Jumaat, 27 Januari 2012

.

.


Tazkirah Jumaat

Posted: 26 Jan 2012 07:19 PM PST

Cikgu Azmi Harus Berundur Dari Himpun

Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dilihat dari segi tujuan dan iltizam perwujudannya indah dan menarik sebagai satu Ngo yang bertunjangkan jihad untuk memperjuangkan akidah umat Islam nampak dari hari ke sehari telah menyerlahkan warna dan matlamat sebenarnya. Chassis Himpun sudah agak lari jauh.

Walaupun sejak mula lagi kemunculan Himpun ini boleh dipersoalkan (tidak mungkin ia tidak ada agenda politik bila dilihat kepada siapa di belakangnya) tetapi ia masih boleh dimaafkan dan dilihat pada waktu itu sesuatu yang tepat dan diperlukan. Mungkin dalangnya si kaya yang mahu menaburkan budi dan baktinya kepada agama dan bangsa. Maklumlah orang duit lebih kalau tidak ditabur kepada kepentingan agama ke mana lagi? Ke meja judi?

Memang tujuan dan niat Himpun ditubuhkan untuk mengawal akidah umat Islam dengan memberi kesedaran dan penerangan betapa sekarang ini akidah umat Islam berada dalam keadaan terancam dan tergugat. Maka kewujudnya diharap menjadi wadah mempersatukan ummah tepat.

Beberapa peristiwa yang meletus akhir-akhir ini akibat ketiadaan stabiliti politik Melayu menyebabkan ada elemen menganggu ketenteraman umat Islam, jadi kemunculan kena pada masanya. Umat Islam perlu membimbangi fenomena itu. Sebab kewajiban menjaga dan mempertahankan kesucian Islam dan keutuhan bangsa terletak di tangan umat Islam dan Melayu. Bangsa lain tidak akan sesekali mempertahankan Melayu.

Justeru mulanya umat Islam tanpa mengira pegangan dan ideologi politik, baik yang berada dalam persatuan, individu atau kelompok kecil memberi sokongan kepada Himpun. Himpu adalah manifestasi kepada kesatuan ummah Islam negara ini, di mana semua pihak perlu mengenepikan sentimen dan ideologi politik. Himpun dikira boleh menjadi wadah permersatukan ummah setidak-tidaknya di negara ini.

Malahan dalam satu pertanyaan saya kepada pengerusi bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar, beliau menjawab jaringan Himpun dalam mempertahankan akidah ummah Islam ini bukan saja terhad di Malaysia tetapi mencakupi Nusantara ini. Aduh.. hebatnya.

Setelah berlalu dan mengadakan beberapa majlis himpunan, arah dan apa tujuan Himpun sebenar telah terserlah. Azam dan keikhlasan yang dicanangkan sebelum ini untuk menjadi wadah penyatuan ummah dan mempertahankan akidah sudah tergelecah ke arah lain. Himpun nampaknya sudah menjadi alat atau wadah untuk mempopularkan individu tertentu dan majlis itu diadakan juga seperti mahu menempelak pihak lain dan menyokong pihak lain - sesama Islam yang berkonflik.

Sebenarnya warna politik Himpun ini sudah mulai nampak sejak awal penubuhannya lagi dan sewaktu majlis julung kalinya di Shah Alam. Apabila mereka mengundang orang politik yang dikenali tidak berapa mesra dan jahil agam untuk bercakap, maka orang sudah mengagak apa dan siapa yang ada di sebalik Himpun ini.

Kenapa? Apakah kerana Himpun dibiayai oleh orang tertentu maka paksi Himpun perlu condong kepada satu pihak? Sudah ada cakap-cakap bahawa Himpun adalah alat politik kepada Umno. Dalam erti kata lain Umno sudah membelakangi Ngo gabungan itu dengan diberikan tugas kepada seseorang individu yang membelanjakan peruntukannya untuk Himpun.

Kita tidak menolak wang itu dan tidak menolak kewujudan Himpun atas nawaitu yang diuark-uarkan. Apa yang ditentang ialah penyelewengannya. Kalau kewujudannya lari dari matlamat asal sokongan moral perlu ditarik balik. Saya percaya beberapa Ngo, termasuk gerakan pelajar, kumpulan nasyid yang bergabung tenaga memberi sokongan moral sebelum ini kerana yakin kepada kesucian Himpun.

Tetapi apabila mereka menyedari ke mana Himpun - yang dijadikan alat dan kuda tunggang untuk apa mereka ikut sama bersubahat. Iya, mungkin ada mereka yang menyokong parti Umno di dalam mana-mana Ngo bergabung membentuk Himpun tetapi cara mereka dieksplotasi dengan menggunakan nama untuk mempertahankan akidah tetapi hakiatnya untuk menyelamatkan Umno mungkin sesuatu yang dianggap kotor dan kurang disetujui.

Dalam catatan ini sini saya tidak mahu menuju kepada sesiapa tetapi saya ingin menyatakan pandangan saya kepada direct kepada Cikgu Azmi Hamid yang menjadi pengerusi bersama. Saya nampak kehadiran dan kesediaan Cikgu Azmi memimpin Himpun adalah atas rasa tulus dan keperihatinan kepada agama Islam. Sebagai seorang pejuang Melayu tulen yang berteraskan Islam, beliau tentu merasa bertanggungjawab. Atas amanah itulah beliau bersama Himpun.

Saya yakin cikgu Azmi tidak mempunyai apa-apa motif politik melainkan demi kepentingan agama dan bangsanya.

Tetapi hari ini setelah Himpun lari chassis, apakah wajar cikgu Azmin terus berada dalam Himpun? Apakah dia dapat berdiri atau pun menegakkan Himpun seperti naiwatu asalnya dulu? Cikgu Azmin sendiri sudah nampak apa yang baik dan apa yang tidak mengenai Himpun. Atau bagaimana ada noda-noda yang tidak seharusnya dibiarkan dalam, Himpun. Keadaan ini pada bacaan saya Azmin sudah terperangkat.

Pengunaan nama Exco Agama Pulau Pinang untuk menjemput orang ramai menghadiri Himpun di Kepala Batas besok adalah jelas noda kotor yang telah menyelinap dalam Himpunan. Cikgu Azmi sendiri telah membuat penafian dan mengecam tindakan itu ata nama Pengerusi Pengupayaan Melayu (Teras). Himpun yang didirikan dengan akhlak Islam tidak sepatutnya memutar belitkan fakta dan menipu orang ramai seperti mengedar kad jemputan atas nama Exco itu.

Orang-orang jahat dan biadab serta petulang yang mengambil kesempatan atas Himpun dengan mengedar kad palsu itu sepatutnya didoakan supaya mati lemas air. Kerana segelintir manusia seperti itulah merosakan susu sebelanga.

Cikgu Azmin tentu merasa malu dengan apa yang berlaku. Apa-apa wajah buruk atau pun kepincangan yang berlaku dalam Himpun kesannya akan tempias kepada cikgu Azmin. Adalah terlalu sayang kalau cikgu Azmin bersedia menahan dirinya untuk dilumuri perangai-peragai syaitan di dalam Himpun?

Sebelum ini bekas Exco Agama Selangor ikut sama terlibat dalam Himpun. Dia melangkah ke pentas Himpun dengan niat mempertahankan akidah! Kapasitinya ketika itu ialah sebagai Exco agama yang obses untuk mempertahankan akidah. Hari ini dia tidak memiliki apa-apa kuasa lagi. Yang ada hanya tahi gigi dan air liur sahaja. Apa yang dia boleh lalukan dan apakah 'keramat' yang ada kepadanya lagi?

Apakah tidak mungkin dia akan menggunakan pentas Himpun untuk mempertahankan diri dan membelasah parti dan kerajaan yang disertainya sebelum ini? Cikgu Azmi sebagai pengerusi kena memnatau ini dan jika perlu orang itu harus dinyahkan dari pentas agar ia tidak menjadikan pentas Himpun untuk dia melempiaskan dendamnya.

Apun sebaiknya cikgu Azmi berundur sahaja dari Himpun. Tidak sesuai lagi orang sepertinya berada dalam wadah yang sudah mulai cemar dan kotor. Negara, agama dan bangsa memerlukan seorang yang beridentiti seperti beliau yang istiqamah dengan fahama politik tidak berpihak, dan kekal dengan berkain pelikat ke mana saja pergi. Ikhlas saya katakan saya lebih suka dan mempunyai kehormatan tinggi kepadanya kalau dia tetap seperti bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Azri Zainal Abidin yang berpolitik tidak berparti yang mengkritik tidak kira siapa.

Tidak ramai orang yang mempunyai identiti sendiri, berfikiran bebas dan disenangi semua orang kerana prinsipnya. Rasanya selepas Cikgu Azmi dan Asri sudah tidak ada lagi selepas Abdul Aziz Bari kini sudah rasmi menyertai PKR?

Cikgu Azmi boleh memikirkan apa yang saya ajukan ini. Saya yakin dunai juang cikgu Azmi terutamanya dalam mempertahankan akidah ummah dan mengutuhkan bangsa tidak terbatas kepada Himpun sahaja, sebaliknya Terang yang didokong selama ini sudah cukup gah dan hebat. Orang kenal Cikgu Azmi bersinonom dengan Teras dan kain pelikat dan bukannya Himpun dan songkok senget. [wm.kl 12:00 t/hari 27/01/12]

Celoteh Murai 02/012

Posted: 26 Jan 2012 06:40 PM PST

Cadangan Salentia Kepada Burung Botak Mulut Merah

Ha ha ha... rasa nak tergelak juga Murai bila mendengar cadangan Salentia kepada si burung Botak Mulut Merah supaya memastikan sesiapa nak dicadangkan jadi MB Kelantan biarlah orang bersih dan tahu mengenai agama. (Akhirnya yang jadi kayu pengukur agama juga).

Kata Salentia berdasarkan kepada pengalaman politiknya dari tahun 1978, rakyat Kelantan mahukan kepada seseorang kepala yang bersih dan beragama, kalau kepala tidak bersih rakyat akan tolak.


Apa yang Murai dapat mengerti, kalau Umno gagal letakkan calon bersih jangan diharap Kelantan akan bertukar tangan. Kali ini Murai bersetuju (sedikit sahaja) dengan kata-kata Salentia itu. Dia juga menerima seseorang yang hendak jadi pemimpin itu haruslah bersaksyiah baik, berperibadi dan tahu membaca al Fatihah dengan tajwid dan makrab yang betul.

Baguslah ... dan memang itulah ciri-ciri untuk jadi seorang pemimpin. Tetapi soalnya apakah Umno Kelantan atau si burung Botak Mulut Merah ada calon demikian? Apakah di dalam Umno Kelantan ada orang-orang yang boleh melawan si Kopiah Tajam, Kopiah Leper, atau Kopiah Berbunga? Orang-orang ini tahu mengenai agama dan layak duduk di hadapan untuk menjadi imam. Sebutan mereka jauh lebih baik dari Salentia sendiri yang masih terlupa apakah Zohor dua rekaat atau Subuh empat rekaat, he he..

Salentia bercakap dan menumpahkan idea senang, sesenang hendak pancut kencing semasa balik ceramah, turun dari kereta tidak kira di mana, terus pancut. Untuk mendapat pemimpin yang 'beroma' anda tunjukkan itu payah, apa lagi dalam sekolah politik Umno yang jauh bezanya dengan sekolah politik Pas.

Usah pergi jauh untuk ukur sejauh mana cerdik dan bodoh anak sekolah Umno tenguk kepada pencapaian diri Salentia sendiri. Dia belajar dengan silibas Umno sejak Tadika kepada peringkat kelas tambahan. Nak kata dia lulus universiti Umno, tidaklah pula gagal memanjang.

Perhati bagaimana prinsip politiknya, perangainya, tuturkatanya, mulutnya, mukanya dan serba serbi mengenianya. Ketiaknya hangit sampai ke Amerika. Itulah jenis anak murid dari sekolah Umno. Murai pernah kata kalau al Quran belum ditutupkan lagi (khatam) mungkin kisah kerencaman politik Salentia akan dimasukkan dalam Quran. Akan ada satu surah menceritakan bagaimana jahat, tidak beradab dan busuknya si Salentia ini.

Justeru penatlah juga bagi Umno hendak mencari orang yang disebut Salentia itu. Si Lembu Makkah dan Beruang Air yang sedia ada tidak memenuhi syarat-syarat itu. Si Lembu Makkah hanya nampak baik tetapi dungu dalam tindakan politik. Penakut membuat keputusan dan selalu bermainan play safe.

Manakala di Beruang Air pula nampak sahaja besar tetapi lebih kurang si Lembu Ma
kkah saja kebetulan mereka juga duduk sekubang. Perut buncit hisap corot malam-malam melangut di kelab dangdut.

Menurut firasat Murai nampaknya Kelantan masih terus diperintah oleh kumpulan kopiah untuk pilihan raya akan datang. Cuma Murai ada satu cadangan untuk si burung Botak Mulut Merah, kalau Umno hendakkan calon yang pandai baca kitab dan al Fatihah tetapi tidak faham apa yang dia baca, ada, itu dia yang duduk di Genting, Tumpat sana.

Dia ni pandai baca kitab dan intonasi suaranya juga saling tak ubah seperti tok dalang royang kulit, dia ini lebih baik dari Salentia. Moleklah kalau Umno cadangkan dia untuk berdepan dengan si Kopiah Tajam..ooooooikkkkkk.....ya sina Pak Dogol.


Murai: Lebih baik burung Cap Tuli jadi MB.

Susupan Malam

Posted: 26 Jan 2012 06:44 AM PST

Penjelasan Noh Omar Tersekat?

Selepas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang cuba meredakan sedikit pembongkaran terhadap projek lembu gemuk (NFC) yang kena belasah terus sehingga memaksa Shahrizat Jalil bercuti selama tiga minggu dengan meralatkan audit tak kata projek NFC kucar kacir. Noh Omar pula tampil malam ini seperti mana dilapor media PB, dengan cuba menjelaskan isu NFC sengaja dipolitikkan oleh pembangkang.

Noh cuba hendak membela rakannya atau bekas Menteri Pertanian dan Indsuteri Asas Tani Udin anak Yassin yang dikatakan sangat mengetahui perjalanan NFC itu.

Saya malas ulas banyak penjelasan Noh yang tidak jelas dan tersekat-sekat itu cuma nak bertanya kepada satu persoalan yang dikatakan olehnya. Menurutnya projek itu menghadapi masalah sedikit apabila syarikat yang hendak datang melabor tiba-tiba tidak jadi.

Katanya ladang itu seluas 5,000 ekoar merupakan ladang peninggalan, (ladang gagal) pihaknya telah pun menyediakan syarikat itu masuk mengusahakan. Cara Noh 'beroyak" (bahasa Orang Asli memberi tahu), syarikat itu seperti syarikat dari luar negara.

Penjelasan Noh tersangkut kerana tidak menyebut syarikat berkenaan dan juga menjelaskan kenapa tiba-tiba syarikat itu tidak jadi masuk. Apakah ia ada kena mengena dengan komisyen atau fee yang terlalu tinggi yang perlu dilunasi ataupun kerana diminta wang tumbuk rusuk yang besar?

Hendaknya Noh memberi penjelasan perkara ini dan tidak boleh meninggalkan ayat itu tergantung. Sebenarnya banyak perkara misteri dalam kementerian pertanian dan industrian asas tani. Kalau beliau tidak jelas orang boleh menganggap beliau juga terlibat dengan tindakan syarikat itu membatalkan niat dengan tiba-tiba itu.

Dalam pada itu perlu ada pihak tertentu membuat selidikan mengenal pasti syarikat yang tidak jadi masuk itu untuk mendapat penjelasan apakah sebab musababnya. Saya percaya pembatalan itu ada kena mengena peraturan-peraturan luar tabiit yang dikenakan oleh pihak berkuasa di negara ini khususnya orang politik seperti mana yang telah disedia maklum. [wm.kl.10:56 pm 26/01/12]

Ulasan Isu

Posted: 26 Jan 2012 02:36 AM PST

Serang Azizan Razak Tidak Bijak

Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu.

Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya.

Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar.

Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh.

Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak.

Apakah motif atau isu sebenarnya di sebalik serangan ke ataz Azizan Razak saya tidak tahu. Hanya hari ini apabila saya membaca laporan di sebuah portal melaporkan Abdul Aziz Bari juga mengecam Azizan Razak sampai minta Azizan Razak menyertai BN kalau hendak sokong AUKU baru saya tahu mengenai isu berkenaan. Kenyataan atau protes Aziz Bari itu saya kira agak keras dan menjadikan saya bingkas untuk mengulas.

Serangan kepada MB Kedah itu puncanya kerana Azizan menyokong tindakan Kolej Insiniah Kedah (KUIN) menggantung lima orang pelajarnya yang terlibat dalam tunjuk perasaan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Jadi mereka yang mahukan AUKU dihapuskan marah kepada sokongan Azizan itu, menterjemahkan Azizan tidak bersama mereka.

Sokongan itu diheret kepada soal ikrar dalam Buku Jingga. Kononnya dengan pendirian Azizan itu beliau telah bersikap menyanggah kandungan Buku Jingga. Tidak dinafikan dalam Buku Jingga ada dinyatakan untuk menghapuskan AUKU. Pernyataan dan janji di dalam Buku Jingga itu sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat dan sudah diterima sebahagian besar rakyat.

Memanglah dari segi prinsipnya tindakan Azizan itu bertentangan dengan aspirasi Buku Jingga. Tetapi adalah melampau kalau beliau diserang dengan berbagai cemuhan, apa lagi serangan itu sama jenis serangan ke atas Najib Razak, Sharizat Abdul Jalil atau Rosmah Mansor. Bagi saya kenyataan Abdul Aziz Bari seperti dipetik itu saya lihat tidak cermat dan agar boros. Kalaupun beliau anti kepada AUKU tetapi Aziz tidak sepatutnya begitu lancang menyerang Azizan.

Beliau kena ingat dan faham sebusuk dan seburuk mana Azizan dia masih bersama Pakatan Rakyat dan MB kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya kira mereka yang menyerang Azizan Razak sudah melupai adat dan terbawa-bawa dengan emosi kerana terlampau geramkan UBN. Tidak boleh juga bila kita tidak senang dengan stail dan sikap seseorang kita terus menyerang mereka bila timbul saja isu yang dibangkitkan sedangkan ia boleh dibahas atau diselesaikan secara baik.

Kalau semua faham tindakan (kenyataan sokongan) Azizan itu sebenarnya ia tidak ke mana dan mudah gelabah. Ia tidak sedikitpun pun menghalangkan cita-cita untuk menghapuskan AUKU. KUIN adalah sebahagian daripada ratusan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) yang masih mengguna pakai akta berkenaan atau tertakluk dengan akta najis itu. Bukan KUIN sahaja yang mempraktikannya, tetapi pusat-pusat pengajian lain juga berbuat demikian.

Saya percaya Azizan juga tidak bersetuju dengan akta yang menyekat kebebasan mahasiswa bersuara itu. Apa lagi Azizan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (oposisi) yang sangat memerlukan kepada kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa untuk mendokong Pakatan Rakyat. Kenapa beliau menyokong tindakan itu, perlu di lihat dari sudut lain yang lebih profesional dan akademik serta politik, bukan secara harfiah. Inilah kita kadang kala kerana terlalu emosi sangat tidak dapat menyelami erti di sebalik makna. Tidak dapat menyelami erti lain daripada apa yang kita difahamkan. Ada kalanya kita terbawa-bawa dengan rasa dendam kepada seseorang itu ke mana saja.

Apa yang perlu difahamkan, KUIN tidak boleh bertindak di luar mana-mana akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ia terikat dengan syarat-syarat dan undang-undang tubuhnya. Walaupun KUIN itu dibawah kerajaan negeri yang prinsip politiknya tidak suka kepada akta itu, ia tidak boleh tidak dari memperakui akta berkenaan dan tidak boleh mengabaikannya. Mana-mana ada mahasiswa yang bersalah dan perlu dihukum maka akta itu masih relevan dan digunakan.

Kalau KUIN tidak menggunapakai akta itu pasti ia bertentangan dengan akta penubuhannya yang mana kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki menggunapakai akta berkenaan. Semua kena akui bahawa AUKU walaupun dalam proses penghapusan masa kini, tetapi ia masih belum dihapuskan, jadi ia masih valid untuk KUIN juga.

Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

Jadi bila Azizan Razak menyokong tindakan KUIN itu tidak bermakna beliau bersetuju dengan akta itu. Begitu juga bila kita membayar tol bukan bermakna kita bersetuju dan redha dengan pengenaan tol itu. Beliau menyokong sebagai menghormati keputusan institusi berkenaan yang bertindak menggunakan undang-undang yang masih berlaku (valid). Manakala kita membayar tol dalam paksa itu juga kerana menghormati syarat-syarat yang dikenakan kepada kita. Kedudukannya sama bukan?

Kaedah atau hal-hal seperti ini perlu difahami secara mendalam. Baik mahasiswa, pemimpin pelajar dan ahli politik perlu fahami mengenai perkara ini dan kedudukan sebenarnya. Apa guna kita menyerang sesama sendiri, kalau tindakan itu akan dilihat sebagai kita berpecah belah sesama kita, tiada ada guna langsung.

Kepada saya, (maaflah) mereka yang mempertikaikan tindakan Azizan, membesar-besarkannya apa lagi menyerang termasuk sampai mengungkit perangai dan peribadinya tidak bijak dan bukan orang yang memakai minda politik sepanjang masa. Mereka tidak ada sikap tasamuh di dalam politik. Mereka hanya berfikir dengan apa yang ada di hadapan mereka saja dan tidak melihat kebenaran-kebenaran lain yang berlegar di sekeliling mereka. Maaflah...

Nasib baik dalam kes ini para pemimpin tertinggi nampaknya faham dan tidak terikut dengan nafsu amarah yang mentah itu.

Perhatikan apakah kenyataan sokongan Azizan kepada tindakan KUIN itu adakah dibangkit oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat? Bukan saja dari Pas, tetapi PKR dan DAP juga. Rasanya tidak ada. Ini menunjukkan para pemimpin lebih bersikap profesional dan tahu waktu mana hendak bergaduh dan waktu mana untuk tutup mulut. Bermain politik ibarat kita berlakibini kita kena tahu waktu mana hendak bergaduh masa mana hendak bertengkar fasal nasi hangit. Kalau waktu senja kita bergaduh ertinya sepanjang malam kita akan kerugian...

Justeru mahasiswa, bloger yang anti AUKU dan sebagainya silalah tututp mulut anda. Hasrat dan matlamat untuk hapuskan AUKU itu tidak akan terhenti dengan hanya Azizan Razak membuat kenyataan menyokong tindakan KUIN itu. Malahan cara anda menyerang Azizan itu ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan tumpuan untuk menghapuskan AUKU yang telah dimeteraikan dalam Buku Jingga itu.

Kalau anda bijaksana anda tidak ungkitkan secara terbuka kenyataan Azizan Razak itu dan menerima tindakan KUIN itu. Anda patut berjumpa dan berbincang dengan Azizan. Dalam pertemuan itu anda secara senyap mengemukakan memorandum agar Azizan campur tangan melepaskan pelajar berkenaan. Cara ini paling fatanah dan menggambarkan anda - orang-orang yang mengkritik secara terbuka adalah orang yang bijaksana dan berfikiran tenang. Saya rasa Azizan juga akan bersetuju dengan permintaan anda secara diplomasi itu.

Bijaksanalah di dalam melayani isu-isu politik dan pilihlah subjek-subjek untuk diperkatakan, jangan pakai 'rawal' semua sekali. Politik perlu bijaksana yang bijaksana. Dan Abdul Aziz Bari yang baru melangkah kaki secara rasmi dalam lautan politik itu juga saya rasa sudah mula menunjukkan sikap tidak bijaksananya. Aziz sepatutnya tidak serang Azizan seperti itu yang mana boleh melukai hati penyokong MB Kedah itu, tetapi yang afdal memberi penjelasan kenapa Azizan membuat kenyataan sokongan itu. Mendamaikan dan bukan menghuruharakan lagi minda itulah politik harmonis. [wm.kl.7:14 pm 26/01/12]

Tiada ulasan: