Sabtu, 14 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Nik Aziz: `Saya kata cis kepada Umno’

Posted: 14 Jan 2012 01:28 AM PST

Umno bertindak mengikut nafsu ketika merampas kuasa dari Pakatan Rakyat di negeri Perak dua tahun lalu, kata Mursyidul Am PAS.

Datuk NIk Aziz Nik Mat berkata, rampasan kuasa tersebut tidak mengikut amalan demokrasi serta cara Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di konvensyen ketiga Pakatan Rakyat di Alor Setar sebentar tadi.


Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada bulan Februari 2009 setelah tiga Adunrya melompat menyokong BN.

Dalam ucapannya, Nik Aziz juga menuduh Umno telah menceroboh ekonomi, akidah dan politik negara.

`Saya kata cis'

Oleh kerana itu, tegas menteri besar Kelantan itu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

"Saya didatangi pemimpin Umno pelbagai darjat. Dia (Umno) minta PAS masuk Umno.

"Tok guru, Ustaz Ziz, masuk Umno untuk perpaduan rakyat (Malaysia). Saya kata cis, maka kami bersama Pakatan Rakyat.." kata beliau diiringi tepukan peserta konvensyen.

Nik Aziz berkata, dalam hadis politik, kena sengat sekali saja, jangan kena sekali lagi.

Kali pertama kena sengat perkara biasa, tetapi kalau dua kali itu bodoh, tegas beliau.


Pakatan akan hapuskan tol jika tawan Putrajaya

Posted: 14 Jan 2012 01:26 AM PST

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

"Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

"Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa'

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

"Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata "walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya."

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.

"Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat," kata tokoh veteran DAP tersebut.

Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.


Anwar cabar Najib debat.

Posted: 14 Jan 2012 01:21 AM PST

ALOR SETAR, 14 Jan :- Terima kasih kepada semua, demikian antara ucapan awal Pemimpin Utama Pakatan Rakyat, DS Anwar Ibrahim semasa memberi ucapan penggulungan terakhir dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 3 yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halik sejak pagi tadi di sini.

Kita hendaklah belajar dari pengalaman, katanya

Pakatan rakyat membawa misi untuk membetul dan merungkai sistem yang bobrok, dan Pakatan Rakyat mesti pertahankan idealisme.

Merujuk kepada ucapan PM Najib yang mengatakan Demokrasi di Malaysia adalah yang terbaik didunia dengan syarat pertama mesti memastikan pilihanraya di Malaysia mestilah bersih, katanya.


Kedua katanya ialah media mestilah diberikan kebebasan.

Beliau juga menegaskan juga bahawa malaysia menuntut sistem kehakiman yang adil.

Anwar juga mencabar diadakan debat terbuka dengan Najib.

Merujuk kepada pengumuman dari Najib yang hari ini membekukan harta suami Shahrizat dengan katanya ini adalah kerana suara rakyat dan suara keramat anak muda dan pimpinan Pakatan Rakyat.

"Ianya tidak boleh diharapkan lagi oleh pimpinan UMNO, MCA dan MIC" katanya.

Kehancuran politik di Malaysia adalah kerana tidak ada integriti dan ini yang tidak ada pada UMNO.Kata Anwar.

DS Anwar juga menegas mana ada di dunia seorang Menteri Besar di dunia dan saya menceritakan kepada cucu Matma Ghandi yang tidak ada syarikat, balak dan saham.

Kita juga ada bukti bahawa tol boleh dihapuskan seperti yang dilakukan oleh Tuan Guru Hj Hadi semasa jadi MB Terengganu. Katanya

Fokus kita sekarang ialah pilihanraya, satu suara, satu agenda untuk menuju Putrajaya.Tegasnya dengan nada keras.

"BN umpama singa tua yang tidak boleh mengigit,walau kita nampak dia lincah" tegasnya.


PKR tuntut audit penuh akaun NFC

Posted: 14 Jan 2012 01:20 AM PST

ALOR SETAR, 14 Jan — PKR mengalu-alukan tindakan Putrajaya membekukan aset milik Pusat Fidlot Nasional (NFC) namun menegaskan pentadbiran kerajaan seharusnya menjalankan audit penuh terhadap syarikat berkenaan.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata ini kerana membekukan aset sahaja tidak memungkinkan rakyat mengetahui dengan lebih mendalam penyalahgunaan dana projek ternakan lembu tersebut.

"Kami tetap menuntut kerajaan menjalankan audit penuh terhadap akaun NFC," katanya kepada The Malaysian Insider ketika Konvensyen Pakatan Rakyat di sini.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan aset NFC akan dibekukan buat sementra waktu, menurut Bernama Online.

Najib yang dalam lawatan ke Perak turut berkata, dengan keputusan tersebut, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.


Semua aset NFC telah dibekukan, kata PM

Posted: 14 Jan 2012 01:03 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.


Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.


Gelagat Najib Tidak Ubah Hero Filem Tamil

Posted: 14 Jan 2012 12:41 AM PST

Gelagat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ketika melawat Shah Alam semalam mengingatkan saya kepada hero filem Tamil tahun 60an yang masuk ke sebuah kampung untuk menyelamatkan gadis dalam kesusahan.

Gadis di sini merujuk kepada segelintir penyewa-penyewa di Kompleks PKNS yang keresahan susulan keputusan PKNS untuk menaikkan kadar sewa.

Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?


Adakah Najib tahu bahawa mereka yang menentang kenaikan kadar sewa ini adalah golongan rentir bukannya penyewa lot-lot kedai di kompleks itu? Ini jelas menunjukkan golongan rentir inilah yang dalam kesusahan. Sedarkah Najib bahawa di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?

Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak. Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di Kompleks PKNS tetapi saya berkata Najib tidak ada hak untuk menangis. Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM 2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin UMNO yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka. Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Najib seharusnya melihat tangisan kegembiraan pakcik dan makcik UMNO menerima baucer RM100 untuk menyertai program Jom Shopping dan melihat seorang pakcik Cina menerima geran tanah bagi pihak isterinya yang meninggal dunia yang telah memohon geran tanah sejak 10 tahun lalu.

Apa apapun kita tiada halangan jika Najib mahu terus menangis...

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat Dari Alor Setar Kedah

Posted: 13 Jan 2012 05:43 PM PST







Tazkirah Pagi Ini..

Posted: 13 Jan 2012 04:33 PM PST


Kerana Video Ini.. Dua Mahasiswa Dibuang Dari Kolej UPSI

Posted: 13 Jan 2012 05:12 AM PST



KUALA LUMPUR, 13 Jan: Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.

Menurut pimpinan Mahasiswa Pendidik UPSI, mereka berdua adalah antara pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.

Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.


Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.

Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.

Mengulas perkembangan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, universiti bukan tempat menghukum mahasiswa tetapi sebagai training ground bagi mahasiswa sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar.

"Apa salahnya mahasiswa ingin berkongsi ilmu dan idea dalam bentuk video, itu adalah satu perkembangan ilmu yang terbaik dalam era globalisasi hari ini.

"Saya bimbang jika pada satu hari nanti, mahasiswa yang menulis 'status' di Facebook juga akan menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau juga turut mengecam beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini khususnya himpunan 1 Januari yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Katanya, kehadiran polis pada malam tersebut sangat tidak rasional kerana ia hanyalah himpunan bukan pemberontakan.

Justeru, ujarnya UPSI mesti lebih matang dan bersifat terbuka lebih-lebih lagi memegang status sebagai kampus pendidikan di Malaysia.

Hafizuddin turut menyeru kepada Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar supaya lebih bersikap profesional dan rasional dalam membuat sebarang respons terhadap gerakan mahasiswa.

Beliau turut mengecam tindakan menggantung Adam Adli selama 3 semester kerana sangat melampau, hanya kerana bendera.

"Saya berharap Datuk Junaidi dan Datuk Khaled Nordin selaku Menteri KPT tidak menjaga periuk nasi mereka semata-mata, bahkan mereka mesti menghormati pendirian dan pergerakan mahasiswa selaku anak muda intelektual," ujarnya.


Tragikomedi RPK

Posted: 13 Jan 2012 04:10 AM PST

Blogger yang hidup dalam buangan, Raja Petra Kamaruddin patut berhenti berfikir bahawa dia masih tidak boleh kembali ke Malaysia. Apa alasan BN memenjarakan dia sedangkan sudah jelas bahawa mereka adalah sekutu. Dia telah membuktikan siapa dirinya yang sebenar dengan menyerang Pakatan sebelum pilihanraya di Sarawak. Sekarang, dia sudah buat hal lagi, dengan menyerang Pakatan sebelum Pilihanraya Umum.

Minggu lalu, Raja Petra megumumkan bahawa dia 90% pasti bahawa Anwar Ibrahimlah yang lelaki didalam video yang didedahkan oleh trio UMNO Datuk T. Raja Petra tidak menerangkan kenapa dia mengambil masa yang lama untuk membuat kesimpulan yang memeranjatkan itu. Namun, yang pasti ianya adalah kerana Pilihanraya Umum yang semakin hampir. Tidak juga dijelaskan apakah kaedah saintifik yang digunakan olehnya untuk membuat kesimpulan siapa lelaki didalam video itu, dan kita sudah maklum sememangnya tiada!


Boneka wayang kulit

Raja Petra sekarang tidak ubah seperti boneka wayang kulit, didalangi oleh puak Umno dimana tindak tanduknya mengikut sahaja skrip mereka. Mulutnya juga sudah mula melaungkan propaganda-propaganda BN, NST dan utusan.

Mari kita lihat kebenarannya, sememangnya RPK bukanlah seorang wartawan yang beretika. Dia lebih suka menghiasi ruang berita daripada melaporkannya. Sumber-sumber berita darinya merupakan karekter-karekter fiksyen dengan harapan ianya akan menambah rencah kepada berita itu. Ini termasuk pada era sebelum 2008 dimana dia nampak lebih menyebelahi Pakatan.

Kebanyakkan pemimpin dan penyokong pakatan tidak berupaya untuk mendiamkan diri bila RPK membuat kenyataan palsu yang memfitnah beberapa orang personaliti BN. Sekarang dia melakukan perkara yang sama kepada personaliti Pakatan.

Namun, RPK sudah melakukan kesilapan yang besar dengan memikirkan bahawa dia seorang yang boleh mensensasikan sesuatu sahaja dan sekarang dirinya pula sedang dicemuh. Blog dan forum yang menjadikan dia terkenal sekarang memaparkan penipuannya. Para pemberi komen juga kejam. Dia menyangka dirinya sebagai ketua tapi sebenarnya hanyalah pemberi maklumat sahaja. Blognya hanya menjadi tempat dimana orang boleh meluahkan kemarahan mereka dengan membenarkan ia menjadi tidak ubah seperti kedai kopi yang dicetak lengkap dengan ruangan teori konspirasi. Namun, dalam usaha untuk menukar sokongan pembacanya dari Pakatan ke BN, RPK sudah sama sekali gagal.

Selain daripada menganalisa video yang dibicarakan di atas tadi tanpa bantuan elektronik mahupun kaedah saintifik, RPK juga menuduh beberapa orang peguam menerima laba dari MBPJ, Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Ia secara faktanya tidak benar. Tidak seorang pun diantara peguam yang dinamakan,iaitu Derek Fernandez, Latheefa Koya, N.Surendran dan R.Sivarasah telah menerima apa-apa habuan dari MBPJ.

Paling menghairankan, mereka semua merupakan peguam-peguam yang memperjuangkan Alam Sekitar, Hak Asasi Manusia dan Haiwan serta sering melakukan tugasan pro-bono. Tidak jelas mengapa RPK telah menjadi terlalu bodoh untuk berani mati memfitnah kumpulan peguam yang tidak korupsi dan terbilang ini. Sivarasah juga dituduh mempunyai pejabat yang tidak mesra pelanggan. Pengunjung yang ingin tahu tentang pejabatnya akan mendapati ia tidak sedikitpun sombang dengan keadaan yang seba kekurangan sahaja. 'Sumber' maklumat RPK ini tidak syak lagi datang dari salah seorang dari kawan-kawan fiksyennya.

Mengapa perubahan yang mendadak

Jadi mengapa RPK berubah dengan mendadak terhadap Pakatan? Kita boleh membuat spekulasi bahawa ia adalah gabungan dari rundingan dalam Pakatan Rakyat dan dari BN. Rundingan dari BN biasanya adalah dalam bentuk wang, Ini kerana BN sudah menjadi parti politik yang hanya mampu menawarkan wang sahaja.

Disamping kebodohan RPK, dia telah mempunyai idea untuk membentuk sebuah parti alternatif, MCLM. Ia telah gagal sebelum ia bermula kerana ia akan hanya berperanan mengurangkan undi Pakatan berbanding BN. MCLM pula dijangka akan menarik beberapa undi.

Haris Ibrahim, yang tersilap langkah dalam menyertai MCLM, cuba untuk menjadi seorang yang mampu menarik calon-calon Pakatan tetapi diperlekehkan oleh parti-parti komponen Pakatan. Berikutan komen RPK terbaru, Haris telah meletak jawatan dari MCLM dan beberapa orang yang lain telah mengikut jejak langkahnya. Haris sebenarnya seorang yang jujur dan mungkin,merasa terbeban oleh niat RPK yang jahat itu.

RPK akan kembali dalam persada berita di Malaysia tidak lama lagi, mungkin dalam masa seminggu dua ini. Tapi yang pastinya sebelum pilihanraya umum nanti. Trio Ezam, Nalla dan Ummi juga memerlukan seorang lagi untuk menyertai geng itu.

Malaysia Chronicle


Konvensyen terpenting untuk jelas agenda Pakatan

Posted: 13 Jan 2012 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Jan: Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Alor Setar esok, bakal menjadi pecutan terakhir dalam kerangka dan persiapan gerakkerja bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, ia merupakan konvensyen terpenting bagi KEADILAN, Pas dan Dap menjelaskan agenda yang dipersetujui bersama, meliputi isu-isu utama melibatkan kepentingan rakyat.

"Sudah tentunya konvensyen ini juga merupakan platform terbaik kepada rakyat untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat kepada mereka," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.


Azmin turut meminta perwakilan dan anggota Pakatan Rakyat yang hadir agar memanfaatkan konvensyen itu dengan memahami amanat yang disampaikan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Konvensyen ini harus dimanfaatkan sesungguhnya oleh setiap perwakilan yang diberi peluang berucap manakala anggota Pakatan Rakyat yang hadir harus memahami dengan baik dan jelas mengenai apa yang disampaikan.

"Ini penting bagi memastikan apa yang disampaikan kepada mereka senada dan sama sebelum ianya turut disampaikan kepada rakyat di peringkat cabang atau kawasan masing-masing," tegasnya yang akan berucap seawal jam 9 pagi esok.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan kali ketiga selepas kali pertama berlangsung di Shah Alam pada 2009 dan kali kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 2010.

Kira-kira 600 perwakilan dari KEADILAN, Pas dan DAP – dan kira-kira 200 pemerhati dijangka menghadiri konvensyen sehari itu bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tirai Konvensyen tersebut akan dibuka bermula syarahan dan ceramah di 15 kawasan parlimen di Kedah malam ini.

Antaranya di Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kuala Kedah, Pendang, Sik, Jerai, Merbok, Sungai Petani dan Baling.


Tiada ulasan: