Isnin, 9 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hasan Akidah: Ingat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan Gersang

Posted: 09 Jan 2012 06:10 AM PST

MSO


Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehebatnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?

Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.

Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.

Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh mengagak sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.

Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkajian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.

Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya sebagai ahli Pas.

Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.

Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakad. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular itu seharusnya dia kekal dalam Umno.

Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya jiwa yang besar dan hebat.

Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah mengantungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.

Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan keadaan kenapa tidak dengan beliau?

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.

Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.

Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.

Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya.

Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah.

Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.

InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan itu.

Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil.

Petua untuk Hasan Akidah sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Apabila katak menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang.

Selamat berjuang kepada Hasan Akidah!

PAS harap tohmahan liar terhadap Anwar dan keluarga diberhentikan

Posted: 09 Jan 2012 06:04 AM PST

Tuan Ibrahim Tuan Man


PAS mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim (DSAI) daripada pertuduhan melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari. Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan DSAI hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak.

PAS mengharapkan dengan keputusan ini, nama baik DSAI akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan. PAS menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.

PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.

Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik UMNO untuk berhabis-habisan menaikkan imej Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU akan datang.

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Chin Huat: Apakah kerajaan Najib akan buat rayuan dalam kes Anwar?

Posted: 09 Jan 2012 05:56 AM PST

Lim Hong Siang


"Keputusan bahawa Anwar tidak bersalah adalah kemenangan suara rakyat. Najib sedar bahawa seandainya Anwar diputuskan bersalah, maka beliau terpaksa berdepan dengan gelombang Reformasi kedua.

Kerajaan mengeluarkan kenyataan, memuji Najib kerana 'berani untuk melakukan reformasi demokrasi', bukankah itu pengakuan bahawa kes liwat ini adalah satu penindasan politik? Meskipun kerajaan boleh mendakwa dirinya tidak memanipulasikan sistem kehakiman, namun pendakwaan Anwar menonjolkan satu realiti yang lebih penting, iaitu kerajaan mempunyai kawalan sepenuhnya dalam jentera pendakwaan.

Cabaran pertama yang terpampang di depan mata Najib adalah, adakah rayuan akan dibuat jikalau didesak mereka yang berpendirian keras dalam isu ini? Jikalau begitu, maka beliau akan disamakan semula dengan Abdullah Ahmad Badawi (mantan Perdana Menteri) kerana flip-flopnya, malah jauh lebih teruk daripada Pak Lah, kerana sekurang-kurangnya Pak Lah tidak jahat.

Jikalau Najib mahu menjadi pembawa perubahan, maka beliau perlu melaksanakan reformasi secara total untuk mendemokrasikan Malaysia. Dalam hal ini, beliau dituntut memansuhkan akta zalim, melaksanakan reformasi sistem pilihan raya yang lebih besar, termasuk pendaftaran pengundi secara automatik, membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi dari jarak jauh, malah menghalang sayap kanan untuk terus mempermainkan isu perkauman.

Seandainya kesemua ini disempurnakan, maka UMNO tidak akan lagi kebal dari kekalahan. Namun, hanya dengan cara sedemikian, pengundi yang bijaksana akan mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan talian hayat regim ini atau tidak. Dengan kata lain, Barisan Nasional perlu lebih ke depan berbanding Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan. Najib sekadar harimau yang makan sayur untuk sementara seandainya gagal melaksanakan tuntutan di atas
." -- Wong Chin Huat (gambar kanan), pengkaji politik

Zunar: Ia mungkin tidak berakhir di situ saja

"Keputusan ini memberi satu tamparan hebat kepada Najib, UMNO-Barisan Nasional, dalam masa sama memberi satu lonjakan moral kepada Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. Keputusan ini memberi harapan kepada rakyat, bahawa pembentukan Malaysia Baru, iaitu sebuah negara yang adil menjadi mungkin. Selain itu, keputusan ini juga menunjukkan 'tanda-tanda' sistem kehakiman menuju ke arah pemulihan.

Najib gagal mengawal sistem kehakiman dalam kes ini. Namun, situasi ini lebih membimbangkan saya, kerana kes liwat 2 jelas sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Setelah gagal dengan kes ini, maka mereka akan cuba dengan kes yang lain, untuk mencapai matlamat agar Anwar dipenjarakan.

Oleh yang demikian, saya risau ia tidak berakhir di situ, sebaliknya video lucah yang sebelum ini dipalitkan ke atas Anwar Ibrahim, mungkin digunakan untuk mengheret Anwar ke mahkamah lagi
." -- Zunar (gambar kiri), kartunis politik

Aziz Bari: BN tetap bersalah

"Dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang; malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa. Saya melihat ini satu cubaan untuk mengurangkan kes buruk ke atas Barisan Nasional sebab kalau Anwar dihukum BN akan lebih parah. Tetapi pembebasan Anwar ini juga akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah; mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan.

Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini; BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.

Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar. Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah. Keputusan ini juga belum tentu menunjukkan yang badan kehakiman bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.

Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar? Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas. Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa.
"-- Abdul Aziz Bari (gambar kanan), bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Liew Chin Tong: Kes Liwat 2 tidak harus bermula

"Kes Liwat 2 ini seharusnya tidak bermula. Ia berlaku pada Jun 2008, dengan latar belakangnya di mana harga minyak naik, dan desas-desus komponen parti dalam Barisan Nasional mungkin lompat parti, pada ketika itu. Dalam senario terkini, kes liwat II tidak memberi lagi apa-apa manfaat kepada Najib.

Lantaran daripada keputusan ini, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa yang singkat. Sukar untuk diramalkan kesannya terhadap perkembangan politik dalam masa akan datang, tetapi ia mungkin satu permulaan yang baik untuk politik negara kita.
" -- Liew Chin Tong (gambar kiri) ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Biro Antarabangsa DAP

Por Heong Hong: Masa dan tenaga musuh politik dibazir begitu sahaja

"Sedikit pun tidak saya terasa gembira dengan berita sebegini. Sebaliknya, ia mencerminkan jalan reformasi yang lebih jauh dan perit. Mengapa? Ini kerana seluruh sistem kehakiman 'gagal memastikan bukti DNA tidak tercemar'. Apakah ini menunjukkan kecuaian pengamal kehakiman, atau terdapat cubaan pihak lain untuk mengubah bahan bukti?

Seandainya sistem kehakiman sesebuah negara boleh membiarkan bahan buktinya diubah oleh pemerintah, digunakan untuk meletihkan musuh politiknya - dengan masa dan tenaga yang terbazir sepanjang tiga tahun; kemudian perbicaraan diakhiri dengan ayat 'gagal memastikan bukti DNA tidak tercemar', mengumumkan bahawa musuh politiknya dibebaskan. Sistem kehakiman sedemikian cukup untuk menuntut agar kita tidak lalai dalam perjuangan reformasi
." -- Por Heong Hong (gambar kanan), pemerhati politik.

MB Selangor nasihat Hasan Ali letak jawatan secara sukarela

Posted: 09 Jan 2012 05:55 AM PST

Sekretariat Akhbar Pejabat MB


Kerajaan Negeri menghormati keputusan PAS memecat Hasan Ali dan Menteri Besar telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO).

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan (gambar kiri) sebagai ahli EXCO kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Namun begitu, Menteri Besar menyeru supaya Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana adalah amat jelas beliau tidak lagi mewakili PAS.

"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gengtleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," kata Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim (gambar kanan).

Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli EXCO, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan EXCO.

Menteri Besar akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Rabu ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan EXCO.

*Kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi - Karpal

Posted: 09 Jan 2012 03:24 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

"Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

"Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.

"Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

"Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja," katanya kepada para pemberita selepas selesainya kes perbicaraan Anwar tadi.

Mahkamah telah pun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakanmahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti, tidak terusik.-Utusan

Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

Posted: 09 Jan 2012 03:21 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


PENGKALAN CHEPA- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

"Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat 'syukur' malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya. -Harakahdaily

Khalid: Pembebasan Anwar rancakkan reformasi ekonomi

Posted: 09 Jan 2012 03:14 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR-Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dari tuduhan liwat hari ini bakal merancakkan agenda reformasi pentadbiran dan politik negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, keputusan itu juga memberi lonjakkan moral kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk bekerja lebih keras.

"Dengan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor akan meneruskan agenda reformasi pentadbiran dan politik demi kebaikan rakyat," tambah beliau lagi.

"Bagi Pakatan Rakyat, keputusan ini menjadi lonjakan moral kepada kami untuk bekerja lebih keras bagi merealisasikan agenda reformasi. Masih banyak yang perlu dilakukan kerana politik di Malaysia masih tidak sekata," kata Khalid.

Dalam pada itu beliau juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai satu langkah positif ke arah sistem kehakiman yang bebas.

Katanya, keputusan ini jua membuktikan kematangan sistem kehakiman namun masih banyak yang perlu diperbaiki ke arah badan kehakiman yang benar-benar bebas.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penyokong Pakatan Rakyat kerana sekali lagi berjaya mengadakan perhimpunan secara aman dan bertanggungjawab selain berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal perhimpunan dengan berhemah.

Beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian letupan di luar Kompleks Mahkamah yang menyebabkan beberapa individu cedera.

"Saya berharap polis menyiasat kejadian ini secara adil dan telus. Penjenayah yang terlibat dalam kejadian ini perlu menerima hukuman yang setimpal," katanya.Harakahdaily

Ibrahim Ali: Nasib Anwar belum selamat jika Saiful kemuka rayuan

Posted: 09 Jan 2012 03:05 AM PST


KUALA LUMPUR — Walaupun mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat namun Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan "segalanya belum muktamad."

Ini kerana jelas beliau, pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

"Saya percaya pendakwa raya akan membuat rayuan supaya berlaku adil kepada (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan), pengadu yang mengaku diliwat oleh Anwar.

"Jika pendakwa raya merayu (maka) proses keadilan belum selesai. Selepas Mahkamah Rayuan, (kemudian) ada lagi Mahkamah Persekutuan. Jadi segala-galanya belum muktamad," kata Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Keputusan itu diraikan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta keluarga Anwar yang turut hadir memberikan sokongan.

Menurut Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ini, semua pihak perlu menerima keputusan itu dan jangan melakukan perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.

"Sebelum ini ada pihak yang terang-terang menuduh mahkamah berat sebelah, konspirasi dan mahu rakyat menjadi hakim.

"Apa yang mereka mahu kata sekarang? Apakah mereka tidak percaya kepada keadilan mahkamah? Jika tidak serah kepada mahkamah rakyat," katanya.

Guan Eng jangka PRU pada Jun atau September

Posted: 09 Jan 2012 03:04 AM PST

MALAYSIA KINI

Bertentangan dengan pandangan popular, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat tidak akan menyaksikan pembubaran parilimen bagi membolehkan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

dap conference 080112 lim guan eng"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September, " katanya hari ini.

Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu - sebaliknya, ia meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

"Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya.

"Ini bukan sahaja kemenangan rakyat tetapi usaha mempertahankan hak dan berharap kita boleh mencapai reformasi untut menuntut perubahan untuk masa depan yang lebih cerah, lebih baik dan bebas untuk semua rakyat Malaysia."

NONELim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata BN yang diterajui oleh kerajaan persekutuan mempunyai niat jahat dalam mendakwa Anwar supaya menumbangkan ketua pembangkang itu.

Kemenangan besar

"Sudah tiba masanya untuk kita membuat perubahan dengan mendirikan sebuah kerajaan yang prihatin terrhadap rakyat supaya (individu) tidak bersalah tidak didakwa secara sebarangan.

"Awar telah menjadi mangsa dua kali (tuduhan liwat). Saya harap tidak ada kali ketiga. Saya harap juga Peguam Negara akan menjadikan kes ini sebagai teladan dan tidak menjadi alat kepada kerajaan BN."

Beliau juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut.

mat sabu pc with salleh man 190811Pemimpin supremo DAP yang juga bapa kepada Guan Eng - Lim Kit Siang pula menyifatkan pembebasan Anwar sebagai kemenangan besar dan tanda bahawa negara ini bersedia untuk berubah.

"Ini adalah satu kemenangan besar bagi Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. Mesejnya ialah rakyat Malaysia bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum. "

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (atas, kiri) juga mengucapkan tahniah kepada Anwar dan berkata beliau berharap pembebasan itu akan meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

NONEKatanya, ini juga termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

"Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya," katanya.

Beliau berkata demikian sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu setelah mengikut perbicaraan hari ini.

Puasa sunat

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berkata beliau akan menunaikan solat sunat 'syukur' malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah.

"Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi," katanya dipetik portal rasmi PAS itu.

Timbalan Presiden PKR , Azmin Ali pula menyifatkan kemenangan Anwar itu sebagai satu kejayaan besar buat pembangkang.

NONE''Sememangnya kita telah meyakini keputusan mahkamah ini dari hari pertama lagi dan pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara,'' katanya.

Menurut Azmin (kanan), kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pembebasan Anwar jadi berita antarabangsa

Posted: 09 Jan 2012 03:01 AM PST


MALAYSIA KINI

Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.

NONEBadan penyiar CNN dan Al Jazeera mengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.

Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.

Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".

NONEHarian United Kingdom Guardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.

Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.

Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.

Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa.

MB nafi perkenan sultan diperlukan bagi pecat Hasan

Posted: 09 Jan 2012 02:57 AM PST

MALAYSIA KINI

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan bahawa perkenan terlebih dahulu daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan jawatan exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali yang telah dipecat oleh PAS.

khalid ibrahim pc 171111Ditemui wartawan hari ini selepas menghadiri kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid berkata beliau akan menghadap dengan sultan pada mesyuaratnya dengan baginda pada Jumaat ini dan kedudukan Hasan akan dibincangkan.

Ditanya sama ada persetujuan baginda diperlukan untuk menyingkirkan Hasan, Khalid menafikan perkara itu dan berkata jawatan ini akan diputusan oleh PAS yang mempunyai kuasa menentukan siapa yang mahu dilantik mereka.

Katanya, sebagai seorang 'gengtleman' atau bersifat budiman, veteran PAS harus meletakkan jawatan kerana telah hilang keyakinan dan sokongan daripada partinya sendiri.

"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gengtleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," katanya.

"Hasan Ali sebagai exco yang mewakili PAS perlu membuat keputusan sendiri sama ada atau tidak dia mempunyai sokongan dan kepercayaan dari PAS."

Hasan ali pcHasan dilantik sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam selama ini menikmati sokongan daripada sultan berhubung perjuangannya dalam dakwaan umat Islam di negara ini cuba dimutadkan oleh kumpulan Kristian.

Pemecatan dan penyingkiran Hasan dari barisan exco kerajaan negeri mungkin mengheret kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah dengan sultan Selangor.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Abdul Khalid berkata Pejabat Penasihat Undang-undang negeri berpandangan bahawa meskipun perkenan Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan exco, namun perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran exco.

Calon baru

Katanya, pada mesyuarat Jumaat ini, beliau akan mengadap Sultan Selangor untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang mengenai calon-calon penganti yang sesuai.

Mengulas perkara yang sama, pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (bawah, kanan) berkata, perlembagaan menyebelahi Abdul Khalid dalam menentukan barisan exconya.

"Walaupun Hasan Ali adalah exco untuk agama, namun beliau adalah seorang ahli exco yang tertakluk di bawah kuasa MB, bukan sultan," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

NONEKatanya, Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing.

"Perlembagaan adalah jelas bahawa dalam pelantikan dan pemecatan ahli-ahli kabinet - dalam kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri - istana mesti patuhi nasihat (mereka) ," katanya.

Katanya, dalam kerajaan campuran seperti Pakatan Rakyat, keputusan jawatan exco yang diperuntukkan ditentukan oleh parti masing-masing.

"Jadi, Hasan Ali boleh dipecat oleh MB Khalid berikutan keputusan PAS untuk menyingkirkan keahliannya."

Penyokong kegembiraan raikan pembebasan Anwar

Posted: 09 Jan 2012 02:53 AM PST

Di sebalik kehadiran polis yang ramai dan tiga letupan sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur, seorang nenek berusia 56 tahun menolak cucunya yang kurang upaya berusia 10 tahun, sambil mengendong cucunya yang berusia tiga tahun.

NONE"Ibu bapa mereka bekerja, jadi saya bawa mereka bersama-sama, untuk menyokong Anwar. Saya telah menyokong beliau sejak tahun 1998," katanya dengan bangganya.

Wanita itu adalah antara lebih 5,000 penyokong yang berhimpun di luar kompleks mahkamah sejak awal pagi ini untuk mendengar keputusan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar mereka yang datang berpendapat Anwar akan dijatuhkan hukuman bersalah tetapi menggagahkan diri untuk datang dan meneruskan saki baki perjuangan tanpa ketua umum PKR itu.

NONE"Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!" kata bekas speaker Perak V Sivakumar.

Tetapi keadaan sekitar bertukar kepada kekeliruan seketika apabila diumumkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan beliau dibebas dan dilepaskan.

Setelah mendapat pengesahan berita itu, penyokongnya terus melonjak keseronokan dan menjerit, "Anwar tidak bersalah!".

Ramai yang kelihatan bergembira sambil memeluk satu antara lain seolah-olah Malaysia telah memenangi kejohanan bolasepak Piala Dunia.

NONESambil bertepuk dan melompat dengan gembira, laungan "reformasi" mula bergema dan memekakkan telinga.

Di kamar perbicaraan, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus memeluk suaminya dengan gembira dan menahan sebak setelah merana dan trauma sejak perbicaraan bermulka pada tahun 2008.

Sejurus itu, pasangan berkenaan keluar dari bangunan mahkamah dan mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya. Mereka disambut tepukan gemuruh dengan laungan "reformasi" terus bergema sehingga menyebabkan keadaan hinggar binggar seketika.

NONEAnwar kemudian mengisytiharkan bahawa perjuangan mereka masih jauh daripada tamat.

"Kita telah dengar tadi bahawa saya kini bebas.

"Tetapi ini bukanlah mengenai kebebasan saya. Perjuangan selepas ini adalah untuk membebaskan rakyat daripada terus ditipu kerajaan Barisan Nasional.

"Tugas kita sekarang ialah untuk membebaskan rakyat ... Bebaskan rakyat! ... Bebaskan rakyat."

Pendakwaan kaji keputusan sebelum buat rayuan

Posted: 09 Jan 2012 02:49 AM PST

Pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan berhubung keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat hari ini.

NONEPeguam cara II negara Datuk Mohd Abiden (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa mereka akan membincangkan hasil keputusan itu.

"Pihak pendakwaan akan menunggu penghakiman terlebih dahulu dan mengkajinya," katanya.

Yusof mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar. Beliau dijadualkan bersara pada 1 Feb.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.

Pada peringkat akhir pembelaan, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.

Meskipun menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.

NONEPeguam Karpal Singh (kiri) berkata beliau berharap pihak pendakwaan tidak membuat akan rayuan terhadap keputusan itu.

Sambil menyifatkan kes itu sebagai antara kes yang paling sukar pernah dikendalikannya, Karpal berkata Anwar telah telah 'dibersihkan'.

"Kami seru Peguam Negara tidak memfailkan rayuan dalam kes ini. Ini bukan kes yang sepatutnya untuk buat rayuan.

"Anwar telah banyak merana. Trauma yang dialami oleh keluarga ..., dan mereka harus dibiarkan bersendirian. Ini satu kemenangan besar bagi pasukan pembelaan dan Pakatan Rakyat. "

Karpal berkata, terdapat tumpuan yang lebih besar dengan pilihan raya umum yang akan datang, dan tumpuan harus diberikan kepada Anwar supaya menjadi Perdana Menteri akan datang.

Selain dari Karpal, pasukan pembelaan yang lain terdiri daripada Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, dan Sankara Nair.

Hanya 50 turun sokong Saiful

Posted: 09 Jan 2012 02:41 AM PST

Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan – pengadu dalam kes Liwat II – hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah.

NONERatusan para penyokong Anwar kemudiannya mula mendekati kumpulan tersebut apabila pasukan berbaju kuning dengan slogan "anti sex bebas 901" itu mula keluar daripada kawasan masjid tersebut dan menuju ke mahkamah.

Perang mulut kemudiannya tercetus apabila kumpulan penyokong Anwar mula membantah tindakan kumpulan penyokong Saiful yang membawa kain rentang antaranya dengan slogan "tolak Anwar", "pertahankan sistem dan institusi kehakiman" serta "liwat tetap liwat."

NONEPolis antara lain menetapkan syarat supaya peserta perhimpunan hari ini tidak membawa apa-apa kain rentang.

Tolak menolak dan pergelutan kecil kemudiannya berlaku di antara beberapa orang kumpulan penyokong berkenaan apabila beberapa orang penyokong Anwar berusaha untuk merampas kain rentang berkenaan.

Keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan beberapa orang terjatuh.

Selain itu, kumpulan pro-Saiful itu juga didakwa cuba mengedarkan salinan risalah yang didakwa sebagai "fakta kes" dalam perbicaraan kes Liwat II.

NONERisalah berkenaan bagaimanapun berjaya dirampas oleh kumpulan penyokong Anwar.

Pergelutan di kawasan jalan berhampiran pusat penjaja medan selera itu berlaku sejurus sebelum mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebasakan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar ketika yang berang itu turut menghalau penyokong anti-Anwar itu supaya "balik."

Kumpulan pro-Saiful kemudiannya terpaksa berundur dan memasuki kawasan masjid semula apabila terus diasak oleh kumpulan pro-Anwar.

Sekumpulan anggota polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid dan menghalang kumpulan pro Anwar yang melaungkan slogan reformasi, bertakbir dan berselawat.

Kumpulan tersebut kemudiannya hanya dibenarkan memasuki kawasan masjid, antaranya untuk menggunakan tandas, selepas polis selesai menyuraikan kumpulan pro-Saiful pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Mahkamah hari ini membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Saiful: Hukuman di akhirat pasti

Posted: 09 Jan 2012 02:37 AM PST

MALAYSIA KINI

Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau reda dengan keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwatnya.

Bagaimanapun, tegasnya, walaupun tidak di dunia, hukuman di akhirat nanti pasti akan berlaku.

NONE"Tidak di dunia,namun di (padang) Masyar PASTI," kata bekas pembantu Anwar dalam pesanan Twitter.

Beliau tidak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta ketika keputusan diumumkan hari ini.

Dalam pesanan Twitter sama, Saiful berkata, beliau akan terus tenang, berdoa, istiqamah dan bersabar terhadap apa yang menimpanya.

"Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah engkaulah matlamatku dan aku mencari keredaan-Mu)," tulisnya lagi.

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibuat Saiful pada 2008 kerana hakim mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan pengadu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, mahkamah tidak dapat mensabitkan ahli politik berumur 64 tahun itu dengan pertuduhan semata-mata berdasarkan kepada keterangan Saiful.

Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

Posted: 08 Jan 2012 08:14 PM PST


MALAYSIA KINI

[GALERI FOTO]

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

NONEAnwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

NONELebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

LAPORAN LANGSUNG

11.38am Saksi kejadian yang merupakan seorang peniaga memberitahu tidak nampak apa-apa berlaku ketika letupan berlaku.

NONE11.20am Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini.

11.15am
Kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal.

Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning.

Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling.

NONE11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.

11.04am
Keseluruhan tiga letupan kedengaran di kawasan mahkamah antara jam 10.15 hingga 10.55 pagi.

10.48am
Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.

Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid.

Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.

NONE1046am Kira-kira 30 polis bergegas ke kawasan letupan dan memagarnya dengan garisan kuning.

10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.

Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.

Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.

"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.

Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.

"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.

"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.

"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.

10.22am
: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut.

NONE10.10am: Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid 'boo' penyokong PERKASA dan Perkida.

9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.

9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.

Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.

9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

NONE"Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

"Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian," katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.

9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

NONE9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

NONE"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

9.17am: Satu pergaduhan kecil tercetus apabila lebih 50 orang kumpulan penyokong Saiful bergerak turun daripada kawasan masjid dan bergerak menuju ke kawasan letak kereta mahkamah.

NONEKumpulan itu dihalang oleh ratusan lagi penyokong Anwar di jalan yang menempatkan pusat penjaja medan selera di jalan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong Saiful yang membawa kain sepanduk ketika berarak.

Cabar mencabar di kalangan kedua-dua kumpulan penyokong berlaku dan berlaku pergelutan kecil di antara beberapa orang.

Kumpulan penyokong Saiful kemudiannya berundur apabila terus diasak kumpulan pro Anwar dan kemudiannya masuk semula ke kawasan masjid.

NONEPolis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid.

Polis juga kemudiannya tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara ke dalam masjid untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus.

10.46am Ribuan lagi masih menunggu di Jalan Khidmat Selera untuk mendengar ucapan Anwar. Tiba-tiba terdengar letupan kuat dari pencawang elektrik berhampiran medan selera.

10.25am Anwar keluar dari mahkamah dengan sorakan daripada penyokong yang ghairah dan memaksa beliau berucap.

Katanya, keputusan hari ini bukan keputusan seorang lelaki dan menjadi tanggungjawab untuk membebaskan rakyat.

Beliau kemudian menuju ke arah Masjid Wilayah.

9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.

9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.

9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

NONE9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.

8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.

Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.

"Senang sahaja datang sini," katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.

"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".

8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.

NONE8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan "reformasi' bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.

Beliau memakai baju biru dan seluar hitam dan kelihatan tenang.

8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!"

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

NONEPemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.

8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.

Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.

NONE8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

"Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak," katanya.

Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.

8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

NONEKawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.

8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang."

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

NONE7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.

7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

NONEKatanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

NONE7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.

Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.

7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

NONEOrang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

Jumlah kenderaan polis itu termasuk;

21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.

Selamatkan negara dulu, baru selamatkan saya – Anwar

Posted: 08 Jan 2012 03:42 PM PST

Kira-kira 10,000 rakyat mengikuti pesanan 'terakhir' Anwar di Kampung Pandan.

Nabihah Hamid


KUALA LUMPUR: Rakyat tiada pilihan selain mengubah sistem yang rosak dengan mengalih alih Putrajaya sekalipun beliau dipenjara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Selamatkan Negara dari rasuah, selamatkan dari masalah perkauman. Ingatlah, itu pesan saya.

"Kita harus ingat walau apa pun esok, kita mesti bawa agenda baru iaitu kita ubah sistem yang rosak ini dan tumpu untuk tawan Putrajaya. Kita sudah hampir," katanya.

Kira-kira 10,000 rakyat mengikuti pesanan 'terakhir' Anwar di Kampung Pandan.

Pesanan itu disampai Anwar berulang kali dan menegaskan rakyat perlu berganding bahu untuk menyelamatkan negara dari rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan.

Beliau berucap demikian depan kira-kira 10,000 rakyat yang membanjiri Kampung Pandan, tengah malam tadi. Ia adalah destinasi terakhir program Rapat Rakyat Bebas Anwar 901.

Ia berikutan keputusan kes Fitnah II diumum hari ini (9 Januari) dan mendapat pelbagai andaian tetapi Anwar tetap bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Ucapan beliau disambut tepukan gemuruh dan diselangi teriak takbir, reformasi dan lawan slogan "lawan tetap lawan".

Turut hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Walaupun berat hatinya untuk menanggung jika keputusan tidak memihak, beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana didokongi semangat keluarga, sahabat dan rakyat.

"Siapa yang nak masuk penjara. Saya dah berumur 64 tahun, walau nampak macam 46 tahun. Tapi dengan semangat saya terima," katanya dengan nada seloroh.

Bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan ahli keluarganya, Ketua Pembangkang berusia 64 tahun itu kelihatan bersemangat ketika menyampaikan pesanan 'terakhir' itu.

Anwar berkata masuk penjara tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan.

"Jasad saya mungkin dipenjara, tapi jiwa saya tetap merdeka," tegasnya.

Lebih 5,000 orang hadir di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru

Terdahulu, Anwar ketika berucap depan lebih 5,000 orang di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru meminta rakyat tidak goyah dalam perjuangan membela rakyat jika beliau dipenjara.

Sebaliknya, beliau mahu rakyat membuat perubahan dengan memenangi pilihan raya umum dan membentuk kerajaan Persekutuan bagi menyelamatkan segenap lapisan rakyat dan membaiki sistem pentadbiran yang dan amalan demokrasi yang terhakis.

"Malam ini kita menang, selamatlah saya. Apa susah sangat," katanya berseloroh dengan disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

PKR: PDRM beri syarat selepas rundingan di IPK KL

Posted: 08 Jan 2012 03:37 PM PST



Diatas menyenaraikan syarat-syaratnya, tetapi tandatangan Shamsul menyatakan: Diterima. Kami menyerahkannya kepada pembaca untuk membuat keputusan.



KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, yang menyatakan PKR tidak menghormati perjanjian yang dipersetujui bersama, dan menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai pembohong.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider lewat petang ini, Naib Presiden PKR, N. Surendran (gambar), menegaskan, 10 syarat yang dikemukakan PDRM dikeluarkan selepas rundingan dan muafakat antara PKR dan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Sebagai salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian PKR bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari lalu, tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya," katanya.

Malah, menurut Surendran, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada PKR melalui Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja.

"Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Shamsul yang mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut," kata Surendran.

"Namun begitu, ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak," tambahnya lagi.

Tambahnya Surendran, walaupun PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, pihaknya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana menurutnya kepimpinan PDRM berpuas hati dengan penerangan PKR.

"Kami tetap yakin bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis," tegasnya.

The Malaysian Insider tengahari tadi melaporkan Mohmad meyelar kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berikutan kenyataannya menolak 10 syarat yang dikemukakan polis terhadap PKR untuk menganjurkan Perhimpunan 901 Isnin ini.

Menurut Mohmad, persetujuan berkenaan 10 syarat tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh PKR, dan persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Shamsul sendiri.

"Penafian Azmin Ali adalah tidak benar, syarat-syarat yang dikeluarkan adalah atas persetujuan bersama, tidak berlaku penambahan atau pengurangan," kata Mohmad, dan menegaskan mempunyai foto yang membuktikan Shamsul menandatangani persetujuan menerima syarat tersebut.

Mohmad turut menegaskan, segala penafian Azmin terhadap 10 syarat tersebut merupakan pembohongan daripada PKR.

Tambah beliau, perjumpaan pihak polis dengan wakil PKR Jumaat lalu telah mempersetujui syarat berkenaan, tetapi Azmin di dalam blog dan laporan media semalam membuat kenyataan menolak 10 syarat tersebut.

Pihaknya juga kecewa dengan tindakan Azmin itu dan menegaskan pihak polis tidak akan membuat perjanjian serupa dengan Azmin.

"Buat apa nak jumpa lagi dengan orang pembohong?" soalnya.

Perhimpunan pembebasan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan keputusan hakim terhadap kes liwat keduanya dijangkakan akan diadakan di kawasan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sehubungan itu, pihaknya menegaskan, sekiranya kawasan tempat letak kereta tersebut sudah dipenuhi, peserta hendaklah bersurai daripada meneruskan perhimpunan berkenaan.

PKR kelmarin bersetuju dengan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan 901 pada Isnin ini di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta namun menolak 10 syarat baru yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.

Sebelum ini Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Sepuluh syarat baru yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan itu menurut Azmin bercanggah dengan persetujuan asal yang telah dicapai semasa pertemuan pemimpin PKR dan Mohmad pagi kelmarin.

Tiada ulasan: