Isnin, 16 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Dialog BERAHI

Posted: 16 Jan 2012 04:31 PM PST




P/s: Gila berahi! Menurut HM, lebih 20 premis refleksologi di sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang. Siasatan wartawan mendapati wanita berpakaian seksi yang menawarkan khidmat tersebut majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan.  Khidmat urut dikenakan caj serendah RM35 sejam.


[Wajib Baca] Pakatan Rakyat Janji HAPUSKAN Cukai Pendapatan Bawah RM5 Ribu , Kelantan HAPUSKAN Hutang PTPTN

Posted: 16 Jan 2012 03:00 PM PST

 
Saya petik:

[SH] KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) berjanji mansuhkan cukai pendapatan kepada individu berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan jika berjaya menguasai negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pendekatan tersebut lebih memudahkan rakyat berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

"Saya merasakan tindakan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan RM500 kepada rakyat berpendapatan RM3,000 ke bawah membebankan. Oleh itu saya cadangkan agar Perdana Menteri, letakkan dasar supaya mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dikecualikan cukai pendapatan.

"Tak perlu mengisi borang, mendengar ucapan menteri dan dapatkan tandatangan penggawa dan sebagainya, ini membuang masa, kaedah pengecualian cukai pendapatan saya rasa lebih sistematik," katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, hari ini.

Majlis perasmian projek usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara- Timur Urban Development Sdn. Bhd. (ST) itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas mengenai cadangannya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada rakyat Kelantan, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) mengenal pasti individu terlibat.

Menurutnya, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

"Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan," katanya.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan ia dibangkitkan sebagai modal politik, sebaliknya menyuarakan perkara itu sejak enam bulan lalu, namun tidak mendapat perhatian.

 
P/s: MENARIK!!!!



Siapa PARASIT PAS?

Posted: 16 Jan 2012 07:10 AM PST


Adakah ORANG dalam gambar di bawah ini?

Sumber gambar: Malay Merdeka.

Baca di sini dan di sini.


Siapa PARASIT sekarang? 


Berita Harian KANTOI Putar Belit Berita, Sasterawan Negara Kecewa

Posted: 16 Jan 2012 06:35 AM PST


 Saya petik:

[MK] Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.



P/s: Dasar media pencacai!

[Wajib Baca] Apa Kisah Sebenar Kenaikan Sewa Kompleks PKNS yang Diwayangkan oleh Najib Sehingga Mahu Menitiskan Air Mata?

Posted: 16 Jan 2012 04:01 AM PST


Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM, 16 JAN : Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.

Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.

Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.



 
"Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?," kata Faekah dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

"Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak.

"Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," kata Faekah.

Mengulas lanjut, Faekah mempersoalkan kewajaran tindakan Najib "menitiskan air mata" yang sepatutnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini yang mengkhianati janji dan kebajikan kaum Melayu.

Tangisan itu juga kata Faekah, seharusnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Pakatan Selangor hari ini memberi baucer RM100 kepada warga emas Umno menerusi program "Jom Shopping".

"Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,"
katanya.


Hasan Ali Tegaskan Tidak Akan Sertai UMNO, Tetapi...

Posted: 16 Jan 2012 02:35 AM PST

HA ada hati hendak mengisi borang PAS suatu hari nanti. Adakah selepas memburukkan PAS di media UMCO dan sesi "road show"nya nanti PAS akan menerima orang seperti dia?

 ...saya rasa pelik. Mengapa?

Pertama, media perdana mesra UMCO bersungguh-sungguh membela HA. Misalnya, TV3 menyediakan slot utama di Buletin Utama yang memerihalkan pemecatan dan komen-komen mempertahankan kenyataan, tindakan HA. Berita tentang HA bukan hanya muncul sekali di Buletin Utama, namun berkali-kali sejak HA terpalit dengan kontroversi arak, gereja dan terkini pemecatannya dari PAS. Malah, HA pernah dijemput untuk program bual bicara di TV3.

Kedua, "perjuangan" dan kritikan HA terhadap PAS mendapat tempat di muka hadapan Utusan dan geng. Malah berita pemecatannya juga mendapat "simpati" akhbar-akhbar ini.

Ketiga, blog-blog pencacai UMCO mempertahankan setiap tindakan HA, malah membela nasib HA kononnya menjadi mangsa kumpulan pro-PKR/DAP dalam PAS. Sama juga situasinya ketika Zul Nordin keluar PKR dulu, berlumba-lumba jurublog pencacai membelanya.

Keempat, pemimpin dan ulama UMCO mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan HA. Daripada Muhyiddin hinggalah Mufti Perak yang menganggap HA sebagai pejuang Islam sejati dan tindakan memecat HA adalah suatu kerugian kepada parti PAS. Ironinya, tidaklah pula mereka bersungguh-sungguh mempelawa HA menyertai UMCO secara terbuka. Apabila mereka tidak mempelawanya secara terbuka, maka timbullah pula pelbagai andaian tentang hubungan HA dengan UMCO di balik tabir.

Ringkasnya, situasi yang dinikmati oleh HA ini tidak pernah dinikmati oleh pemimpin PR yang tidak mesra UMCO yang lain. Memikirkan kata-kata HA bahawa dia tidak akan menyertai UMCO, samalah dengan memikirkan  sama ada ahli Konsensus Bebas/wakil rakyat bebas ada  kena-mengena dengan UMCO dan BN atau tidak?


P/s: HA dalam program Soal Jawab di TV3 memberitahu penonton bahawa dia dan Zul Nordin ada persamaan dalam hal-hal tertentu. Apa persamaan mereka berdua? Selain nada mereka, nada UMCO kedua-duanya "membenci" dan menyalahkan Anwar Ibrahim setelah dipecat daripada parti masing-masing.

[PANAS] Keluarga Shahrizat Didakwa Belanja RM593 500 Kad Kredit yang Dibiayai Dana NFC, Sila Lihat Butirannya

Posted: 15 Jan 2012 11:52 PM PST


Saya petik:

[MK] Dalam usaha memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

"PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

"PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku," katnya lagi.



P/s: Terburai habis.
Saya rasa Sharizat sudah tidak mampu mengangkat kain untuk menjawab isu ini.



Kemas Kini:
Keluarga Sharizat tidak menafikan pendedahan Rafizi, namun mereka menafikan perbelanjaan itu untuk tujuan peribadi. Dalam sebulan, mereka belasah antara RM10 ribu hingga RM15 ribu! Siapa yang mahu percaya penafian mereka, silakan!  Sila baca di sini.


Apa Kata Hassan Ali dalam Sidang Medianya?

Posted: 15 Jan 2012 08:32 PM PST

Saya petik:

Saya akan Dedah Parasit dalam PAS - Hasan Ali
[Kl Pos] - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hassan Ali mendakwa golongan parasit dalam PAS telah menguasai beberapa isu sehingga menyebabkan sebarang pendirian dan keputusan bercanggah dengan prinsip asal parti itu sendiri.

Malah beliau sehingga kini masih berasa kecewa dengan pemecatan beliau sebagai Ahli PAS hanya disebabkan teguran beliau bagi mengembalikan kekuatan dalaman parti yang bertunjangkan pegangan ddan prinsip Al Qur'an serta Sunnah.

"Golongan Parasit begitu kuat dalam PAS dan telah berjaya mengubah hala tuju Parti ini," dakwa beliau ketika Sidang Media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Hassan turut menjelaskan pemecatan beliau juga adalah salah satu keputusan yang mendapat pengaruh dari golongan parasit tersebut.

"Pemecatan saya bukanlah atas sebab kes terdahulu (arak dan SELCAT) akan tetapi ianya berpunca daripada kritikan saya terhadap Anwar," tegasnya lagi.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga akan terus berjuang mempertahankan daulat Islamiyah walaupun kini tidak lagi merupakan salah seorang Pemimpin PAS.

Malah Hassan turut menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan 'road show' bagi menjelaskan isu prinsip beliau yang bertunjangkan parti akan tetapi telah dipesongkan golongan parasit dalam PAS menyebabkan beliau dipecat.

"Saya akan buat roadshow nanti untuk menyatakan siapa parasit dalam PAS," jelas beliau.

Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.


Berkaitan: 

Jelajah HA dedah Parasit PAS
[MK] Bekas anggota majlis kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan "parasit" dalam PAS yang didakwanya telah mempengaruhi parti itu.

Katanya, perkara itu hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan bergerak dengan tujuan tertentu dalam parti itu dan turut menduduki jawatan penting dalam PAS.

Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan berkenaan merupakan 'golongan Erdogan' dalam parti itu.

Tambahnya, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan "parasit" tersebut.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian.

Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

"Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim,"



P/s: Mengapa HA mahu bercakap soal PAS selepas dipecat? Mengapa HA mahu memburuk-burukkan PAS semasa dan selepas dipecat? Mungkin anda akan beri alasan "Biasalah, Anwar dulu keluar UMNO pun kutuk UMNO juga". Namun fikirlah apa-apa yang diperkatakan oleh Anwar ketika itu dan perkara yang dibangkitkan oleh Zul Kulim dan HA selepas dipecat daripada parti masing-masing. Bagi yang kemaruk menyokong HA, tolong fikirkan hal itu.

Kelakuan HA ini bukan menagih sokongan orang ramai khususnya ahli PAS, tetapi dia akan dicemuh oleh orang ramai. Malah pemecatannya langsung tidak memberikan impak kepada PAS. Dari segi sokongan pemimpin, hanya Nasha yang sanggup memberikan sokongan secara terbuka. Dari segi sokongan ahli, anda boleh mengagaknya sendiri kerana jika HA mendapat sokongan ahli PAS, sudah tentu TV3 dan Utusan akan menyiarkan gambar mereka pada malam pemecatannya tempoh hari.

Jangan terkejut dan hairan jika dia akan berkongsi pentas dengan Ezam, Zul Kulim dan geng yang lain untuk kepentingan politiknya. Jika Ezam dan geng pun terkial-kial menarik orang ramai hadir ke ceramah mereka, adakah HA mampu menarik khalayak mendengar ceramah "motivasinya" sambil mengutuk pemimpin dan bekas partinya?

Soalan cepus emas, berdasarkan kelakuan HA yang jelas merugikan PAS dan PR, siapa yang layak digelar sebagai parasit? Adakah orang yang bakal dituduh oleh HA atau HA sendiri adalah parasit PAS?





Lanjutan Serangan Orang Minyak Di Kampung Laksamana, Gombak

Posted: 15 Jan 2012 07:30 PM PST


Saya petik:

[SH] GOMBAK – Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

"Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ," katanya.

Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa' Al-Ikhlas dipanggil.

Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.

Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.



Syaitan Bertopeng Manusia ROGOL Budak Berusia 3 Tahun

Posted: 15 Jan 2012 06:15 PM PST


Saya petik:
[HM] CHUKAI: Seorang lelaki bernafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya ketika mangsa ditinggalkan di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, kelmarin, Perbuatan lelaki berhati binatang itu terbongkar selepas ibu kandung kanak-kanak terbabit mendapati terdapat lendir pada lampin pakai buang dan melekit pada paha hingga ke paras lutut mangsa jam 12.30 tengah malam.

Bagi memastikan sama ada lendir itu adalah air mani atau sebaliknya, wanita itu yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, membuat laporan polis pada jam 3.34 pagi sebelum kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan pada jam 4 pagi.

Ketika di hospital, ibu mangsa mengesyaki anaknya dirogol, bertanyakan perkara itu kepada kanak-kanak terbabit dan terkejut apabila anaknya mendakwa suspek yang melakukan sesuatu tidak senonoh terhadapnya.

Sumber berkata, lebih mengejutkan pemeriksaan hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan berikutan itu, siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. 

Berkaitan:

Jurukimpal Rogol Budak 3 Tahun
[SH] KEMAMAN – Angkara nafsu buas tanpa mengenal perikemanusiaan seorang jurukimpal dipercayai tergamak merogol seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya sendiri dalam kejadian di sebuah kampung di Chukai, dekat sini, semalam.

Perbuatan durjana lelaki berusia 46 tahun itu disedari ibu mangsa apabila mendapati seluar anaknya basah dan sejurus seluar dibuka bahagian luaran lampin pakai buang serta dari pangkal peha hingga ke lutut anaknya berbau air mani ketika datang mengambil anaknya itu di rumah lelaki terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Sehari sebelum kejadian, ibu mangsa yang berusia 29 tahun dan tinggal tidak jauh dari rumah suspek meninggalkan mangsa untuk dijaga oleh rakan baiknya yang juga isteri suspek dan mangsa sememangnya telah dijaga oleh isteri suspek sejak dua minggu lalu sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, ketika ibu mangsa yang bekerja sebagai tukang jahit datang mengambil anaknya di rumah suspek dia mendapati anaknya sedang tidur di bilik tidur rakan baiknya.

"Apabila diperiksa ibu mangsa mendapati seluar anaknya basah sebelum terbau bau air mani di bahagian luar lampin pakai buang yang dipakai anaknya. Setelah dihidu lagi air mani juga terbau dari pangkal peha hingga lutut anaknya.

"Ekoran rasa tidak sedap hati, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 3.34 pagi hari sama agar pemeriksaan di hospital dapat dilakukan bagi mengetahui kejadian sebenar," katanya hari ini.

Difahamkan, sebelum ini kejadian sama berlaku ke atas mangsa iaitu pada April tahun lalu dipercayai dilakukan oleh abang tiri ibu mangsa di rumah ibunya di Ajil, Hulu Terengganu namun tiada laporan polis dibuat.

Abdullah Sani berkata, hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Berikutan itu, suspek ditangkap sejurus kemudian dan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

P/s: Lahanat!



Jika Terserempak dengan Harimau, Apa yang Perlu Anda Buat?

Posted: 15 Jan 2012 05:30 PM PST


Saya kerap menonton dokumentari tentang haiwan buas seperti harimau dan singa. Dalam dokumentari itu, penonton turut diberikan tip atau pandua apabila terserempak dengan binatang buas itu. Paling penting, jangan sesekali lari, kerana perbuatan itu menggambarkan kita takut dan binatang buas akan menganggap kita sebagai mangsanya. Selebihnya, sila tiru petua mak cik dan anaknya ketika berhadapan pak belang ketika menoreh getah  di bawah ini.

[HM] KUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mangsa, Rohani Osman, 50, dan anaknya, Mastura Kamarudin, 16, terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu, Kati di sini.

Rohani berkata, dia leka menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama tergamam apabila melihat dua ekor 'pak belang' muncul sebelum merenung ke arah mereka.

"Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami. 

"Ketika itulah saya teringat petua orang tua bahawa harimau akan menyerang mangsanya daripada belakang terutama di bahagian tengkuk. Saya menyuruh anak bertenang dan jalan mengundur sambil mengadap harimau berkenaan," katanya.  


P/s: Orang kampung teman ni! Alhamdullilah selamat!



Gengster Minta Duit Perlindungan

Posted: 15 Jan 2012 04:38 PM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: "Kepala saya dipijak bertubi-tubi, badan saya dipukul dan tangan kanan digores dengan pisau," kata pekerja restoran, Mohd Akhtar, 20 yang diculik sekumpulan gengster selama tiga jam kerana majikannya enggan membayar wang perlindungan RM5,000.

Detik ngeri Mohd Akhtar bermula jam 3 pagi Sabtu lalu selepas terpedaya helah dua ahli kumpulan gengster terbabit yang meminta pertolongannya, kononnya kenderaan pacuan empat roda milik mereka yang diletakkan depan restoran di Jalan Ipoh, di sini, rosak.

"Saya mengekori mereka ke kereta, tapi sebaik sampai, saya ditolak masuk ke dalam kereta. Ada seorang wanita dalam kereta itu dan mungkin dia ketua mereka.

"Mereka mengacukan pisau dan memberitahu mahu membunuh saya jika majikan tidak mahu membayar wang perlindungan," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia diarah menghubungi majikannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Ramzan, 35, selain diberi tempoh lima minit untuk menyerahkan wang. "Sekiranya gagal mereka akan membunuh saya, tapi majikan enggan memberikan wang menyebabkan mereka memecut kereta dan membawa saya ke sebuah rumah.

"Selepas lebih tiga jam diseksa, mereka menarik saya masuk ke dalam kereta sebelum mencampak saya di depan sebuah pusat beli-belah di Kepong pada jam 6 pagi," katanya. Mohd Akhtar meminta bantuan seorang lelaki yang berada di kawasan berhampiran menghubungi Mohd Ramzan.

Sementara itu, Mohd Ramzan berkata, kumpulan terbabit datang ke restorannya pada petang Jumaat dan memeras ugut supaya dia membayar wang perlindungan.

"Bagaimanapun, saya enggan menyebabkan berlaku pertengkaran antara kami sebelum mereka beredar. Sangkaan saya perkara itu selesai namun tidak menyangka mereka datang lagi dan menculik pekerja saya.

"Bimbang mereka mengapa-apakan Mohd Akhtar, saya bersama isteri membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi," katanya.

Mohd Ramzan berkata, tidak lama selepas itu, kumpulan terbabit sekali lagi menghubunginya.

"Saya berkeras dan memberitahu sudah membuat laporan polis, malah memberitahu wajah mereka sudah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mereka mematikan talian," katanya.

SAKIT...Mohd Akhtar menunjukkan luka pada lengannya.
Mangsa



P/s: Jenayah berleluasa, pihak berkuasa keluar kenyataan statistik jenayah menurun.

Tiada ulasan: