Isnin, 16 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Perbualan Dato Saifudin Dengan NC UPSI Berkaitan Isu Mahasiswa

Posted: 16 Jan 2012 03:09 PM PST

Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual

Posted: 15 Jan 2012 11:32 PM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai "pandangan peribadi" berhubung isu tersebut.

"Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

"LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku," Hasan memberitahu pemberita di sini.

"(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

"Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya," tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.

Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.

Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap "purba" dan "bukan berkaitan."

Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata "kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami."

"Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan," kata Anwar kepada BBC.

Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR ttidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), "kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu."

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah "sah."

"Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu," kata Hasan.

Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.

"Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan," tambah Hasan.

Hasan Ali akan menjelajah keseluruh negara perjelas isu pemecatan

Posted: 15 Jan 2012 10:00 PM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Bekas pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata dia akan menjelajah ke suluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar terhadap sebab pemecatannya oleh PAS yang disifatkan tidak adil.

Dalam sidang media di kediamannya, Hasan menuduh pemecatannya berlaku sehari selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerangnya apabila dia tidak menggalakkan mahasiswa daripada menyertai perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Menurut Hasan, pemecatannya adalah bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan "autokratik" pemimpin PAS kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dia sendiri tidak jelas.

"Saya tiada kepentingan tersendiri. Saya akan mulakan jelajah ke seluruh negara, dan setakat ini saya telah menerima jemputan di Sabah .... untuk menjelaskan keadaan sebenar institusi berkenaan, sama ada mereka mampu untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan kedaulatan institusi Raja.

"PAS seharusnya menjadi bertanggungjawab terhadap aspek-aspek terbabit, tetapi mereka gagal ... saya akan turut menjelaskan sejauh mana PKR dan DAP telah mempengaruhi PAS dalam jelajah tersebut," katanya.

Hasan turut menuduh "parasit" berkenaan telah menyerap ke dalam parti dan menundukkannya terhadap kehendak mereka dan mengubah perjuangan Islam PAS.

"Pemecatan saya adalah kerana saya mengatakan perbicaraan pemimpin PKR itu adalah perkara peribadi beliau.

"(Tapi) sekarang, terdapat proses "pengAnwarisasi" berlaku dalam PAS," kata Hasan, dan menuduh keputusan parti tersebut telah dipengaruji Anwar.

Gambar: Komik 'Transformasi' Najib Mula Diedar Di Sekolah. Boleh Pulak Main Politik? Bengong Punya Undang-Undang

Posted: 15 Jan 2012 05:41 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiO8NaLRY0nPBjwomm0iNL7THUGMpjwDI9CqnQNKIgzofC6W0FKov8eIqBywqA1wQFZXvodsGfjjA-9rCPnM8dwwHeY6zmwAEy7-BsZDbLlGiKtgs4yFJ8YCxavc3FwwWe4_9TB1R49A-8-/s1600/IMG_0530.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgo_PYG3iDEgv9RjY9t5q_MAb0PuDrFZcn5oidUlHfn2Hro9AQjAeyw2Q0CM-p3WNTq45-Zz1WPYRIICd0-wgS6mITCfayjTAyQc3_Gmrbsy4_IJZN_clheGlF5QL2GI0d65e24hZf6FcCO/s1600/IMG_2005.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAGV2i_C4hY4j10YF_mNh8K1Nx1jUgjReK4rVVWSwpEoDiRjZbk2PghjKeilva8VzNIE4Olb26sbUnHOH8_uyGXL0BB5OvXHjoeDuOFTBb2DpeXF0_6Xb9NivMoiz922BJVk-Ttqh_RA9W/s1600/IMG_2006.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKWsfxmpVzqII5d2jKtum72TuiZrKYsGrl-_2qMdkZ_9ZFc5484cs7VMTjYwwHmOtzsZTkYXou-hBLqnDBCxgEgINeYVnALwm6ByjVDQMJUb6c9WpU5ZdBP5RakPX6cUVq8X-ob4PJqcfD/s1600/IMG_2007.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCOx2gauSS4eGxkmdwrHyy_UTB9vpGwpDWmMjyFjrfhfQ6LwNpxlF05_eqGg-UmkAkP4nXc3pA5FhTtBdJ366uGBsZPmKPaaMORlDRU_q17LuY0KBeTOGHIDJe2RaptbtpaRiw_iTHb8z4/s1600/Pignose-199x300.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVR0u0l4ZGuYR55JKKdxO2nt6JfioFpYDkoumWdo2_hAcfEYd4QCM833k9aPV9a31HQIJ6AYehx9cy-kP7_t6lJuCXDQL_ZlfGLh9kSn6JxDYtzrGDc83gi4HCTUhC_gDDCr0KYdCwPOh4/s1600/pignose1.jpg

* Nak termuntah tengok bik mama pakai baju pink semalam masa bagi trofi kat chong wei. Loya tekak!

Ucapan Penghargaan Dan Pesan Agar Terus Istiqamah Melakukan Islah Dari Sheikh Yusof Al Qaradawi Buat DSAI

Posted: 15 Jan 2012 05:19 PM PST



http://www.qaradawi.net/component/content/article/5508.html

Melalui Telegraf, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengucapkan tahniah dengan kejayaan Anwar Ibrahim, Bekas timbalan Perdana Menteri yang merupakan Ketua parti Keadilan rakyat dengan keputusan mahkamah yang membersihkan dari tohmahan fitnah terhadap beliau.

Berkata Pengerusi Kesatuan ulama muslimin menerusi telegrafnya, "Kami utuskan kepada kamu dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dada yang cukup lapang, bibir yang mengukir senyuman ekoran Allah SWT Allah membersihkan kamu dengan keputusan Mahkamah. Juga kerana Allah SWT memberi kesayangan manusia dan penghormatan rakyat kepada kamu"

Qaradhawi menambah lagi, "kesayangan dan penghormatan rakyat Malaysia yang mereka berikan kepada kamu ini tidak akan berlaku kecuali kesungguhan kamu dalam politik dan usaha melakukan perubahan (Islah)"

Tok Guru Nik Aziz Mengimamkan Solat Tadi

Posted: 15 Jan 2012 04:02 PM PST

Tiada ulasan: