Kelab Greenboc |
- Bayi Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Atas Batu Di Sungai
- Zahid Hamidi Dikecam Kerana Gunakan Anak-anak Guan Eng Sebagai Modal Politik
- Lagi Kes Motosikal Dibakar Dengan Lontaran Botol Berisi Petrol
- Siapa Yang Ada Hubungan Dengan Israel, Anwar Atau UMNO?
- Video Seks II : Dimana Sebenarnya Anwar Berada Pada Tarikh Rakaman?
- Penutup Bagi Isu Hassan Ali: Munajat Yang Diterima Allah
- Isu MB Kedah Dan KUIN "Tidak Dalam Keadaan Untuk Dibincangkan" Oleh Pakatan
- Gelagat Rosmah Bikin Kacau Untuk Najib Tetapkan Tarikh PRU13
Bayi Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Atas Batu Di Sungai Posted: 29 Jan 2012 12:36 AM PST Bayi tanpa kepala AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan di Kuala Ampang. "Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput," katanya. Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada. "Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat," katanya. -SH Bayi tanpa kepala Ulasan GB Dasyat sungguh pekerti manusia. Sudah berzina (jika benar) membunuh pula. Dosa yang bertimpa-timpa. klik untuk baca |
Zahid Hamidi Dikecam Kerana Gunakan Anak-anak Guan Eng Sebagai Modal Politik Posted: 28 Jan 2012 11:00 PM PST Guan Eng dakwa Umno jadikan anak-anaknya sasaran politik Lim Guan Eng menuduh Umno menjadikan anak-anaknya sebagai sasaran politik dan mendakwa anak perempuannya telah menjadi mangsa serangan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menteri Pertahanan ini mengatakan program latihan Khidmat Negara kini diterima dengan meluas dan mendapat kepercayaan ibu bapa untuk memupuk kesan positif dalam diri anak-anak mereka dan menggunakan anak perempuan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai contoh. Beliau dilaporkan berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang melihat cucu perempuannya, yang memasuki Kem Balik Pulau, telah berubah lebih baik selepas menghadiri program itu. "Anak lelaki (Kit Siang) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) juga memberitahu saya tentang kesan positif dari program itu dan berterima kasih kepada saya," kata Zahid dipetik Bernama. Bagaimanapun Lim menafikannya dan berkata kenyataan Zahid "tidak benar". "Anak perempuan saya budak yang baik dan ia sama sebelum atau selepas menyertai program ini. Ayah saya dan saya tidak pernah memberitahu Menteri Pertahanan seperti yang didakwa olehnya dan kami tidak berterima kasih kepadanya," kata Lim dalam kenyataan media hari ini. Beliau menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak menggunakan anak-anaknya sebagai modal politik, menambah seluruh keluarganya "sedih" dengan kenyataan Zahid. "Ia keluarga saya dan saya sayangkan anak perempuan kami dan mahu melindungi hak peribadinya. Kami telah melindunginya dari publisiti supaya dia boleh membesar dan menikmati kehidupan bersama rakan-rakan seperti kanak-kanak normal. "Kami berharap Datuk Seri Ahmad boleh menghormati hak peribadi anak perempuan saya dan jangan heret dia ke dalam permainan politik," tambah Lim. Setiausaha Agung DAP ini menegaskan ia bukan kali pertama anak-anaknya menjadi sasaran Umno dan menekankan bagaimana anak lelakinya yang berumur 15 tahun dikecam pemimpin Umno atas dakwaan mencabul kehormatan rakan sekolah. Blog Umno juga mendakwa Lim membayar RM200,000 untuk menutup skandal itu dan memindahkan anak lelakinya ke sekolah lain. Pihak pentadbiran sekolah mengesahkan tiada kejadian sedemikian berlaku seperti yang didakwa blog Umno. Gambar yang didakwa mangsa yang dihebahkan di Internet sebenarnya adalah juara catur yang menetap di Hong Kong dan tidak pernah mengenali anak lelaki Lim. "Saya gesa Umno dan pemimpin BN melemparkan segala pembohongan terhadap saya dan jangan libatkan anak-anak saya, Mereka masih belajar dan tidak terlibat dalam politik. "Adakah pemimpin Umno dan BN sudah ketiadaan idea dan terpaksa menggunakan kaedah penipuan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anak-anak kami?" soal Lim. -TMI |
Lagi Kes Motosikal Dibakar Dengan Lontaran Botol Berisi Petrol Posted: 28 Jan 2012 08:25 PM PST 26 motor, teksi hangus PETALING JAYA: Angkara balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dibakar di kawasan tempat letak kereta di Apartmen Desa Mentari, di sini, semalam, dipercayai berpunca daripada lontaran botol berisi petrol. Insiden jam 4 pagi itu adalah kejadian kedua selepas yang pertama minggu lalu memusnahkan tiga motosikal di lokasi sama. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu disedari penduduk selepas mendengar jeritan jiran tetangga. Katanya, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik menyiasat punca kebakaran yang dipercayai akibat balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan. "Difahamkan, sebuah kenderaan dinaiki beberapa lelaki ke lokasi kejadian, kemudian melontarkan sesuatu yang dipercayai botol berisi petrol ke kawasan itu," katanya yang mengenal pasti kumpulan itu kerana pernah ditangkap sebelum ini. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Mangsa, P Sathi, 37, berkata ketika kejadian, dia sekeluarga tidur sebelum dikejutkan bunyi jeritan jiran tetangga yang memaklumkan kejadian. Katanya, dia terkejut mendapati motosikal kesayangannya terbabit dalam kebakaran bersama 25 motosikal lain serta sebuah teksi. "Sebaik turun, saya melihat semua motosikal dan teksi hanya tinggal rangka dan kami cuba memadam kebakaran namun tidak berjaya sebelum memanggil bomba. "Nasib baik api dapat dikawal, kalau tidak ia mungkin merebak ke kenderaan lain yang diletak sebaris dengan motosikal kami," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Pemilik teksi, M Guru, 40, pula berkata, dia hanya mampu melihat teksinya musnah selepas api merebak dengan cepat kerana dipercayai dibakar dengan minyak petrol. "Saya tidak tahu siapa melakukan perbuatan ini. Mungkin kerana orang luar sakit hati dengan seorang daripada kami. "Kemusnahan teksi membuatkan saya buntu kerana hilang mata pencarian dalam sekelip mata," katanya yang mahu pihak berkuasa memantau kawasan itu kerana sering berlaku jenayah, termasuk curi kereta, motosikal dan gaduh. -hm |
Siapa Yang Ada Hubungan Dengan Israel, Anwar Atau UMNO? Posted: 28 Jan 2012 06:22 PM PST Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut: "..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)." Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh. ANWAR IBRAHIM DENGKIL, : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil malam tadi menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada beliau oleh media milik Umno.
|
Video Seks II : Dimana Sebenarnya Anwar Berada Pada Tarikh Rakaman? Posted: 28 Jan 2012 04:22 PM PST Semalam blog ini telah memetik tulisan dari sebuah blog rakan yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada tarikh video seks II yang dikatakan dirakam pada 12 & 13 Januari tahun lepas. Blog tersebut mendakwa Anwar berada di Indonesia. Namun ia tidak dapat memberikan butiran lanjut. Namun selepas di semak semula, sebenarnya, Anwar tidak berada di Bangkok maupun di Indonesia pada tarikh berkenaan tetapi berada di Kuala Lumpur. Berikut ialah pendedahan dari wikimalay yang memetik sumber asalnya dari activist901.com:
Nah sekarang apa lagi? Semuanya telah terbarai. Kita yakin video seks itu dikeluarkan oleh "Datuk T Production" adalah kerana hati mereka terlalu sakit ekoran fitnah video seks I tidak berjaya dan sementelah lagi Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah di atas tuduhan liwat tempohari. Kerja-kerja rakaman video seks tersebut adalah agenda paling jijik dan jahat kumpulan Datuk T yang mendapat restu UMNO itu. Memang binatang sungguh kerja mereka itu. Kita berdoa agar bala paling dasyat ditimpakan ke atas pemfitnah, pereka, dan sesiapa juga yang terlibat menghasilkan dan menyebarkan video seks berkenaan. |
Penutup Bagi Isu Hassan Ali: Munajat Yang Diterima Allah Posted: 28 Jan 2012 07:50 AM PST PAS: 'Lupakan Hasan Ali, fokus PRU-13' KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan. "Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita. "Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider. Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti. Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu. Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu. Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan. "Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya. Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa. "Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya. -TMI Ulasan GB GB bersetuju. Setelah sekian lama isu Hassan Ali dibincangkan, kini Hassan Ali itu sudah pun tiada lagi di dalam jemaah PAS. Maka sewajarnya kita tidak hiraukan lagi sekalipun ada saki baki pengikutnya yang masih bersimpati terhadap nasibnya. Sebenarnya, bagi mereka yang mengikut tulisan-tulisan GB selama ini, GB telah lama membuka kisah Hassan Ali ini - seawal 21 Nov 2009 apabila GB menulis, mengenai kisah Ikan Berkepala Buaya - Ada Bersama Kita Petikan: GB, seperti sebahagian sahabat-sahabat semua, suka merenung tentang "hakikat" sesuatu yang tersurat. Tetapi tidak ramai yang mampu "membaca" petunjuk Ilahi itu. Ayat "manzurah" adalah untuk orang yang tajam mata hatinya melalui "ainul-basirah" kurniaanNya bagimengetahui rahsia di sebalik setiap sesuatu yang didedahkan di atas permukaan bumi ini. GB tidak mahu mengaku GB mengetahui kesemuanya, dan tidak pula mahu bersikap sombong dan takbur namun hakikatnya bahawa apa yang GB telah tuliskan hampir 3 tahun lalu adalah benar. Kemudian oleh kerana GB agak sedikit kecewa kerana tiada apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS terhadap manusia yang bernama Hassan Ali itu, maka pada 29 Nov 2009, GB telah terbitkan satu munajat kepada Allah agar memberikan bantuan untuk dibersihkan parti kita dari "kepala parasit" itu. Memperingatkan Pimpinan PAS : Doa Seorang Hamba Yang Da'if. Petikan munajat: Ya Allah Ya Tuhan kami Dan syukur kepada Allah akhirnya pada 8 Januari 2012, Hassan Ali secara rasminya dipecat. Maka dengan ini GB sekali lagi merafakkan kesyukuran kepada Allah yang telah memakbulkan doa dan munajat hambaNya ini dan lantaran itu, isu Hassan Ali dengan ini dikuburkan dengan rasminya. GB juga bersyukur kepada Allah yang "telah mengembalikan" beberapa orang pimpinan tertinggi kepada saf perjuangan kita walaupun satu ketika tindakan-tindakan mereka amat menggusarkan kita seperti Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim sendiri. Rahmat Allah menyebabkan mereka masih berhak untuk diberikan kemaafan dan terus berada di dalam jemaah kita. Dan kita serahkan kepada Allah untuk mentarbiyah saki-baki mereka yang masih seperti Hassan Ali sifat dan sikapnya yang masih berlegar di dalam parti kita. Tak usah GB sebutkan nama mereka tetapi cukuplah mereka yang sedar itu bertaubat dan memberhentikan kerja-kerja jahat mereka sebelum menerima pukulan dasyat Allah seperti yang Hassan Ali sudah terima. Yang utama selepas ini kita akan memohon kepada Allah memperkuatkan saf perjuangan kita untuk kita hancurkan UMNO BN sehancur-hancurnya dan untuk kita tawan Putrajaya! GB amat yakin Allah akan perkenan juga doa kita. Hanya menunggu detik dan masa yang bersejarah itu adanya. Marilah bersama GB untuk yakin dengan bantuan dari Allah ini. Mungkin sdra-sdri ingin membacanya semula. GB berikan pautan-pautannya: klik untuk baca |
Isu MB Kedah Dan KUIN "Tidak Dalam Keadaan Untuk Dibincangkan" Oleh Pakatan Posted: 28 Jan 2012 05:21 AM PST Pas: 'Hukum' MB Kedah tak timbul, fokus mansuh Auku Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub (gambar) berkata, gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari agar kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan ke atas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak timbul dan ia juga bukan formula penyelesaian. Sebaliknya menurut beliau, PR perlu memberi tumpuan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada pilihan raya umum akan datang. "Pakatan akan mengambil tindakan maksimum untuk memansuhkan Auku," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online. Salahuddin berkata, semua pihak perlu melihat bahawa masalah semasa ini berpunca daripada kewujudan Auku itu sendiri. "Seharusnya jangan kita mengalihkan senapang, tembakan ke arah pihak (kumpulan sasaran) yang salah. Apa yang penting, kita memaksimumkan serangan ke arah BN (Barisan Nasional), tindakan untuk memastikan Auku ini dihapuskan," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sehubungan itu, Salahuddin berkata, pendekatan mengambil tindakan ke atas Azizan tidak akan menyelesaikan kontroversi semasa, sebaliknya isu yang timbul memerlukan penyelesaian menyeluruh dengan memansuhkan Auku. "Saya tidak fikir ia akan menyelesaikan masalah (dengan mengambil tindakan ke atas Menteri Besar)," katanya. Ditanya sama ada PR akan membincangkan perkara itu, Salahuddin berkata, "tidak dalam keadaan untuk dibincangkan." Dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam, Menteri Besar Kedah berkata, orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kuin kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain. Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pakar perlembagaan itu sepatutnya lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya. "Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama," kata beliau. Azizan mencadangkan PR agar mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Auku untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan. Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda. Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100. Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media. Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari. Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda. Dalam pada itu, ketika bercakap kepada Sinar Harian di Padang Besar hari ini, Salahuddin berkata, mana-mana pihak termasuk tokoh akademik tidak wajar menuding jari terhadap Azizan yang menyokong tindakan Kuin menggunakan Auku untuk menggantung lima pelajarnya dalam perbicaraan 25 Mac lalu. -SH Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN klik untuk baca |
Gelagat Rosmah Bikin Kacau Untuk Najib Tetapkan Tarikh PRU13 Posted: 28 Jan 2012 03:36 AM PST Rosmah Jejas Persiapan PRU-13 Najib? Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu. Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib. Satu artikel dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp. Kolumnis itu dalam satu kenyataanya mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia. "FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney? "Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya. Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar. Rosmah mendapat perhatian masyarakat sejak Najib menjadi Perdana Menteri.Kehidupan mewahnya diperkatakan khalayak selain didakwa banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat Najib dalam isu-isu dasar kerajaan. Ramai yang tidak senang dengan kelibat Rosmah selaku wanita pertama yang dilihat terlalu menonjol bukan dengan imej positif, sebaliknya dengan imej yang menggoyahkan imej Najib. Isu perbelanjaan mewahnya semasa menginap disebuah hotel di Dubai seperti yang didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali turut menjadi bualan umum. Azmin mendakwa, kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman. Rakyat turut dimaklumkan, jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isterinya dari tahun 2008 hingga 2011 iaitu dimana mereka membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011. Memetik keratan sebuah akhbar Australia pula, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah di sana. Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, yang juga menggelarkan dirinya 'Wanita Pertama Malaysia' berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas. Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan. Dalam pada itu, pada 31 Ogos lalu, Najib dilaporkan sebuah akhbar telah bercuti ke Perth (Australia) dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA. Menurut laporan tersebut, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd. Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta. Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara. Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat." Rosmah juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemasukan cincin buatan Jacob & Co pada harga RM24 juta. Kemasukan barangan diatasa nama Rosmah Mansor itu didedahkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharim yang katanya mendapat maklumat daripada sumber Kastam. Rosmah menafikan pembelian cincin itu dan menyatakan ianya sekadar untuk pameran sulit di suatu lokasi yang dirahsiakan dan telahpun dihantar ke Singapura. Walaupun Rosmah menafikannya, namun hingga kini perisytiharan keluarnya barangan itu kononnya ke Singapura masih menjadi tandatanya. Selain itu, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin pula ada mendedahkan dakwaan kononnya Rosmah memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin. Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan. Kini nama Rosmah meniti semula dibibir masyarakat selepas Shahrizat 'remuk' dibelasah kerana skandal kelemahan projek NFC yang dikendalikan oleh suaminya, Dato' Seri Mohammad Salleh. Rosmah dilihat sukar berperang dengan akhbar luar negara apabila setiap dakwaan yang dihadapinya hanya mampu dinafikan tanpa mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berpengkalan di Sydney itu. Apakah sebenarnya yang berlaku, pastinya tindakan 'penafian' tidak cukup untuk menggambarkan Rosmah benar-benar tidak melakukan apa yang didakwa akhbar Sydney itu. Sebaliknya seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Rosmah harus mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan, dan sekiranya tidak, ia mendatangkan interpretasi bahawa dakwaan akhbar itu benar. Lebih penting lagi, apakah serangan ke atas Rosmah ini sebenarnya menggugat 'nama baik' yang sedang dirintis Najib bagi menghadapi pilihan raya umum, ramai veteran Umno-BN melihatnya sebagai suatu 'beban' kepada Presiden Umno itu. Rakyat sedang menantikan tindakan Rosmah mahupun Najib, dan ramai yang mahu agar isu itu bukan sekadar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa siasatan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jika gagal diatasi, ianya pasti boleh merencatkan keghairahan Najib dalam menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13. -HD SU Agung: BN tidak terdesak panggil PRU Ulasan GB Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada awal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11. Tetapid engan pelbagai isu yang melanda angkara Rosmah seperti pendedahan perbelanjaan besarnya di Sydney dan kewujudan permainan "Aku Jimat", diberitakan tarikh pilihanraya terpaksa dianjakkan. Maklumat dari pembekal barangan untuk kempen BN juga menyatakan bahawa berlaku penundaan tarikh sebenar pilihanraya. Walau apa dan bila pun tarikh PRU13, yang utama rakyat perlu bersiap sedia menghadapinya bila-bila masa. Ingat: kerajaan telah pun menaburkan pemberian one-offnya. Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.... klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan