Ahad, 1 Januari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jualan dinar, dirham cecah RM40,9 juta: Bukti kejayaan pemerintahan PAS-PR

Posted: 01 Jan 2012 02:47 AM PST

Editor@WD

Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.



Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.

Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.

"Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada," ujarnya.

Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah 'Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.

Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai 'hologram'.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.

Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.

"Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012," ujarnya.

Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan 'dirham kenangan' bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.

Jenama 'cat 1Malaysia' Najib 4 kali ganda mahal berbanding kos cat Pakatan

Posted: 01 Jan 2012 02:42 AM PST

Editor@WD


WarkahDaily - Mak oi! Hampir empat kali ganda beza harga cat yang digunakan Najib berbanding cat yang digunakan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengecat sebuah flat.

Mungkin Najib mintak pengilang cipta cat khusus untuk rakyat atas nama 'cat 1Malaysia' kot. Tu yang mahal sangat tu sampai RM1.2 juta berbanding RM360, 000 je kos yang digunakan kerajaan PR.

Setakat cat flat pun hangpa nak songlap duit ke? Itu baru cat, camana la bina sebuah bangunan. Lagi banyak ler mereka ni duk bedal (songlap). Patut la sorang-sorang boleh ada banglo besar, kereta besar.

Binasa negara jika Umno-BN terus memerintah negara ini!

Dipetik dari Harakahdaily, kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

"Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.

Selamat Tahun Baru 2012 – Bebaskan diri dari sikap perkauman jijik

Posted: 01 Jan 2012 02:41 AM PST

Roketkini.com

GEORGE TOWN – Walau pun pelbagai kerajaan telah memerintah Pulau Pinang selama 225 tahun dengan pelbagai haluan, hubungan sesama rakyatnya tetap aman harmoni kerana dijalin semangat hormat kepada kepelbagaian budaya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, tradisi keharmonian dan saling hormat-menghormati di antara pelbagai etnik dan budaya yang dilambangkan dalam pembinaan masjid, gereja, kuil-kuil India dan Cina di sekitar kawasan yang berdekatan, telah diiktiraf oleh UNESCO apabila George Town diberi status Bandar Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.

"Kita yakin Pulau Pinang mampu mengalahkan golongan pelampau yang menggunakan emosi jijik dan juga mengatasi golongan rasis yang menakutkan rakyat dengan ancaman sama ada untuk mendominasi atau didiskriminasikan.

"Mari kita bebaskan diri daripada sikap-sikap pengabaian, tidak peduli dan tidak toleransi," katanya dalam mesej tahun baru 2012.

Menurutnya, Pulau Pinang bercita-cita menjadi sebuah negeri yang pintar dan bertaraf antarabangsa demi berdaya saing dalam dunia globalisasi.

"Sebagai negeri yang tiada sumber asli, kita harus membangunkan sumber manusia dengan melatih, melatih semula, mengekalkan dan menarik modal insan," tambah beliau.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Pulau Pinang harus mendakap masa depan yang mapan dengan perumahan mampu milik dan lebih banyak kawasan hijau.

Sementara inisiatif hijau akan berterusan, katanya, perumahan mampu milik juga diberi kepentingan di mana kerajaan negeri Pakatan rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan jumlah terbesar di kalangan semua kerajaan negeri di Malaysia, iaitu RM500 juta untuk Dana Perumahan Mampu Milik demi memastikan anak-anak kecil akan dibesarkan dalam keadaan yang selesa dan bermartabat.

"Kita harus mendakap masa depan tanpa kemiskinan. Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 dengan pemberian bantuan kewangan sosial.

"Tahun depan, kita akan memastikan bahawa setiap keluarga di Pulau Pinang akan menerima pendapatan minima sebanyak RM600 sebulan. Pulau Pinang juga mempunyai hasrat untuk menjadi negeri pertama di Malaysia untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015," ujarnya.

Sementara pihak polis di Pulau Pinang telah bekerja keras untuk mengurangkan kadar jenayah, beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga telah memainkan peranan dengan memasang CCTV dan memulakan program polis masyarakat untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di Malaysia.

"Kita harus memperbaharui semangat kerja yang kuat, jujur dan bijak. Hanya melalui penubuhan institusi dan kewujudan peluang boleh kita mencetuskan inovasi yang berteraskan teknologi, nilai tambah yang tinggi dan ekonomi berasaskan pengetahuan," uajr beliau.

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, kerajaan negeri juga telah mencapai lebihan bajet setiap tahun dan berjaya menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai daripada kemuflisan sejak mengambil alih pentadbiran dengan mengamalkan urus tadbir CAT (cekap, akauntabel dan telus) yang telah diiktiraf oleh Transparency International.

"Pulau Pinang makmur apabila kita sedar bahawa sesuatu negeri tanpa apa-apa sumber asli haruslah bergantung kepada sumber manusia dan pembangunan modal insan.

"Pulau Pinang merosot apabila kita lupa bahawa sumber keistimewaan negeri kita merupakan tenaga, kepakaran dan daya kesusahawanan rakyat kita," ujarnya.

Justeru, beliau mengajak semua rakyat Pulau Pinang supaya berusaha gigih untuk menjadi negeri lebih bersih, hijau dan selamat dan yang membawa rezeki kepada mereka yang bekerja secara keras, jujur dan bijak. – Roketkini.com

Pahit manis 2011

Posted: 01 Jan 2012 02:37 AM PST

Oleh Fairuz Azhan


Tahun 2011 banyak menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam kancah senario politik tempatan yang menjadi penanda aras untuk dianalisa pada tahun hadapan. Berikut adalah beberapa kejadian/peristiwa/pekara yang terhangat sepanjang tahun 2011 untuk peringatan kita bersama.

Teropong lebih mahal dari Myvi Special Edition

Rata-rata saban tahun kita menantikan laporan Ketua Audit Negara supaya rakyat dapat mengetahui tentang bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita, dan juga untuk menyaksikan angka-angka perbelanjaan yang tidak masuk akal.

Pada tahun ini juga, banyak persoalan timbul tentang bagaimana wang kita dibelanjakan. Antaranya teropong berharga RM1,940 dibeli dengan harga RM56,350 iaitu 2,805 peratus lebih mahal dari harga pasaran! Malah, ia lebih mahal dari harga kereta manual Myvi Special Edition. Pemain DVD dan TV LCD pula dibeli dengan harga RM16,100 walhal harga sebenarnya cuma RM2,182, iaitu 638 peratus perbezaan dengan harga asal.

Lebih menakutkan lagi, jumlah dan kadar hutang negara juga meningkat. Hutang kerajaan pusat pada tahun 2006 ialah RM242 bilion, dan ia kian melonjak setiap tahun. Kini pada tahun 2011, jumlah hutang kerajaan pusat ialah RM456 bilion!

Jika kita menganalisis kadar hutang negara berbanding KDNK, ia mencapai tahap 54.8 peratus. Jika melebihi paras 50%, ia boleh dikatakan amat merbahaya.

Trend menunjukan bahawa kadar hutang negara meningkat setiap tahun dan jika kita membuat andaian berdasarkan peningkatan hutang sejak tahun 2006, dan purata Kadar Pertumbuhan Terkumpul Tahunan adalah sebanyak 12 peratus hutang perbendaharaan negara akan terus melonjak kepada RM1 trilion (atau RM1,000 bilion) pada 2019.

Mengapa banyak hutang merbahaya? Kerana setiap individu rakyat akan menanggung kesannya di mana tidak lama lagi cukai akan dinaikkan atau cukai baru dicipta. Pelabagai jenis bayaran 'perhidmatan' akan diperkenalkan dan sebagainya yang membebankan lagi perbelanjaan keluarga.

Jika anda tidak yakin dengan Pakatan Rakyat dan bagaimana mereka boleh memperbaiki keadaan ini, lihat sahaja Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kesemuanya mengalami lebihan atau surplus belanjawan, dan pendapatan hasil negeri juga meningkat. Ini amat berbeza sekali dengan kesemua negeri-negeri Barisan Nasional yang mengalami defisit belanjawan dan hutang kerajaan negeri juga turut meningkat (kecuali Perak yang ditadbir oleh Pakatan di antara Mac 2008 dan Februari 2009).

Lebihan belanjawan ini pula digunakan untuk banyak lagi program rakyat di samping bentuan dan sumbangan tunai kepada keluarga miskin, warga emas, OKU, kanak-kanak dan mereka yang memerlukan. Tidak ada wang rakyat yang tiris atau bocor oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan.

Skandal duit ternak lembu diguna beli kondo mewah

Rata-rata semua orang tahu tentang skandal NFC (National Feedlot Corporation) yang melibatkan suami dan anak-anak Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil sehinggakan Utusan Melayu pun tidak boleh menutup skandal tersebut.

Apabila mula dilancarkan, sasaran NFC adalah untuk menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun. Namun setelah tiga tahun beroperasi sejak 2008, hanya sejumlah 8,016 ekor sahaja dihasilkan, iaitu purata 2,672 setahun, bersamaan 4.45 peratus daripada sasaran asal. Maknanya ia gagal.

Untuk menghasilkan 8,016 ekor lembu tersebut, sejumlah RM141 juta telah dibelanjakan, iaitu jauh menyimpang dari anggaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, iaitu hanya RM6.37 juta untuk menghasilkan 9,000 ekor lembu. Ini merupakan 22 kali ganda lagi mahal daripada anggaran kementerian. Maknanya kira-kira RM17,500 dibelanjakan untuk seekor lembu!

Kementerian juga mensasarkan projek ini akan menghasilkan 50,000 tan daging menjelang 2009 di mana 330,000 ekor lembu akan dikorbankan. Namun sehingga November 2010, hanya 5,752 ekor lembu telah dikorbankan. Ia amat tersasar dari anggaran asal.

Buatlah penilaian anda sendiri, siapa yang harus dipercaya? Fakta-fakta ini boleh didapati dari Laporan Ketua Audit Negara dan juga laporan Jabatan Haiwan dan Veterinar.

Siapa dapat projek RM250 juta tersebut? Keluarga menteri. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan? Antaranya, kondominium mewah di Kuala Lumpur bernilai RM10.2 juta, kondominium mewah di Singapura bernilai RM9.9 juta, sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622, tanah premium di Putrajaya bernilai RM3.4 juta, dan macam-macam lagi perbelanjaan seperti pakej percutian dan sebagainya.

Pehimpunan agung UMNO

Tidak pernah dalam sejarah UMNO mahu pun UMNO Baru yang menyaksikan perhimpunan agung mereka yang seteruk tahun ini. Tiada agenda Melayu maju dan berdikari, yang ada hanya agenda kemandiran perkauman mereka yang semakin tidak relevan. Kasihan 3.3 juta ahli UMNO, hanya ini yang menjadi kebanggan mereka dek pimpinan yang sudah hilang adab sopan.

Ia bagaikan pesta memaki hamun dan memfitnah pembangkang semata-mata. Bagaikan siapa boleh cipta fitnah paling buruk, dialah yang terhebat. Siapa yang paling keras makian dan kata-kata kesatnya, dialah jaguh.

Antara pihak yang paling banyak difitnah ialah DAP. DAP difitnah sebagai ejen Kristian, ingin menubuhkan republik, tidak menghormati Raja, bersikap rasis dan pelbagai tuduhan lain yang amat tidak masuk akal. PAS dan PKR pula dikatakan sebagai pondan dan bapok.

Yang paling memalukan umat Melayu ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berketurunan India Muslim, atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, telah menggelar warga Malaysia yang menyokong DAP sebagai "bangsat".

Sampai begitu sekali jijik dan kejinya politik mereka, tiada harapan lagi untuk dipulihkan. Tiada ruang untuk diskusi intelek. Tiada pemimpin yang boleh membawa arus perubahan positif untuk parti itu.

Lihat sahaja Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah yang dikritik oleh puak-puak perkauman dalam partinya sendiri kerana beliau ingin melihat perubahan dalam UMNO supaya lebih relevan. Rakyat boleh melihat, dalam perhimpunan mereka itu bahawa sesungguhnya, pimpinan UMNO tidak layak dan tidak wajar menjadi pemimpin bukan sahaja peringkat kampung, apatah lagi menerajui Malaysia ke arah yang lebih tinggi.

Tranformasi hangat-hangat tahi ayam

Slogan-slogan yang menarik, akronim-akronim yang mengagumkan. Namun setakat di situ sahaja kita kagum. Kerana slogan-slogan dan akronim tersebut tiada sebarang makna mahu pun keikhlasan dari segi pelaksanaan mahu pun isinya.

Meski pun pada Hari Malaysia tahun ini Perdana Menteri mengumumkan pengkajian semula dan penghapuskan beberapa undang-undang zalim, jelas kepada kita bahawa transformasi yang dibawakan oleh beliau hanya seperti sesumpah yang berubah mengikut persekitaran.

Kononya mahu dimansuh Seksyen 27 Akta Polis dan membenarkan lebih banyak ruang kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. Namun digantikannya pula dengan Akta Perhimpunan Aman (sedap namanya, jijik isinya) yang lebih teruk mengongkong daripada junta tentera Myanmar. Bila wakil rakyat membantah, tiada ruang diskusi diberikan. Bila Majlis Peguam memprotes, tidak dipedulikan sama sekali. Bila rakyat mahu bangkit, diberi amaran keras bahawa tindakan keras akan diambil.

Juga dalam kes tanda mercu Hilman et al v Government of Malaysia yang mana Mahkamah memutuskan bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah haram kerana bercanggah dengan Pelembagaan Persekutuan. Apa kerajaan UMNO-BN buat? Ia masih lagi mahu merayu terhadap keputusan tersebut agar mahasiswa tidak boleh terlibat dalam politik negara.

Transformasi? Hanya pada nama untuk mengaburi mata rakyat tetapi tiada pengisian. Kita tunggu sahaja dan lihat apa dia undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kumpulan perkauman Melayu, Perkasa yang seiring dengan UMNO, sudah 'memartabatkan' ISA sebagai 'Taming Sari' orang Melayu. Kita sedang nantikan apa lagi tunggang terbalik Datuk Seri Najib Razak terhadap ISA dan akta-akta zalim lain yang akan diumumkan tahun hadapan.

KR1M: Sekali lagi yang miskin menjadi mangsa

Sebagaimana kita sedia maklum, disebabkan segala-gala harga barang naik dan kos sara hidup kian meningkat oleh kerana ketidakcekapan kerajaan pusat dalam menguruskan dana negara, maka timbulnya satu konsep Kedai Rakyat 1Malaysia yang bunyinya amat bijak.

Pertama, ia dilihat sebagai tindakan proaktif kerajaan untuk membantu rakyat, dan kedua, ia boleh dijadikan monopoli untuk kroni UMNO. Ia berharap dapat meringankan beban ekonomi keluarga dan dengan itu rakyat tidak akan bising dengan projek yang diberikan kepada kroni UMNO.

Namun, dengan subsidi RM40 juta yang kononnya mengurangkan beban rakyat untuk membeli barangan keperluan, terdapat banyak kepincangan dalam kedai konsep tersebut.

Antaranya, dakwaan bahawa barangan di kedai tersebut lebih murah daripada mana-mana pasaraya telah dibuktikan tidak benar. Tetapi yang lebih penting, ada barangan didapati tidak selamat untuk pengguna. Ini kerana bahan-bahan tersebut adalah barangan generik dan tidak mengikut tahap piawai yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri seperti yang tertakluk dalam Akta Makanan.

Sebagai contoh, sos tiram KR1M terpaksa ditarik balik kerana didapati tidak selamat untuk pengguna. Susu kanak-kanak juga didapati melebihan had vitamin A yang ditetapkan Akta dan susu pekat manis telah melebihi peratusan gula 76 peratus yang dibenarkan.

Selain isu keselamatan, rata-rata produk tersebut amat mengelirukan pengguna kerana label barangan tidak tepat, dan kemudian terpaksa ditarik balik, seperti aiskrim, susu membesar, kari ayam, dan sardin.

Kita amat bernasib baik kerana pekara ini telah diutarakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan kini sedang diperbaiki oleh Kementerian Kesihatan. Biar pun ada menteri UMNO yang cuba menjadikannya isu perkauman, akhirnya kebenaran telah timbul.

Ini hanya sebahagian kecil daripada masalah penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai kesalahan yang telah dilakukan oleh pimpinan UMNO-BN terhadap rakyat. Semua ini akan mengalir dalam arena politik, ekonomi dan sosial negara pada tahun depan.

Pada 9 Julai 2011 puluhan ribu rakyat telah berkumpul secara aman di ibu kota menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus. Polis bertindak dengan membelasah rakyat yang hanya mahu memartabatkan demokrasi dan kebebasan melalui Bersih 2.0. Ia petanda jelas tidak akan ada perubahan positif daripada kerajaan UMNO-BN.

Hanya kita sebagai rakyat mampu menghentikan segala kemungkaran ini pada 2012. –Roketkini.com

Lebih 500 Sertai pertandingan Blog Kreatif

Posted: 01 Jan 2012 02:35 AM PST

Oleh Afiq Redzuan


SHAH ALAM,: Pertandingan Blog Kreatif 'Selangor Idamanku' mendapat sambutan baik dari dalam dan luar Selangor yang melihat pertandingan ini sebagai usaha menyebarluaskan informasi berteraskan platform maya yang semakin mendapat tempat masa kini.

Bagi pelajar Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Arivalagan a/l Raja Manickam, 21, yang ditemui berkata, kandungan blog yang dibuat lebih menumpukan kepada pembangunan Selangor dari segi pelancongan dan sebagainya.

Beliau yang menjuarai kategori pelajar institusi pengajian tinggi dengan capaian web Selangorku11.blogspot.com melihat Selangor sebagai negeri yang membangun dan bakal lebih maju pada masa akan datang.

"Bagi saya, saya mendapat banyak pengalaman mencari informasi berkaitan Selangor. Saya bukan orang Selangor, tapi dengan pertandingan ini saya boleh lihat apa yang dilakukan di Selangor. Ini cara terbaik untuk mengenali Selangor," katanya.

Penyertaan saat akhir pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Ikhtiaruddn Md Yasim, 23, tidak menjadi halangan untuk beliau mengungguli kategori Umum dengan capaian web www.myselangor.com.

Secara peribadi beliau melihat Selangor berada dalam keadaan baik ditambah dengan sikap prihatin kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat

"Saya menyertai pertandingan ini dua hari sebelum tarikh tutup. Saya bukan orang Selangor tapi sedikit sebanyak saya mengetahui mengenai Selangor seperti pelancongan Selangor, sejarah, kerajaan negeri dan sebagainya.

"Dari segi kandungan blog, saya meletakkan sejarah Selangor, segala program yang berkaitan rakyat yang dibuat di Selangor," katanya.

"Saya tinggal di Selangor sejak tahun 2006 dan banyak perbezaan yang saya lihat. Misalnya dari segi bil air memang saya tidak bayar. Dari segi kebajikan, Alhamdulillah kebajikan rakyat agak terjamin," katanya.

Dengan tema 'Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan', pertandingan ini turut melibatkan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel) mendapat penyertaan ramai peserta namun jumlah peserta terpaksa ditapis untuk 500 orang peserta sahaja.

 Pertandingan ini terdiri daripada tiga kategori iaitu pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan umum. Jumlah keluruhan hadiah berjumlah RM16, 300 dan hadiah iringan.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata pertandingan ini bakal diteruskan pada tahun hadapan memandangkan sambutan menggalakan yang diterima.

Beliau mengakui, golongan muda merupakan penggerak utama dalam pembangunan teknologi masa kini memandangkan lebih ramai berminat kepada maklumat segera dan pantas.

"Selangor agak unik ditambah sebagai nadi malaysia. Penduduk yang tinggal di sini rata-rata dari dalam dan luar Selangor. Banyak IPT di Selangor sebab sudah menjadi hub ilmu. Saya tidak hairan kalau orang lain lebih berminat," katanya.

Satu Lagi Program Boros Shahrizat

Posted: 01 Jan 2012 02:24 AM PST

TVS NEWS


PETALING JAYA : Tidak cukup dengan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengannya, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dibidas lagi kerana satu program yang boros dan jauh lagi tinggi dari kos sebenar.

Kali ini, Shahrizat dikaitkan dengan program memogram atau pemeriksaan kanser wanita yang dikendalikan Kementeriannya iaitu Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kommuniti.

Exco Selangor Rodziah Ismail mendedahkan bagaimana kos program memogram Shahrizat 180 kali ganda lebih mahal dari program memogram sama yang dibuat Kerajaan Selangor.

Lebih dari itu kata Rodziah, yang juga ADUN Batu Tiga, program Kerajaan Selangor telah memberi manfaat kepada lebih ramai wanita di Selangor berbanding dengan program Shahrizat yang dibuat seluruh negara.

Rodziah berkata demikian dalam ceramah isu-isu semasa yang bernama "Jelas 4" di Taman Dato Haron, di sini semalam.

Saksikan pendedahan ini di dalam video klip , yang menunjukkan bagaimana program

Nurul Izzah: ‘Tindakan ganas polis terhadap mahasiswa bukti kerakusan BN gunakan pihak berkuasa’

Posted: 01 Jan 2012 02:22 AM PST




KUALA LUMPUR — Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan "luar batasan dan keterlaluan" polis terhadap aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuktikan kerakusan pentadbiran Najib menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Ini kerana selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menegaskan ia juga bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman yang diwujudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan polis, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang mengalami kecederaan," kata Nurul Izzah (ambar) dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan tindakan diambil polis untuk menghuraikan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik sebagai tidak demokratik, bersifat "negara polis" dan mencemarkan kedatangan tahun baru.

"Ini memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia dan umumnya bahawa kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

"Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman yang diumumkan oleh perdana menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini," katanya.

Awal pagi tadi beberapa mahasiswa UPSI yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah ditahan polis berikutan ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.

Kumpulan mahasiswa ini juga mendakwa polis telah bertindak kasar dengan "memukul, menendang dan menumbuk" mereka, yang menyaksikan Muhammad Safwan dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.

Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli, 21, telah menjadi tajuk utama UPSI kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Tambah Nurul Izzah, demonstrasi dianjurkan mahasiswa itu bukan satu kesalahan sehingga polis perlu bertindak kasar kepada mereka.

"Saya menempelak tindakan polis terhadap tangkapan mahasiswa dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Saya tekankan bahawa mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU," katanya.

‘Jakim tak pernah keluarkan kenyataan bantah forum IRF’, kata KP

Posted: 01 Jan 2012 02:18 AM PST


KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini tampil menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau membantah penganjuran Forum on Future of Islamic Feminism anjuran Islamic Renaissance Front (IRF).

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha berkata pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan nama agensi itu dan memanipulasi isu demi kepentingan sendiri.

Beliau menambah Jakim tidak dimaklumkan tentang penganjuran forum yang membincang isu berkaitan hak wanita dari perspektif Islam.

Othman juga menegaskan laporan The Malaysian Insider yang disiarkan pada 19 September lalu tidak benar.

"Sehubungan itu, Jakim berasa amat kesal terhadap tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan nama Jakim dan memanipulasi isu demi kepentingan sendiri sedangkan Jakim tidak dimaklumi tentang penganjuran forum berkenaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

The Malaysian Insider pada 19 September melaporkan penganjur forum itu mengatakan mereka berhadapan dengan siri tekanan termasuk daripada pihak berkuasa agama yang seolah-olah mahu menggagalkan dan menghalang program itu daripada diadakan.

Penganjur forum mendakwa menerima panggilan daripada Jakim, sejam sebelum program bermula untuk menyertai forum sebagai anggota panel.

Pengerusi IRF Dr Ahmad Farouk Musa berkata Jakim tidak diundang untuk menyertai forum itu.

Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI

Posted: 01 Jan 2012 02:16 AM PST


KUALA LUMPUR — Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan," menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider.

"Ini isu lama, masyarakat selalu cuba menjadikannya isu, sama seperti perhimpunan Bersih 9 Julai lalu," katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang bersih.

Awal pagi tadi, aktivis mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik mendakwa telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan bersurai daripada pihak berkuasa.

Lanjutan daripada insiden berkenaan, seorang pelajar terbabit Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dilaporkan berada di wad di Hospital Slim River ekoran tidak sedarkan diri. Safwan dipercayai patah beberapa batang gigi dan patah tulang ketika insiden berkenaan.

Dikatakan 17 daripada mereka telah ditahan sekitar jam 2 pagi tadi, mahasiswa terbabit masih lagi berada dalam tahanan polis di Balai Polis Tanjung Malim.

Berita keganasan anggota polis dalam insiden awal pagi tadi itu mula mendapat liputan meluas di media sosial termasuk Twitter dan Facebook yang mengecam tindakan anggota polis menggunakan keganasan terhadap mahasiswa berkenaan.

Bagaimanapun, pegawai polis berkenaan menafikan dakwaan peguam tidak dibenarkan berhubung dengan mahasiswa yang ditahan oleh anggotanya.

"Peguam tidak pernah dihalang daripada berjumpa pelajar terbabit, N. Surendran sekarang ada bersama pelajar yang ditahan," katanya merujuk kepada peguam yang juga Naib Presiden PKR itu.

Fazli walaubagaimanapun tidak pasti tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap mahasiswa terbabit.

"Biar pihak atasan yang tentukan selepas keterangan mereka diambil."

Jangan layan mahasiswa cara 'kebinatangan'

Posted: 01 Jan 2012 02:14 AM PST

Muhammad Khairul


KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mengutuk sekerasnya tindakan keganasan terhadap sekumpulan mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan memukul dan membelasah mahasiswa tersebut untuk menyeleraikan mereka sebagai satu tindakan yang bersifat 'kebinatangan' dan terkeluar dari norma manusia beragama.

"Tindakan tidak berperikemanusiaan dan lebih kepada kaedah 'kebinatangan' dalam menyuraikan kemaraan mahasiswa dan anak muda ini," katanya.

Menurutnya, polis perlu menghormati peruntukkan yang sedia ada dan tidak sepatutnya dalam keadaan jahil dengan menuruti apa sahaja kehendak parti politik tertentu.

"Jangan jadi budak hingusan kepada Umno BN. Tugas anda menyelamatkan hak rakyat… bukan melindungi pemimpin zalim.

"Berlaku adillah kepada semua pihak," tegas beliau.

Beliau turut menyifatkan agenda transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya politik murahan yang sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa pengertian.

"Jangan termasuk dikalangan petanda dan ciri-ciri golongan munafik. Apabila bercakap, tidak menepati apa yang diucapkan.

"Sudah-sudahlah berjanji menggula-gulakan kehidupan rakyat," ujarnya.

Tambah beliau, insiden yang berlaku terhadap mahasiswa bukan sahaja dirasai golongan itu, malah turut dirasai golongan anak muda seluruh negara.

Dalam insiden malam tadi, kira-kira 17 mahasiswa ditahan dan dua orang cedera parah dalam perhimpunan aman Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, malam tadi.

Coretan Di Awal Tahun 2012

Posted: 01 Jan 2012 02:13 AM PST

Nik Abdul Aziz Nik Mat


Hari ini hari yang pertama dalam tahun 2012 kalendar Masihi. Saya membaca dalam akhbar bagaimana kemeriahan sambutan tahun baru ini dan juga azam baru yang ditanam pada awal tahun. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kita nafas yang panjang dan mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya sementara kita dijemput untuk mengadapNya dan pergi buat selama-lamanya.

Cuma ingin saya menukilkan sedikit rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharram yang merupakan sambutan tahun baru 1433 H dan hari ini kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masehi. Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar Hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari?

Penetapan awal tahun Hijrah berdasarkan kepada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ke Yathrib yang kemudiannya ditukar nama menjadi Madinah. Menggunakan kalendar hijrah bererti menyegarkan semula ingatan kita kepada perjuangan hijrah Rasulullah SAW. Ia bukannya sekadar satu catatan sejarah semata-mata, tetapi ia satu pengajaran kepada umat Islam agar berusaha terus-menerus untuk melaksanakan tuntutan dakwah. Menggunakan kalendar hijrah bererti mengingatkan kita semula kepada pahit maung perjuangan Rasulullah SAW di dalam menyebarkan dakwah.

Adakah generasi muda kita pada hari ini arif dengan sejarah Rasulullah SAW dan Bani Hasyim yang pernah menghadapi pemulauan ekonomi dan sosial selama tiga tahun? Adakah generasi muda kita tahu bagaimana sejarah Rasulullah SAW yang pernah berdakwah ke Taif bersama-sama Zaid bin Harithah namun dilempar dengan batu? Inilah sebenarnya mutiara-mutiara yang berharga dalam khazanah sirah Rasulullah SAW yang jarang sekali diperdengarkan di kalangan kita pada hari ini. Justeru, apabila kalendar hijrah digunakan, ingatan terhadap sirah ini pasti akan segar semula dan masyarakat pastinya tidak terada asing dengan sejarah Rasulullah SAW.

Sayangnya hari ini, kalendar hijrah hanya menjadi satu maklumat sampingan semata-mata diatasi oleh kalendar masihi sebagai kalendar yang utama. Paling tidakpun, pada bulan Ramadhan dan Syawal kalendar hijrah menjadi terkenal tetapi selepas itu, ia hanya tinggal tulisan yang kecil sahaja di tajuk-tajuk akhbar. Oleh yang demikian, sangatlah besar cita-cita saya untuk melihat kalendar hijrah ini dijadikan sebagai kalendar utama khususnya di dalam kehidupan umat Islam. Apatah lagi kalendar masihi inipun asalnya dari penjajah dan dibawa masuk ke dalam pentadbiran pada era penjajah. Saya tidak melihat sebarang sebab yang boleh menghalang kalendar hijrah ini digunakan sebagai kalendar utama dalam pentadbiran.

Apapun, saya berharap agar lembaran tahun baru ini menjadikan kita hamba yang lebih tunduk kepada Allah SWT. Sesungguhnya dunia hanyalah tempat kita menumpang, tiba masanya kita perlu pergi jua dari tempat kita menumpang sekarang. Jika hari ini kita bermusafir tetapi masih mampu untuk balik kampung, maka satu masa nanti kita bermusafir kea lam barzarkh dan seterusnya ke alam mahsyar pada hari kiamat, tiada lagi peluang untuk kita pulang ke kampung halaman kita di dunia ini.

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

20 berita paling popular Harakahdaily 2011

Posted: 01 Jan 2012 02:12 AM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Sepanjang 2011, perhimpunan Bersih 2.0 telah mencatat sejarah tersendiri dan berita mengenainya menjadi berita paling popular Harakahdaily untuk tahun tersebut.

Berita bertajuk 'Mangsa gas pemedih mata meninggal' dalam perhimpunan tersebut telah menjadi berita yang paling banyak dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Di samping Bersih 2.0, usaha Pakatan Rakyat mencegah pengundi hantu juga menjadi tumpuan pelayar.

Hasilnya, berita bertajuk 'PR jadi warganegara, konspirasi terancang' menduduki tempat kedua dalam senarai 20 berita paling popular Harakahdaily.

Berikut adalah 20 berita paling ramai pembaca sepanjang tahun 2011.

1 Mangsa gas pemedih mata meninggal

2 PR jadi warganegara, konspirasi terancang

3 Sekitar Bersih 2.0: Polis arah tangkap peserta himpunan

4 Negara kebajikan ala New Zealand

5 Dr Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi

6 'Umno, I know who you are' - Nik Aziz

7 DAP gesa polis siasat tawaran 'wakil PM'

8 Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman

9 Jamil Khir: Saya guna duit sendiri bukan zakat

10 Khalid Samad sertai misi baru ke Gaza

11 Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

12 Nabi pun dianggap pengkhianat

13 Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi

14 Menjawab pandangan Abdul Aziz Bari

15 PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh

16 Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus

17 Bebas Hadi 24 jam atau himpun di Bukit Aman

18 Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit

19 Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

20 Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno

PRU 13: Bersatu tamatkan keangkuhan Umno BN

Posted: 01 Jan 2012 02:10 AM PST

Johari Jaafar

IPOH: Pilihanraya umum ke 13 yang dijangka pada pertengahan bulan Mac ini begitu penting kepada rakyat negara ini bagi membuat perubahan besar menamatkan keangkuhan dan kezaliman Umno BN sepanjang 54 tahun memerintah negara ini.

Oleh itu, seluruh rakyat perlu bersatu bersama Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN pada pilihanraya umum ini bagi menyelamatkan negara dan rakyat negara ini daripada kehancuran dan kezaliman.

"Kita perlu bersatu dalam menuju ke Putrajaya, PAS bersendirian tidak mampu untuk ke Putrajaya, begitu juga PKR dan DAP tidak memampu ke Putrajaya jika bersendirian, kita perlu bersatu bersama Pakatan rakyat dalam memastikan langkah ke Putrajaya berjalan dengan baik, kerana itu orang Melayu, Cina dan India mesti besatu untuk kita meranapkna Umno BN melalui undi dalam pilihanraya ini," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub ketika berucap merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penykong PAS Negeri Perak di Dewan Budaya Jaan Tun Perak di sini semalam.

Rakyat negara ini telah memberikan masa yang panjang untuk Umno/BN memerintah negara ini, ternyata BN gagal mentadbir dengan baik dan banyak melakukan ketidakadilan dan kezaliman kepada rakyat serta menjuruskan negara ini ke arah kehancuran.

Menurut beliau, rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti berani membuat perubahan besar dalam menyelamatkan negara demi masa depan genarasi yang akan datang.

"Angin perubahan telah pun berlaku di negara Amarika Syarikat dan juga negara negara Arab, sudah sampai masanya angin perubahan itu melanda negara ini, rakyat perlu bersatu untuk kit buat perubahan besar melalui undi dalam piihanraya umum ke 13 ini, jika rakyat berani membuat perubanan ini Umno/BN adalah terlalu kecil untuk kita tewaskan," tegasnya disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hampir 300 orang ahli Dewan Himpunan Pemyokong PAS negeri Perak yang memenuhi dewan tersebut.

Sehubungan itu beliau yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS di seluruh negara mampu menggerakkan masyarakat bukan Islam untuk bangkit membuat perubahan besar kepada politik negara.

Turut berucap memyuntik semangat ahli ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak pada pelancaran itu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Pengerusi Lajnah Perpadan Nasional PAS Perak, Mohd Zainudin Mohd Yusof, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kin, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar dan Setiausaha DHPP Perak, Naliraja a/l Sengadam.

Apapun berlaku, perjuangan mansuh Auku diteruskan

Posted: 01 Jan 2012 02:07 AM PST

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden menyelar tindakan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia yang telah bertindak ganas sewaktu Himpunan Menuntut Kebebasan Berakademik (Bebas) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di awal sambutan tahun baru.

Presiden Gamis yang dihubungi pagi ini menjelaskan tindakan pihak polis jelas membuktikan suara mahasiswa ingin dikuburkan oleh rejim kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tambah beliau lagi, sepatutnya pihak berkuasa khususnya polis harus bertindak dengan lebih profesional, bukannya menggunakan kekerasan melampau apatah lagi himpun tersebut berlangsung dengan aman.

"Gamis akan bersama seluruh mahasiswa sama sekali tidak akan berundur bahkan akan terus mara memperjuangkan mansuhnya Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan akta seumpamanya.

"Himpunan dijalankan secara aman, malah kerjasama baik diberikan oleh mahasiswa tanpa ada provokasi liar, tetapi pihak polis menggunakan kuasa mereka untuk bertindak melebihi dari sifat keperimanusiaan.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan serta menuntut pembebasan segera ke atas semua mahasiswa yang ditahan dan mesti bertanggungjawab ke atas mangsa kekejaman tersebut," jelasnya.

Sebelum itu, Pengerusi Bebas, Safwan Anang dimasukkan ke hospital kerana dipijak oleh polis, manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala dah dijahit.

Dilaporkan lebih 20 orang mahasiswa lain di tahan di Balai Polis Tanjung Malim termasuk aktivis Mahasiswa, Adam Adli.
Dimaklumkan lebih kurang 100 orang anggota polis dan FRU berada di UPSI bagi menghalang himpunan tersebut.

Dalam pada itu, mahasiswa telah mula berhimpun di Stesen Komuter Tanjung Malim sejak awal pagi tadi bagi mendesak agar mereka yang ditahan di bebaskan segera.

Akram Ikrami menjelaskan walau apa jua tindakan dikenakan terhadap Bebas, desakan agar memansuhkan Auku tetap diteruskan, malah apa yang berlaku sekarang adalah sebagai cabaran kepada mahasiswa.

7 maut, dua kereta bertembung lori tong gas

Posted: 01 Jan 2012 02:05 AM PST

Harakahdaily


LUMUT,: Tujuh terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG di KM6 Jalan Lekir-Teluk Intan dekat Manjung malam tadi.

Dalam tragedi pukul 11.30 malam tadi, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan parah dan kritikal, maut pada pukul 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, turut mengesahkan kejadian lapor Berita Harian.

Turut difahamkan beberapa orang lagi yang turut terbabit dalam kemalangan itu berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi di hospital Seri Manjung.

Pemandu Trailer Abd Rashid Mohd Hisham, 49, juga cedera.

Berikut adalah senarai tujuh mangsa yang terbunuh:

- Mohd Hisham Mat Zaki, 23,
- Badrul Isa Sulaiman, 20,
- Mohd Hadi Sulaiman, 17,
- Mohd Shafiq Riduan Yusuf, 16,
- Ahmad Faizal Ahmad Termizi, 15,
- Mohd Shadan Mohd Arshad, 15, dan
- Mohd Kamil Tamsuri, 15.

Semua mereka adalah dari Kampung Batu 15 Lekir kecuali Mohd Shafiq dari Kampung Batu 14 Lekir.

Peguam muda PAS sedia bela mahasiswa yang ditahan

Posted: 01 Jan 2012 02:03 AM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk membantu mahasiswa yang ditahan sewaktu mengadakan protes Auku di UPSI malam tadi.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, sejak berita penahanan mahasiswa itu diketahui awal pagi tadi, lima orang peguam juham diketuainya telah berkampung di Balai Polis Tanjung Malim.



"Juham bersedia untuk mewakili para mahasiswa tersebut di dalam prosiding reman yang dipercayai akan dilakukan pada lewat hari ini sekiranya Polis berhasrat untuk terus menahan mahasiswa-mahasiswa terbabit.

"Juham menyeru kepada mana-mana pihak termasuk para mahasiswa yang menyaksikan kejadian tersebut dan yang menjadi mangsa keganasan polis ketika perhimpunan tersebut untuk tampil ke hadapan dan menghubungi Juham di talian 013-3506495 dan 013-3006943 bagi membantu pihak Juham mengumpulkan bukti-bukti keganasan pihak Polis di dalam perhimpunan tersebut," katanya.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Menurut Ahmad Zamri lagi, Juham yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah.

Malah, Juham juga ujarnya bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para Mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu Juham kepada gerakan Mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan.

"Juham dengan tegas memberikan amaran kepada pihak Polis yang terbabit dalam memukul mahasiswa-mahasiswa tersebut untuk bersedia disaman di Mahkamah oleh para mahasiswa yang terlibat kerana tindakan pihak Polis tersebut jelas merupakan tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia," tegasnya.

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor

Posted: 01 Jan 2012 01:53 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program.

Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.

Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".

Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah

Posted: 01 Jan 2012 01:50 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR-Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.

Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".

"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.

"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.

"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.

Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.-Harakahdaily

Langkah Shahrizat seterusnya: Akan tercetuskah pemberontakan ahli Umno terhadap Najib?

Posted: 01 Jan 2012 01:48 AM PST

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Terdapat ramai yang sangat tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas sebab-sebab yang begitu banyak. Ada yang tidak gembira kerana Najib bukanlah Perdana Menteri yang dipilih dan merasakan dia tidak boleh menjalankan tugas sebagai pembuat keputusan tertinggi bagi Malaysia, dan Malaysia tidak berada dalam keadaan yang lebih baik sejak beliau mengambil alih jawatan.

Mungkin pada masa ini, orang-orang UMNOlah yang paling membimbangkannya kerana mereka adalah orang dalaman. Mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan prestasi buruk Najib dalam sektor ekonomi kerana ini melibatkan periuk nasi mereka. Bahagian kek yang besar bagi orang UMNO telah menjadi kecil. Ahli-ahli UMNO juga tidak berpuas hati kerana Najib hanya mahu orang-orangnya dalam senarai 'calon boleh menang'.

Wajah talam dua muka UMNO

Dalam perhimpunan agung November lalu, Najib menyangka bahawa dia telah berjaya memujuk perwakilan untuk membuat resolusi bagi membenarkan dia menjadi presiden sekali lagi. Tetapi anehnya dia tidak Nampak bahawa mereka hanya berpura-pura sama seperti pentadbiranya yang penuh dengan sifat kepura-puraan. Contohnya Idris Jusoh, yang merupakan orang pertama menyokong resolusi Najibmemberi jaminan bahawa dia dengan senang hati akan melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ia akan membantu UMNO menang PRU ke-13 nanti.

Kini dengan hanya tempoh sebulan, Idris mendendangkan lagu lain pula. Idris, hanya beberapa hari yang lalu telah memberi amaran bahawa jika lawannya Ahmad Said dibenarkan untuk bertanding, UMNO akan kehilangan kerajaan negeri Terengganu. Masihkah ada sesiapa yang percaya perbalahan dalaman masih tidak wujud di Terengganu seperti yang didakwa UMNO? Lebih-lebih lagi, adakah mana-mana ahli UMNO yang benar-benar mempercayai Najib untuk berlaku adil dalam memperuntukkan kerusi bagi kerusi-kerusi panas bagi membuktikan parti itu masih hidup dalam sebuah keluarga bahagia yang besar!

Mungkin, lebih-lebih lagi Shahrizat yang masih lagi ahli UMNO yang mempunyai potensi untuk menghancurkan Najib. Seperti Idris Jusoh, yang nekad tidak membenarkan mana-mana pemimpin UMNO yang lain menjadi Menteri Besar Terengganu yang seterusnya, Shahrizat pula bersiap untuk berperang. Dia sibuk mengumpul sumber untuk memastikan bahawa Najib dan penasihatnya tidak tidak akan menjatuhkan dirinya dengan menggunakan skandal NFC yang bernilai RM250mil sebagai alat. Ini termasuk kem-kem yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

NFC mengambil rupa bentuk lain di dalam UMNO

Sejak skandal NFC didedahkan oleh pihak PKR, pimpinan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, ia telah wujud dalam bentuk lain pula dalam UMNO itu sendiri. Ia telah menjadi suatu alat bagi tawar-menawar boleh digunakan oleh Najib untuk meraih sokongan rakan-rakan dalam parti dan mencantas putik cabaran dari Muhyiddin untuk jawatan presiden pada tahun 2012. Untuk rakyat Malaysia yang lain, NFC adalah lambing kemerosotan negara ini selepas beberapa dekad rasuah berleluasa namun, kepada orang-orang UMNO, ia hanya satu lagi pertempuran dalamanbakal menjadi ibu kepada perang sivil UMNO.

'Pelan B' yang merupakan perangkap yang bodoh Najib melibatkan seorang saudara keluarga Shahrizat yang dikatakan telah disogok untuk berpaling terhadapnya. Ini tidak mungkin akan berjaya kerana ianya tidak lagi mudah untuk meyakinkan rakyat Malaysia sudah semakin kritis dan benar-benar jijik dengan DVD seks Datuk T terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada awal tahun ini.

Satu lagi sebab kerana, Pilihan Raya Umum ke-13 yang sudah terlalu hampir.

Perang saudara telah bermula

Sementara itu, apabila Najib sedang bersedia untuk berhadapan dengan Muhyiddin, penyokong-penyokong mereka telah mula melepaskan tembakan peluru di antara satu sama lain. Pembantu rapat Najib yang juga Timbalan Menteri, Awang Adek telah didedahkan sebagai menerima 'sumbangan' yang beliau tegaskan adalah dana yang bertujuan untuk membiayai bahagian UMNOnya, tetapi ia boleh jadi hanyalah sebahagian daripada politik wang.

Maklumat yang sama telah didedahkan melibatkan setiausaha kanan peribadi Muhyiddin, yang juga menerima wang, yang memaksa Muhyiddin untuk menjalankan siasatan. Walau bagaimanapun, semua tahu bahawa dana yang dikumpul oleh pembantu kanan ini akhirnya akan digunak oleh pihak pemimpin-pemimpin tertinggi, mendorong ramai untuk mencemuh Muhyiddin atas "jaminan palsu" itu.

Bagaimanpun, dalam kes Shahrizat, ia akan menjadi lebih rumit kerana jika dia dikompromi, begitu juga nasib UMNO. Pertama, dengan Shahrizat masih dalam UMNO kes NFC akan dikaitkan dengan UMNO dan ini akan mendatangkan kesan yang buruk. Tetapi, jika Shahrizat diketepikan, dipaksa berhenti atau dipecat, Penyokong Shahrizat akan bersimpati dan merasakan bahawa Najib tidak berlaku adil dan gagal untuk menjalankan tugas-tugas presiden dengan baik.

Sahrizat dan pilihannya

Shahrizat mempunyai beberapa pilihan. Sebagai orang dalam, dia tahu banyak perkara dan dengan mudah boleh meniupkan wisel sama ada dalam penulisan blog atau dengan fakta dan bukti terhadap sesiapa yang menentangnya pada masa ini.

Trend ini telah dikesan didalam UMNO untuk menggerunkan kebanyakkan pemimpin UMNO. Shahrizat hanya boleh tunggu dan lihat tetapi dia juga mungkin membuat satu langkah berjaga-jaga kerana dia tidak lagi ada i apa-apa untuk disembunyikan dan hanya mahu menyelamatkan keluarganya.

Perang blogger telah terikat di sisi undang-undang untuk mewujudkan rasa tidak puas hati orang dalaman UMNO terhadap Najib, keranan baru-baru ini dia telah melancarkan satu ruang siber jutaan ringgit lengkap dengan askar siber dan penulis blog yang dibayar menggunakan dana kerajaan untuk menyerang pembangkang. Pesaingnya dalam UMNO boleh mengagak bahawa mereka juga akan menerima tempias ini dan akan tertanya-tanya mengapa wang rakyat digunakan untuk kepentingan Najib.

Jelas sekali, untuk memburukkan Najib, mereka yang tidak berpuas hati dengan Najib akan memulakan kerjasama dengan Shahrizat. Orang dalaman parti berkata, Muhyiddin telah cuba menyelesaikan sebagai isu ini. TPM, yang juga Timbalan Presiden UMNO, telah memberitahu pemberita bahawa tiada keputusan telah dibuat ke atas nasib Shahrizat.

Bagi bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, walaupun telah menggesa Shahrizat untuk berhenti sebelum dia dihalau keluar, mungkin juga akan membantu Shahrizat - bukan semata-mata untuk Sahrizat tetapi kerana sifat kuku besinya yang ingin meletakkan lebih banyak tekanan kepada Najib untuk memastikan bahawa orang-orangnya termasuk Mukhriz berada dalam senarai calon-calon boleh menang.

Semua pertaruhan dihentikan, pelaung terbuka buat semua

Kesannya, Ketua-ketua UMNO yang licik dengan satu tamparan skandal NFC telah menjadikan senarai calon-calon 'boleh menang' Najib tidak bermakna. Semua pertaruhan tidak berguna. Tiada seorang pun calon pilihan Perdana Menteri boleh yakin untuk bertanding bagi kerusi. Sekarang musim bebas untuk semua merebut kuasa telah diisytiharkan untuk UMNO, lanun tertua Malaysia!

Oleh itu, rakyat Malaysia boleh mengharapkan beberapa pembongkaran mengejutkan. Khir Toyo, Altantuya, Scorpenes, alatan perang yang berlipat ganda mahal, rasuah di wilayah Iskandar yang melibatkan kelaurga Badawi dan mungkin cincin berlian bernilai AS $ 24 juta Wanita Pertama kita Rosmah Mansor akan muncul semula dalam tajuk utama media semasa dalam beberapa bulan sebelum pilihan raya yang umumnya dijangka pada bulan Mac 2012.Malaysia Chronicle

Demo siswa berdarah membuka tirai tahun 2012

Posted: 01 Jan 2012 01:41 AM PST

Lu Wei Hoong


"Lalu, tahun baru pun panas bertunas; lalu, demo siswa pun ganas ditindas." Demikianlah puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara A.Samad Said pada laman Facebooknya, setelah perhimpunan kira-kira 60 orang siswa-siswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disuraikan secara kasar oleh pihak polis.

Perhimpunan yang bermula pada jam 1.30 awal pagi 1 Januari 2012 ini berakhir dengan penangkapan 17 orang, termasuk 14 orang siswa, dan kecederaan tiga orang pemimpin siswa, iaitu Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang, Presiden KAMI Haziq Abdullah Abdul dan Amar Rasyidi.

OCPD Tanjung Malim Othman turun sendiri pada jam kira-kira jam 2 pagi untuk berunding dengan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab, menyatakan bahawa polis tidak berhasrat untuk menyuraikan pelajar dengan kekerasan, dan meminta agar pelajar bersurai dengan aman - memandangkan kedua-dua pihak adalah muslim.

Bagaimanapun, Syukri Razab menyatakan bahawa sudah 40 tahun siswa-siswi dikongkong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dan mereka sebenarnya memperjuangkan kebebasan akademik untuk anak polis, mata-mata gelap (SB) di situ, supaya pemikiran mereka tidak disekat. Justeru itu, pihak siswa enggan bersurai.

Setelah tiga kali diberi amaran, siswa-siswi berundur ke luar pintu UPSI, malah salah seorang pelajar memanjat pagar dan menggesa agar pihak universiti membuka pintu. Melihat keadaan sebegitu, polis memberi arahan untuk menangkap siswa-siswi, dan keadaan mula kecoh ketika penangkapan berlaku.

Beberapa orang siswa yang berbadan tegap ditekan, malah cuba dibawa ke dalam kereta polis. Sepanjang proses itu, Muhammad Safwan Anang mengalami kecederaan sehingga darah kelihatan mengalir dari mulutnya, Haziq Abdullah Abdul pula pengsan dan Amar Rasyidi mengalami kecederaan sehingga lukanya pada dahi perlu dijahit.

Melihat keadaan Safwan yang serius, siswa yang kecemasan membawanya ke klinik yang terdekat, malah memecahkan pintu kaca klinik itu untuk mendapatkan rawatan bagi Safwan. Bagaimanapun, pihak klinik menganggap kecederaan Safwan amat parah, dan tidak terdaya untuk mengendalikannya. Safwan kemudian dikejar ke wad kecemasan Hospital Slim River.

Menurut saksi, siswa terpaksa mendapatkan rawatan cemas untuk Safwan kerana pihak polis tidak mengendahkan situasi yang dialami Safwan.

Mengecam pihak polis

Tindakan polis yang menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan siswa ini telah dikecam pihak pembangkang.

Perhimpunan pada awal pagi ini diadakan sebagai tanda sokongan terhadap Adam Adli, yang diberi notis untuk hadiri prosiding tatatertib UPSI lantaran perbuatannya menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, dan menggantikannya dengan panji Kebebasan Akademik.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan memberi masa sehingga 12 tengahari ini kepada polis untuk membebaskan semua tahanan siswa, atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan anak muda.

"Pemuda Dewan Pemuda PAS membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tulis Nasrudin dalam blognya.

Di samping itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengeluarkan kenyataan, "Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana."

Dalam perutusan Tahun Baru 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, beliau menyebut "Dasar Transformasi Nasional mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar."

Malah beliau menambah, "Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini."

Baca: Apabila pelajar menggenggam hak politiknya

Baca: Demo UPSI: 17 tahanan dibebaskan, Safwan semakin pulih

*Lu Wei Hoong ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Demo UPSI: 17 tahanan dibebaskan, Safwan semakin pulih

Posted: 01 Jan 2012 01:37 AM PST

Lu Wei Hoong


Kesemua tahanan termasuk Adam Adli yang ditangkap awal pagi tadi dalam satu perhimpunan yang berlangsung di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibebaskan, pada kira-kira jam 4 petang tadi. Malah, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang yang dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang parah, kini semakin pulih, menurut sumber.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa 17 orang tahanan termasuk Adam Adli dan rakan-rakannya telah dibebaskan dari IPD Slim River tadi.

Menurutnya, kira-kira 300 orang berada di luar balai polis berhimpun menuntut pembebasan tahanan siswa/i. Malah, sesetengah warga Facebook telah menyeru agar rakyat menelefon ke Balai Polis untuk mendesak agar tahanan dibebaskan mereka, sejak pagi tadi.

Menurut Syukri, mereka tidak didakwa di bawah apa-apa akta, bagaimanapun, tahanan dikehendaki melaporkan diri di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada 20 Januari 2012. Beliau menambah, dirinya berasa gembira kerana solidariti siswa/i yang membebaskan mereka.

Menurut sumber dari laman We Are All Safwan Anang, yang ditubuhkan pagi tadi, Muhammad Safwan Anang yang dikejar ke hospital lantaran kecederaan parah kini semakin pulih keadaannya.

MPMUM kutuk tindakan polis

Di samping itu, dalam satu kenyataan tadi, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang menggunakan kekerasan terhadap para mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.

Sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan secara aman di depan UPSI malam tadi untuk menuntut pihak UPSI supaya menggugurkan kes Adam Adli yang menghadapi tindakan disiplin serta menyeru kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengekang kebebasan akademik pensyarah dan mahasiswa.

Awal pagi tadi, kira-kira 100 mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan UPSI telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa mahasiswa cedera parah. Dalam insiden ini juga berlakunya satu kemalangan yang tidak diingini yakni Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang Taib telah ditumbuk dan patah rusuknya dan keadaan beliau masih kurang stabil kini.

Sehingga kini, 17 mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Najib, Adam Adli. Antara mahasiswa yang telah ditangkap polis ialah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Haziq Abdullah (Presiden KAMI), Syukri Razab (Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia), Shukri Kamaruddin, dan beberapa mahasiswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.

MPMUM menyatakan rasa kesal terhadap tragedi berdarah yang berlaku kerana sekumpulan mahasiswa yang berhimpun secara aman tidak mengakibatkan sebarang kesusahan dan kegugatan kepada orang awam ataupun polis dan MPMUM tidak bersetuju dengan tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekasaran melampau terhadap para mahasiswa yang tidak memegang sebarang senjata.

MPMUM menuntut agar pihak polis tidak mengamalkan sikap "double standard" dalam menguruskan insiden sedemikian kerana pihak polis langsung tidak mengadakan sebarang sekatan terhadap tindakan Pro-Aspirasi yang mengadakan perhimpunan awam di Putrajaya baru-baru ini. MPMUM berharap agar pihak polis memainkan peranannya untuk melindungi keselamatan rakyat jelata dan tidak menjadi alat kerajaan untuk mengekang kebebasan mahasiswa dan menindas mahasiswa dengan zalim.

Sesungguhnya tindakan mahasiswa yang menuntut supaya AUKU dimansuhkan ataupun berhimpun secara aman merupakan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tindakan polis dan FRU yang menzalimi mahasiswa malam tadi telah menjadikan janji Perdana Menteri, Najib yang ingin memberikan ruang yang lebih besar kepada mahasiswa sebagai komestik politik.

MPMUM menyeru pihak kerajaan memansuhkanAUKU yang mengekang kebebasan mahasiswa supaya prinsip demokrasi kampus dapat dihidupkan semula.

Baca: Apabila pelajar menggenggam hak politiknya

Baca: Demo siswa berdarah membuka tirai tahun 2012

*Lu Wei Hoong ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis

Posted: 01 Jan 2012 01:36 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga


KUALA LUMPUR: Kawasan rendah di Kelantan, Terengganu,Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir berikutan hujan lebat berterusan sehingga malam ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga.

Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan yang terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.- Bernama

Skandal zakat: Jawapan Jamil Khir bercanggah

Posted: 01 Jan 2012 01:31 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Beliau seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul, tegas Nik Nazmi.





PETALING JAYA: Setelah seminggu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum berdiam diri tentang kontroversi penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 maka akhirnya beliau tampil memberikan jawapan.

Menurut beliau, bayaran kos guaman beliau bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi menghadapi kes qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan kerajaan, bukannya wang zakat.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Jamil Khir masih tidak menjawab percanggahan jawapannya dan Majlis Agama

Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) semalam dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Menurut Nik Nazmi, pada 21 Jun 2011, Dr Mashitah (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

"Saifuddin sendiri telah menunjukkan baucer bayaran yang secara terang menulis bahawa pembayaran dibuat menggunakan wang zakat," kata beliau yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia.

Katanya, pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

PKR lapor polis

Katanya lagi, pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010.

"Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut," jelas Nik Nazmi.

Nik Nazmi menegaskan bahawa sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.

"Jamil seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul sama ada daripada segi hukum syara' mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

"Lainlah sekiranya Jamil Khir menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil Khir beranggapan demikian, tidak perlulah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan," katanya dengan sinis.

Menurut beliau, memandangkan jawapan Jamil Khir setakat ini masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan. PKR tetap akan membuat laporan polis pada minggu hadapan.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib menegaskan sebarang penggunaan wang zakat tanpa mematuhi syarat asnaf (golongan yang layak menerima zakat) adalah melanggari ketetapan Allah SWT.

"Kalau hendak membelanjakan wang zakat, sudah ada asnaf-asnaf tertentu yang layak. Tidak boleh dibelanjakan sebarangan," kata beliau seperti mana dilapor pada muka hadapan akhbar Harakah keluaran terbaru.

PKR: Polis guna kekasaran melampau

Posted: 01 Jan 2012 01:17 AM PST

MALAYSIA KINI

PKR hari ini menyatakan rasa kesal terhadap tindakan polis menangani perhimpunan di Tanjung Malim awal pagi tadi yang menyaksikan 17 orang ditahan dan seorang mahasiswa terlantar di hospital.

Parti itu menuntut pihak polis dan menteri dalam negeri membuat permohonan maaf, sekali gus memastikan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kecederaan itu dihadapkan ke muka pengadilan.

NONETimbalan Presiden PKR Azmin Ali (kanan)berkata, kejadian itu menjadi saksi bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar-warkannya.

"Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat," katanya.

Dakwanya, pihak berkuasa menggunakan "kekasaran melampau" walaupun kumpulan mahasiswa sekadar menyatakan bantahan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Nurul Izzah: Titik hitam 2012

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) pula mendakwa mahasiswa yang tercedera itu Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri."

nik nazmi"Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan polis sebagai tidak demokratik, bersifat "negara polis" dan memalitkan titik hitam di awal sambutan tahun baru 2012.

Anggota parlimen Lembah Pantai itu berkata, ia memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia tentang "kerakusan" kerajaan menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan.

NONEIni juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini.

"Saya tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan," katanya.

Nurul Izzah juga percaya gerakan mahasiswa tidak akan lemah ekoran insiden awal pagi tadi untuk terusterus memperjuangkan perubahan untuk mereformasikan Universiti, kebebasan akademik serta pemansuhan AUKU.

Jawapan Jamil Khir & Pengarah MAIWP Hina Audit Negara Dan Agong - Ulasan GB

Posted: 31 Dec 2011 08:22 PM PST

KELAB GREENBOC


Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.

Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".

"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.

"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda,"
kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.

"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.

Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. -HD

Jamil Khir Jelaskan Dakwaan Seleweng Wang Zakat & Pembelian Rumah

SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Sabtu menegaskan, laporan yang mendakwa beliau terbabit dalam penyelewengan wang zakat adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah semata-mata.

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimama yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, dan kita ini yang kita pakai lah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat, laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya lagi.

Menurutnya, pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata, pihak yang membuat tuduhan berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menjelaskan, rumahnya itu dibeli pada tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri lagi dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.

"Kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu adalah perkara biasa. Saya dulu mejar jeneral dalam angkatan tentera...saya ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya lagi.

Beliau juga berkata, penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar. - thestar

Ulasan GB

Sudahlah pecah amanah dan khianat, penipu pula.

Kata jamil Khir:

Beliau berkata, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepertimana yang didakwa tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

Sedangkan Laporan Audit JELAS menyatakan:

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.


Sekalipun wang tersebut telah dibayar balik menggunakan geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan, namun PECAH AMANAH telah berlaku terlebih dahulu.

Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu
.

Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.

Laporan Audit Negara di atas adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen - Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) sebelum ini.

Ia BUKAN fitnah seperti yang didakwa oleh Jamil Khir sebaliknya Jamil Khir yang memberikan jawapan yang salah untuk mengelirukan rakyat.

Ini juga BUKAN persoalan politik seperti yang didakwa, tetapi persoalan akauntabiliti dan etika kerja. Soal hukum, soal amanah dan pertanggungjawaban.

Dipandang dari sudut apa sekalipun, perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan selain dari yang dibenarkan syarak tetap berdosa. Wang zakat adalah milik Allah s.w.t. yang diarahkan diagihkan kepada golongan asnaf, bukan untuk biaya (samada sementara atau kekal) wang guaman pengerusi dan pengarah MAIWP.

Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya.

Tiada alasan lagi, Jamil Khir serta 2 lagi perlu diheret ke muka pengadilan.

Tiada ulasan: