Blog-list Malaysia |
- Dua Kenyataan Lawak Dari Dua Ekor Lembu Belaan Umno
- Suhakan Tegur Kenyataan Bodoh Pegawai Polis
- Gangguan ceramah ABU, polis nafi dakwaan bersubahat
- Khairy Jamaludin - musuh saudara dalam UMNO - bukan DAP
Dua Kenyataan Lawak Dari Dua Ekor Lembu Belaan Umno Posted: 25 Jan 2012 03:31 PM PST Anwar tak faham hak bersuara Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering memfailkan saman terhadap pihak-pihak yang mengkritiknya jelas bertentangan dengan imej demokrasi dan hak asasi manusia yang cuba diperjuangkan Ketua Pembangkang itu. Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menegaskan, tindak tanduk Anwar itu memperlihatkan beliau tidak faham dan tidak menghormati hak bersuara pihak lain. Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah, hakikatnya Anwar tidak sanggup dikritik oleh pihak lain sedangkan kritikan adalah perkara biasa bagi seorang ahli politik. ''Jika dia benar seorang pejuang hak asasi manusia kenapa dia menggunakan mahkamah untuk menutup mulut orang lain. ''Kalau seseorang menyaman orang lain kerana orang itu mengkritik dia, bermakna dia tidak sanggup menerima kritikan dan usaha dia untuk menutup mulut orang lain ialah dengan saman,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin PKR. Chandra berkata, ahli politik yang matang akan memberi jawapan atau berbahas kepada setiap kritikan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu. ''Kalau sudah dalam gelanggang politik pendedahan isu-isu moral seseorang ahli politik adalah perkara biasa, itu tidak dapat dielakkan,'' tegasnya. ''Ini adalah mainan Anwar, sudah kehilangan modal dan tidak ada kerja lain, ini budaya dia,'' katanya. - utusex malaysia Cabar Anwar saman 3 'orang rapat' Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah. Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi antara terawal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum. Mengenai saranan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar oleh beberapa pihak, Ezam berkata, ia dilihat bertujuan menghina institusi Perdana Menteri di negara ini. Katanya, tidak wajar sama sekali seorang seperti Anwar disaran berdebat dengan seorang Perdana Menteri. ''Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu berkenaan tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,'' tegasnya. - utusex malaysia |
Suhakan Tegur Kenyataan Bodoh Pegawai Polis Posted: 25 Jan 2012 05:22 AM PST Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh' Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini. Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka. Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka. Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'. Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam. Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti. Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan. Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa". Beliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara. Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU). Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk. Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera. Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut. http://malaysiakini.com/news/187474 |
Gangguan ceramah ABU, polis nafi dakwaan bersubahat Posted: 25 Jan 2012 03:38 AM PST Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob menafikan dakwaan bahawa polis terlibat atau bersubahat dengan pihak tertentu dalam kekecohan yang berlaku dalam ceramah di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun, Sabtu lalu. Sebaliknya, kata beliau, ACP Zahedi (kiri) berkata, pihak polis hanya mengetahui tentang kekecohan yang berlaku di situ sesudahnya ianya berlaku dan bukan sebelumnya. Bercakap dalam sidang medianya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam, beliau juga berkata, pihak penganjur tidak memohon permit bagi mengadakan majlis tersebut. "Mereka langsung tidak memaklumkan (kepada kita). Maka kita tidak membuat persiapan sehingga dimaklumkan kekecohan telah berlaku. "Bila berlaku, kata kita tidak jaga keselamatan... Itu tidak adil," katanya sambil menambah bahawa tidak berlaku kerosakan harta benda awam di dewan tersebut. Sehubungan itu, Zahedi memberi saranan kepada bakal penganjur supaya memaklumkan kepada polis berhubung majlis yang mereka akan adakan pada masa depan. "Pelajaran yang kita perolehi ialah mesyuarat atau perjumpaan, maklumkan kepada polis supaya kami boleh menjaga keselamatan dan menjaga keamanan. Itu sahaja. "Di samping itu, pihak penganjur perlu sedar dan prihatin kepada sensitiviti penduduk tempatan, tempat yang mereka hendak anjurkan (ceramah)," tambahnya sambil menambah laporan yang mengatakan terdapat gerai dirosakkan adalah tidak betul. Semalam, Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) dilapor mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam Sabtu lalu. Ditanya mengenai sensitiviti yang dimaksudkan sehingga menyebabkan kekecohan berlaku, Zahedi berkata ia masih dalam siasatan polis dan enggan mengulas panjang. Bagaimanapun, beliau mengesyaki penduduk tempatan "tidak berpuashati" dengan kain rentang ceramah berkenaan yang tertulis "Tamatkan Rejim Umno/BN". "Ini yang menimbulkan kemarahan orang tempatan," katanya sambil menunjukkan salinan gambar kain rentang tersebut kepada pemberita. Malah, tambahnya, Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan, juga menyentuh tentang sensitiviti setempat. Menjawab soalan, Zahedi berkata, tidak ada senjata tajam ditemui dalam insiden tersebut. "Tetapi yang kita nampak dalam video itu, kayu bekas bendera, yang dipasang di sekeliling dewan tersebut. "Apa tujuan kayu itu berada dalam dewan, Allahua'lam," katanya sambil merujuk kepada rakaman video dalam Youtube. Dalam perkembangan berkaitan, Zahedi juga sedang menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan yang dialami oleh seorang lelaki yang berumur 27 tahun. "Kita menunggu laporan perubatan lelaki yang dikatakan cedera. Kami bersungguh untuk menemuramahnya jika situasi mengizinkan. Kalau keadaan, doktor kata, tak ada apa-apa, boleh temuramah, kami akan temuramah. "Dan kami ingin mengetahui bagaimana dia mendapat kecederaan, dan mengapa dia, dan tidak orang lain. Itu adalah isu pokok yang kita nak tanya," katanya sambil menyatakan setahu mereka, lelaki itu cedera di bahagian bahu dan merah di bahagian mata. Zahedi enggan mendedahkan nama lelaki berkenaan, tetapi berkata pemuda itu adalah seorang pemandu lori dan merupakan orang luar yang tinggal di seksyen 25, Shah Alam. |
Khairy Jamaludin - musuh saudara dalam UMNO - bukan DAP Posted: 25 Jan 2012 03:32 AM PST Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, telah meminta DAP mengeluarkan senarai ahli-ahlinya dari kaum Melayu jika benar DAP sekarang sedang mendapat sokongan dari kaum Melayu. Khairy berkata setakat 3 orang Melayu yang menyertai DAP itu tidak melambangkan yang parti itu sudah diterima oleh orang Melayu. Saya tidak yakin kenapa penyertaan orang Melayu di akhir-akhir ini menjadi isu dari Sabah hingga ke Perlis. Saya hanya hendak memberikan komen yang pendek terhadap cabaran Khairy ini dan saya rasa boleh memberikan jawapan kepada kenyataan Khairy itu kerana saya adalah salah seorang dari orang Melayu yang telah menyertai DAP baru-baru ini. Untuk pengetahuan Khairy DAP tidak membuat pengasingan ahli-ahlinya mengikut bangsa dan agama. Di dalam borang permohonan menjadi ahli, tidak ada petak yang bertanyakan dari kaum apa pemohon-pemohon tersebut kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan untuk semua tanpa mengira kaum dan budaya. \ Jika Khairy benar-benar mahu tahu jumlah keahlian Melayu dalam DAP, mungkin saya boleh mencadangkan kepada DAP untuk Khairy datang ke pejabat DAP dan mengira sendiri jumlah keahlian dari kaum Melayu. Khairy boleh dibekalkan dengan semua borang-borang permohonan yang ada di dalam setor DAP dan kiralah satu persatu setiap borang permohonan dari orang Melayu itu. Selepas itu Khairy boleh mengumumkannya sendiri. Jika Khairy melakukan pengiraan sendiri, jadi tidak akan timbul isu tentang jumlah keahlian orang Melayu lagi dan tidak payah hendak menyusahkan DAP untuk membuat pengiraan itu. DAP tidak hendak bersaing untuk menunjukkan keahlian Melayu. Hanya parti itu telah mula mendapat suntikan semangat dengan ramai penyertaan dari kaum Melayu. Bagi saya yang lebih penting Khairy lakukan ialah untuk menjaga keahlian UMNO yang berjuta orang itu yang semuanya Melayu. Elok kita memberikan input yang nyata dan jelas yang di antara lebih dari tiga juta keahlian UMNO itu, lebih dari 1 juta dari mereka telah memangkah simbol pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu. Tindakan mereka itu serupalah seperti meninggalkan parti juga. Di Rembau itu sendiri Khairy perlu mengambil perhatian kerana tidak semua ahli-ahli dan pimpinan UMNO di sana memberikan sokongan kepada beliau. Pengalaman selama 40 tahun dalam UMNO itu memadai untuk saya membuat penilaian terhadap banyak bahagian UMNO di mana-mana khususnya di Negeri Sembilan. Memang UMNO ramai orang Melayu, malahan semuanya dari kaum Melayu. tetapi kaum ini jugalah yang akan memberi masalah kepada UMNO khususnya Khairy. Kalaulah pemimpin UMNO seperti Khairy sedar, masalah UMNO bukan ditimbulkan oleh pembangkang, tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri. Maka Khairy elok tumpukan masa dan tenaga beliau untuk memulihkan kesatuan dalam UMNO itu sendiri. Biarkan DAP itu melaksanakan tugasnya walaupun dengan hanya 'segelintir' Melayu yang mempunyai pemikiran di dalamnya. Yang sakit sekarang bukannya DAP tetapi UMNO. Yang kelam kabut sekarang bukannya PAS tetapi UMNO. Yang menyakitkan UMNO adalah oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya PKR. Kalau hendak terima pandangan ini terimalah. Kalau tidak terima pun ia bukannya menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat. Itu Khairy kena faham. Musuh Khairy bukannya kami di sebelah sini tetapi mereka yang ada di bawah ketiak beliau sendiri dan juga di kalangan 'war lords' dalam UMNO itu sendiri. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan