Kelab Greenboc |
- [Video] Ribut Melanda KL & Ipoh
- Forum Seks Kelab Taat Suami Arqam Diserbu
- Liam Neeson, Bintang Hollywood Mahu Peluk Islam
- Dunia Kutuk Tindakan "U-Turn" Malaysia Rayu Kes Liwat
- [Bergambar] Hal Yang Pelik Yang Berlaku Di Malaysia
- Jangan Alihkan Isu: Dana RM250 juta NFC Ikut Peraturan Kewangan Atau Tidak?
- SUHAKAM Selar Polis Guna Hukum Sendiri Dalam Insiden Dewan MBSA Jalan Kebun
- NFC Memang Ada Kelemahan, Polis & SPRM Akan Tentukan Wujud Penyelewengan Atau Tidak
- Fifi, Mangsa Tebusan Lelaki Bogel Masih Trauma
[Video] Ribut Melanda KL & Ipoh Posted: 26 Jan 2012 12:43 AM PST Flat retak tak selamat KUALA LUMPUR: Seramai 1,500 penduduk terdiri daripada 300 keluarga yang tinggal di blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini, dinasihatkan berpindah selepas flat berkenaan dilanda ribut petang, semalam. Gambar: RUNTUH...bumbung yang runtuh menghempap motosikal di PPR Seri Cempaka, Kampung Pasir, semalam. Semua keluarga terbabit berlindung sementara di surau dan dewan berhampiran flat berkenaan apabila pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati selain bumbung rosak, terdapat keretakan teruk di dua unit kediaman di tingkat 14 bangunan berkenaan akibat ribut kuat dalam kejadian jam 6.20 petang itu. Difahamkan, akibat kejadian berkenaan 10 kereta dan lebih 20 motosikal rosak selepas dihempap zink yang diterbangkan angin. Penghuni blok berkenaan, Halijah Othman, 49, berkata, dia dan beberapa pelanggan di kedainya di hadapan flat berkenaan berlindung di bawah meja selepas angin kuat tiba-tiba menghala ke arah mereka. "Ketika itu, saya hanya ingat mati kerana angin terlalu kuat," katanya yang berniaga di kawasan itu sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, walaupun kawasan berkenaan pernah dilanda ribut, kejadian kali ini lebih teruk. Mohd Izwan Abdul Rahman, 24, pula berkata, rumahnya di tingkat 10 bergegar akibat ribut berkenaan. "Malah, saya juga melihat angin kuat itu membawa bumbung bangunan ini lalu menghempap kereta Isuzu Trooper saya. "Saya hanya mampu melihat kerana semuanya berlaku terlalu pantas," katanya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati 12 bumbung di tingkat 17 bangunan berkenaan diterbangkan angin. "Kami akan membersihkan semua zink dan kayu yang rosak di tingkat 17 bagi memastikan keselamatan penduduk. Jika berlaku ribut lagi, ia akan jatuh dan berkemungkinan terkena penghuni," katanya. Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 7.05 malam dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian. "Seramai 24 anggota melakukan operasi pembersihan dengan bantuan tiga jentera," katanya memberitahu tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Apartmen Teratak Muhibah 1, Taman Desa di Jalan Klang Lama, di sini, turut dipukul ribut dan mengakibatkan kerosakan bumbung namun tiada kecederaan dilaporkan. -HM Ribut Di Chemor: 18 Rumah Rosak Teruk |
Forum Seks Kelab Taat Suami Arqam Diserbu Posted: 25 Jan 2012 11:42 PM PST Boleh cemar imej Nabi IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam' di sebuah banglo mewah di sini, semalam. Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w. KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini. Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan. "Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam. -HM Kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam' rendahkan martabat Nabi Muhammad, tegas Muslimat PAS Ulasan GB Cukup teruk dah kumpulan Arqam ini. Hanya seks yang ada di dalam kepala mereka sehingga Rasulullah saw sendiri dilihatnya sebagai tokoh seks sekalipun diberikan istilah "seks suci". Sebelum ini GB sudah mengulas: Demikianlah, akhirnya Allah mendedahkan kesesatan kumpulan Al-Arqam - dimana perjuangan daripada zikir-zikir yang mereka amalkan berakhir dengan perjuangan atas katil. klik untuk baca |
Liam Neeson, Bintang Hollywood Mahu Peluk Islam Posted: 25 Jan 2012 09:24 PM PST Las Vegas- Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam. Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia "diresapi semangat" itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki. Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia "gila" mendengarnya. "Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah," katanya. Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah. "Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam," katanya. Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat. Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya. "Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? "Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis," katanya. Liam John Neeson, OBE (born 7 June 1952) is an Irish actor who has been nominated for an Oscar, a BAFTA and three Golden Globe Awards. |
Dunia Kutuk Tindakan "U-Turn" Malaysia Rayu Kes Liwat Posted: 25 Jan 2012 06:07 PM PST Respon Dunia, mengutuk tindakan 'U turn' Najib dalam pembebasan Anwar Portal berita antarabangsa mula memberitakan bahawa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan untuk merayu pembebasan Anwar, Ketua Pembangkang, yang didapati "tidak bersalah" oleh Hakim Mahkamah Tinggi minggu lepas. Phil Robertson, Timbalan Pengarah Bahagian Asia, bagi Human Rights Watch adalah antara mereka yang paling awal mengutuk pentadbiran Najib bagi flip-flop terbarunya. "Mahkamah percubaan memberi kerajaan peluang untuk tunduk anggun dari pendakwaan bermotifkan politik Anwar. Ia adalah amat malang bahawa mereka tidak mengambil. Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus tertakluk kepada politik yang lebih komplot di mahkamah sebagai kerajaan perpetuates ini ejekan perbicaraan bagi jenayah yang tidak seharusnya menjadi satu jenayah di tempat yang pertama, "kata Phil dalam satu kenyataan. Penganiayaan, bukan pendakwaan Sementara itu, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau masih belum diberitahu tentang keputusan itu. Beliau mengecam langkah itu sebagai suatu "penindasan politik" dan bukanlah pendakwaan yang sebenarnya. "Saya tidak pernah secara rasminya dimaklumkan oleh pihak pendakwaan. Walau bagaimanapun, jika ini benar, maka ia adalah sesuatu yang amat dikesali kerana bersifat kejam . Ini adalah kerana hakim perbicaraan telah mengatakan dengan jelas bahawa keputusan beliau dibuat berdasarkan bukti penting yang telah diganggu," kata Sankara. "Oleh itu, asas pendakwaan sememangnya lemah, justeru, apa-apa rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terdesak yang sia-sia. Ini jelas adalah kes penganiayaan politik Anwar dan bukan pendakwaan atas salah laku." Anwar sendiri memberitahu bahawa ia adalah hak Peguam Negara untuk membuat rayuan tetapi juga memberi amaran akan campur tangan kerajaaan mahupun politik. Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia tahu bahawa ini adalah mainan manipulasi Umno kerana pihak Najib telah memerintah Malaysia selama 5 dekad yang lalu. Hakim mengakui bukti utama DNA telah dikomprom Pihak pendakwa Malaysia telah memfailkan kertas rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi jenayah pada pukul 4:30 petang pada hari Jumaat, 20 Januari, menurut Timbalan Pendaftar Bahagian Jenayah Halilah Suboh. Pada 9 Januari, Anwar telah dibebaskan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan kerana kekurangan bukti. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menyampaikan keputusannya ke bilik perbicaraan yang penuh sesak manakala lebih 10,000 penyokong berkumpul di luar bangunan mahkamah untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pemimpin yang berkarisma dan popular itu. "Setelah meneliti bukti-bukti yang ada, saya tidak boleh yakin 100 peratus bahawa bukti tidak dikompromi. Oleh itu, mahkamah tidak boleh mensabitkan tertuduh atas apa-apa keterangan daripada SP1 Saiful. Mahkamah tidak menolak kemungkinan sampel (DNA) telah dikompromi. Oleh itu, tertuduh dibebaskan, "kata Mohd Zabidin memberitahu bilik mahkamah keputusan yang mengejutkan itu, ia mengambil masa sebelum sorakan di bilik mahkamah pecah kerana kegembiraan. Kepimpinan Najib yang lemah dan menjadi perhatian global Keputusan itu mendapat sambutan di seluruh dunia dan ketidakupayaan terbaru Najib ini memberi kesan kepada kepala-kepala Umno seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, dimana secara undang-undang akan meningkatkan tanggapan negatif terhadap Malaysia yang bertambah buruk pada zaman pemerintahannya dulu. Langkah itu juga akan menunjukkan ketidakupayaan Najib dalam mengekalkan kestabilan politik dan membuat pemulihan kepada keadaan ekonomi yang perlahan. "Anwar, saya baru sahaja mendengar berita pembebasan anda. Tahniah. Tidak pernah ada apa-apa keraguan ke atas anda. Telah disahkan bahawa dunia suka menyaksikan satu perkara yang menakjubkan. Kita semua amat gembira untuk anda dan untuk Malaysia," tulis Paul Martin, bekas perdana menteri Kanada. Sebenarnya, tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar, yang telah menyalahkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor kerana terlibat dalam plot si pengadu Saiful Bukhari Azlan untuk mematahkan semula kemunculan politiknya. Memandangkan ketipisan bukti, pihak pemerhati yang pakar tidak pernah menjangkakan Najib untuk membawa kes ke peringkat perbicaraan, tetapi dia tunduk kepada tekanan dari sayap kanan Umno, khususnya Mahathir, yang masih bercita-cita untuk memusnahkan Anwar akibat kebencian yang mendalam terhadapnya. Penganalisis politik berkata Mahathir bimbang jika Anwar, bekas timbalannya yang hampir berjaya mendahuluinya pada tahun 1998 kerana tahu terlalu banyak akan urusannya. Jika tidak dipenjarakan, kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri Malaysia yang seterusnya adalah tinggi untuk memimpin Pakatan Rakyat memenagi pilihan raya umum pada April 2013. Adil dan saksama, kata Saiful Anwar didakwa pada 8 ogos 2008 di bawah Seksyen 377B, Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan di luar tabii. Beliau dituduh meliwat Saiful di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun, 2008. Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun Sementara itu, dalam reaksinya, Saiful berkata rayuan itu menunjukkan bahawa sistem undang-undang Malaysia adalah adil dan saksama. "Saya dan keluarga ingin menyatakan bahawa dengan memfailkan notis rayuan, hak saya seperti yang dinyatakan dalam laporan polis 2008 telah didengar, dan telah melalui proses keadilan yang sepatutnya, di Mahkamah Tinggi Mahkamah. Mengikut undang-undang ia telah dicapai," tulisnya didalam blog. -Malaysia Chronicle Ulasan GB Sebelum ini GB sudah mengulas. Petikan: Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari. Dan ada seorang pengunjung secara berseloroh memberikan komennya: Anonymous said... klik untuk baca |
[Bergambar] Hal Yang Pelik Yang Berlaku Di Malaysia Posted: 25 Jan 2012 04:05 PM PST Macam-macam berlaku di sekeliling kita dan ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan riaksi dari kalangan kita. Tetapi ramai juga yang bersahaja tatkala melihatnya. Ada yang melucukan. Dan ini kita gunakan untuk merehatkan minda kita dari terlalu serius memikirkan sesuatu isu. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini. Saksikan dahulu: |
Jangan Alihkan Isu: Dana RM250 juta NFC Ikut Peraturan Kewangan Atau Tidak? Posted: 25 Jan 2012 07:19 AM PST Soal kekeliruan Laporan Ketua Audit Negara tidak lagi berbangkit kerana terlalu banyak perkara meragukan mengenai Fidlot Nasional Corp (NFCorp) yang didedahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Beliau menekankan, isu utama berkaitan dengan NFCorp ialah adakah dana RM250 juta yang diterima dari kerajaan oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kini bercuti dari jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan. "Itu isu utama mengenai NFCorp. Adakah pemberian dana RM250 juta kepada NFCorp dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan? "Selain itu, isu utama yang lain ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya," kata Mahfuz. Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tidak ada langsung penjelasan yang meyakinkan ke atas dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat. Tidak ada juga penjelasan yang memuaskan terhadap dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009, kata Mahfuz lagi. Oleh sebab itu, kata beliau, tidak perlulah Pengerusi NFCorp yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membangkitkan isu kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara antara NFCorp dan Pusat Fidlot Nasional (NFC). "Jawablah dahulu pendedahan-pendedahan yang dibuat itu sehingga umum yakin dan percaya bahawa NFCorp tidak menyalahgunakan wang RM250 juta untuk projek lembu itu memandangkan Salleh sendiri sebelum ini mengakui wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium kononnya untuk pelaburan "Jangan mudah membuat dakwaan kononnya ada kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara," kata Mahfuz. Salleh sebelum ini mendakwa, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang berada dalam keadaan kucar kacir bukanlah NFCorp. Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mempersoalkan dengan lebih lanjut mengenai pelbagai perkara yang meragukan dalam NFCorp, Mahfuz bertanya, mengapa timbul dakwaan bahawa seorang pegawai yang dipecat dari syarikat milik suami dan anak-anak Shahrizat itu menjual maklumat kepada pembangkang? "Sebagai andaian, katakanlah maklumat dijual kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. "Jika tidak ada sebarang perkara yang meragukan dan perniagaan berjalan NFCorp berjalan dengan telus dan bersih, tidak mungkin Rafizi, seorang akauntan bertauliah mahu membeli maklumat yang didakwa dijual oleh pegawai NFCorp yang dipecat itu," kata beliau. Mahfuz menambah, jika benar ada rahsia NFcorp yang dijual, ia bermakna ada perkara yang dirahsiakan. "Rahsia apa? Adakah rahsia mengenai perbelanjaan yang tidak ada kaitan dengan projek lembu yang membolehkan NFCorp mendapat dana RM250 juta itu dari kerajaan?" soal beliau. -HD Skandal NFC: Suami Shahrizat cuba alih isu- Azan |
SUHAKAM Selar Polis Guna Hukum Sendiri Dalam Insiden Dewan MBSA Jalan Kebun Posted: 25 Jan 2012 05:52 AM PST Suhakam: Polis tak nak bicara tapi terus hukum KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Shaani Abdullah berpendapat institusi polis seolah-olah tidak faham dengan prinsip hak asasi manusia terutamanya dalam hal bertolak ansur semata-mata untuk melindungi kepentingan kumpulan tertentu. Malah mereka menyalahgunakan kedudukan dengan mengurangkan kebebasan rakyat hanya untuk memudahkan kerja sendiri sedangkan tanggungjawab polis adalah untuk melindungi semua rakyat dan bukan untuk golongan majoriti, dakwa Shaani. "Tak nak (guna) waran tapi mahu terus tangkap, tak nak bicara tapi mahu terus hukum," tegurnya selepas mendengar aduan daripada wakil gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) Badrul Hisham Shaharin di pejabat Suhakam di sini hari ini. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas mengenai cara polis bertindak menangani serangan kumpulan samseng semasa program ceramah anjuran ABU dan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada malam 21 Januari lalu. Shaani berkata polis sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan bukannya menggunakan hukum sendiri dengan menyerang majlis ceramah tersebut. "Majlis diadakan oleh badan yang sah, bukannya majlis anjuran kongsi gelap. Kalau rakyat marah, pergi buat aduan polis bukan guna hukum sendiri," katanya. Turut hadir mendengar aduan tersebut Pegawai Bahagian Aduan dan Siasatan Suhakam Yustina Ishak. Polis disyaki bersubahat ABU dalam memorandumnya kepada Suhakam mendakwa salah seorang dari kumpulan penceroboh yang mengganggu ceramah itu adalah pegawai polis yang tidak mengenakan pakaian seragam dan mengesyaki polis bersubahat dengan kumpulan penyerang terbabit. Badrul juga berkata polis pada malam kejadian tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun penyerang masih ada di tempat kejadian, sebaliknya menyuruh penganjur memberhentikan ceramah. Selain memorandum, turut dikemukakan bukti rakaman video serangan malam kejadian dan gambar penyerang yang dikenal pasti. Beliau turut menafikan laporan akhbar Berita Harian bahawa seramai 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati mengepung dewan berkenaan, sebaliknya mendakwa hanya kira-kira 10 pemuda dipercayai penyokong Barisan Nasional (BN) mengganggu dengan menjerit dengan kata-kata perkauman sambil mengugut orang ramai keluar dari dewan itu. "Mereka kemudian mengejar dan menyerang hadirin berrketurunan India dengan kayu, topi keledar serta mencampak kerusi ke merata tempat. "Berikutan itu, sorang lelaki India yang juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS mengalami kecederaan dan sehingga hari ini masih ditahan dalam wad," katanya. Sehubungan itu, ABU menuntut supaya Suhakam menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat kejadian itu dan mengumumkan laporan penyiasatan tersebut. Gerakan itu juga mahu Suhakam memastikan penyerang terlibat dikenakan tindakan undang-undang selain mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menggunakan kekerasan dan berbaur perkauman bagi menghalang hak orang awam berhimpun secara aman. "Kami juga mahu Suhakam menyiasat sama ada polis bersubahat dengan penyerang yang terlibat," katanya. Sementara itu Shaani dalam responnya berkata pihaknya akan membawa perkara ini ke mesyuarat pesuruhjaya untuk tindakan selanjutnya. Katanya dalam mesyuarat itu terpulang kepada keputusan Suhakan sama ada wajar suruhanjaya itu ditubuhkan atau mengadakan sesi pendengaran inkuiri awam. -FMT Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh' klik untuk baca |
NFC Memang Ada Kelemahan, Polis & SPRM Akan Tentukan Wujud Penyelewengan Atau Tidak Posted: 25 Jan 2012 03:17 AM PST Ambrin: Audit sahkan wujud kelemahan laksana NFC Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (gambar) hari ini menjelaskan bahawa badan itu tidak pernah menyatakan mengenai "penyelewengan" ataupun "kucar-kacir" dalam laporannya ke atas projek National Feedlot Centre (NFC). Katanya, Jabatan Audit Negara tidak sepatutnya bertanggungjawab ke atas istilah berkenaan, yang digunakan dalam laporan media berhubung kontroversi kes berkenaan. Bagaimanapun, beliau mengesahkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek tersebut memandangkan kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan pada Mei 2009, sebelum audit dijalankan. Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata badan itu juga menyerahkan kepada polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya terdapat unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek tersebut. Ambrin juga berkata, audit yang dijalankan itu juga memfokuskan ke atas projek NFC dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp). Berikut ialah kenyataan penuh daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang: Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut: Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat. NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd. Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa: i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja. ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang. iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan. Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawaipegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011. Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010. Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi. Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan. Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini? Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini. JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali. Ketua audit kesal NFCorp persoal integriti jabatannya |
Fifi, Mangsa Tebusan Lelaki Bogel Masih Trauma Posted: 25 Jan 2012 01:30 AM PST Rintihan sayu Fifi ketika ditawan KUALA LUMPUR – Mangsa tebusan, Fifi Ramadhani Syafruddin hanya mampu merintih dan merayu kepada seorang lelaki bogel dan bersenjatakan pisau agar tidak membunuhnya sepanjang enam jam dia dijadikan tawanan di rumah sendiri kelmarin. FIFI RAMADHANI yang dapat diselamatkan dari menjadi tebusan seorang penagih dadah masih kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan ibunya, Santi (kiri). Bapa mangsa, Syafruddin Marlis, 47, memberitahu, dia masih teringat bagaimana keadaan mencemaskan itu berlaku ketika hanya mereka bertiga berada di rumah yang terletak di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini. Katanya, dia dapat mendengar rintihan dan rayuan anaknya minta dilepaskan suspek yang merupakan penagih dadah jenis syabu terbabit. "Anak saya kerap mengatakan jangan bunuh, jangan mengapa-apakan dia dan minta dilepaskan sambil tidak henti-henti menangis. Saya yang tidak mampu melawan kerana kudung kaki sebelah kanan juga merayu perkara yang sama. "Rayuan kami tidak diendahkan dan suspek memberi amaran supaya tidak mendekatinya jika tidak mahu kami dibunuh," ceritanya ketika ditemui. -kosmo Tukar cat pulih trauma |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan