Ahad, 15 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pengikut Hasan Ali Keluar Pas - Nak Bohong Pon Agak-Agak Laa..

Posted: 15 Jan 2012 01:02 AM PST

102 PENGIKUT HASAN ALI MASUK UMNO!!!
Bila masa baju kuning jadi baju PAS, bila masa pula PAS ada Ketua Zon


Ramainya, penyokong Hasan Ali. Ingatkan 1000 orang rupanya 102 orang je. Tapi sayang Hasan Ali tak nampak muka pun.

Siap habiskan duit buat baju baru PAS warna kuning banyak2 pakai sekejap kemudian buang. Pakai baju BN warna biru. Bila masa pula baju kuning dah jadi baju rasmi PAS. Pandainya berlakon, macam real2 la konon...


Yang paling kelakar, selama ini PAS mana ada jawatan Ketua Zon tapi tiba2 PAS dibawah Hasan Ali ada Ketua Zon. Kelakar...kelakar...nak menipu pun biaq la real sikit......-paspb2

Berpuluh, beratus, beribu 'ahli PAS masuk UMNO'... Setelah disiasat rupanya ahli-ahli UMNO yang isytihar masuk UMNO. Depa cuma perlu cari sorang ketua yang mungkin betul2 dianggap PAS (penyokong yang bermasalah atau longgar) berikan upah yang lumayan, bagi skrip suruh baca... muka boleh masuk tv dan akhbar.

Itulah taktik propaganda murahan yang digunakan sejak 50 tahun, dengan UMNO beranggan bahawa orang Melayu semuanya bodoh2 belaka dan boleh dibohong seduit dua macam tu saja. Tapi depa silap banyak, ni zaman maklumat cuma di hujung jari, sepantas kilat pembohongan iu akan didedahkan ke seantero dunia.

Cerita 'UMNO masuk UMNO' ini hanya popular setiap kali menjelang PRU. Dunia berubah, mentaliti manusia pun berubah tapi strategi lapok UMNO tak pernah berubah... siaaannnnn. Kedah La

MULA-MULA PAKAI BAJU KUNING ADA LAMBANG PAS... BAJU BARU BEB...


LEPAS TU BUANG BAJU KUNING PAKAI BAJU BIRU UMNO/BN


BUANG HABIS BAJU KUNING YANG DIPAKAI, BUAT BANYAK2 TAPI YANG PAKAI TAK NAMPAK RAMAI PUN....PAKAI DALAM HATI KOT....


HINA LAGI BUANG BERSEPAH BAJU KUNING LAMBANG PAS YANG MASIH BARU DIBUAT....LEPAS BUANG TU SAHIH ADA YANG AMBIL BALIK .... BARU BEB....


Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap

Posted: 15 Jan 2012 12:51 AM PST

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

- Bernama

Ada Siapa Peduli Hasan Ali Nak Rayu Ke Tidak??

Posted: 14 Jan 2012 09:46 PM PST


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada di kalangan penyokongnya meminta beliau untuk berbuat demikian.


Beliau berkata demikian pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Taman Bolton, Kuala Lumpur dan disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Hasan dipetik berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.


Pakatan bersedia untuk ke Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 09:34 PM PST

Pakatan Rakyat (PR) harus mengekalkan matlamat untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN) dan menawan pentadbiran persekutuan, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Manusia hanya mampu merancang. Kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian, tapi janganlah itu menghapuskan matlamat kita ... Tuhan menentukan," kata Ketua Pembangkang itu ketika Konvensyen ke-3 PKR di sini.

"Kita janganlah berasa terancam, terperangkap kerana duit. Kita harus konsisten dan memberikan komitmen penuh untuk menjulang keadilan untuk rakyat Malaysia."


Tegas Anwar, tiada ruang dalam PKR buat mereka yang terpedaya dengan pujukan janji dan wang, dan mendesak parti komponennya mengamalkan budaya bersih.

"Adalah lebih baik sekiranya kita membersihkan Pakatan Rakyat daripada mereka yang gila kuasa dan duit, bukannya bertentangan ideologi," tambahnya mengulas berkenaan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS.

"Saya ucapkan tahniah kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS kerana mengambil tindakan tegas dan membuktikan parti akan tetap mempertahankan ideologi dan prinsip, dan sanggup berdepan dengan masalah dalaman parti memperjuangkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat."


Saifuddin Nasution bergelar 'Datuk'

Posted: 14 Jan 2012 09:19 PM PST

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah.

Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.

Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sementara itu, mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena adalah Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V yang merupakan penerima tunggal Darjah Kerabat Kedah (DK).


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga orang penerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) (gelaran Datuk Paduka) ialah pengasas Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Pengarah Urusan United U-Li Corporation Berhad, Datuk James Lee Yoon Wah; Pengarah Jabatan Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pesuruhjaya Datuk Salleh Mat Rashid; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Prof Datuk Dr Khairul Annas Jusoh akan menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) (gelaran Datuk Wira).

Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak pula merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk akan dianugerahkan kepada 44 orang manakala 18 lagi menerima Jaksa Pendamai (J.P).

Selain ahli Parlimen Machang, Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail yang dianugerah DSDK; dua anggota Exco kerajaan Kedah, Ustazah Aishah Ghazali dan S Manikumar; ahli Dewan Negara, Senator Boon Som a/l Inong; ahli perniagaan, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah; dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim juga mendapat pingat yang sama.

Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail serta tiga Exco kerajaan negeri, Datuk Taulan Mat Rasul, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Tan Chow Kang antara penerima JP


Ucapan Bakal Perdana Menteri Malaysia Malam Tadi

Posted: 14 Jan 2012 04:29 PM PST


Surau Salahiah Yang Buatkan Umno Kedah Gila Meroyan..

Posted: 14 Jan 2012 04:16 PM PST










Siaran Langsung Ceramah Pakatan Rakyat Dari Alor Setar Kedah

Posted: 14 Jan 2012 04:58 AM PST







Saat genting Tok Guru Nik Aziz di hospital

Posted: 14 Jan 2012 02:48 AM PST

Kehadiran menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini menarik perhatian ramai memandangkan tahap kesihatan mursyidul am PAS itu dikatakan tidak memuaskan sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang kelihatan agak cergas, bingkas bangun apabila para pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas ketika diminta untuk berdiri bagi upacara membaca ikrar.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan semula saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini.


Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata
Wan Abdul Rahim.

"Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula.

"Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat.

"Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali.

Nik Abdul Aziz selepas itu meluangkan masa untuk berucap dengan agak lama dan membuka cerita dengan mengimbau kembali pengalamannya ketika PAS "ditendang" Umno daripada kerjasama dalam BN.

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini.

Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!'

"Kalu kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi.

Beliau turut menceritakan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang membolehkan masyarakat pelbagai agama di negeri itu hidup dengan harmoni.

Antara peristiwa yang dibangkitkannya ialah satu laporan dalam satu penerbitan kerajaan negeri itu mengenai tindakan seorang balu yang menerima bantuan daripada kerajaan Kelantan.

Balu berkenaan telah menghadiahkan semula bayaran sebanyak RM2,000 tersebut kepada satu masjid di Kelantan, kata Nik Abdul Aziz.

Seorang lagi warga bukan Islam di negeri itu turut menghadiahkan sebanyak RM20,000 kepada satu lagi masjid, selepas menderma.

Individu berkenaan juga sebelum ini telah menghadiahkan sebanyak RM10,000 kepada masjid berkenaan, kata Nik Abdul Aziz lagi.

Turut berucap dalam sesi penggulungan pimpinan petang ini ialah pemimpin tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tiada ulasan: