Selasa, 17 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Semua Pinjaman PTPTN Akan Dihapuskan Jika Pakatan Menang PRU13

Posted: 17 Jan 2012 01:09 AM PST

Hapus PTPTN: Kelantan kumpul data peminjam

KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.

"Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan," katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.

Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.

Harakah Daily


'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'

Posted: 17 Jan 2012 01:03 AM PST

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).


"Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi' ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

"Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan," katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

"Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini," kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam.

"Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," akhirinya kenyataannya itu.


Hasan Ali Sudah Gelabah

Posted: 16 Jan 2012 10:56 PM PST

Antara Parasit Dengan Pelesit Mana Yang Bahaya?

Semalam Hasan Ali (Ahsan Akidah) cuba mencari modal dan idea baru untuk menghalalkan tindakan dia menyerang istananya (Pas) selepas dia dihalau dari istana indahnya itu. Sudah nampak semakin jelas Ahsan sudah mulai gelabah dan merasa sepi dengan kehidupan baru - tidak menjadi ahli Pas dan bakal kehilangan jawatan Exco. Pendampingannya dengan tokoh-tokoh Umno mungkin tidak membawa sinar begitu cerah. Beliau terus berbelit dalam pukat basah Umno.

Kalau sebelum ini dia beriya-iya dan mendabik dada mengatakan dia bertindak untuk mempertahankan akidah, untuk membela akidah, untuk mengharmoniskan akidah, untuk mengembalikan akidah kepada akidah sebenarnya, kini nadanya sudah berubah dan bergetar-getar. Semacam ada selumbar dalam halkumnya.

Bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu mula menjadikan soal peribadi dengan individu-individu tertentu sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya. Kenapa?


Idea dan modal baru digunakan Hasan ialah menyalahkan Anwar Ibrahim. Beliau meletakkan Anwar sebagai penyebab kegelunsuran dirinya dari wadah Pas. Menghanyutkan dan menjauhkannya dari kerusi MB. Boleh jadi peluangnya untuk jadi MB Selangor masih terbuka kalau dia tetap bersama Pas.

Dalam modal baru itu, katanya dia tidak suka Pas kerana Pas menyokong Anwar, alasannya kerana memperjuangnya membenarkan gay? Dari mana sumber dan perawi yang beliau dapat untuk mengecapkan Anwar begitu, tidak pasti. Apakah dari Ismail Mina? Tetapi kawan baik Anwar berjubah lusuh itu bukan mempersoalkan soal gay tetapi soal Islam plural.

Menghairankan kenapa Anwar yang menjadi sasaran? Apakah Anwar yang memperalatkan Pas dan bertindak membuangnya dari Pas. Naif sekali politik dan bacaan siasah Hasan Akidah ini. Masakan Abdul Hadi Awang dan Naib-Naib presiden Pas termasuk juga Mursyidul Am Pas dan timbalannya Dr Haron Din bersubahat sama dengan Anwar? Begitu sekalikah rangupnya teras pejuangan mereka dan seolah-olah Hasan seorang yang berprinsip?

Mungkin orang boleh menerima akan keterbukaan dan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan akidah dan juga mengkritik mana-mana pemimpin yang tidak betul ataupun yang tidak obses kepada Islam.

Tetapi bila Hasan diam membisu terhadap penyelewengan dan salah akidah dilakukan para pemimpin Umno orang boleh membuat tafsiran lain. Orang jadi konfius tentang kejujurannya. Apakah Hasan sebenarnya yang menjadi talibarut kepada Umno yang bertindak hendak mensucikan Pas? Saya masih ingat kata Nik Aziz mengikut hukum syarak air kencing tidak boleh digunakan untuk membersih najis. Umno bukan wadah yang boleh mensucikan Pas sebaliknya Pasboleh menyamakkan Umno. Sepatutnya sebagai seorang anak yang dididik dengan Islam sejak kecil yang dilahirkan dari kedua ibu bapa yang tahu membaca Quran , Hasan tahu menilai ini.

Saya persoalkan ini kerana tidak ada kritikan dan teguran Hasan terhadap akidah projek lembu gemuk (NFC). Tidak ada teguran dan kritikan Hasan terhadap akidah 1 Malaysia dan ucap selamat 1 Malaysia. Tidak ada kritikan Hasan terhadap akidah rasuah berjuta ringgit dalam pembelian kelengkapan perang negara.

Begitu juga tidak kedengaran saranan lunak Hasan kepada kerajaan UBN supaya menggubal undang-undang murtad bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang didakwa kini berada dalam situasi parah kerana kegiatan Kristinisasi. Kenapa?

Kalau Hasan ikhlas untuk membela akidah umat Islam itu dulu yang Hasan kena lakukan. Hasan sendiri kena mengambil inisiatif menganjurkan seminar, konvensyen dan sebagainya ke arah mencari sokongan untuk penggubalan undang-undang murtad atau sebagainya. Dengan kedudukannya sebagai Exco agama Hasan boleh cuba membawanya dalam Dun Selangor. Sama ada ia diterima atau tidak, Hasan perlu mencubanya sebagai menandakan komitmennya.

Tetapi selama memegang jawatan Exco yang bertanggungjawab selama tiga tahun apakah Hasan berusaha ke arah itu? Mungkin saya terlepas pandang dan terlepas tenguk akan usaha Hasan ke atas itu.

Tidak cukup San kalau sekadar menjenguk gereja dari jauh ataupun ikut Tv3 buat serbuan ke sarang-sarang pelacur dan rumah-rumah urut saja. Tidak padan. Dan kerja menjenguk rumah urut itu bukan kerja Umur Ibnu Aziz yang boleh diteladani. Bukan cara itu. Tidak salah kalau saya katakan dengan mengikut Tv3 buat serbuan itu untuk membolehkan Hasan melepas gian untuk melihat pelacur berkemban saja? Maaf.

Modal kedua digunakan Hasan ialah kononnya dalam Pas ada parasit. Ada lintah darat. Sebenarnya soal parasit ini sudah lama diketahui Pas. Hasan tidak payah dedah siapa mereka.Pucuk pimpinan Pas sudah menyedarinya. Pas menyedari fenomena atau peranan parasit ini sejak tahun 80-an lagi sebelum Hasan menyertai Pas. Gerakan ini sudah lama berjalan dengan menamakan diri mereka dengan pelbagai nama dan mampu menyuburkan organisasi Pas?

Ramai yang dianggap parasit ini berada dalam Pas dan berjaya membina kedudukan. Tetapi satu perkara perlu disedari parasit ini adalah parasit Islam, yang hendakkan kepada Islam. Parasit ini parasit pejuang menegakkan hukum Allah bukan pelesit mengkhianti jemaah mendokong cita-cita Allah.

Pelesit jauh berbezanya dengan pelesit. Parasit menumpang dan bekerjasama dengan induknya. Parasit sejenis tumbuh-tumbuhan. Manakala pelesit pula sejenis belalang berwarna hijau sebesar kelingking dan dipercayai membawa hantu. Kerjanya ialah merasut dan menganggu orang, menyusahkan kawan dan ada kalanya mengelecahkan akidah orang agar mengikut akidahnya. Ia ternyata lebih jahat dari parasit.

Bagi saya tindakan dan peranan parasit ini jauh lebih baik dengan cara pelesit itu. Kalau hendak dikira cara Hasan itu lebih kejam dan sadis dan mirip kepada gerak kerja pelesit. Hasan kelihatan tidak amanah kerana bertindak seolah-olah hendak membakar kelambu kerana kegagalan membunuh seekor nyamuk. Hasan mulai bersikap seperti musang menuduh anggur yang dimakannya selama ini sebagai masam selepas gagali untuk memilik anggur yang duduk dijulai tinggi. Apakah itu bukan hipokrit?

Orang boleh menilai kerja Hasan sejauh mana Islamik atau tidak berbanding dengan nyamuk parasit yang masih bertahan untuk bersama Pas. Di sinilah saya tampak Hasan tidak fatanah dan bersikap 'tasamuh' di dalam politik.

Pada saya parasit ini ada beberapa jenis yang bukan semuanya membawa keburukan. Kalau parasit itu boleh memberi oksigen atau nitrat kepada pokok ia tidak salah malah dialu-alukan. Dalam banyak-banyak jenis parasit ini ada yang berfahaman sosialis, komunis, kapitalis atau egois.Ada juga parasit yang berfahaman Islam.

Adapun parasit yang ada dalam Pas yang hendak didedahkan dan dicemburi Hasan itu adalah parasit Islam yang mengakui Allah dan Muhammad sebagai Rasul. Yang menyertai atau menumpang Pas untuk berganding bahu dengan Pas menginfakkan profesional yang mereka ada. Ini adalah satu kebaikan kerana Pas perlukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan. Hasan sendiri boleh dianggap sebagai parasit yang memberi untung kepada Pas kerana ia ilmunya boleh dimanfaatkan Pas.

Saya suka mengambil pandangan Dr Haron Din yang menegaskan Pas ada prinsip dan dasarnya sendiri yang dimaktubkan dalam perlembagaan. Pas ada Majlis Syura Ulamak yang menjadi pemantau perjalanan Pas. Ertinya selagi Majlis Syura Ulamak tidak memberi apa-apa pandangan dengan kaedah dan uslub yang diambil Pas kini anggaplah ia betul dan benar. Terimalah ianya syariat yang dihalalkan.

Apakah kita sudah tidak mempercayai kepada Majlis Syura Ulamak? Bukankah badan ini tertinggi dalam Pas. Majlis Syura Ulamak juga bukan badan yang memiliki kuasa mutlak. Ahli-ahli Pas seluruhnya yang berkuasa menentukan hala tuju perjalanan dan perjuangan Pas. Ahli pula akan berpegang kepada kitab, hadith, ijmak ulamak dan qias. Apakah pandangan Hasan mengenai hal ini mengatasi pandangan atau pendapat pihak-pihak itu semua? Tidak mungkin Hasan berada dalam makam yang betul sedang makam-makam atau pendapat dan badan rasmi lain tidak bersamanya.

Tuduhan yang Hasan lakukan itu jelas dangkal dan ia modal murahan untuk mempertahankan dirinya yang kini sudah mulai hendak rapat ke dinding.

Dalam pada itu saya ingin berpesan kepada pemimpin Pas terutamanya Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Mohd Rani Osman (insyaAllah akan mengganti tempat Ashan) supaya tidak menjawab apa-apa juga kenyataan dari Hasan. Usahlah minta dia mendedah siapa yang dianggap parasit itu. Hasan atau orang politik yang menjadi penasihatnya boleh mencipta apa saja modal untuk berbuat demikian. Seorang motivator akan bercakap selagi lidahnya tidak kejang atau dipotong.

Ingatlah suara Hasan tidak pun sebesar mana. Ia hanya pelakar di siang hari sahaja yang tidak akan menampak secalar cahaya pun. Bunyi mungkin kuat mengeger alam tetapi cahaya tidak sedikit pun mampu mencerahkan kandati sekerat jalan. Apa yang lebih baik, diam jangan peduli dan biarkan Hasan bercakap bersendirian. Lama kelamaan Tv3 atau Utusan akan jemu juga menyiarkan kenyataan Hasan yang dari hari ke hari sudah tidak ada nilai berita. Bila lengguh mulut akan berhentilah dia tanpa sesiapa menyuruhnya.

Ahsan... Ahsan. [wm.kl.1:52 t/hari 17/01/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/ulasan-tengahari.html


Guru bimbang ugutan bunuh

Posted: 16 Jan 2012 09:02 PM PST

ALOR SETAR - Bimbang nyawa terancam dengan ugutan bunuh oleh suami sendiri, seorang guru merayu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat meluluskan permohonannya untuk bertukar tempat bertugas.

Siti Muniroh Mohd Shukri, 31, berkata, suaminya, Aldin Osdam, 31, mengugut untuk menyembelihnya jika terserempak dan akan membuat sesuatu kepada keluarga mertuanya (emak suami) di Tawau, Sabah kerana menyembunyikan mereka dua beranak.

Sebelum ini iaitu 22 Julai tahun lalu, beliau bersama anaknya, Muhammad Al-Mustaqim yang berusia sembilan bulan bertindak melarikan diri kerana tidak tahan didera akibat cemburu keterlaluan suaminya itu.


"Kami berkawan sejak di alam universiti. Namun sejak berkahwin dua tahun lalu dia mula menunjukkan belang sebenar apabila sering mendera dengan memukul kepala saya serta pernah menyimbah 'klorox' gara-gara cemburu.

"Sikapnya semakin menjadi-jadi apabila kami berpindah ke Sabah apabila saya ditempatkan di salah sebuah sekolah rendah. Saya hanya dibenarkan keluar untuk mengajar," katanya ketika ditemui media di Kampung Alor Buluh, di sini, semalam.

Siti Muniroh berkata, walaupun sudah beberapa kali diperlakukan sedemikian rupa namun tidak berupaya melarikan diri kerana semua dokumen penting dipegang suami termasuk kad pengenalan.

"Mujurlah pada hari kejadian, suami membenarkan saya memegang dokumen itu untuk urusan pemeriksaan kesihatan anak dan saya mengambil peluang lari ketika dia pergi menunaikan solat Jumaat.

"Selain sering didera, saya hidup dalam ketakutan akibat sering diburu Along kerana suami pernah membuat pinjaman dan masih belum dapat melunaskannya," katanya.

Ketika ini, suaminya yang juga penganggur masih ditahan di penjara Sabah selama tiga bulan bermula 18 November 2011 hingga 18 Januari 2012 atas kesalahan dadah.

"Saya bimbang dia akan mengotakan kata-katanya jika masih berada di Sabah kerana dia pernah cakap akan pukul…memang dia pukul…dia cakap nak potong rambut saya..dia memang potong dan kini dia ugut nak sembelih….

"Setakat ini saya buat empat laporan polis, dua sewaktu di Lahad Datu dan dua di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar. Dalam masa yang sama saya juga akan menuntut cerai daripada suami," katanya.

Sehubungan itu, beliau merayu KPM menerima permohonannya untuk bertukar tempat mengajar dari Lahad Datu, Sabah ke kampung halamannya di Kedah kerana bimbang dengan ancaman keselamatan diri dan keluarga.

"Kali pertama permohonan dibuat pada ketua pengarah KPM pada 27 Julai 2011, bulan Ogos tahun sama kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta permohonan dalam talian tetapi ditolak pada 10 November 2011.

"Saya kembali merayu pada 12 November namun tetap ditolak dan terakhir pada 11 Januari lalu untuk kali keempat saya pergi sendiri ke kementerian di Putrajaya," katanya.

Sinar



Rani ganti Hasan Ali

Posted: 16 Jan 2012 07:41 PM PST

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan beliau difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

Populariti bekas doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar.


Yunus sekarang merupakan pembantu exco beliau dan sukan - portfolia yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Dr Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Dr Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampila dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.


Hassan Ali - Nasib Diri Ku

Posted: 16 Jan 2012 05:05 PM PST



Hasan Dicabar Dedah Siapa 'Parasit"

Posted: 16 Jan 2012 04:34 PM PST

Dedah 'parasit': Pakatan jamin keselamatan Hasan

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.

Bagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.


Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.

"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

"Saya juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam.


Ketika ditemui selepas itu, Mahfuz turut memberi jaminan bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat akan membenarkan Hasan yang mahu menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan isu pemecatannya itu.

"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Kumpulan itu dakwanya telah memesongkan PAS dari perjuangan Islam.


Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

"Kita tidak akan bertindak seperti PERKASA yang mengganggu ceramah (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu seperti sebelum ini.

"Jadi Hasan tidak perlu risau," kata Mahfuz lagi.

http://malaysiakini.com/news/186784


Kenyataan Pengurusan NFC bercanggah dengan pengumuman PM

Posted: 16 Jan 2012 03:35 PM PST

Saya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Shahrizat Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Najib Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?

KEADILAN konsisten mendesak supaya aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat (corporate administrator) dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC dan melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang telah berlaku.


Tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna:

1. Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;

2. Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;

3. Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta; dan

4. Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

Kenyataan NFC yang menunjukkan kaum keluarga Shahrizat Jalil masih bebas menggunakan wang dan menguruskan operasi NFC membawa risiko besar yang menjejaskan bukti dan rekod kewangan NFC.

Oleh yang demikian, KEADILAN mengulangi desakan supaya Najib Razak bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku.

Sekiranya ini tidak berlaku, KEADILAN tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Najib Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih.

Petang esok (17 Januari 2012, jam 2 petang di Balai Polis Dang Wangi), aktivis KEADILAN diketuai Fariz Musa, ahli Majlis Pimpinan Pusat akan membuat satu lagi laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Sharizat Jalil dalam tahun 2009 yang melampaui batas.

Penelitian KEADILAN menunjukkan bahawa dalam tahun 2009, perbelanjaan kad kredit oleh kaum keluarga Seri Shahrizat Jalil mencecah RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC seperti berikut:

JUMLAH SETAHUN PURATA SEBULAN
Mohamad Salleh Ismail RM182,525 RM15,210
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh RM160,673 RM13,389
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh RM127,900 RM10,658
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh RM122,402 RM10,200

Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Najib Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC

http://razali01.blogspot.com/2012/01/kenyataan-pengurusan-nfc-bercanggah.html


Jiwa Saya Jiwa Pemberontak...

Posted: 16 Jan 2012 06:19 AM PST


Pas Selangor Jawab Mulut Sampah Hasan Ali

Posted: 16 Jan 2012 05:05 AM PST

"Parasit adalah orang yang hidup atas kekuatan Pas sambil menghisap darah atau zat darinya tanpa memikirkan kecederaan yang dialami Pas hasil dari tindakannya. Siapa mereka?,"

SHAH ALAM – Pas Selangor mencabar bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam Pas.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman( gambar ) berkata, setiap tuduhan yang dibuat perlu berlandaskan bukti bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.

Abd Rani berkata, pendedahan senarai nama itu boleh membantu parti itu untuk mengambil tindakan sewajarnya.


"Kalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya.

"Kita pun nak tahu juga siapa parasit yang ada dalam Pas ini supaya kita sendiri boleh mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

Hasan mendakwa kumpulan parasit itu tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di negeri ini.

Sementara itu, timba-lannya, Khalid Abdul Samad turut membidas kenyataan Hasan dan memintanya mendedahkan nama-nama tersebut.

"Parasit adalah orang yang hidup atas kekuatan Pas sambil menghisap darah atau zat darinya tanpa memikirkan kecederaan yang dialami Pas hasil dari tindakannya. Siapa mereka?," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).


NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat

Posted: 16 Jan 2012 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.


Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."

BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.

"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.

Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.

Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.

"Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7616-nfc-tekanan-kepada-muhyidin-semakin-kuat


Tangisan Najib Umpama Airmata Buaya

Posted: 16 Jan 2012 04:27 AM PST

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.

Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.


Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.


"Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?," kata Faekah dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

"Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak.

"Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," kata Faekah.

Mengulas lanjut, Faekah mempersoalkan kewajaran tindakan Najib "menitiskan air mata" yang sepatutnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini yang mengkhianati janji dan kebajikan kaum Melayu.

Tangisan itu juga kata Faekah, seharusnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Pakatan Selangor hari ini memberi baucer RM100 kepada warga emas Umno menerusi program "Jom Shopping".

"Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,"katanya.

http://www.tvsnews.net/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wka5NkZw==


Tiada ulasan: