Kelab Greenboc |
- Bila Lagi Jamil Khir Mahu Cuti Dari Jawatan Menteri Seperti Shahrizat?
- Calon Exco Selangor Ganti Hassan Ali: Tiga Dr Hebat-hebat Belaka
- Blogger Papagomo & Parpukari Masing-masing Disaman RM10 Juta
- A.Samad Said Kini Pengerusi Bersama BERS✔H 3.0.
- "Orang Yang Malukan Anwar Dia Pula Dimalukan Sekarang" - TGNA
- Exco Selangor: Siapa Ganti Hassan Ali Bakal Terjawab
- Memang Binatanglah "Lembu-lembu" Tu, Belanja Kad Kredit NFC Lebih 1/2 Juta
- Hassan Ali, Pergilah ke Angkasa Raya Sekalipun, Untuk Jadi Lembu Tunggangan
- Apabila SMS Sering Menjadi Punca Pergaduhan Dan Penceraian...
- Liow, Lu Sendiri Ada Beranikah Lawan Lim Guan Eng?
Bila Lagi Jamil Khir Mahu Cuti Dari Jawatan Menteri Seperti Shahrizat? Posted: 17 Jan 2012 02:01 AM PST Seleweng zakat: Satu lagi laporan polis terhadap Jamil Khir KUALA LUMPUR 17 Jan: Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendesak polis menyiasat dan bertindak terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali berhubung penyelewengan wang zakat. Laporan dibuat ketuanya, Kamaruzaman Mohamad ekoran bukti yang dikemukakan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini. Pendedahan itu ialah set dokumen berupa baucer MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 dan surat Ketua Audit Negara kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan penggunaan wang berjumlah RM63,650. Jumlah itu merangkumi bayaran pertama RM31,500 pada 9 Febuari 2010 dan RM32,150 yang tercatat pada boucer itu yang diguna bagi membayar kos guaman Jamil dan Che Mat dalam berdepan tuntutan qazaf yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kamaruzzaman ketika sidang media selepas membuat laporan polis itu turut membidas dakwaan Jamil kononnya penggunaan wang zakat itu dibolehkan atas alasan tergolong dalam asnaf fisabilillah kerana mempertahankan Islam. "Kalau betul mahu pertahankan Islam, patutnya sokong permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kes dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah syariah. "Maka dengan ini kami desak polis menyiasat dan mengambil tindakan undnag-undang terhadap dua individu ini bersama MAIWP dengan segera," katanya. Turut serta membuat laporan polis itu Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz bersama beberapa pemuda Pas Wilayah Persekutuan. Ulasan GB Jika Shahrizat Jalil sudah bercuti 3 minggu untuk memberi laluan siasatan SPRM terhadap kes NFC, kini sepatutnya Jamil Khir Baharum turut ikut jejak Shahrizat. Cuti dari jawatan menteri untuk siasatan SPRM segera sebelum anda dihukum rakyat di dalam pilihanraya akan datang! |
Calon Exco Selangor Ganti Hassan Ali: Tiga Dr Hebat-hebat Belaka Posted: 17 Jan 2012 12:14 AM PST Menjelang majlis angkat sumpah ahli exco kerajaan negeri baru esok, spekulasi bertiup kencang apabila tiga nama disebut calon 'utama' menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang digugur setelah dipecat dari PAS. Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. Dr Abdul Rani yang dihubungi FMT berkata beliau masih baru dan menyifatkan Dr Shafie merupakan calon layak untuk mengemudi jawatan tersebut. "Saya masih baru dan mahu fokus kerja sebagai Pesuruhjaya PAS. Dr Shafie beliau adalah calon tepat untuk mengisi kekosongan jawatan exco itu. Namun andai saya dipilih…saya terima dengan hati yang terbuka," katanya. Pada awalnya, Dr Abdul Rani sentiasa menjadi bualan sebagai calon pengganti malah nama beliau dicalonkan oleh PAS negeri untuk mengisi jawatan itu. Bekas pensyarah Namun difahamkan PAS Pusat mahu beliau terus menerajui PAS negeri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Dr Shafie dilihat menjadi pencabar terdekat Dr Abdul Rani memandangkan kemampuan bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu untuk menyandang jawatan tersebut. Menurut satu sumber kriteria sebagai 'orang yang lebih berpengalaman' meletakkan Dr Shafie sebagai calon 'utama' menggantikan Dr Hasan. "Kita lihat portfolio beliau (Dr Shafie) sebagai pembantu Dr Hasan sebelum ini malah beliau juga merupakan bekas pensyarah. Beliau sudah mempunyai pengalaman untuk menggalas jawatan exco," kata sumber terbabit. Dr Shafie juga merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor. Serah kepada PAS Seorang lagi calon Ahmad Yunus yang kini pembantu Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan tidak ketinggalan menjadi bualan. Beliau tidak menafikan bahawa nama Dr Abdul Rani dipersetujui oleh PAS negeri sebagai calon, namun keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat. Beliau enggan mengulas lanjut berhubung hal ini dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada PAS Pusat. Empat calon lain yang tersenarai termasuklah Adun Hulu Kelang Saari Sungib, Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz, Adun Cempaka Iskandar Samad dan Adun Selat Kelang Halimah Ali. Namun Iskandar dan Halimah masing-masing sudah memegang portfolio Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor serta Exco Pendidikan. Umum esok Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan bahawa nama calon telah dihantar ke pejabat Menteri Besar semalam. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata pengumuman calon hanya dibuat pada Rabu bagi mengelakkan sebarang spekulasi. Majlis angkat sumpah itu dijadualkan berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Ditanya sama ada akan berlaku perubahan portfolio anggota exco yang baru, Abdul Khalid berkata perkara itu hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai. "Perubahan portfolio akan diberitahu jika perlu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Shah Alam itu semalam. -FMT |
Blogger Papagomo & Parpukari Masing-masing Disaman RM10 Juta Posted: 16 Jan 2012 10:47 PM PST Penulis blog pro-Umno hadapi saman fitnah RM10j Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor. Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu. Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya. "Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya. Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari. Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya. "Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto. Bukan kali pertama Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia. "Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu. "Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya. Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu. "Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya. Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf. Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan. Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar. -mk Ulasan GB Dulu GB sudah tulis di SINI. Petikan: GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks. Dan baru saja pagi tadi GB mengulas hal blogger UMNO ini. Tup tup terus menjadi kenyataan. Petikan:
Ingatlah: bahawa hukum kebenaran dan keadilan serta hukuman Tuhan tetap berjalan. Itulah sunnatullah yang tidak akan berubah sepanjang zaman walaupun cuba diberi perlindungan oleh pihak berkuasa. Dan GB berada di alam siber ini adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sekalipun terpaksa mengharungi pelbagai kepayahan dan keperitan. tetapi GB yakin kebenaran dan keadilan akan tetap menang kesudahannya. Itu juga hukum Allah yang tidak dapat ditolak walaupun oleh raja paling besar siongnya atas dunia. Itu janji Allah di dalam Surah Al-A'raf :128 Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa. klik untuk baca |
A.Samad Said Kini Pengerusi Bersama BERS✔H 3.0. Posted: 16 Jan 2012 07:54 PM PST Bersih lantik A Samad Said pengerusi bersama KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara. Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH). "Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain," katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak. Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan "rancangan utama" Bersih. "Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Samad menjadi perhatian selepas sajaknya bertajuk "Unggun Bersih" dideklamasikan semasa pelancaran Bersih 2.0, yang turut menyaksikan beliau dipanggil ke balai polis untuk soal siasat. Penulis veteran ini merupakan antara peserta Bersih 2.0 yang berjaya tiba di Stadium Negara untuk mendesak pilihan raya bersih dan adil bersama Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Sementara peserta lain termasuk Ambiga dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ditahan pihak berkuasa. Samad telah dinamakan sebagai pengerusi bersama Bersih melalui kenyataan akhbar baru-baru ini. "Sidang media esok (hari ini) memang mengenai saya tapi saya tidak tahu secara terperinci. Saya juga diminta hadir lebih awal sebelum sidangh media diadakan," katanya. Ditanya sama ada akan menerima jawatan itu, Samad bagaimanapun ketawa sambil berkata ia akan diulas semasa sidang media diadakan. "Apa-apa saya akan jawab semasa sidang media (sama ada mahu terima atau tidak), kita tunggu sahaja nanti," katanya. The Malaysian Insider difahamkan Bersih akan mengumumkan kempen terbarunya hari ini serta respons kepada prestasi semasa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang diarahkan melihat cadangan pembaharuan pilihan raya. "Kami akan umumkan kempen terbaru dan pandangan kami mengenai PSC," kata Ambiga. -TMI Ulasan GB GB baru ulas hal BERS✔H 3.0 ini. Petikan: BERS✔H 3.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum dibersihkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih. klik untuk baca |
"Orang Yang Malukan Anwar Dia Pula Dimalukan Sekarang" - TGNA Posted: 16 Jan 2012 05:23 PM PST Nik Aziz: Berhentilah malukan Anwar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah. Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut. "Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa. "Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan. Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu. Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay". Yakin menang besar Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami." Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam. "Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia. "Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang," katanya. Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda. Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil. Dakwat kekal perkara kedua, ketiga "Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS. "Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya. Mengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu. "Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain. "Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu. Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih. "Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya. Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw. Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual Ulasan GB TGNA berkata: Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," Betapa benarnya perkataan TGNA tersebut. Kini masing-masing sudah mengetahui. Saiful termalu sendiri. Hassan Ali termalu sendiri. Banyak hal-hal negatif mereka terdedah tiba-tiba. Utusan & Berita Harian - tak serik-serik dimalukan. Kes saman di mahkamah menampakkan mereka sering tewas. Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya. أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya? |
Exco Selangor: Siapa Ganti Hassan Ali Bakal Terjawab Posted: 16 Jan 2012 04:00 PM PST PAS hantar calon ganti Hasan kepada MB Selangor KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari. "Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi. Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu. "Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor," ujarnya lagi. Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya. Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor. "Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya. Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat. Bagaimana pun, malam semalam Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak. Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam. Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS. -HD Exco: Fokus pada Dr Rani, Pas serah nama hari ini klik untuk baca |
Memang Binatanglah "Lembu-lembu" Tu, Belanja Kad Kredit NFC Lebih 1/2 Juta Posted: 16 Jan 2012 08:42 AM PST Keluarga Shahrizat didakwa belanja RM600,000 kad kredit NFC Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC. Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC. Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang. Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun. "PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas. Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan. Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Katanya, tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna:
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti. "PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku," katnya lagi. Sementara itu, Wan Shahinur Izran melalui akaun Twitter miliknya, hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa beliau dan anggota keluarganya yang lain menyalah-gunakan kad kredit syarikat untuk tujuan peribadi. "Perbelanjaan syarikat dibayar melalui kad kredit. Usaha PKR untuk menipu itu cuba memperbodohkan orang ramai," tulisnya di Twitter berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi itu. "PKR akan sentiasa membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Ini adalah politik. Kami akan bekerjasama dalam sebarang siasatan." -mk |
Hassan Ali, Pergilah ke Angkasa Raya Sekalipun, Untuk Jadi Lembu Tunggangan Posted: 16 Jan 2012 06:40 AM PST Hasan Ali akan menjelajah keseluruh negara perjelas isu pemecatan KUALA LUMPUR, 16 Jan — Bekas pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata dia akan menjelajah ke suluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar terhadap sebab pemecatannya oleh PAS yang disifatkan tidak adil. Dalam sidang media di kediamannya, Hasan menuduh pemecatannya berlaku sehari selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerangnya apabila dia tidak menggalakkan mahasiswa daripada menyertai perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas. Menurut Hasan, pemecatannya adalah bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan "autokratik" pemimpin PAS kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dia sendiri tidak jelas. "Saya tiada kepentingan tersendiri. Saya akan mulakan jelajah ke seluruh negara, dan setakat ini saya telah menerima jemputan di Sabah .... untuk menjelaskan keadaan sebenar institusi berkenaan, sama ada mereka mampu untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan kedaulatan institusi Raja. "PAS seharusnya menjadi bertanggungjawab terhadap aspek-aspek terbabit, tetapi mereka gagal ... saya akan turut menjelaskan sejauh mana PKR dan DAP telah mempengaruhi PAS dalam jelajah tersebut," katanya. Hasan turut menuduh "parasit" berkenaan telah menyerap ke dalam parti dan menundukkannya terhadap kehendak mereka dan mengubah perjuangan Islam PAS. "Pemecatan saya adalah kerana saya mengatakan perbicaraan pemimpin PKR itu adalah perkara peribadi beliau. "(Tapi) sekarang, terdapat proses "pengAnwarisasi" berlaku dalam PAS," kata Hasan, dan menuduh keputusan parti tersebut telah dipengaruji Anwar. Hasan turut menjelaskan, pihaknya sudah menerima surat rasmi dari istana Selangor hati ini yang menyatakan pemecatannya sebagai exco negeri berkuatkuasa hari ini. "Saya merasakan, pengguguran saya sebagai exco adalah bertentangan degan perundangan PAS, yang mana akan tamat pada hari terakhir rayuan saya ... (tapi) saya tiada sebarang masalah digugurkan sebagai exco," tambahnya. Tambah Hasan, dia akan gunakan kedudukannya sebagai orang kanan NGO Himpun sebagaiplatform baginya menyuarakan pendapatnya, dan dia belum terfikir untuk menyertai PAS semula buat masa ini. "Bila PAS kembali ke landasan asalnya, kemudian baru Hasan Ali akan mengisi borang keahlianya," tambahnya lagi. -TMI Hasan boleh bebas melayang di angkasa raya Oleh Subky Latif, Ulasan GB Apa yang GB telah tuliskan sebelum ini benar. Pena Subky Latif sememangnya masih tajam. Benar apa yang dikatakan. Hassan Ali boleh jelajah bukan saja ke seluruh negara malah ke seluruh dunia dan diperlebarkan oleh Subky, ke seluruh angkasa raya... untuk tujuan apa sekalipun... Nak dedahkan parasit? Sedangkan dirinya sendiri tidak menyedari, adalah parasit paling merbahaya... Tak siapa halang untuk anda mendedahkan. Sebab kini majoriti ahli PAS sudah mengenal kamu. Tak macam dulu, Subky terpaksa menulis secara halus, hanya dapat dikesani maknanya oleh si pembaca yang teliti, yang terpaksa mengasing permata daripada kaca. klik untuk baca |
Apabila SMS Sering Menjadi Punca Pergaduhan Dan Penceraian... Posted: 16 Jan 2012 03:54 AM PST Cemburu SMS bawa padah KUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin. Gambar fail Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca SMS dalam telefon bimbit isterinya yang dihantar seorang rakan perempuan. Sumber polis berkata, dalam SMS dihantarnya rakan itu bertanya hubungan mangsa dengan seseorang lelaki dan ia amat mengejutkan suami mangsa. Menurutnya, suspek mengejut mangsa yang tidur sebelum berlaku pertengkaran. "Mangsa menafikan ada hubungan dengan lelaki lain dan dan memberitahu semua itu hanya salah faham namun suspek masih tidak berpuas hati dan mendakwa isterinya curang. "Suspek naik angin dan menumbuk muka mangsa beberapa kali tanpa mempedulikan rayuan mangsa menyebabkan mangsa cedera di muka dan lebam seluruh badan," katanya. Menurutnya, lebih kejam, lelaki terbabit duduk di atas badan dan menarik rambut mangsa sebelum keluar rumah. Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang. -hm Ulasan GB Ini adalah kisah masyarakat, kisah rumahtangga. GB paparkan kes di atas untuk mencari moral (pelajaran) di sebalik isu berkenaan. Ia berkaitan dengan perlakuan tidak baik oleh pasangan dengan menggunakan teknologi yang ada sehingga hubungan suami isteri tergugat. Ia banyak berlaku dewasa ini. GB pernah ulaskan hal ini di sini. Petikan:http://www.blogger.com/img/blank.gif Dewasa ini terdapat banyak kes di mana handfon dan beberapa media komunikasi digital seperti internet melalui facebook dan lamanweb sosial yang lain seperti Friendster, MySpace, Wayn, menjadi penyebab kepada berlakunya banyak pergaduhan dan penceraian. Dan kisah di atas hanyalah satu daripada beberapa ratus kes yang berlaku disebabkan oleh kewujudan media baru ini. Suami dan isteri menjadi porak peranda gara-gara SMS. Justeru itu, sebagai pasangan sebuah rumahtangga Islam, sepatutnya TIADA RAHSIA diantara suami dan isteri dalam hal komunikasi yang menggunakan handfon. Sebarang kerahsiaan sebenarnya menyerlahkan sikap ketidak-jujuran. Justeru itu tidak sewajarnya suami menyembunyikan apa-apa hal melalui handfonnya daripada isteri begitulah juga disebaliknya, isteri tidak sepatutnya menyembunyi komunikasi dengan orang lain di belakang suaminya. |
Liow, Lu Sendiri Ada Beranikah Lawan Lim Guan Eng? Posted: 16 Jan 2012 02:18 AM PST Calon MCA Mampu Beri Saingan Kepada Guan Eng Pada PRU-13:Liow BUTTERWORTH: MCA yakin calon yang dipilih bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti akan memberi saingan kepada pakatan pembangkang. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata parti itu telah memilih calon yang mampu memberi saingan sengit di kawasan berkenaan. "Calon untuk (parlimen) Bagan sudah ada, tetapi saya tidak boleh dedahkannya lagi. "Penduduk di Bagan mahu calon yang mampu berkerja keras untuk mereka dan MCA percaya beliau boleh berkerja dan bertanggunjawab terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, di sini malam Ahad. Parlimen Bagan diwakili oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP. Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata MCA juga mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi Parlimen Bagan pada PRU akan datang. "Kita akan tentang habis-habisan calon DAP di sini, saya yakin penduduk di Bagan sudah terbuka dan nampak apa yang Barisan Nasional (BN) telah bagi kepada mereka," katanya. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata ramai penduduk di Parlimen berkenaan kecewa dengan sikap kerajaan negeri kerana tidak menunaikan janji mereka semasa berkempen pada PRU lepas. "Penduduk golongan sederhana dan miskin di Parlimen Bagan kecewa kerana nasib mereka tidak dibela seperti yang dijanjikan oleh pembangkang, malah lebih teruk," katanya. - BERNAMA Ulasan GB Untuk menandingi ketokohan Ketua Menteri Pulau Pinang, MCA perlu turunkan samada Presidennya, Chua Soi Lek atau Timbalan Presidennya, Liow Tiong Lai sendiri. Cukup aneh apabila Liow mendakwa MCA mampu memberikan saingan sengit di Parlimen Bagan jika Liow sendiri takut untuk bertanding di situ. Jika Presiden atau Timbalan Presiden MCA sendiri tidak yakin dengan kemampuan mereka, dan nak meletakkan calon lain (sekalipun anak Bagan) lupakan saja mimpi itu. Alangkan GERAKAN yang telah memegang tampuk kerajaan Pulau Pinang berpuluh tahun tersungkur lebut, inikan pula MCA, kedua-dua parti yang sudah tidak lagi relevan di kalangan rakyat. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan