Isnin, 9 Januari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Live! Gambar Ceramah Anwar

Posted: 09 Jan 2012 07:49 AM PST



Thousands at Tapak Pesta Seb.Jaya for Final Leg of #BebasAnwar901 Waiting for @anwaribrahim! @AzminAli will be next!#fb

Azmin Ali Kredit

Hasan Ali Sudah Lupa Jasa TG Haji Hadi Yang Selama Ini Banyak Bersabar Dan Menyebelahi Beliau Dalam Setiap Keputusan

Posted: 09 Jan 2012 05:17 AM PST

Ulasan Pemecatan Hasan Akidah

Hasan Akidah

Ingat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan Gersang

Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehe batnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?

Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.

Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.

Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menganggakl sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.

Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkaian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.

Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya sebagai ahli Pas.

Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.

Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakad. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular itu seharusnya dia kekal dalam Umno.

Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya jiwa yang besar dan hebat.

Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah menganggutungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.

Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan keadaan kenapa tidak dengan beliau?

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.

Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.

Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.

Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya.

Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah.

Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.

InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan itu.

Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil.

Petua untuk Hasan Akidah sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Apabila katak menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang. Selamat berjuang kepada Hasan Akidah! [wm.kl.9:00 am 09/01/12]

Isu Roboh Madrasah Di Kedah. Kenyataan Terkini Mufti Kedah

Posted: 09 Jan 2012 05:12 AM PST

Harga semasa RM800 ribu tapi pampasan diberi RM1.48 juta

Alor Setar – Mufti Kedah Dato' Syeikh Baderudin Haji Ahmad memberitahu, beliau lebih senang untuk mengemukakan hujah yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berhubung isu cadangan istibdal tanah wakaf Madrasah Salihiah di mahkamah.

"Lebih senang saya bercakap dengan orang cerdik di mahkamah dengan membawa segala hujah dan bukti," katanya.

Bercakap kepada wakil Wakil Warta Darul Aman di pejabatnya, beliau berkata apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan apa yang diminta oleh pihak jawatankuasa Madrasah Salihiah. Malah, katanya, apa yang diberi lebih besar dari apa yang diminta.

"Nilaian semasa tanah wakaf itu cuma RM800 ribu tetapi pihak terbabit setuju bayar RM1.48 juta. Begitu juga surau ganti dibuat dengan lebih besar di tingkat bawah bagi memudahkan jemaah memasukinya," terang Dato' Syeikh Baderudin.

Sebelum ini Mufti Kedah itu telah mempelawa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) untuk bertemunya bagi menjelaskan perkara sebenar tetapi BBSMS enggan sebaliknya mengemukakan tuntutan di mahkamah.

Berhubung pemakluman fatwa terhadap SPB Yang DiPertuan Agong, beliau menjelaskan bahawa secara rasmi pihaknya belum berbuat demikian dan akan menghantar empat orang wakil Majlis Fatwa Negeri untuk bertemu baginda bagi memperjelaskan keputusan fatwa secara terperinci.

"Tetapi secara tidak rasminya saya telah menjelaskan kepada Tuanku dan baginda bersetuju terhadap fatwa tersebut," ujarnya.

Video Respon Tuan Guru Nik Aziz Dengan Pembebasan Anwar

Posted: 09 Jan 2012 03:01 AM PST

Video Temuramah TV AlJazeera Bersama DS Anwar Selepas Keputusan Tadi

Posted: 09 Jan 2012 01:00 AM PST



Malaysia's High Court acquitted opposition leader Anwar Ibrahim of sodomising a former aide, citing unreliable DNA evidence in a verdict Monday that surprised supporters who saw the case as an attempt to sideline him.

Video Ucapan Pertama Anwar Selepas Dibebaskan

Posted: 08 Jan 2012 11:46 PM PST

Giliran PapaGomo Cakap Anwar Beli Hakim. Haha

Posted: 08 Jan 2012 11:17 PM PST

Sayu bila gua baca luahan lu bro.

Opsss.. Cakap macam orang bodoh dah kan.

Apa-apa pun, lu teruskan la usaha lu bro. Syaitan takan mampus sampai ke khiamat.

Terus berusaha papa.

Sahabat! Doakan Saudara Kita Ini Selamat

Posted: 08 Jan 2012 10:42 PM PST

Sahabat sedang dirawat di wad icu.

Harap pihak polis siasat biar teliti. Ini kes tidak bermoral.

Video Sekitar Doa Syukur Selepas Keputusan Pembebasan Anwar

Posted: 08 Jan 2012 08:01 PM PST

Live! DS Anwar Tiba Di Masjid Segambut Untuk Solat Hajat Dan Sujud Syukut

Posted: 08 Jan 2012 07:31 PM PST

Ds anwar dan keluarga baru sampai.

Untuk melalukan solat hajat dan sujud syukur.

Terkini! Maklumat Baru Diterima, Kereta Eli Wong Exco Selangor Dibom!

Posted: 08 Jan 2012 07:01 PM PST

Kami baru mendapat berita dari facebook mso yang kereta exco selangor dibom.

Minta sahabat beredar dengan selamat. Pihak polis jangan buat bodoh dalam hal ni.

Siasat dengan segera jika betul kejadian ni berlaku.

Allahukhbar!

Live! DS Anwar Tersenyum Gembira, Bersiap Untuk Berucap!

Posted: 08 Jan 2012 06:51 PM PST

Keadaan di luar mahkhamah tadi. Alhamdulillah, DS Anwar tersenyum gembira.

Ayuh kita sama bersyukur dengan keputusan ini.

Live! Penyokong Sedang Bertakbir Dan Melaungkan Reformasi

Posted: 08 Jan 2012 06:48 PM PST

Allahuakhbar!

Reformasi!

Penyokong sedang berarak ke masjid untuk sama-sama buat sujud syukur.

Live! Pelukan DS Wan Azizah Kepada DS Anwar Selepas Keputusan

Posted: 08 Jan 2012 06:19 PM PST

Pelukan kesyukuran dari seorang isteri yang setia.

Allahukhbar! Kemenangan rakyat dalam negara kita.

Live! Takbir! Anwar Tidak Bersalah Dalam Tuduhan Meliwat!

Posted: 08 Jan 2012 06:04 PM PST

9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Live! DS Anwar Sudah Sampai. Takbir!

Posted: 08 Jan 2012 05:56 PM PST

DS Anwar sudah sampai.

Laungan Reformasi bergema.

Ayuh bangkit! Kuasa rakyat kuasa keramat.

Live Dari Mahkhamah! Mari Kenal Dispa SB

Posted: 08 Jan 2012 05:26 PM PST

Yang pakai riben 901 tu SB tapi buat-buat sporting.

Live! Dari Depan Mahkamah. Orang Sesak!

Posted: 08 Jan 2012 05:19 PM PST

Tiada ulasan: