MiLo SuaM |
Anwar Ibrahim patut dinobatkan sebagai lelaki paling jahat di Malaysia Posted: 05 Jan 2012 05:57 PM PST KALAU merujuk kepada media-media propaganda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, dan TV3, jelas Anwar Ibrahim merupakan manusia yang paling teruk diserang kiri kanan atas bawah, siang malam pagi dan petang. Malah kalau kita lihat sejarah, beliau seolah-olah sudah jadi manusia paling jahat di dunia. Apa kesalahan yang tidak dituduh ke atas beliau? Liwat, zina, penipu, ajaran sesat, salah guna kuasa, ejen Amerika, ejen Arab Saudi, ejen Israel, nak bangkrapkan negara, nak jual negara, menghancurkan Islam, pecah belahkan masyarakat, membuat huru-hara, pelakon video lucah, dajal, dan sebagainya. Tuduhan seks saja, berapa banyak versi sudah dilemparkan ke atas beliau? Kononnya Anwar zina dengan bini kawannya, zina dengan pelacur, ada anak haram, liwat pemandu, liwat adik angkat, liwat pembantu, liwat rakan sepenjara. Tunggu masa saja beliau akan dituduh lakukan hubungan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Malah, sepanjang ReJaM© mengenali tokoh-tokoh pemimpin yang ada di dunia ini, Anwar lah manusia yang digambarkan sebagai paling jahat dalam sejarah. Terbaru, Anwar dituduh membawa fahaman yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Kononnya Anwar membawa fahaman pluralisme pulak. Berdasarkan tuduhan yang terlalu banyak ini, Anwar wajar dinobatkan sebagai manusia paling jahat di Malaysia atau barangkali sebagai manusia paling jahat di muka bumi ini. Inilah propaganda yang cuba ditanam di dalam fikiran rakyat Malaysia. Namun jika difikirkan secara rasional benarkah ada manusia sejahat itu di Malaysia ini? Benarkah ada manusia yang mampu jadi sejahat itu di dunia ini? ReJaM© "Najib Razak pula wajar dinobatkan sebagai manusia paling suci di Malaysia..." |
Perkasa kata mahu buat provokasi 9 Jan, apa kata Polis? Posted: 05 Jan 2012 03:35 AM PST PRESIDEN Perkasa, lelaki berperwatakan gemuk pendek dan bermulut becok, bernama Ibrahim Ali telah mengeluarkan kenyataan akan melakukan provokasi pada 9 Januari ini, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Kalau kita lihat lelaki yang sememangnya gemar melakukan provokasi bagi menaikkan namanya sejak di Universiti ini secara jelas ingin melakukan huru hara. Berbeza dengan Perhimpunan Aman 901 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di mahkamah Jalan Duta pada 9 Jan ini, jelas dan terang mereka mahu mengadakan perhimpunan aman di sekitar mahkamah. Hak berhimpun juga telah termaktub di dalam perlembagaan. Rakyat dibenarkan berhimpun secara aman tanpa senjata. Maka ia jelas selari dengan perlembagaan. Perkasa pula nak buat provokasi, jadi apa kata Polis? ReJaM© "Dalam negara ini kalau berhimpun sokong Rosmah Mansor, takkan kena tangkap! " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan