (dan mengabaikan kontraktor Negeri Sembilan) walaupun harga mereka antara yang paling mahal. Secara purata, kontraktor NS menawarkan harga +-178-188k bagi kerja di Lampu Jalan namun kontraktor Selangor tersebut memenangi sebutharga dengan harga +-194k. Mengapa ia tidak pernah dipertikaikan? Aku ada beberapa kes yang boleh menjadi rujukan namun aku memilih untuk tidak berlebihan dalam hal ini. Bagi aku, terdapat tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan sebagi tok dalang. Siapa? Aku tidak tahu. Aku secara peribadi menyelar apa jua penyelewengan dari mana-mana individu yang memegang kuasa. Jika Shahrizat Jalil diminta letak jawatan kerana syarikat suaminya, mengapa tidak pada Nga Kor Ming? Jika blogger Pakatan Rakyat tidak menyelar atau mendesak Nga Kor Ming meletak jawatan, maka mereka sama dengan Papagomo dan Parpukari yang menjadi penyokong kuat UMNO tidak kira betul atau salah. Mengelirukan bukan? Blogger pro-UMNO dan pro-PR memang sama dari segi mempertahankan pemimpin masing-masing namun amatlah malang jika mereka juga SAMA dalam menutup kebathilan dan kezaliman. Dan, jika perkembangannya begitu, rakyat sudah boleh mulai khuatir kerana tiada perbezaannya antara BN dan Pakatan Rakyat. Akhirnya, hendak undi siapa? Wallahua'lam. |
Posted: 15 Dec 2011 01:35 AM PST Penerangan Tentang Hukum Hudud...terbaik dari Parti Islam Semalaysia. Tak payah bertegang leher macam Kamal Saidin. Kepada Puan Enot, sila tengok video ni 100 kali. Tidak macam video Sembang Rakyat yang terlalu memualkan. Semoga mereka bertaubat. |
Pemuda dan Wanita UMNO Paling Gagal Dalam Sejarah UMNO Posted: 14 Dec 2011 11:20 AM PST Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi daripada Pemuda Umno untuk cabarab debat mengenai skandal RM250 juta Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah. Yang paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember. Hanya selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno. (Sumber : http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/12/kehidupan-selepas-nfc-masa-depan-yang.html) Komen aku: Entah apa yang KJ takutkan untuk berdebat dengan Rafizi. Jika isu NFC adalah fitnah, aku amat pasti KJ akan menghantar "bala tentera"nya yang lain untuk menggantikan beliau. Kesimpulan mudah bagi tindakan Khairy Jamaluddin itu hanya ada 2: 1. Beliau tidak ada fakta yang boleh membantu untuk kemenangan beliau dari segi hujah dan pembuktian fakta. atau 2. Beliau sahaja yang bijak untuk berdebat dan menganggap barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang lain adalah bodoh dan tidak layak untuk berdebat ataupun spin fakta. Beliau mengambil ikhtibar atas kebodohan hujah-hujah Lokman Adam suatu ketika dahulu. Bagi aku, kebenaran hanya tertegak dengan hujah. Selagi ia tanpa hujah yang kukuh, maka sebarang kenyataan wajar ditolak. Tidak pernah pula aku melihat Pemuda atau Wanita UMNO mutakhir menegakkan kebenaran dengan hujah. Ada segelintir yang bagus umpama Dr. Novandri dan Kamrulzaman Kamdias didalam blognya yang menangkis hujah Pakatan Rakyat dengan hujah. Kalau nak tunggu datang dari Exco Mutakhir, kirim salam lah! Nak cerita hal Wanita UMNO? Mana ada cerita. Dengar sahaja hujah dan usul mereka dalam PAU yang lepas, nothing, poci, yilek! Jika Keluarga Shahrizat bersalah, maka hukum sajalah. Duit itu bukan duit mak bapak dia pun. Umpama aku ketika kecil, sudah tentu makan kepala tali pinggang abah aku kalau duit yang dia suruh beli buku, aku gunakan untuk beli air Milo. Walaupun aku berhujah yang Milo memberi tenaga, namun hakikatnya aku adalah orang yang melanggar amanah. Bagaimana pula orang yang "rapat" dan dan hanya mendiamkan diri apabila temannya melanggar amanah; dibiarkan menjadi pemimpin? Hal ini, aku merujuk pada Shahrizat Jalil. Dan, bagaimana pula orang yang bermati-matian mempertahankan orang yang melanggar amanah, boleh dikatakan calon boleh menang? Aku merujuk kepada KJ dalam kenyataan ini. Bukankah melanggar amanah itu ciri-ciri Munafikun? Wallahua'lam. |
Posted: 14 Dec 2011 09:50 AM PST Sumber: blog Kereta Buruk 21 HHRS 2.0 - Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang mu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu. Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! '(Riwayat Tarmidzi) Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW yang berkata: "Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44) Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahawa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47) KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku. Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah ra dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga. Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku. Diterjemah dari fiqhislam/ al-hasanah NOTE: Baca pada bahagian yang di bulatkan di bawah |
Posted: 03 Dec 2011 06:54 AM PST Aku cukup meluat dengan blogger yang mengubah "takbir" kepada "take beer". Biarpun bagi mereka ia adalah lucu dan mampu memperlekehkan musuh politik mereka, namun aku tetap menentang dan tidak bersetuju "unsur- unsur" yang nilainya tinggi dalam Agama Islam digunakan secara murah dan memualkan. Bagi aku, ia bagai budak kindergarten yang ejek kawan mereka kerana nama bapak mereka lucu. Ini blogger bangsat. Blogger paling membakar jantung yang baru saja aku baca postingnya adalah blogger bagi blog "Darul Ehsan Today". Beliau mahu mengaibkan musuh politiknya dengan menyiarkan gambar seorang tokoh politik tertinggi PAS dengan seorang perempuan. Yang kurang ajarnya, blogger berkenaan melabelkan tokoh tersebut sebagai "Nabi". Nauzubillah. Aku cukup faham bahawa dari mana datngnya sindiran tersebut dan ia merujuk satu video ceramah lelaki berserban bersuara halus/nyaring dimana lelaki tersebut cuba mengangkat taraf tokoh PAS dan menyamakan ia dengan riwayat Nabi Muhammad SAW. Aku setuju jika dikatakan penceramah itu agak melampau. Namun, adalah tidak beretika dan cukup memudaratkan Islam jika ada penulis yang menulis "pengiktirafan" kenabian TANPA SEBARANG NOTA KAKI, RUJUKAN, PAUTAN ATAU SEBARANG NOTA YANG BOLEH MEMBUATKAN PEMBACA FAHAM TENTANG MAKSUD YANG INGIN DISAMPAIKAN SECARA JELAS. Dan pada aku, tanpa "pengiktirafan" kenabian tersebut, penulisan itu boleh juga "memanggil" audience; cuma yang perlu adalah OTAK DAN AKAL. Itupun jika rating yang digilakan blogger darul Ehsan Today. Dibawah adalah tulisan blogger gila tersebut. Ptuihh! Menulis untuk "Agama, Bangsa Tanahair" konon. Nak muntah aku. Nabi Nik Aziz Main Gesel-Gesel....Nabi nik aziz main gesel-gesel dengan bini orang, hebat penangan iklan ubat kuat dalam harakah, sampaikan bini orang pun jadi mangsa.... |
Posted: 21 Nov 2011 09:23 AM PST Sakit hati aku bila penyokong timnas Indonesia (aku suka perkataan "timnas"..ia agak kenusantaraan) memekak apabila lagu Negaraku berkumandang. Peduli apa aku jika lagu itu senada dengan lagu lain? Itulah lagu yang aku berdiri tegak selama 11 tahun ketika zaman persekolahan..tidak dicampur dengan pra-sekolah di Tabika KEMAS. Aku marah dan marah aku bertambah ketika minit ke-5. Sekarang, aku gembira kerana aku merasakan timnas Malaysia seakan - akan sudah menerajang sorang-sorang penyokong timnas Indon. Akhir qalam, Syabas dan aku merasakan gambar dibawah dapat menterjemah kegembiraan aku dikala ini. Berdarah kau kepala Garuda tu..;) |
Haji Najib, Haji Anwar dan Komentar Posted: 08 Nov 2011 05:20 AM PST |
Hudud: Ulasan Fathul Bari dan Komen Najib Razak Posted: 07 Nov 2011 11:44 PM PST Setelah memahami penjelasan panjang lebar dari Abu Islam Fathul Bari, kita dengar pula penjelasan/ komen dari Perdana Menteri kita. Tidak pula saya tahu bahawa penjelasan Najib ini mewakili Chua Soi Lek atau Karpal Singh. Wallahua'lam. |
Posted: 02 Nov 2011 09:05 AM PDT Aku tengok berita..ada sifulan yang bersyukur yang amat bila bertemu Najib Razak Al-Haj. Sifulan ini mungkin fikir bahawa namanya akan disenaraikan sebagai salah seorang penerima Sijil Haji Mabrur dari Jabatan Perdana Menteri??? 1. Labbaik Allahumma Labbaik: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 2. Labbaika la syarika laka labbaik: Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. 3. Inna al hamda wa an ni'mata laka wa al mulka la syarika laka: Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu. Buat sifulan (dan aku sendiri) seandainya dia tidak faham maksud lafaz talbiyah. |
Blogger Berbaris Panjang Menuju Neraka Posted: 01 Nov 2011 10:23 AM PDT Dahulu, aku menulis kerana aku ada pandangan yang berbeza dengan parti pembangkang dan kerajaan mutakhir. Aku menulis ikut hati; terkadang emosi dan terkadang tampak tenang. Ramai blogger tersohor di Malaysia adalah seekor anak kucing ketika saat awal aku menulis. Magis sungguh tarikh aku bermula menulis sama dengan tarikh Tun Mahathir mula menulis (semoga beliau bertaubat). Aku tidak hairan langsung dengan populariti apatahlagi rating. Jujur aku katakan, aku agak gembira apabila alam blog dan internet telah membawa aku mengenali Islam. Alhamdulillah. Ahh..itu bukan perkara pokoknya. Kebelakangan ini, aku melihat senario penulisan sosio-politik di Malaysia hanya menabur fitnah dan pendustaan; jika tidak pun kebanyakannya bersama-sama berkongsi dalam menyebar aib dan keburukan pihak lawan. Sebab itu aku memilih untuk tidak berpihak. Aku melihat, kedua-dua pihak dalam keadaan rosak dan merosakkan. Jika ada baik, ia amat kurang. Kaedah blogger sosio-politik Malaysia seakan mudah, Aku formulakan ia seperti dibawah disamping aku versus kan dengan kefahaman agama mereka: Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mendedahkan aib tetapi aku percaya mereka sedar membuka aib saudara seIslam itu dimurkai Allah. Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menghina hukum Allah jika hukum itu sendiri tidak disokong pemimpin "Agung" mereka tetapi aku percaya mereka sedar bahawa membelakangkan hukum Allah itu dimurkai Allah. Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencari nas/dalil yang menyebelahi parti mereka (walaupun ia bukanlah tafsiran yang tepat) tetapi aku percaya mereka sedar menjual ayat Allah Azza Wa Jalla dan RasulNya itu dimurkai Allah. Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencipta perkataan- perkataan popular walaupun yang dihina itu adalah kalimah Allahu Akbar (Takbir) tetapi aku percaya mereka tahu berzikir itu disukai Allah. Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menelanjangkan saudara seIslam di hadapan Sang Kuffar tetapi aku percaya mereka sedar perbuatan itu dimurkai Allah. Pernahkah mereka terfikir bahawa tulisan, video ataupun apa sahaja bahan yang dimurkai Allah yang berada di layar blog mereka akan MENJADI BEBAN YANG AKAN MEMBUAT MEREKA DIAZAB? Tidakkah mereka tahu sebagai insan, mereka wajib untuk mati sebelum bertemu Allah SWT? Jika mereka tahu itu semua dan masih meneruskan, bersedia untuk beratur bersama ahli neraka untuk dihumban ke neraka! Aku mahu kembangkan penulisan ini. Bayangkan, jika ada dua pihak yang bertelagah dan membidas antara satu sama lain, sudah tentu ada pihak yang benar dan pihak yang dusta. Sebagai contoh, video seks, kemungkinan yang pasti adalah : Jika ia benar - pasti ada insan berada dalam kategori sebagai mendedahkan aib saudara seIslamnya sendiri. Jika ia palsu - pasti ada insan berada dalam kategori menabur fitnah. Kalau bercakap hal dosa, itu sungguh berat untuk ditanggung mereka. Bertaubatlah (doa ini juga untuk diriku). Aku ada membaca tentang keluhan blogger yang berada di pihak kerajaan. Mereka bicara hal perjuangan. Yang menulis hal ini mengaku masuk UMNO sejak 2009. Kalau aku masih seperti dahulu, pasti aku akan menulis "PERJUANGAN ABAH KAU. KAU TAHU KE TIDAK ERTI BERJUANG?" Namun aku bukan lagi seperti itu. Aku pasti menulis sebegini "jika kau meletakkan harapan pada manusia yang juga tidak tahu nasibnya di esok hari , pastilah engkau kecewa. LETAKLAH TAWAKKAL DAN HARAPAN PADA ALLAH AZZA WA JALLA" |
Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan Posted: 31 Oct 2011 05:50 AM PDT |
Panggilan Haji - Penerangan Haji Yang Dilakukan Rasulullah Posted: 31 Oct 2011 05:47 AM PDT Bila Rasulullah SAW melakukannya, maka kita wajib ikut kerana Bagindalah sebaik-baik contoh. |
Perlawanan Akhir : Nasihat den buek Nogoghi Semilan Posted: 29 Oct 2011 04:35 AM PDT kemaskini lagi: Piala Malaysia akhirnya di tangan pasukan yang berhak! ___________________________________________________ kemaskini: Trengganu dapat 1 gol setelah "menerajang" penjaga gol, sayap kiri dan sayap kanan pasukan Nogoghi Semilan. Citt! Busuk punya olang! __________________________________________________ Dah tigo tahun ekau main final bai. 2009, orang khobar monang sobab kito ado rajo baru, kalah maso 2010, orang khobar pasal ado pilihanrayo kek Galas. Tahun ni, orang khobar kito kalah sobab Trengganu nak hadiah kemonangan kek Tuanku Mizan. Yo lah, lopeh ni kito ado Yang Dipertuan Agung baru pulak. Takpo. Diorang bukannya tuhan. Kalau percayo tukang ramal, tak diterimo sembahyang kito 40 hari plak. Main boto- boto. Kasi hoben budak penyu. Bebudak tu tak pornah makan podeh. Kito bagi podeh jubo diorang malam ni. Den tak nak ramal apo-apo. Cumao harap Nogoghi den monang. |
Posted: 19 Oct 2011 09:07 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan