Sabtu, 14 Januari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Aset NFC Dibekukan. [UPDATED]

Posted: 14 Jan 2012 12:38 AM PST

PM: Aset NFC dibeku hingga siasatan selesai

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kesemua aset Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dibekukan sehingga siasatan pihak berkuasa berhubung kontroversi yang menyelubungi projek lembu daging itu selesai.

Sehubungan itu, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu NFC dan keputusan Ketua Wanita Umno itu bercuti adalah "keputusan terbaik."

"Ya, saya sudah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan (pergi) bercuti adalah keputusan terbaik untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan yang rapi," katanya lagi.

Projek itu yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan diuruskan oleh keluarga Shahrizat dengan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan pengerusi eksekutifnya.

Semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, pihaknya konsisten mahu kepimpinan Najib membekukan segala operasi dan aset NFC.

Sehubungan itu tegas Rafizi, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu mengambil tindakan itu dan ia menjadi keutamaan demi kepentingan rakyat berbanding keputusan Shahrizat mengambil cuti tiga minggu.

"Bagi saya, sebagaimana kami telah katakan dari dahulu lagi, kami konsisten dengan pendirian bahawa kerajaan harus membekukan aset NFC sementera siasatan dijalankan, harus menghentikan operasi NFC dan menghentikan sebarang bentuk bayaran dan menghalang

NFC daripada membuat sebarang keputusan-keputusan penting.

"Soal Datuk Seri Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan siastaan dijalankan, ia adalah perkara kedua, bukan keputusan signfikan," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Kata beliau, kerajaan pusat perlu mengambil tindakan membekukan dana yang disalurkan sebab ia membabitkan wang rakyat dan kepentingan nasional.

Kelmarin, Shahrizat mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai hari ini daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ketua Wanita Umno itu berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya Shahrizat berkata: "Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya

Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif."

NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.

Ekoran laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana RM250 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.

Beberapa pemimpin PKR turut meminta Shahrizat memikul tanggungjawab selaku anggota Kabinet dan melepaskan jawatannya. -sinarharian

Najib Anggap Keputusan Shahrizat Ambil Cuti Tepat

PARIT BUNTAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Beliau berkata ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di sini Sabtu.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Najib berkata kesemua aset NFC telah dibekukan pada masa ini.

Perdana Menteri berkata beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. - BERNAMA



Semua aset NFC telah dibekukan, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. -BERNAMA




[Bergambar] Konvensyen PR: Undi Pakatan Rakyat Sebelum Malaysia Dibankrapkan BN

Posted: 13 Jan 2012 10:20 PM PST

Undi Pakatan Rakyat sebelum Malaysia bankrap

ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tindakan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 amat penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.

Menurutnya, sekiranya undi diberikan kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, ia sudah tidak bermakna lagi kerana tindakan tersebut ternyata telah terlewat

"Jadi untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini. Jangan beri undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap.

"Kalau diberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, kami pun tak nak sebab kami tak mahu dikatakan kerajaan bankrap," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Katanya, setiap rakyat negara ini perlu sedar, menurutnya, kenyataan mengenai Malaysia akan bankrap bukan rekaan tetapi ia diramalkan oleh tokoh ekonomi sendiri, Datuk Idris Jala dan kejadian itu diramalkan berlaku pada tahun 2019 nanti jika langkah-langkah mengatasinya tidak dilakukan.

Ramalan tersebut dibuat berdasarkan realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pemerintahan BN yang penuh rasuah, penyelewengan, pembaziran wang rakyat sehingga hutang negara semakin meningkat melebihi RM450 bilion sekarang.

Mohamad Sabu menambah, ramalan Datuk Idris itu jelas menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak boleh lagi memberikan kepercayaan kepada para pemimpin Umno BN untuk memerintah negara ini kerana mereka ternyata gagal menyelamatkan negara dari bankrap.

"Sebaliknya jika BN menang dalam pilihan raya nanti, Malaysia akan bankrap. Kata-kata ini mesti diratib selalu kepada orang ramai bagi menyedarkan rakyat mengenai perkara itu untuk menyelamatkan Malaysia dari kemusnahan jika terus menyokong Umno BN," ujarnya.

Konvensyen tersebut dihadiri kesemua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -HD













sumber: pelbagai


Ratu Belanda Hentam Pemimpin Anti-Islam

Posted: 13 Jan 2012 08:31 PM PST

Amsterdam: Ratu Belanda, Beatrix, menghentam pemimpin parti anti-Muslim negaranya, Geert Wilders, dengan menyifatkan kata-katanya sebagai 'mengarut' mengenai tindakan ketua diraja itu memakai tudung kepala ketika melakukan lawatan di sebuah masjid di sebuah negara Teluk.

Kenyataan beliau dianggap luar biasa kepada wartawan Belanda yang mengiringinya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, baru-baru ini.

Beatrix memberitahu wartawan, beliau memakai tudung kepala berkenaan ketika di UAE dan sekali lagi sewaktu mengunjungi Masjid Besar Sultan Qaboos, sebagai menghormati agama Islam.

Ratu Belanda berkenaan menjawab pertanyaan wartawan berhubung soalan yang dikemukakan di Parlimen yang dikemukakan oleh Wilders, pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menuduh keputusan ketua diraja itu menutup kepala ketika mengunjungi masjid di Abu Dhabi, Ahad lalu, sebagai mengesahkan penindasan wanita.

Wartawan yang mengiringi ratu Belanda itu di Muscat pada Khamis lalu melaporkan Beatrix menarik nafas panjang sambil berkata beliau tidak terkejut dengan apa yang disuarakan oleh Wilders.

Puteri Maxima juga menolak tuduhan Wilders dengan menyatakan bahawa dua pertiga pelajar di Abu Dhabi adalah wanita, lapor media Belanda.

Media Eropah menyifatkan kata-kata yang diluahkan secara terus terang oleh Beatrix itu sebagai luar biasa kerana ia jarang disuarakan terhadap parti politik Belanda sendiri.

Wilders berpendirian menentang pemakaian tudung termasuk burqa bagi wanita. Malah, kerajaan Belanda sendiri sudah mengumumkan rancangan mengharamkan burqa.

Di Belanda, orang Islam meliputi satu juta daripada 16.7 juta penduduk negara berkenaan, kebanyakannya imigran dari Turki dan Maghribi.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pula mempertahankan tindakan Beatrix.

"Apabila beliau mengunjungi rumah ibadat, sudah semetinya beliau menghormati adab berpakaian," kata Rutte dalam jawapan bertulis kepada soalan Wilders di Parlimen. – Agensi

Khalid, Timbalan KPN Disaman RM100 Juta

Posted: 13 Jan 2012 06:44 PM PST

Ibu Kugan saman Timbalan KPN RM100 juta

KUALA LUMPUR 13 Jan: Ibu kepada mangsa tahanan yang mati dalam lokap polis, A Kugan memfailkan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Selain Khalid, saman itu turut difailkan kepada empat yang lain kerana gagal memastikan keselamatan anaknya semasa dalam tahanan, tiga tahun lepas.

Pentadbir estet N Indra turut menamakan Konstabel Polis V Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Indra memfailkan saman itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di ibunegara pada pukul 9 pagi, lapor Malaysiakini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati (Kugan) semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009 serta gagal untuk melaksanakan pengawasan dan pengawalan ke atas anggota polis.

Wanita berusia 44 tahun itu turut mendakwa defendan gagal menyediakan satu sistem yang selamat untuk menyoal dan mengendali suspek dalam polis tahanan serta gagal memastikan jagaan perubatan untuk anaknya.

Indra mendakwa para defendan juga cuba menyembunyikan sebab kematian sebenar anaknya dan/atau mengeluarkan kenyataan yang dikira membebaskan polis daripada tanggungjawab dengan pengetahuan sepenuhnya bahawa kematian itu adalah tidak disebabkan oleh mereka.

Wanita itu menuntut gantirugi RM100 juta, serta gantirugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Pada 28 Jan tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009.

Masalah Air Di Parlimen Pekan Sendiri Tak Selesai, Mahu Selesaikan Masalah Di Selangor

Posted: 13 Jan 2012 04:43 PM PST

Najib: Masalah penduduk selesai jika BN berkuasa

Shah Alam, 13 Jan — Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini.

"Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini," katanya yang sudah melakukan tiga lawatan dalam sebulan ke Selangor dalam usaha yang dilihat sebagai usaha menawan kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum itu, Najib mengadakan lawatan "walkabout" ke Kompleks PKNS Shah Alam bagi mendengar keluhan peniaga-peniaga yang menghadapi masalah tekanan kenaikan kadar sewa sebanyak seratus peratus oleh kerajaan negeri.

Lawatan Najib ke Selangor hari ini turut menyaksikan mesyuarat tertutup beliau dengan ketua Pusat Daerah Mengundi Selangor di Intekma Resort.

Dalam lawatan ke PKNS, Najib turut berjanji akan menyelesaikan masalah peniaga-peniaga di berkenaan bahawa tidak akan berlaku sebarang kenaikan kadar sewa di kompleks berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) menguasai kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang.

Malah, Najib turut berjanji akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan supaya mewartakan kompleks berkenaan sebagai Kompleks Warisan demi menarik kemasukan pelancong ke Shah Alam.

"Ada cadangan daripada peniaga supaya kerajaan pusat mengambil alih kompleks ini daripada kerajaan negeri, namun begitu, agak sukar untuk kerajaan pusat membantu peniaga-peniaga di kompleks PKNS ini sekiranya kerajaan negeri masih lagi di bawah Pakatan Rakyat, mereka akan tetapkan pelbagai syarat yang ketat kepada kerajaan.

"Adalah lebih mudah sekiranya kita kuasai kerajaan negeri dan kita akan ambil alih komples PKNS ini untuk dibangunkan," katanya dan disambut jeritan sokongan daripada peniaga-peniaga di kompleks berkenaan.

"Sekarang kita mengalami zaman gelap, kita makan ubi kayu, tapi selepas semboyan dibunyikan, saya berjanji kita akan makan nasi minyak," katanya lagi dan mengharapkan peniaga-peniaga di kompleks PKNS berkenaan bersabar dan membuat keputusan bijak dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Penduduk di kawasan Rimba Jaya turut dijanjikan peruntukan untuk membina surau dan kuil untuk aktiviti keagamaan masyarakat di sini.

Selain itu, Najib turut mempertimbangkan kaedah dan cara untuk mengatasi masalah pinjaman untuk penduduk setinggan di kawasan tersebut yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan untuk berpindah ke kawasan pangsapuri berkenaan.

"Saya bukan berjanji, tetapi saya minta penduduk beri saya masa untuk memikirkan penyelesaian terbaik untuk membantu mereka yang tidak mampu membuat pinjaman perumahan," katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Demikian hebat janji Najib. Katanya:

"Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini".

Sedangkan masalah air di parlimennya sendiri di pekan Pahang tidak selesai, tiba-tiba beliau membuat kenyataan "semua" masalah seluruh Selangor akan selesai jika BN memerintah.

Menjadikan dirinya seolah-olah seperti Santa Claus yang menabur gula-gula kepada penduduk Selangor.

Kita minta beliau balik ke Pekan selesaikan dahulu masalah air yang kian meruncing di parlimennya.

Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air.

"Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan.

"Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Video] Mahasiswa UPSI Digantung & Dibuang Kolej Kerana Video "Kau Nie"

Posted: 13 Jan 2012 03:20 PM PST

Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.

Menurut pimpinan Mahasiswa Pendidik UPSI, mereka berdua adalah antara pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.

Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.

Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.

Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.

Mengulas perkembangan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, universiti bukan tempat menghukum mahasiswa tetapi sebagai training ground bagi mahasiswa sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar.

"Apa salahnya mahasiswa ingin berkongsi ilmu dan idea dalam bentuk video, itu adalah satu perkembangan ilmu yang terbaik dalam era globalisasi hari ini.

"Saya bimbang jika pada satu hari nanti, mahasiswa yang menulis 'status' di Facebook juga akan menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau juga turut mengecam beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini khususnya himpunan 1 Januari yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Katanya, kehadiran polis pada malam tersebut sangat tidak rasional kerana ia hanyalah himpunan bukan pemberontakan.

Justeru, ujarnya UPSI mesti lebih matang dan bersifat terbuka lebih-lebih lagi memegang status sebagai kampus pendidikan di Malaysia.

Hafizuddin turut menyeru kepada Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar supaya lebih bersikap profesional dan rasional dalam membuat sebarang respons terhadap gerakan mahasiswa.

Beliau turut mengecam tindakan menggantung Adam Adli selama 3 semester kerana sangat melampau, hanya kerana bendera.

"Saya berharap Datuk Junaidi dan Datuk Khaled Nordin selaku Menteri KPT tidak menjaga periuk nasi mereka semata-mata, bahkan mereka mesti menghormati pendirian dan pergerakan mahasiswa selaku anak muda intelektual," ujarnya. -HD

Indahnya Madrasah Salihiah Yang Bakal Dibina - Tertutup Rapat Tohmahan UMNO

Posted: 13 Jan 2012 07:23 AM PST

Pelan dan reka bentuk surau baru di kompleks beli belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah dipersetujui Kerajaan Negeri Jumaat lalu, selepas beberapa pindaan dibuat.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, surau satu setengah tingkat dengan seni bina bercirikan Islamik moden ini menggunakan cermin separa lut sinar yang dibina atas keluasan 4,800 kaki persegi.

"Saya harap dengan adanya ilustrasi reka bentuk surau ini akan melenyapkan segala tohmahan terhadap Kerajaan Negeri kononnya masih belum mempunyai perancangan mengenai surau baru yang bakal dibina.

"Kedudukan surau ini seolah-olah berasingan walaupun ia adalah sebahagian daripada kompleks beli belah itu. Selain menampakkan ciri-ciri Islamik di bahagian hadapan dan tepi, surau ini dibina dengan kelebihannya iaitu boleh diakses dari luar tanpa perlu masuk ke dalam bangunan kompleks," katanya.

Amiruddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkata, sebuah kubah dan menara turut dibina pada sisi hadapan surau yang bercirikan Timur Tengah di bahagian luar.

Menurutnya, amat jelas imej surau itu adalah tempat beribadat umat Islam, dengan kapasiti yang mampu memuatkan 400 jemaah pada satu masa.

"Ia lebih menyerupai sebuah masjid berbanding peranannya sebagai surau. Surau ini termasuk tempat wuduk dibahagikan kepada dua bahagian berasingan untuk lelaki dan wanita, menjadikannya sebuah surau yang selesa untuk beribadah.

"Kesemua jemaah solat di tingkat bawah, manakala bahagian atas berkeluasan 1,600 kaki persegi menempatkan ruang bermesyuarat, aktiviti, stor termasuk pejabat pengurusan surau," katanya.

Mengenai kerja merobohkan bangunan Plaza Tunku Yaacob terbengkalai lebih 30 tahun lalu, Amiruddin berkata, ia kini berjalan lancar dan dijangka selesai sebelum Tahun Baru Cina.

"Kesemua bangunan lama terbengkalai akan dirobohkan dahulu dan dijangka selesai sebelum perayaan, manakala bangunan perabot bersebelahan menyusul selepas itu. Bangunan Madrasah Salihiah paling akhir dirobohkan," katanya.

Menurutnya, difahamkan pemaju akan memulakan kerja menanam cerucuk terlebih dahulu sebelum melakukan kerja merobohkan bangunan terakhir, yang dijangka dijalankan sekitar Mac. -SH

[Video] Askar AS Kencing Ke Atas Mayat Orang Islam Afghanistan

Posted: 13 Jan 2012 04:33 AM PST

Washington - Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila video menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu mula tersebar di Internet.

Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban.

Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata "semoga bergembira, kawan" kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka.

Pendedahan itu memaksa jurucakap tentera laut AS, kelmarin, mengumumkan siasatan akan dijalankan mengenai kesahihan video itu.

Perbuatan askar AS itu dikecam kumpulan hak asasi Islam di AS.

"Askar yang bersalah mesti dihukum dengan hukuman paling berat angkatan tentera dan mengikut undang-undang," menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.

Sebelum ini, askar AS pernah melakukan perbuatan serupa apabila gambar diterbitkan majalah Rolling Stone, Mac tahun lalu, menunjukkan anggota tentera mengambil gambar dengan seorang budak lelaki Afghanistan yang dibunuh mereka. -SH



Tiada ulasan: