Kerabu Bersuara ® |
- Isu Madrasah Salihiah - Exco Penerangan tampil mengemukakan penjelasan terhadap 10 dakwaan yang dilemparkan.
- Isu Insiden Berdarah UPSI: Kenyataan Maharaja Lawak Mega Dari Polis Perak?
- TG Nik Aziz: Coretan Di Awal Tahun 2012
- Video Laungan Takbir Dan Alunan Asma Al Husna Oleh Ustaz Azhar Idrus Sambutan Tahun Baru
- Azmin Ali: Kenyataan Media Untuk Edaran Segera
- KEADILAN kecam keganasan polis terhadap mahasiswa
- Isu tangkapan mahasiswa di UPSI
- Tahun 2012. Syitan Dan Iblis Menggila Di Tanjung Malim.
Posted: 01 Jan 2012 06:07 AM PST ALOR SETAR - Setelah dikritik hebat pihak tertentu berikutan Kerajaan Negeri bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah untuk dibangunkan Kompleks beli belah Aman Central, Kerajaan Negeri tampil mengemukakan penjelasan terhadap 10 dakwaan yang dilemparkan. |
Isu Insiden Berdarah UPSI: Kenyataan Maharaja Lawak Mega Dari Polis Perak? Posted: 01 Jan 2012 02:35 AM PST Polis nafi pukul mahasiwa, kecederaan kerana diri sendiri Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis menafikan dakwaan memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menegaskan "tiada pergelutan" berlaku apabila tangkapan dibuat. Mahasiswa dan ahli politik pembangkang telah mendakwa beberapa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah dipukul dan ditangkap awal pagi selepas ingkar arahan agar bersurai. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata "tindakan perlu" diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa "tercedera sendiri". "Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka. "Mereka melawan yang mana ia mungkin boleh membawa kepada berlakunya pergelutan," katanya dipetik The Star. Mohd Shukri berkata seorang mahasiswa telah merempuh dinding kaca di sebuah klinik berhampiran semasa demonstrasi dan telah tercedera. "Dia telah diberikan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tanjung Malim. "Ada mahasiswa kata dia sedang dirawat di Hospital Slim River walaupun mengalami kecederaan ringan," katanya. Beliau berkata hanya dua mahasiswa iaitu Adam Adli Abdul Halim dan seorang mahasiswi menuntut di UPSI. Manakala yang lain merupakan mahasiswa dari Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU). Adam Adli, 21, menjadi perhatian dan dikritik kerana bertindak menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu. Mohd Shukri berkata semua mahasiswa itu dijangka akan dibebaskan hari ini. PKR dan DAP mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, dianggarkan seramai 60 orang semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malam selepas tengah malam. Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas mengambil tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai. Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim. Seorang mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri. Muhammad Safwan, Presiden Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) berada di Hospital Slim River dengan tulang pipi patah," kata PKR dalam kenyataannya. Parti itu mendakwa Muhammad Safwan telah dipukul oleh lapan anggota polis dan anggota Unit Cawangan Khas. Polis Tanjung Malim mengesahkan mereka telah menahan 17 aktivis mahasiswa dalam kejadian itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut kerana masih dalam siasatan. |
TG Nik Aziz: Coretan Di Awal Tahun 2012 Posted: 01 Jan 2012 01:28 AM PST 0leh Nik Abdul Aziz Nik Mat Hari ini hari yang pertama dalam tahun 2012 kalendar Masihi. Saya membaca dalam akhbar bagaimana kemeriahan sambutan tahun baru ini dan juga azam baru yang ditanam pada awal tahun. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kita nafas yang panjang dan mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya sementara kita dijemput untuk mengadapNya dan pergi buat selama-lamanya. Cuma ingin saya menukilkan sedikit rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharram yang merupakan sambutan tahun baru 1433 H dan hari ini kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masehi. Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar Hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari? Penetapan awal tahun Hijrah berdasarkan kepada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Yathrib yang kemudiannya ditukar nama menjadi Madinah. Menggunakan kalendar hijrah bererti menyegarkan semula ingatan kita kepada perjuangan hijrah Rasulullah SAW. Ia bukannya sekadar satu catatan sejarah semata-mata, tetapi ia satu pengajaran kepada umat Islam agar berusaha terus-menerus untuk melaksanakan tuntutan dakwah. Menggunakan kalendar hijrah bererti mengingatkan kita semula kepada pahit maung perjuangan Rasulullah SAW di dalam menyebarkan dakwah. Adakah generasi muda kita pada hari ini arif dengan sejarah Rasulullah SAW dan Bani Hasyim yang pernah menghadapi pemulauan ekonomi dan sosial selama tiga tahun? Adakah generasi muda kita tahu bagaimana sejarah Rasulullah SAW yang pernah berdakwah ke Taif bersama-sama Zaid bin Harithah namun dilempar dengan batu? Inilah sebenarnya mutiara-mutiara yang berharga dalam khazanah sirah Rasulullah SAW yang jarang sekali diperdengarkan di kalangan kita pada hari ini. Justeru, apabila kalendar hijrah digunakan, ingatan terhadap sirah ini pasti akan segar semula dan masyarakat pastinya tidak terada asing dengan sejarah Rasulullah SAW. Sayangnya hari ini, kalendar hijrah hanya menjadi satu maklumat sampingan semata-mata diatasi oleh kalendar masihi sebagai kalendar yang utama. Paling tidakpun, pada bulan Ramadhan dan Syawal kalendar hijrah menjadi terkenal tetapi selepas itu, ia hanya tinggal tulisan yang kecil sahaja di tajuk-tajuk akhbar. Oleh yang demikian, sangatlah besar cita-cita saya untuk melihat kalendar hijrah ini dijadikan sebagai kalendar utama khususnya di dalam kehidupan umat Islam. Apatah lagi kalendar masihi inipun asalnya dari penjajah dan dibawa masuk ke dalam pentadbiran pada era penjajah. Saya tidak melihat sebarang sebab yang boleh menghalang kalendar hijrah ini digunakan sebagai kalendar utama dalam pentadbiran. Apapun, saya berharap agar lembaran tahun baru ini menjadikan kita hamba yang lebih tunduk kepada Allah SWT. Sesungguhnya dunia hanyalah tempat kita menumpang, tiba masanya kita perlu pergi jua dari tempat kita menumpang sekarang. Jika hari ini kita bermusafir tetapi masih mampu untuk balik kampung, maka satu masa nanti kita bermusafir kea lam barzarkh dan seterusnya ke alam mahsyar pada hari kiamat, tiada lagi peluang untuk kita pulang ke kampung halaman kita di dunia ini. Salam hormat. HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 7 Safar 1433 H bersamaan 1 Januari 2012 |
Video Laungan Takbir Dan Alunan Asma Al Husna Oleh Ustaz Azhar Idrus Sambutan Tahun Baru Posted: 01 Jan 2012 12:31 AM PST |
Azmin Ali: Kenyataan Media Untuk Edaran Segera Posted: 31 Dec 2011 11:59 PM PST 1 Januari 2012 Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera. Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong. Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana. Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat |
KEADILAN kecam keganasan polis terhadap mahasiswa Posted: 31 Dec 2011 11:36 PM PST KUALA LUMPUR: KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). "Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna," kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media, pagi ini. Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan, Nik Nazmi turut mendedahkan, pengamal media yang bertugas melaporkan kejadian tersebut turut dikasari pihak berkuasa. "Mahasiswa mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media turut dipukul polis," katanya. Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut dengan gerakan mahasiswa. "Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU, "AMK akan terus bersama aktivis mahasiswa. Inilah yang ditakuti Umno BN, apabila anak muda sudah berani menggerakkan zaman. "AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah," kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi. Lebih mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sebelum polis mencetuskan keganasan. |
Isu tangkapan mahasiswa di UPSI Posted: 31 Dec 2011 11:05 PM PST KENYATAAN MEDIA 1 Januari 2012 Untuk Sebaran Segera Tuntutan Mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan BEBAS bagi memansuhkan AUKU adalah suatu usaha berterusan golongan Mahasiswa untuk menuntut hak dan kebebasan buat seluruh mahasiswa di Malaysia. BEBAS bersama SMM terus memperjuangkan pemansuhan AUKU dan Kebangkitan Mahasiswa terus dicerna dalam Himpunan diluar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru 2012. Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak Polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan oleh pihak polis iaitu Pengerusi BEBAS, Sdr Safwan Anang cedera dan kini berada di Hospital Tanjung Malim, Perak. Seramai 15 mahasiswa ditangkap di dalam Himpunan Menuntut Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU itu. Tindakan tersebut adalah tidak demokratik, bersifat "negara polis" (police state) langsung mempalitkan titik hitam di awal sambutan Tahun Baru 2012 ini memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia dan umumnya bahawa kerakusan Kerajaan UMNO-BN menggunakan Polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini. Saya menempelak tindakan polis terhadap tangkapan mahasiswa dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Saya tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan. Sewajarnya pihak polis menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mahasiswa. Saya yakin dan percaya, Gerakan Mahasiswa tidak akan lemah dengan pencabulan pihak polis dalam insiden di UPSI semalam. Mahasiswa dan Anak Muda perlu terus memperjuangkan agenda perubahan yang digarap bersama dalam mereformasikan Universiti, Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU dan Akta-akta yang 'menggari' dan 'memenjarakan' mahasiswa. YB Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN |
Tahun 2012. Syitan Dan Iblis Menggila Di Tanjung Malim. Posted: 31 Dec 2011 05:27 PM PST Tahun Baru 2012 Tercemar 1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak. 2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala. 3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River. 4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ? 5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan