Jumaat, 20 Januari 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kereta yang dinaikki Adam Adli disimbah cat merah

Posted: 19 Jan 2012 06:58 PM PST

MAKLUMAT yang diterima daripada rakan blogger Topeng Perak, kereta yang dinaikki oleh aktivis mahasiswa, Adam Adli telah disimbah dengan cat merah.

Difahamkan kejadian berlaku berdekatan Tambatan Di Raja Kota Baharu malam tadi. Pihak bertanggung jawab melakukan perbuatan jahat ini masih tidak dapat dipastikan.




Mungkinkah blogger United Malays No Otak akan memainkan perang saraf lapuk mereka dengan menuduh Adam Adli sengaja menyimbah cat pada keretanya sendiri? Kita tunggu dan lihat.

Sekarang ni kalau berlaku kecederaan, kemalangan, kecelakaan dan sebagainya, anda akan akan dituduh sengaja melakukannya ke atas diri anda sendiri oleh blogger-blogger United Malays No Otak.

Terbaru, blogger gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, RBF menuduh pengacara dan pelakon terkenal Wardina Safiyyah berlakon apabila rumahnya dirompak baru-baru ini,rujuk sini [Portal mStar]


ReJaM© " Adam Adli, lima minit yang mencetuskan sejarah..."

Wanita warga emas disamun ketika sedang solat

Posted: 19 Jan 2012 05:49 PM PST



SUNGAI MANIK - Bukan sahaja dipukul, dipijak dan dibelasah tanpa belas kasihan, malah seorang warga emas berusia 64 tahun turut disamun dua lelaki setelah selesai menunaikan solat Subuh di rumahnya, di Parit 8B, awal pagi semalam.

Akibat tindakan ganas penyamun yang hanya mengenakan seluar dalam berwarna kuning itu, warga emas berkenaan terpaksa menerima lima jahitan di bibirnya akibat ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali.

Warga emas, Aminah Awang berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, dia yang baru selesai solat Subuh dan mahu berdoa, terkejut apabila secara tiba–tiba diacukan parang di lehernya.

"Makcik terus menjerit meminta tolong tetapi penyamun tersebut membelasah bertubi-tubi tanpa belas kasihan meskipun mengetahui makcik tidak mampu melawan.

"Dalam keadaan kesakitan, lelaki yang tidak mengenakan topeng muka itu memberikan amaran supaya tidak menjerit sambil mengambil barang kemas dan wang sebelum melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Hadir sama, Pegawai Khas Adun Sungai Manik, Halim Mat Jelani

Aminah yang masih trauma akan kejadian itu, mengalami kecederaan agak parah di bahagian muka dan bibir serta menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.


Adik Aminah turut ditumbuk

Kejadian malang yang menimpa Aminah turut dialami adiknya, Aisyah Awang, 63, yang tinggal serumah.

Aisyah berkata, dia tidak menyedari kejadian itu kerana sedang solat Subuh di bilik bersebelahan kakaknya.

Jelasnya, setelah selesai solat, secara tiba-tiba, dia ditumbuk di bahagian muka oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang turut mengenakan seluar dalam berwarna kuning sambil mengacukan parang di lehernya.

"Takut dicederakan lebih teruk, makcik menyerahkan barang kemas dan duit kepada lelaki seperti mana diminta, pada masa yang sama makcik terdengar jeritan kakak meminta tolong.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH supaya keselamatan kami adik-beradik selamat," katanya.

Kata Aisyah, kedua-dua lelaki berkenaan sempat mengunci kembali pintu rumahnya sebelum melarikan diri.

"Kedua-dua lelaki itu sempat mengunci kembali pintu sebelum anak saudara kami, Nazri Zakaria, 43, datang untuk mengambil umpan itik yang disimpan di rumah kira-kira jam 6.50 pagi tadi (semalam), "katanya.

Aisyah berkata, anak saudaranya mereka terus membawa kedua-dua warga emas itu ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sebaik sahaja menyedari ibu saudaranya disamun serta dicederakan.

"Kejadian awal pagi tadi (semalam) menakutkan malahan kami adik-beradik masih trauma akibat kejadian itu.

"Mungkin dalam tempoh tertentu kami akan berada di rumah saudara kerana bimbang kejadian itu akan berulang kembali," katanya.


Dua lelaki diburu

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Mohamad Zaki Harun ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu berlaku.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan membuat laporan di IPD Hilir Perak, kira-kira jam 1 petang, semalam.

Jelasnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kes itu dan anggaran kerugian yang dialami warga emas berkenaan kira-kira RM2,500.

"Kes disiasat di bawah Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan usaha mencari suspek sedang giat dijalankan oleh pihak kami," katanya.

Kejadian malang yang dialami dua warga emas berkenaan mendapat perhatian Ketua Kampung Permatang, Abdul Halim Abdul Rashid, 50.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan berharap permohonan kampung tersebut memasang lampu jalan dapat diluluskan dengan segera.

Menurutnya, keadaan beberapa jalan di kawasannya gelap pada waktu malam menyebabkan rumah penduduk berhampiran laluan berkenaan menjadi sasaran penjenayah.

"Kami sering mengadakan rondaan pada setiap malam, tetapi tidak menyangka penjenayah akan bertindak pada awal pagi.

"Mungkin selepas ini saya akan memastikan rondaan akan dijalankan lebih kerap supaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali," katanya.


Sumber:[Sinar Harian]

ReJaM© " Penyamun semakin berani, kita sangat-sangat perlukan Hudud!"

Rafizi Ramli cukup bersedia dan teruja disaman RM100 juta

Posted: 19 Jan 2012 04:18 AM PST



SAYA dimaklumkan melalui media internet bahawa pada hari ini, Dato' Seri Shahrizat Jalil telah mengemukakan saman menuntut pampasan RM100 juta terhadap saya dan YB Zuraida Kamaruddin atas penglibatan kami mendedahkan skandal NFC setakat ini.

Saya yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri. Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.

Oleh yang demikian, saya dan YB Zuraida Kamaruddin bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak. Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.

Pun begitu, Dato' Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.

Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah.

Risikonya memang lebih berat di pihak saya dan YB Zuraida Kamaruddin yang berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, sedangkan Dato' Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya.

Jika pimpinan Umno seperti Dato' Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar. Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat.

Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak.




MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

19 JANUARI 2012



ReJaM© "Lembu sudah masuk perangkap kah kah kah..."

Tiada ulasan: