Ahad, 29 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hasan Ali Dah Mula Main Gertak-Gertak..

Posted: 28 Jan 2012 09:09 PM PST

'Saya pun ada bukti salah laku pemimpin Pakatan'

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.


"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau mempunyai masa 30 hari untuk membuat rayuan.

- Sinar Harian



Usah sembunyi di belakang undang-undang, kata Aziz kepada MB Kedah

Posted: 28 Jan 2012 07:12 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menasihatkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak berselindung di sebalik isu teknikal undang-undang apabila berdepan dengan aktivis mahasiswa tentang kebebasan akademik di Kedah.

"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan."kata bekas professor ini kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk.


"Seperti mana ISA, Akta Hasutan, dan PPPA," katanya merujuk kepada undang-undang keselamatan, percetakan dan penerbitan yang disifatkan Pakatan Rakyat sebagai undang-undang "berlebihan" dan "lapuk", yang dijanjikan mereka untuk diubah, menurut manifesto pilihan raya mereka yang kenali sebagai Buku Jingga.

Azizan, pemimpin PAS kanan, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.

"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya, perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," kata Azizan semalam.

Abdul Aziz kembali bertelingkah lidah dengan Azizan berikutan tuduhannya terhadap Aziz yang mendakwa beliau "buta undang-undang" dan tidak berkelakuan sesuai ahli akademik.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mendesak Azizan agar membatalkan keputusan mahkamah menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikannya kes mahkamah akademik.

"Sebagai ilmuan syariah, menteri besar Kedah seharusnya mengetahui perkara ini. Beliau terlepas pandang berkaitan perkara itu dan seharusnya mengemukakan permohonan maaf dan membatalkan keputusan yang dibuat KUIN," jelas Abdul Aziz.

Beliau terus menkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.

Abdul Aziz turut mendesak agar Azizan tidak melibatkan pemimpin politik berhubung perkara itu bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat "daripada perkara yang bukan sahaja membazirkan wang dan tenaga, tetapi paling nyata menurunkan martabat janji mulia yang dibuat dalam dasar rangkakerja biasa."

Beliau turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.

Malah, Aziz turut mengingatkan Karpal dan Azizan bahawa, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengawal mahasiswa dan mereka seharusnya tidak berterusan dalam menyokong AUKU dan undang-undang tidak adil lain, sebaliknya menunaikan janji mereka untuk pembaharuan, termasuk memansuhkan akta terbabit.

Lima mahasiswa KUIN itu dibawa berdepan jawatankuasa disiplin pada 25 Mei 2011 kerana melanggar undang-undang AUKU dengan menyertai demonstrasi, membuat ucapan menggunakan pembesar suara dan mengadakan sidang media untuk membantah tindakan menggunakan blok untuk kelas agama sebagai tempat untuk sekolah pintar.

Mohd Faiz Mohd Arshad telah digantung dua semester, dan rakan-rakannya digantung satu semester dan diberikan surat amaran.

Walaupun penggantungan tersebut sudah berlangsung sejak lapan bulan lalu, dengan empat daripada mereka telah kembali ke kampus, aktivis berkenaan mengambil keputusan untuk mencabar keputusan mahkamah tersebut.

Mohd Faiz Mohd Arshad menuntut penggantungannya ditarik balik dan rakan-rakannya menuntut ganti rugi kewangan kerana ketinggalan kelas.

Azizan telah membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju bahawa tindakan KUIN itu salah dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk membuat keputusan.


Hasan Ali Kecam Pimpinan Pas Dalam Ceramah Umno

Posted: 28 Jan 2012 05:35 PM PST



Nampaknya Hassan Ali menggunakan program Himpun yang didakwanya untuk mempertahankan akidah sebagai tempat untuk beliau berbohong dan memutar belitkan cerita.

Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS Tuan Guru Hadi Awang secara jelas telah menyatakan bahawa PAS tidak menyertai Himpun kerana menghormati kehendak penganjur yang tidak mahu ada unsur politik dalam Himpun.

Namun beliau tidak langsung menyebut atau melarang sesiapa pun yang mahu menyertai Himpun.


Mereka sendiri yang tak mahu ahli politik terlibat, bila ahli politik menghormati kehendak mereka, Hassan Ali bertindak memutar belitkan cerita pula.


ReJaM "Putar belit dan berbohong bukan cara mempertahankan akidah..."

Sumber - http://milosuam.blogspot.com/2012/01/hassan-ali-bantai-pimpinan-pas-dalam.html#ixzz1ko5RSNio


Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

Posted: 28 Jan 2012 05:28 PM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7808-najib-beri-isyarat-rela-bertempur-dengan-rakyat


‘SKMM, hentikan sikap dwi-standard’

Posted: 28 Jan 2012 07:07 AM PST

Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno. Ini termasuklah penghinaan terhadap mahkamah kerana membebaskan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mengecam sikap dwi-standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) kerana cepat bertindak menahan seoang blogger pro Pakatan Rakyat dan diserahkan kepada polis.

"Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan," kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan media hari ini.


Beliau merujuk kepada tindakan SKMM menahan Faizal, pemilik blog Pulakdah.blogspot.com. dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kata Edy Noor, tindakan SKMM membuat serbuan ke rumah beliau dan merampas barang-peribadi beliau termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap.

"Ini jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah. Blog Pulakdah juga merupakan antara blog ranking tertinggi dari kalangan blog Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pihak SKMM dan polis begitu pantas bertindak ke atas 'gagasan resistance cyber' Pakatan tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger pro Umno dan kerajaan pusat.

"Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno. Ini termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Namun tiada tindakan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat," terang beliau.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/28/skmm-hentikan-sikap-dwi-standard/


Penjelasan Anwar Mengenai Dakwaan Sokongan Israel

Posted: 28 Jan 2012 05:47 AM PST

Hari ini bergentayangan kritikan dan teguran dibuat ke atas Anwar Ibrahim yang dikatakan telah membuat kenyataan menyokong Israel dalam satu wawancara dengan akhbar luar. Saya percaya tidak ramai yang mendengar dengan telinga sendiri akan kenyataan Anwar itu dan mengulas berdasarkan apa yang diceritakan oleh pihak UBN.

Sekali lagi malang buat penyokong Pakatan Rakyat termasuk juga seetengah pemimpin budak terus memberi reaksi kepada kenyataan yang dimainkan oleh media musuh Pakatan Rakyat itu. Saya naik hairan kenapa mereka cepat melatah dan mematuk apa saja yang dicampak oleh blogers dan juga media musuh UBN.


Sepatutnya sebelum membuat kritikan dan ulasan dengar dulu apa yang Anwar atau sesiapa perkatakan. Jangan pakai terus makan dan terkam macam beruk lapar. Kalau apa didengari itu sahih barulah buat komen. Ketidakcermatan dan kebodohan menyebabkan Pakatan Rakyat diganggu dan terganggu bukan saja oleh musuhnya tetapi diri sendiri.

Anwar juga dalam soal ini tidak pandai jaga mulut, asyik hendak bercakap saja. Elok juga kalau Anwar mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis setidak-tidak ada dua hari beliau tidak bercakap dalam seminggu. Kadang pening juga kepala kerana banyak sangat hal-hal yang tidak patut ditanggung tetapi terpikul di atas bahu penyokong Pakatan Rakyat kerana kegilaan Anwar bercakap dan cakap tidak pilih isu. Seharusnya sebelum mengulas sesuatu atau memberi pandangan terhadap isu yang sensitif Anwar harus lebih berwaspada.

Baru sekejap saya menerima kirimkan penjelasan Anwar berhubung dakwaan itu. Saya siarkan seluruhnya di bawah ini;

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM

[wm.kl.8:52 pm 28/01/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/susupan-malam_28.html



Hello Ustaz Azizan, AUKU tu pun bukan Quran jugak!!

Posted: 28 Jan 2012 04:11 AM PST

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah lanjutan tangan syaitan. Tujuan utamanya hanya satu, iaitu memelihara kuasa Umno. Perkara itu mesti jadi ingatan dan pegangan, kalu betul dan jujur berlawan dengan Umno.

Ni saya nak ambik contoh di rumah kita. Senang sikit semua orang faham kot. Di rumah, anak-anak mungkin nakal. Kadang-kadang, terlajak jugak tangan jahat kita menyakiti badan dan hati mereka. Mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampuni kita dan mereka memaafkan kita.



Tapi sejahat mana pun anak kita, kita tidaklah gila, jahat dan kurang ajaq sangat nak ambik tangan syaitan untuk tibai anak-anak kita. Ayah yang buat gitu memang jenis syaitan punya celaka. Kalau marah sangat pun kat anak, takkan ambik tangan syaitan dera dan siksa anak. Durjana sungguh binatang seperti itu. Tak layak dipanggil orang.

Hari ini, mengulangi skrip purba Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (lihat Utusan Malaysia 7/8/12 "'Saya rela dipecat'"), Datuk Seri Azizan Abdul Razak pun rela dipecat jugak (lihat Malaysian Insider hari ni "Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN"). Orang yang kelakunya sama, bercakap pun dengan bahasa yang sama.

Dia ingat dia pandai sangat. Dia kata: "Buku Jingga bukan al-Quran". Hello Ustaz, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tu pun bukan al-Quran jugak.

Walaupun orang yang waras dan berakal tak percaya sikit habuk pun, kurang-kurang pun Dr Hasan mendakwa dia rela dipecat (lepas kena pecat dia menggelejat) kononnya demi kepentingan 'aqidah ummah. Kononnya kalau dia tak berjuang, habis melingkuplah 'aqidah semua orang di Selangor dan di Malaysia. Macamlah kita tak tahu kelaku ahli politik oportunis yang pandai eksploitasikan sentimen orang ramai dengan battle cry yang menunjuk-nunjuk konon-konon dia macam bagus sangat.

Poyo-poyo pun, kurang Dr Hassan rela dipecat konon-konon kerana 'aqidah. Azizan pulak rela dipecat kerana AUKU. Awat ceroi sangat?!


http://penarikbeca.blogspot.com/2012/01/hello-ustaz-azizan-auku-tu-pun-bukan.html


Mahathir Kata Negeri Diperintah Pakatan Teruk dan Mundur

Posted: 28 Jan 2012 03:51 AM PST

Dr M: Banyak perkara mendukacitakan berlaku di negeri pembangkang

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.

"Mereka sudahpun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor.

"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susah lah," katanya kepada Bernama di Bangkok.


Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon BN yang boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata anggota komponen BN juga perlu bersedia menyokong calon-calon yang dipilih tanpa mengira siapa calon itu.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa proses pilihan raya Malaysia tidak adil.

"Di Malaysia, sepanjang sejarah pilihan raya kita, tak pernah yang pembangkang tak boleh menang. Mereka menang sehingga dapat menawan negeri-negeri.

"Banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kalaulah ada manipulasi, mana mereka boleh menang," katanya.

- Bernama


Tiada ulasan: