Ahad, 15 Januari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Lebih 50,000 Hadiri Rapat Perdana - TGNA: Macam Duduk Padang Arafah"

Posted: 15 Jan 2012 01:00 AM PST

Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana

ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.

Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.



Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi. -hd

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana

Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

Sebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami," katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar. -mk


















100 Ahli PAS Gombak Sertai UMNO? Ketara Sangat Penipuan

Posted: 15 Jan 2012 12:31 AM PST

Lebih 100 Anggota Pas Kampung Kerdas Gombak Sertai Umno

KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA

102 PENGIKUT HASAN ALI MASUK UMNO!!!
Bila masa baju kuning jadi baju PAS,
bila masa pula PAS ada Ketua Zon



Ramainya, penyokong Hasan Ali. Ingatkan 1000 orang rupanya 102 orang je. Tapi sayang Hasan Ali tak nampak muka pun.

Siap habiskan duit buat baju baru PAS warna kuning banyak2 pakai sekejap kemudian buang. Pakai baju BN warna biru. Bila masa pula baju kuning dah jadi baju rasmi PAS. Pandainya berlakon, macam real2 la konon...

Yang paling kelakar, selama ini PAS mana ada jawatan Ketua Zon tapi tiba2 PAS dibawah Hasan Ali ada Ketua Zon. Kelakar...kelakar...nak menipu pun biaq la real sikit......-paspb2

Berpuluh, beratus, beribu 'ahli PAS masuk UMNO'... Setelah disiasat rupanya ahli-ahli UMNO yang isytihar masuk UMNO. Depa cuma perlu cari sorang ketua yang mungkin betul2 dianggap PAS (penyokong yang bermasalah atau longgar) berikan upah yang lumayan, bagi skrip suruh baca... muka boleh masuk tv dan akhbar.

Itulah taktik propaganda murahan yang digunakan sejak 50 tahun, dengan UMNO beranggan bahawa orang Melayu semuanya bodoh2 belaka dan boleh dibohong seduit dua macam tu saja. Tapi depa silap banyak, ni zaman maklumat cuma di hujung jari, sepantas kilat pembohongan iu akan didedahkan ke seantero dunia.

Cerita 'UMNO masuk UMNO' ini hanya popular setiap kali menjelang PRU. Dunia berubah, mentaliti manusia pun berubah tapi strategi lapok UMNO tak pernah berubah... siaaannnnn. Kedah La



MULA-MULA PAKAI BAJU KUNING ADA LAMBANG PA... BAJU BARU BEB...


LEPAS TU BUANG BAJU KUNING PAKAI BAJU BIRU UMNO/BN


BUANG HABIS BAJU KUNING YANG DIPAKAI, BUAT BANYAK2 TAPI YANG PAKAI TAK NAMPAK RAMAI PUN....PAKAI DALAM HATI KOT....


HINA LAGI BUANG BERSEPAH BAJU KUNING LAMBANG PAS YANG MASIH BARU DIBUAT....LEPAS BUANG TU SAHIH ADA YANG AMBIL BALIK .... BARU BEB....

-paspb2



TGNA Dedahkan Pernah Ditawar Sertai Umno-BN

Posted: 14 Jan 2012 10:42 PM PST

Alor Setar - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.

Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati."

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan.

Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu.

"Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya.

"Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku.

Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya.

Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku." -SH

Nik Aziz: `Saya kata cis kepada Umno'

PETALING JAYA: Umno bertindak mengikut nafsu ketika merampas kuasa dari Pakatan Rakyat di negeri Perak dua tahun lalu, kata Mursyidul Am PAS.

Datuk NIk Aziz Nik Mat berkata, rampasan kuasa tersebut tidak mengikut amalan demokrasi serta cara Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di konvensyen ketiga Pakatan Rakyat di Alor Setar sebentar tadi.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada bulan Februari 2009 setelah tiga Adunrya melompat menyokong BN.

Dalam ucapannya, Nik Aziz juga menuduh Umno telah menceroboh ekonomi, akidah dan politik negara.

`Saya kata cis'

Oleh kerana itu, tegas menteri besar Kelantan itu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

"Saya didatangi pemimpin Umno pelbagai darjat. Dia (Umno) minta PAS masuk Umno.

"Tok guru, Ustaz Ziz, masuk Umno untuk perpaduan rakyat (Malaysia). Saya kata cis, maka kami bersama Pakatan Rakyat.." kata beliau diiringi tepukan peserta konvensyen.
Nik Aziz berkata, dalam hadis politik, kena sengat sekali saja, jangan kena sekali lagi.

Kali pertama kena sengat perkara biasa, tetapi kalau dua kali itu bodoh, tegas beliau. -FMT


Hassan Ali Tidak Akan Buat Rayuan

Posted: 14 Jan 2012 09:27 PM PST

Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.

Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

"Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.

Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.

Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.

"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan 'parasit' ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

"Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," katanya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.

"Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara," katanya.

Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu. -SH

Ulasan GB

Tembelangnya didedahkan sendiri:

... saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam

Rupa-rupanya dia sudah cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco. Sedangkan kita di dalam PAS belum merasai selesa selagi belum tertegak kalimah (hukum) Allah di negara ini.

Sementelah lagi bukan beliau yang tinggalkan keselesaan itu, tetapi beliau sebenarnya "tidak layak" menikmati keselesaan itu.

Allah s.w.t. telah memperingatkan:

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

"Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). "[Asy-Syura: 30]

Peluang telah diberikan untuk merayu. Tetapi Hassan Ali memilih untuk tidak merayu, membuktikan sebenarnya beliau sebelum ini berdusta dan tiada roh perjuangan Islam di dalam hatinya sepertimana yang didakwanya dihatinya cuma ada bulan...

Oh Hassan, (dengan maaf) pinggan tak retak nasi tak dingin. orang tak hendak.... (sambung sendiri..)

[Video] Kapal Costa Concordia Bawa 4,000 Penumpang Karam Bagai Titanic

Posted: 14 Jan 2012 07:31 PM PST

Rome: Sebuah kapal persiaran mewah karam di persisiran Tuscany, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan memaksa 4,165 penumpang dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran semalam, kata pengawal pantai Itali.

Kira-kira 69 orang masih hilang selepas helikopter dikerah mengangkut 50 mangsa yang terperangkap di atas kapal Costa Concordia ke tempat selamat, kata Komander Pengawal Pantai, Francesco Paolillo.

Paolillo berkata, tidak dapat dipastikan mangsa yang terbunuh adalah penumpang atau kru, begitu juga kerakyatan mangsa. Punca mereka maut masih belum diketahui.

Agensi berita ANSA, melaporkan beberapa orang melompat keluar untuk menyelamatkan diri daripada kapal yang baru memulakan pelayaran itu.

Mangsa yang terselamat ditempatkan di sekolah, hotel dan gereja di pulau Giglio, tempat percutian popular terletak kira-kira 25 kilometer ke pantai barat tengah Itali.

ANSA memetik dua wartawan Itali yang kebetulan antara penumpang sebagai berkata kemalangan berlaku ketika waktu makan malam.

"Kami sedang menikmati hidangan makan malam apabila lampu tiba-tiba terpadam, dan kemudian kami mendengar bunyi dentuman kuat dan makanan bertaburan di atas lantai," ANSA memetik wartawan Luciano Castro, sebagai berkata.

"Kejadian berkenaan seperti adegan filem Titanic, semuanya terjadi dalam sekelip mata," kata seorang lagi wartawan, Mara Parmegiani, kepada ANSA.

Paolillo berkata, punca utama kemalangan masih tidak diketahui tetapi penggera pertama berbunyi pada jam 10.30 malam, kira-kira tiga jam selepas Concordia memulakan pelayaran dari pelabuhan Civitavecchia, ke pelabuhan pertama, Savona, di barat laut Itali.

Pegawai pengawal pantai berkata, kapal berkenaan melanggar halangan, tidak diketahui jika ia mungkin melanggar batu karang di perairan Giglio, menyebabkan garisan sepanjang 50 meter di bahagian kiri kapal itu, dan mula dimasuki air.

Kapten kapal itu kemudian cuba mengemudikannya ke perairan cetek, berhampiran pelabuhan kecil Giglio, bagi menjadikan usaha memindahkan penumpang dengan bot penyelamat lebih mudah.

Namun, kapal berkenaan mula condong ke bahagian kanan, menjadikan usaha mendekatkan bot penyelamat semakin sukar.

Lima helikopter, dari pengawal pantai, tentera laut dan udara, mengambil giliran mengangkut mangsa yang masih berada di dalam kapal itu ke tempat selamat. Seorang anggota pengawal pantai diangkut ke kapal untuk membantu penumpang memasuki bakul kecil untuk memudahkan mereka dinaikkan ke helikopter, kata seorang pegawai pengawal pantai, Kapten Cosimo Nicastro.

Kenyataan Costa Cruises, syarikat yang mengendalikan kapal itu, mengesahkan pemindahan 3,200 penumpang dan 1,000 sudah bermula tetapi kedudukan kapal, yang semakin teruk, menjadikan bahagian terakhir pemindahan kian sukar.

Kenyataan tidak menyebut sebarang kematian dan berkata ia masih belum menentukan punca masalah. Kira-kira 1,000 penumpang Itali berada dalam kapal terbabit ketika kejadian, selain 500 warga Jerman, 160 Perancis dan 1,000 kru kapal. – AP/BH

Tiga maut kapal persiaran mewah terbalik di Itali


KAPAL persiaran Costa Concordia senget semalam selepas ia terlanggar kawasan batu karang dekat pulau Giglio, Itali.

ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.


PENUMPANG kapal Costa Concordia tiba di Pelabuhan Porto Santo Stefano, wilayah Tuscany di Itali semalam.

Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.


GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.

Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.

Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.

Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang. - Agensi/kosmo







Artis Malaysia Berpakaian Seksi & Dilindungi

Posted: 14 Jan 2012 05:06 PM PST

Artis Malaysia Seksi Semakin Berani & Terus Diberikan "Perlindungan"?

Seperti biasa, kalau setiap hujung minggu kebanyakan akhbar akan menyisipkan sekali naskhah hiburan untuk pembaca. Ada kandungan yang ok, ada kandungan yang tidak senang untuk dilihat. Yang kadang-kadang kami terfikir sejenak, mereka nak jual akhbar atau nak mempertaruhkan tubuh badan artis Malaysia seksi atas nama untuk menarik perhatian pembaca seterusnya meraih keutnungan yang berlipat kali ganda?


  • Kenapa semacam tiada tindakan yang serius daripada pihak berkuasa ke atas gejala ini? Kenapa?

  • Gejala seperti ini masih belum serius lagikah?

  • Adakah kita mahu terus menunggu dan menunggu sehingga artis Malaysia sudah berani berbogel barulah kita akan mula melatah? Adakah sampai begitu sekali tahap "timbang rasa" yang perlu"dibayar" oleh masyarakat Malaysia hari ini?

Kami sebenarnya sudah pernah mengeluarkan berita ini sekitar setahun yang lepas, bertajuk Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berpakaian Tidak Senonoh?

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini artis Malaysia seksi semakin berleluasa, pakai pakaian yang tak cukup kain ibarat seperti berada di "zaman batu". Akhirnya penampilan kelompok artis Malaysia seperti ini dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, tinggal di bandar atau luar bandar. Semuanya dapat "merasa".

Artis Malaysia Seksi : Kenapa Mereka Menjadi Semakin Berani?

Undang-undang & penguatkuasaannya sahaja, dah boleh kami katakan agak canggung. Manakan tidak, kalau artis lelaki buka baju contohnya terus sahaja dihukum. Tetapi apabila artis Malaysia (wanita) buka atas, buka belakang, buka bawah, memakai pakaian separuh bogel, "orang-orang atas" buat-buat tak nampak pula apa yang sedang berlaku dalam dunia hiburan ketika ini

Tentang hukuman artis Malaysia lelaki dihukum begitu, kami tidak pertikaikan. Yang menjadi percanggahan di sini adalah di mana letaknya keadilan & undang-undang yang ada sekarang ini berbeza-beza?

Artis Malaysia wanita tahu mereka jarang diberikan perhatian walaupun mereka memakai pakaian yang menjolok mata kerana merasakan mereka "cukup kebal" untuk dihukum. Betulkah begitu?

Artis Malaysia Seksi : Wartawan, Akhbar & Majalah Hiburan Mengagung-agungkan Mereka ?

Yang tidak tahannya, contohnya pada minggu ini mereka menghentam artis Malaysia seksi yang bertindak memakai pakaian yang menjolok mata di naskhah-naskhah keluaran mereka, tetapi pada minggu hadapannya kita sudah boleh melihat semula aksi gambar-gambar artis Malaysia seksi di kolam renang, memakai pakaian yang singkat atas, singkat bawah, dedah belakang dan terus menerus tayang badan tidak tentu hala. Mereka bebas untuk berbuat begitu berpakaian ala-ala fesyen di "zaman batu"

Hakikatnya, banyak lagi akhbar, majalah yang ada di Malaysia terus "memperjudikan" & merosakkan pemikiran pembacanya tanpa sebarang kawalan daripada pihak berkuasa & terus diberikan "imuniti"…



Jiwa muda & sikap nak cepat glamor yang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen memang tidak boleh dipisahkan, itu realiti hari ini. Tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Bahagian penting saja yang ditutup olehnya, barulah dikirakan sebagai seksi mengikut permahaman mereka.

Berpakaian seksi ini boleh diumpamakan seperti ini :

Makanan. Ya….diumpamakan seperti makanan. Kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat ataupun menjadi lemau.

Yang paling kami kesalkan beberapa respon & kenyataan artis Malaysia seksi kenapa "sanggup" berpakaian seperti itu. Ini antara jawapan artis Malaysia seksi yang cukup popular :

  • "Selesa berpakaian begitu

  • "Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian"

  • "Keluarga lebih mengenali saya"

  • "Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya"

  • "Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen"

  • "Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja"

  • "Seksi itu subjektif"

  • "Saya masih tinggal dengan keluarga, jadi keluarga saya lebih mengenali saya"

  • "Saya pakai ikut kesesuaian majlis"

  • "Itu urusan antara saya dengan tuhan"

  • "Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya"

  • "Apa yang saya pakai, itu hak saya"

  • "Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!"




Kepada artis Malaysia yang berkenaan, anda sememangnya berbeza dengan orang biasa. Artis atau personaliti popular sentiasa menjadi perhatian & tumpuan, malahan ikutan kepada generasi muda sekarang ini. Jadi, sedikit sebanyak imej perlulah dijaga.

Artis Malaysia Seksi : Semua Kena Lebih Prihatin!!

Sebenarnya wartawan hiburan kena lebih prihatin dalam soal ini sebenarnya. Mereka kelompok yang boleh sedikit sebanyak mengawal gejala artis Malaysia "zaman batu" ini. Contohnya, kalau dah tahu ada sesi fotografi, anda boleh memberikan sedikit teguran supaya memakai pakaian yang elok mata memandangnya. Ini tidak, artis Malaysia memakai pakaian tak cukup kain, kalangan wartawan jugalah yang menangkapnya. Akhirnya "agen-agen penyampai" akan menyebarkan gambar-gambar ini untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Sebab apa, fulus……Sebab artis Malaysia seksi seperti inilah yang melariskan naskhah-naskhah keluaran mereka. Kalau begitulah pendekatannya, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai.

Tidak lupa juga kepada pereka fesyen yang perlu mengambil serius dalam mereka pakaian & memebrikan kepada kalangan artis Malaysia, umpama:

"Seperti arak juga, yang menyediakan pun salah, yang minum pun salah juga"

Yang sedihnya artis Malaysia yang berpakaian seksi itu orang Islam tetapi pakaiannya berjaya mengalahkan & menewaskan orang bukan Islam. Kadang-kadang dilihat sesetengah bukan Islam sendiri tahu sentiviti atau batas mereka apabila berada di khalayak ramai.



Jawapan kami mudah sahaja jika kita nak membanterasnya:

Undang-undang & penguatkuasaan kena lebih adil & tidak mengikut bulu
Artis Malaysia seksi melampau ini "digam" terus daripada keluar di TV untuk beri pengajaran kepada yang lain. SKMM, nak tunggu berapa tahun lagi untuk bertindak?

Sekarang ini berlambak gambar-gambar artis Malaysia seksi yang tidak tahu malu dijaja di media. Apa lagi yang boleh dilakukan & diharapkan kalau empunya diri pun tidak tahu malu dan tidak makan nasihat, jadi undang-undang yang lebih tegaslah adalah "cara mengubati gejala ini"

Sebab apa kami timbulkan isu ini? Sebab makin teruk gejala artis Malaysia seksi ini. Kami menegur bukanlah menyibuk ataupun cemburu dengan kepopularan artis Malaysia, jauh sama sekali :

"Tetapi azab Allah tidak mengenal siapa"

Akhirnya, apa yang kami nak katakan di sini, sebagai seorang muslimah, artis Malaysia tak patut berpakaian menjolok mata. Memang berpakaian adalah hak individu, tapi fesyen berpakaian yang menyentuh sensitiviti ummah tetap menjadi hak orang ramai untuk bersuara. Jika artis Malaysia ingin menjadi seorang publik figure maka hak artis Malaysia sudah direlakan untuk dikongsi ramai, maka jagalah hak tersebut agar tidak menimbulkan umpatan dan fitnah.

Cara bercakap, berpakaian dan bersosial juga menjadi sorotan mata dan penilaian ramai. Hal beginilah yang sepatutnya difahami dan disedari oleh kalangan artis-artis Malaysia yang mahu disanjung, dipuja dan dihormati ramai. Itulah sebabnya kami mengambil berat dan mengambil konsep ingat-memperingatkan antara satu sama lain.

P/S : Apa pendapat yang dapat anda kongsikan berdasarkan pemerhatian dengan trend artis Malaysia sekarang ini? -beritasemasa

'Cuma ikut tema'

SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.


KUALA LUMPUR: "Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat 'mengganggu' sesiapa," kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian 'seksi' pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

"Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

"Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?" katanya.

"Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya," katanya.

Rozita berkata, dia "tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

"Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

"Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet," katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan. -metro



Wardina Masih Trauma: "Jika Saya Dipengapakan, Saya Akan Bermatian Hingga Nafas Terakhir"

Posted: 14 Jan 2012 02:45 PM PST

Wardina: Keselamatan saya dirompak

Selimut saya terbuka! Dibuka! Ya ALLAH, seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam, "SHHHHHH" katanya. "Barang kemas mana?" "Barang kemas mana?" dia bertanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati dan menyorok muka dan tubuh saya.

Kemudian saya cuba jawab dengan yakin, "Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas." Yang ada pada saya hanya cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, "Ini saja yang ada, cincin nenek saya, nah ambil" balas saya.

"Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas" kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini sememangnya tiada apa yang dicarinya. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju di dalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi, namun itulah peringatan asal usul dan 'memori' jati diri ini.

Separuh daripada diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal de­ngan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya.

Adakala bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ia mengambil masa untuk dilupakan.

Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurinya rencah di dalam kuali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. ALLAH mahu membersihkan kami.

"Syukur Ya ALLAH" "Alhamdulillah" dan "Innalillah" bermain di bibir sejak pagi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup berbuat begini? Mencuri demi wang ringgit semata-mata.

Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, "Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang" dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran kepada mereka, "Jangan sentuh isteri saya", "Jangan kacau anak saya".

Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam di kamar birunya. Diikatnya tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata, "Sini, sini" cuba membuka selimut saya.

Di saat itu, saya berjanji pada diri, sekiranya orang ini cuba mengapa-apakan saya, saya akan bermati-matian hingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir dalam badan saya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya beri dan letakkan keselamatan diri mereka kepada ALLAH sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya ALLAH memelihara mereka.

"Imran!!!" jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya.

"Naughty man, Ummi" kata Imran pada saya. "Dia hit ayah Imran" katanya. "Imran tak de sword, Imran" katanya. ALLAH, sucinya anak ini. Belum mengerti apa-apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. 'Sword' Imran tak akan mungkin membantu. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk di kaki saya. Alhamdulillah, kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya, "barang kemas mana?" Ikhwan berkata, "Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung" MasyaALLAH, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat 'hak'nya. Saya amat berbesar hati ketika itu.

Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Peliharalah aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji ALLAH itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab, membalas pertanyaan perompak ini, "Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas" Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci di hadapan.

Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya benar! ALLAH SWT.

Yang masih trauma,
WARDINA -SH


Video Wawancara Harian Metro Dengan Wardina & Suaminya:







Pukulan Maut Untuk BN - Tol PLUS Hapus Jika Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 07:37 AM PST

Pakatan akan hapuskan tol jika tawan Putrajaya

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

"Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

"Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa'

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

"Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata "walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya."

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.

"Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat," kata tokoh veteran DAP tersebut.

Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Pakatan janji hapuskan kapitalisme kroni

ALOR SETAR, 14 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan ekonomi kapitalisme kroni yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat kroni dan membebankan rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai ganti, Pakatan Rakyat akan memperkenalkan dasar ekonomi yang berjiwa rakyat dan memartabatkan rakyat.

"Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan apabila kita mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

"Kita juga akan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Penjana Tenaga Elektrik Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah," katanya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini hari ini.

Menurutnya, masalah besar akibat ekonomi kapitalisme kroni telah dipupuk oleh kerajaan Barisan Nasional di mana subsidi gas berjumlah RM20 bilion setahun diberi kepada syarikat-syarikat IPP melalui perjanjian berat sebelah.

Begitu juga syarikat-syarikat konsesi tol lebuh raya dibenarkan untuk meningkatkan kadar tol secara berkala sepanjang tempoh konsesi yang panjang, walau pun kebanyakan daripada mereka sudah pun mengaut keuntungan yang jauh melebihi pelaburan asal,
tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, setakat 31 Disember 2010, pengendali tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan NSE tetapi sudah menerima RM24,266 juta dalam kutipan tol dan pampasan kerajaan.

"Dalam kata lain, pengendali tol NSE telah mencatatkan keuntungan lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat 31 Disember 2010 berbanding pelaburan asalnya. Adakah masih perlu pengendali tol NSE untuk meneruskan kutipan tol daripada rakyat, apatah lagi menaikkan kadar tol?

"Demi kepentingan rakyat, kutipan tol NSE harus dihentikan serta merta kerana pulangannya sudah pun 3 kali ganda melebihi pelaburan asal. Ceritanya sama untuk Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip RM1,859 juta berbanding pelaburan asal RM944 juta, iaitu keuntungan sebanyak RM924 juta,"
katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengalaman pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah contoh paling baik untuk membuktikan kepada kawan-kawan di negeri-negeri lain bahawa kemakmuran dan kesejahteraan boleh dicapai melalui pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus.

"Kita bersyukur Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tetapi yang lebih penting adalah membebaskan Malaysia daripada cengkaman BN yang kotor, berasuah, tamak dan rakus.

"Ini tidak bermakna PR pasti menang, tidak, jauh sekali tidak kerana BN masih mempunyai kelebihan tetapi kini PR lebih dekat dengan Putrajaya kalau berbanding tiga bulan yang lepas.

"Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pilihan raya akan ditunda lebih lama," katanya.

Beliau meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan gigih bekerja dengan beramanah dan berpasukan untuk menjayakan misi bersejarah bagi menggantikan BN.

"Marilah Ubah kepada PR demi bersihkan Malaysia dan selamatkan rakyat agar bantuan ditambah, tol Lebuhraya Utara-Selatan dihapuskan, harga minyak diturunkan dan kos sara hidup ditangani," tambah beliau. – Roketkini -roketkini



PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah

ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.

Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.

"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidak membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.

Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.

Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga. -tvsnews




Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk NFC, Bukan Lantik Muhyiddin & Noh

Posted: 14 Jan 2012 05:01 AM PST

Muhyiddin: Saya dan Noh akan pantau NFC

KANGAR - Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya, kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata, segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC.

Najib mengumumkan langkah membekukan aset di Perak hari ini.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di sini.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan.

SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. -SH

PKR Gesa Kerajaan Lantik Pentadbir Korporat Bagi NFC

SHAH ALAM 14 Jan: Seorang pentadbir korporat perlu dilantik bagi mengambil alih pengurusan projek sakit National Feedlot Corporation bagi membuktikan kerajaan pusat serius dalam menyelesaikan kemelut projek RM250 juta itu.

Pengarah strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata seorang pentadbir korporat boleh mengambil alih pengurusan NFC bagi melaporkan kepada Dewan Rakyat penyelewengan yang telah berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Sekiranya tindakan membekukan aset tidak disusuli dengan perlantikan pentadbir korporat, ia tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga seperti mana keputusan mengarahkan Datuk Seri Shahrizat Jalil mengambil cuti berbayar selama tiga minggu sahaja," Rafizi berkata di dalam sebuah kenyataan di sini.

Kerajaan pusat semalam mengumumkan bahawa aset NFC akan dibekukan sementara menunggu siasatan penuh dijalankan. Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, juga diberikan cuti tiga minggu sementara siasatan dijalankan.

Keluarga Shahrizat, yang mendapat kontrak bagi menjayakan NFC, didakwa menyeleweng duit RM250 juta yang diberikan untuk menguruskan projek tersebut.

Rafizi turut membidas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan kawalan projek NFC kepada Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Dakwa Rafizi, keseluruhan penyelewengan berlaku dibawah seliaan mereka sebelum ini.


"Kejadian dana yang besar yang dipindahkan ke syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil berlaku pada ketika kedua-dua orang menteri ini sepatutnya memastikan dana hanya dibelanjakan bagi tujuan aktiviti perniagaan NFC sahaja.

"Kecuaian mereka sebelum inilah yang menyebabkan dana rakyat diselewengkan untuk membeli kondominium mewah, tanah banglo, melancong ke luar negara dan lain-lain," Rafizi berkata. -tvsnews



Ulasan GB

Sunnguh menghairan, menteri-menteri yang terlibat secara terus dengan penyelewengan NFC dilantik untuk memantau perjalanan syarikat tersebut.

Justeru, ia lihat oleh rakyat sebagai usaha untuk menutup kepincangan dan penyelewengan NFC, bukan untuk mendedahkan dan memperbaikinya.

Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan NFC ini. Ia bersangkut-paut dengan penyalahgunaan wang rakyat. Yang bersalah mesti diambil tindakan.

Jika tidak, pastikan UMNO BN dihukum di dalam pilihanraya akan datang ini.

TGNA Mahu BERS✔H 3.0 Digerakkan

Posted: 14 Jan 2012 02:00 AM PST

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya. Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0."

Berhubung Konvensyen yang sedang berlangsung, Menteri Besar Kelantan itu berkata perpaduan yang terjalin dengan komponen PR membolehkan PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Umno pula tidak putus-putus mengkhianati perjuangan PAS dengan menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

"Sebab itu Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk di jemput menjadi rakan dalam PR.

Sehubungan itu menurut beliau sudah tiba masanya menerusi konvensyen ini untuk menggarap dan meningkatkan kerjasama untuk menjayakan agenda BERSIH 3.0 akan menjadi sebuah realiti.

"Ini adalah usaha dan kerjasama yang pasti akan memartabatkan lagi PR selepas 901 iaitu keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerjasama politik dalam PR memenuhi prinsip Tahaluf-Siasi yang merupakan kebajikan sejagat yang mendapat keredhaan Allah.

Justeru katanya, keadilan untuk pelbagai kaum yang diperjuangkan PR selepas 901 mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai Putrajaya. -tvsnews

Kerajaan perlu dedah daftar pengundi warga asing

ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diseru menolak politik kotor yang diamalkan di negara ini oleh para pemimpin Umno BN dengan menukar BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga sehubungan itu menyeru seluruh rakyat negara ini menolak segala ciri yang menyumbang kepada politik kotor termasuk menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti.

Menurutnya, selain itu, orang ramai juga perlu menolak pemimpin-pemimpin yang rasif dan pasif dan pemimpin yang mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.

Berucap pada Acara Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan BN ternyata gagal mencegah rasuah, malah indeks rasuah di negara ini terus meningkat dari kedudukan di tangga ke-10 ke tangga ke-6 tahun lalu.

"Aset negara yang telah dikeluarkan ke luar negara juga cukup tinggi sehingga USD291 bilion tahun lalu dan pengeluaran aset secara haram ini mestilah dihentikan," katanya.

Beliau turut mendesak pihak kerajaan dan menteri terbabit mendedahkan akaun petronas untuk pengetahuan seluruh rakyat.

Begitu juga dengan data-data berhubung pendaftaran warganegara asing sebagai pengundi di negara ini yang mesti didedahkan oleh menteri yang bertanggungjawab.

"Kerajaan BN juga mestilah melaksanakan lapan tuntutan Bersih terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU Ke-13," ujar beliau.

Kesemua tuntutan itu telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen baru-baru dan ia mestilah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum pilihanraya diadakan.

"Kalau tidak tak ada gunanya kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu," tegas beliau. -HD


Ulasan GB

BERS✔H 3.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum diberishkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 3.0 jika pihak J/K BERS✔H 2.0 sudah enggan untuk menjayakannya.

Jangan hanya bercakap, berindak sekarang. Panggil mesyuarat, tetapkan tarikhnya SEGERA.

Dan jangan berlengah sebelum kita terus ditipu SPR dan UMNO/BN.

Tiada ulasan: