Jumaat, 27 Januari 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


pengumuman dan sebarkan!

Posted: 26 Jan 2012 08:10 PM PST

perhatian: antara artis- Sohaimi Meor Hassan, Pyanhabib, Pekin Ibrahim and Sevenwords, Jawi Band, Nikjidan dan beberapa lagi aktivis seni. Fara Fauzana janji nak kasi barangan peribadi juga untuk dijual/lelong tapi minah ni sebok sangat. harap dia punya masa...JOM DAN SEBARKAN! Justice For An-Nur!






baca ini juga satu demi satu

Pengarah 'Budak Kelantan' Perjuangkan Filem 'Geng Pisang'

Pengarah Wan Azli Wan Jusoh dan D.O.P Mad Nor Kassim di set penggambaran filem 'GENG PISANG'.

Turun naik perkembangan industri perfileman negara sejak dahulu sehingga sekarang adalah merupakan cabaran bagi sekumpulan penggiat muda kesenian yang bernaung di bawah nama Seni Suri Jawi.

Cabaran ini tidak pula melunturkan semangat mereka untuk menyumbang sesuatu kepada industri perfileman dan masyarakat khasnya. Maka dari itu lahirlah sebuah naskah filem yang bertajuk 'GENG PISANG', karya pertama yang bakal dipertaruhkan ke tengah medan industri perfileman tanahair tidak lama lagi.

Setelah dua kali gagal untuk mendapatkan pinjaman dana kreatif dari Bank Simpanan Nasional dengan tanpa alasan, produksi filem 'GENG PISANG' tetap tidak akan mengalah dan akan meneruskan penggambaran. Filem yang menggabungkan beberapa syarikat produksi seperti Seni Suri Jawi, One Zero Corporation, Framepersecond Pictures dan DFX Studio ini bakal menjalani penggambaran pada Februari 2012 nanti.

Pengarahnya Wan Azli Wan Jusoh yang pernah menggemparkan industri tanahair melalui filem 'Budak Kelantan' menyatakan, mereka akan terus berusaha untuk menjayakan matlamat filem ini walaupun terpaksa menjalani penggambaran secara indie atau gerila. Filem ini dirancang untuk menjalani penggambaran pada Oktober 2011 lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menyedari tanggungjawab yang terpikul di bahunya, Wan Azli Wan Jusoh yang agak serius sewaktu seisi temubual menyatakan, selain masalah dana yang dihadapi beliau tidak mengalami masalah lain kerana di Seni Suri Jawi mereka berkerja secara berjemaah dan saling melemparkan pandangan untuk filem ini.

Dan inilah kekuatan kami untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, sejak akhir ini segalanya sudah mula menampakkan kemudahan untuk melaksanakannya. Dan sekarang masanya sudah sampai, ujar beliau dengan sedikit senyuman.Ketika ditanya mengenai lambakan filem bercorak gangster di pawagam sekarang beliau menjawab, apa yang lebih penting walaupun industri filem tanahair sedang dilanda gelombang filem bercorak gangsterism, namun filem ini bukanlah terpengaruh dari keadaan itu, kerana skrip filem ini sudah dihasilkan pada tahun 2008. Dan motif filem ini jauh berlainan dari filem gangsterism yang sedia ada.

Berkisahkan tentang perjalanan hidup seorang pembunuh rahsia yang menganggotai sebuah kumpulan bawah tanah, filem ini dijangka akan dapat memberikan suatu sentuhan dan citarasa baru dalam industri perfileman tanahair. Kelainan cara garapan yang dipertaruhkan dalam filem ini juga diharap akan dapat membawa sebuah perubahan kepada dunia perfileman negara. Kerana filem ini lebih menerapkan serta menekankan jati diri Melayu dalam babak-babak serta aksi pertarungannya, dan tidak ingin dipengaruhi oleh babak-babak aksi filem dari Hong Kong atau Hollywood. Ini juga dibayangkan oleh salah seorang pelakon yang terlibat, yang juga merupakan seorang pengarah filem kontroversi 'Dalam Botol'.

Pengarah filem dan pelakon Khir Rahman semasa ditanya menyatakan, naskah ini adalah sebuah naskah yang jujur dan penuh dengan kisah-kisah tauladan serta peringatan yang dapat membina serta menyedarkan masyarakat tentang apa yang berada di sekeliling mereka. Atas sebab itu saya bersetuju untuk menjadi sebahagian dari karya ini. Lagi pula kami semua memang sudah sepakat untuk menggerakkan 'sesuatu' untuk industri filem Melayu melalui wadah Seni Suri Jawi. Jadi nantikanlah kemunculan filem ini, ujarnya ringkas dengan senyuman penuh makna pada pertemuan itu.


Skrip filem ini ditulis oleh Wanji Aswandi berkonsepkan kritikan sosial yang bergenre drama aksi dan bakal membariskan barisan pelakon seperti Khir Rahman, Bront Palarae, Wanji Zain, Pekin Ibrahim, Amerul Affendi, Nam Ron, Melissa Saila, Pyan Habib, Ronasina, Khiril Ridzuan dan ramai lagi.

pergi ke page FB Filem:Geng Pisang dan tonton trailernya

Posted: 26 Jan 2012 10:46 AM PST

Pada malam tahun baru yang lepas, sekumpulan artis telah bergabung tenaga untuk menjayakan "Konsert Amal Seribu Harapan An-Nur" yang diadakan di Dataran Apartment Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya bagi membantu mengisi tabung dana perubatan buat adik An-Nur yang menghidapi penyakit cerebral palsy (lumpuh otak).

Antara artis yang terlibat di dalam konsert itu adalah Band Jawi, Rocktone, Sevenword, Pyan Habib, Pelangi Chenta, Nik Jidan dan ramai lagi. Program konsert ini dijangka akan berterusan dalam beberapa siri seterusnya di tempat-tempat lain sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Konsert yang sebahagian daripada kempen Hope to Walk itu diadakan atas kesedaran bahawa penyakit ini adalah satu penyakit kebas saraf di bahagian otak yang menjadi penyebab perkembangan kanak-kanak tidak berfungsi. Namun dengan sistem sokongan dan latihan fisioterapi serta beberapa proses pemulihan, kecacatan akan dapat dipulihkan atau dikurangkan dan pesakit akan dapat meneruskan hidup dengan lebih baik. Melihat kepada peluang inilah,

Seni Suri Jawi telah merangka sebuah program konsert bergerak bagi membantu adik An-Nur.
Menurut salah seorang pengasas dan penggerak utama Seni Suri Jawi Wan Azli Wan Jusoh, Seni Suri Jawi sanggup mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk menjayakan konsert pertama ini demi mengumpulkan dana tabung harapan An-Nur bagi mendapatkan rawatan secepatnya.

"Adik An-Nur telah menghidapi celebral palsy sejak dari dalam kandungan sehingga sekarang berusia lapan tahun, dan program ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana perubatannya ke Beijing, China, terang Wan Azli yang juga sebelum ini pernah mengarah filem Budak Kelantan.

" Kos keseluruhan rawatannya pula mencecah sehingga RM 500,000. Dan pihak kami sangat berharap agar ada dari kalangan usahawan, VIP atau koprat yang sudi untuk menaja program kami demi mencapai tujuan ini", jelasnya lagi.

Sementara itu semasa ditanya, Wanji Zain yang juga merupakan antara pengasas dan penggerak Seni Suri Jawi memberitahu bahawa pihak mereka akan meneruskan program konsert amal seribu harapan An-Nur ini sehingga pembiyaan perubatan adik An-Nur berjaya dikumpul.

"Kamijuga sangat mengalu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai ruang dan tempat serta kelengkapan untuk mengadakan konsert ini di mana-mana bandar utama dalam negara, agar dapat menghubungi pihak kami untuk menjayakannya. Masyarakat harus disedarkan mengenai amal kebajikan melalui wadah kesenian", katanya.

Setakat ini, jumlah tabung yang digerakkan oleh Seni Suri Jawi bersama gerakan Hope To Walk telah berjaya dikumpulkan sehingga lebih RM 60,000. Ini bermakna jumlah yang telah dikumpul masih jauh dari sasarannya, manakala adik An-Nur diharapkan dapat di bawa ke China pada bulan Februari 2012.

Justeru itu, pihak Seni Suri Jawi menyeru kepada penggiat seni tanahair khususnya serta seluruh masyarakat amnya agar prihatin dan dapat membantu keluarga adik An-Nur dalam menyediakan kos perubatan yang di luar kemampuan mereka.

Seni Suri Jawi adalah merupakan sebuah gabungan penggiat kesenian fitrah yang berteraskan kesenian berlandaskan Tauhid dan sufi. Penggeraknya terdiri dari beberapa penggiat filem, teater dan muzik tanahair seperti Wan Azli Wan Jusoh, Wanji Zain, Amerul Affendi, Khir Rahman, Nam Ron, Zaid Yusof, Fandi Che Hisyam, Pekin Ibrahim dan Khairil Ridzuan. Para penggiat ini sedang berusaha keras serta memperjuangkan sebuah ketelusan dan kejujuran berkarya di dalam industri perfileman dan muzik tanahair.

Kempen Hope 2 Walk ini hebat digerakkan melalui laman facebook. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi melalui pautan http://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/groups/345006588846928/



Adam Adli - mahasiswa yang popular sekarang turut bantu juga

Tiada ulasan: