Kelab Greenboc |
- WASPADA: Beli Handfon Dapat Lesung. Baca Tips Untuk Membeli Secara Online
- GB Turut Titis Airmata Membaca: W. Azizah - Allah Mendengar & Memakbulkan Munajat Kami
- [Video] Bom Di Perhimpunan 901, Angkara Siapa?
- Khalwat: Salim Parlan & Diyana Didapati Bersalah, Didenda RM3,000
- 901: Koleksi Gambar, Video & Ulasan Yang Tak Sempat Disiarkan Pagi Semalam
- Turunkan Gambar Najib: Adam Adli Digantung Pengajian 3 Semester
- Hassan Ali Perlu Letak Jawatan Secara Sukarela - MB Selangor
- [Video] TGNA Berpuasa Sunat, Harap Politik Fitnah Akan Berkubur
| WASPADA: Beli Handfon Dapat Lesung. Baca Tips Untuk Membeli Secara Online Posted: 10 Jan 2012 12:50 AM PST Johor Bahru: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.Gambar: KESAL...Hazirul menunjukkan lesung batu yang diterima selepas membeli telefon bimbit secara dalam talian. Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya. "Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900. "Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim," katanya, semalam. Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50. Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli. "Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu. "Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya," katanya. Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud. "Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini," katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM). Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan. "Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak," katanya. Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit. Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan. "Lesung tu pula boleh disimpan di rumah," katanya. Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan. -HM Ulasan GB Dengan semakin banyaknya penipuan yang terjadi di alam siber untuk kes urusniaga jual beli barang, maka kini tidak dapat di hindari lagi tentang perlunya kita berhati-hati apabila membuat trasaksi di internet. Berikut ialah tips yang dapat GB kongsikan bersama: 1. Anda patut curiga jika harga barang terlalu murah 2. Usahakan memberi barangan dari penjual yang berdekatan atau yang senegeri dengan anda, bererti anda boleh pergi ke tempatnya secara fizikal. 3. Usahakan anda mempunyai kenalan yang berdekatan atau senegeri dengan penjual, supaya rakan anda boleh membantu anda menyiasat kewujudan penjual berkenaan. 4. Usahakan supaya pembayaran sedapat-dapatnya dilakukan dengan cara tunai (COD) atau CashnCarry (CnC) 5. Hati-Hati terhadap desakan untuk segera melakukan pembayaran 6. Belilah di tempat yang pernah di beli oleh rakan-rakan anda dengan tiada masalah 7. Dapatkan dari Penjual yang memiliki Website / blog yang telah lama berada di internet. Semuga tips di atas berguna membantu anda. |
| GB Turut Titis Airmata Membaca: W. Azizah - Allah Mendengar & Memakbulkan Munajat Kami Posted: 09 Jan 2012 11:58 PM PST Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kamiSHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah. ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan. Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama? "Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu." Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya. "Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama." Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu. Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat. Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya. "Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan." Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh. Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan. "Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan. Anak-anak dan menantu semua sudah sedia. Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu. Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti. Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan. Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama. Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa. Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi? "Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!" Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan. Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan. Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas? Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda. Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa. "Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong. "Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan." "Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami. "Ya SAMIE'...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini." Abang Nuar bebas! Saya menangis. Anak-anak menangis. Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan. Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa. 'Ya 'ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui. "Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu. "Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira." Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN. Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada. "Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami." -SH |
| [Video] Bom Di Perhimpunan 901, Angkara Siapa? Posted: 09 Jan 2012 07:34 PM PST Ketua polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu.Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan di lokasi tersebut. "Semua kejadian disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," kata Mohamad Saleh semasa sidang media PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 12 tengahari. Menurut beliau pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kejadian letupan bom itu dan akan pihak polis akan memberi penjelasan dari masa ke semasa berhubung insiden itu. "Bagi polis siasat dahulu bagaimana mekanisma bom itu akan diberitahu kemudian daripada pasukan forensik dan unit pemusnah bom," katanya. Polis turut menemui perkakas bom termasuk bebola besi, bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan, kata Mohamad lagi. Menurut beliau lagi, letupan pertama pada kira-kira jam 10.20 pagi itu berlaku di Jalan Khidmat Usaha, kira-kira 300 meter daripada salah satu pintu utama ke mahkamah. Dua lelaki mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, termasuk seorang peguam. Letupan kedua pula berlaku sekitar jam 10.45 pagi di luar bangunan substesyen TNB berhampiran medan selera di jalan yang sama. Tiga orang mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, selain menyebabkan kerosakan kecil ke atas satu kenderaan van penjaja dan juga dua buah motorsikal. Letupan terakhir kira-kira 10 minit kemudian berlaku berhampiran satu lagi pintu masuk ke mahkamah di sekitar Jalan Khidmat Setia. Letupan di kawasan yang menempatkan kompleks bangunan kerajaan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan namun mengakibatkan kerosakan ke atas empat buah kereta. Sementara itu, beliau berkata perhimpunan itu berjaya dikawal dengan baik oleh pihak polis daripada kejadian yang tidak diingini. -tvsnews Explosions rock court complex, five injured Ulasan GB Insiden letupan bom yang mencederakan lima orang dan merosakkan tujuh buah kereta semalam di perhimpunan aman 901 sebenarnya dirancang oleh pihak tertentu. Polis telah membenarkan perhimpunan diadakan, untuk mengurangkan impak kejatuhan nama baik polis jika perhimpunan itu diharamkan sedangkan rakyat masih terus juga berhimpun seperti perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lepas. Namun dari sudut yang lain, insiden bom itu dilihat sebagai satu usaha provokasi melampau untuk menakut-nakutkan dan menghalang rakyat menghadiri perhimpunan aman di masa akan datang sekalipun perhimpuan aman itu nanti diberikan permit atau dalam erti kata dibenarkan oleh pihak berkuasa. Itu kebenarannya. Soal kini, ia angkara siapa? GB bertanya kepada semua, siapa yang berani membuat dan meletupkan bom? Perbuatan itu memang melampau. GB tidak boleh menuduh sesiapa tetapi rakyat boleh meneka ia angkara siapa. Allah Maha Tahu dan kita serahkan kepadaNya untuk mendedah dan menghukum "pihak sebenar" yang melakukannya. |
| Khalwat: Salim Parlan & Diyana Didapati Bersalah, Didenda RM3,000 Posted: 09 Jan 2012 05:07 PM PST Bekas Timbalan KSU Didenda RM3,000 Kerana KhalwatGEORGETOWN: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan pada Isnin dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Ferringhi, April tahun lepas. Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya turut menjatuhi hukuman sama terhadap wanita terbabit yang juga bekas pembantu peribadi kepada Salim, Nur Diayana Norslan, 30. Kedua-dua tertuduh membayar denda itu. Nik Bukhari Hashimy dalam penghakimannya berkata setelah menilai semua faktor dan aspek dan walaupun tertuduh sebelum ini telah mengaku bersalah, mahkamah juga melihat kepada keseriusan jenayah yang dilakukan. Katanya, kedua-dua tertuduh adalah penjawat awam dan mereka seharusnya menunjukkan contoh baik kepada masyarakat. Beliau berkata, perlakuan tertuduh telah mencemarkan imej perkhidmatan awam dan mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai langkah pencegahan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat serta mengelakkan orang lain terpengaruh dan mempunyai niat yang sama. Salim, 51, dan Nur Diayana pada awal sebutan kes 19 April tahun lepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, namun mereka menukar pengakuan kepada bersalah selepas kedua-dua peguam syarie yang mewakili mereka menarik diri pada November tahun lepas. Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel diBatu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi. Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama. Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz. - BERNAMA |
| 901: Koleksi Gambar, Video & Ulasan Yang Tak Sempat Disiarkan Pagi Semalam Posted: 09 Jan 2012 03:50 PM PST Suasana mendebarkan pada awal Perhimpunan 901 bertukar menjadi riang selepas mahkamah tinggi membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat. Ia adalah satu kejutan kerana sekalipun ada yang sudah dapat mengagak keputusan mahkamah akan berpihak kepada Anwar (melihat kepada keizinan Polis untuk Perhimpunan 901 diadakan), namun ramai yang menyatakan Anwar bakal dipenjarakan. Itu sebab mengapa ramai yang menitiskan air mata - tidak dapat menanggung rasa gembira, lega dan syukur kepada Ilahi dengan keputusan tersebut. Tengku Razaleigh sendiri sebelum ini telah meramalkan Anwar dipenjarakan. Namun GB membuat ulasan seperti berikut: ULASAN GB Keputusan mahkamah telah diketahui lebih awal oleh Najib, lantarannya Najib berangkat ke luarnegara. Najib tidak sanggup menanggung risiko kekalahan UMNO yang lebih dasyat di dalam pilihanraya umum akan datang jika Anwar dipenjarakan sepertimana sifir yang GB telah nukilkan di dalam ulasan sebelum ini. Bukan sahaja risiko kekalahan teruk di dalam PRU13 nanti, malah nama baik negara dan nama baik Najib sendiri pasti hancur lebur di persada antarabangsa. Lebih dasyat, jika rakyat seluruh negara akan bangun dan menyemarakkan 901 bagi menuntut Anwar dibebaskan jika keputusan mahkamah memenjarakannya. Maka dengan itu Anwar perlu dibebaskan. Berikut ialah rakaman dari pelbagai sumber yang tak sempat disiarkan di dalam liputan pagi tadi: ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Turunkan Gambar Najib: Adam Adli Digantung Pengajian 3 Semester Posted: 09 Jan 2012 07:18 AM PST Adam Adli digantung 3 semester, dibicarakan tanpa peguamKUALA LUMPUR, 9 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan. Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu. Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Adam Adli berkata beliau mula dibicarakan pada pukul 3.30 petang tadi. "Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam. "Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat," katanya. Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak kain rentang yang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya bendera kebebasan mahasiswa. Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini berkata akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik sehingga AUKU dimansuhkan. "Saya akan pastikan tiada penindasan lagi," katanya menambah akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah. -TMI Adam Adli digantung 3 semester klik untuk baca ![]() |
| Hassan Ali Perlu Letak Jawatan Secara Sukarela - MB Selangor Posted: 09 Jan 2012 06:00 AM PST Hassan Ali perlu 'gentleman', lepas Exco sukarelaSHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melepaskan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri secara sukarela. Abdul Khalid berkata, tindakan itu perlu dilakukan Hasan memandangkan beliau kini jelas tidak lagi mewakili Pas. "Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gentleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurutnya, Kerajaan Negeri menghormati keputusan Pas memecat Hasan beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Hasan sebagai Exco. "Walaupun Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan saya mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan sebagai ahli Exco, saya menyeru supaya Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana amat jelas beliau tidak lagi mewakili Pas dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat," katanya. Abdul Khalid berkata, pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Exco, perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco. Beliau akan menghadap Sultan Selangor Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaru dan berbincang mengenai calon-calon sesuai menggantikan Hasan. -SH MB Selangor nasihat Hasan Ali letak jawatan secara sukarela |
| [Video] TGNA Berpuasa Sunat, Harap Politik Fitnah Akan Berkubur Posted: 09 Jan 2012 04:31 AM PST Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap politik fitnah yang tumbuh di negara ini akan berakhir susulan pembebasan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata akan menunaikan solat sunat syukur dan bepuasa esok sebagai tanda kesyukuran Anwar dibebas dan dilepaskan. "Alhamdulillah fitnah yang dilemparkan pihak yang tidak bertanggungjawab berakhir dengan ALLAH SWT membuka pintu hati peguam dan hakim untuk memberitahu perkara sebenar," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya berkata, kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral lisan tidak boleh sabit kesalahan. Nik Abdul Aziz berkata, mereka yang membuat fitnah selama 10 tahun itu perlu ingat bahawa apa yang dilakukan itu dosa besar dan perlu memohon maaf daripada Anwar. "Anwar secara fizikalnya kita tahu, dia nak duduk pun sakit, nak berdiri lagi sakit kesan kecederaan ketika berada dalam tahanan, macam mana dia nak guna untuk seks terhadap orang muda. "Soal siapa bersalah dalam kes ini soal kedua, saya tidak mahu sebut dan apa yang pentingnya ialah bersyukur kepada Allah SWT," katanya. -SH Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Tiada ulasan:
Catat Ulasan