Selasa, 10 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pengawal Wan Azizah 'diganggu' polis

Posted: 09 Jan 2012 11:45 PM PST

Polis didakwa mengganggu pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan bahawa lelaki itu mungkin diberi suntikan beracun pada satu ceramah di Pulau Pinang, minggu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, keluar tanpa arahan doktor dari Hospital Seberang Jaya dan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital lain untuk mengelakkan "gangguan" polis.

Walau bagaimanapun, Mansor, yang juga Ketua PKR Pulau Pinang tidak mendedahkan di mana Fayyadh Afiq sedang dirawat.


Apabila ditanya mengapa pengawal peribadi itu berpindah ke hospital lain, Mansor mendakwa bahawa "beliau diganggu oleh anggota polis".

"Pihak polis menyoal pelbagai soalan sedangkan beliau masih tidak sihat," kata Mansor, ketika ditemui pada ceramah di Seberang Jaya malam semalam.

Mengenai sama ada Fayyadh Afiq harus memberi kerjasama polis sepenuhnya, Mansor berkata bahawa tidak salah untuk mengambil kenyataan daripada beliau tetapi anggota polis perlu menunggu sehingga beliau benar-benar sihat untuk menjawab soalan.

Sabtu lalu, pengawal peribadi itu mendakwa bahawa tangan kirinya cedera selepas ditikam dengan objek tajam ketika beliau mengiringi Wan Azizah majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang.


Munajat Wan Azizah...

Posted: 09 Jan 2012 09:28 PM PST

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami

SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?


"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE'...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

'Ya 'ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."


Amerika Syarikat sambut baik pembebasan Anwar

Posted: 09 Jan 2012 09:22 PM PST

Amerika Syarikat mengalu-alukan keputusan Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Menurut AFP yang memetik kenyataan media jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland keputusan itu adalah peluang bagi rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan.

"Kami alu-alukan kes yang telah kami perhatikan sekian lama ini akhirnya ditutup.


"Keputusan mencerminkan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memfokuskan kepada masa depan," kata Nuland.

Keputusan di luar jangkaan semalam mengakhiri perbicaraan dua tahun di mana bekas timbalan perdana menteri itu didakwa meliwat seorang pembantu peribadinya. Sebelum ini, Anwar yang dipecat pada tahun 1998 pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Bercakap kepada AFP, Anwar berkata beliau kini mampu memberi tumpuan untuk menguasai Putrajaya sejak disingkirkan dari Umno pada tahun 1998.

Liwat adalah haram di Malaysia yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam dan boleh dihukum penjara sehingga sehingga 20 tahun.

Semasa lawatan ke Kuala Lumpur pada November 2010, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton membincangkan kes Anwar dengan Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman yang berjanji bahawa ketua pembangkang itu akan mendapat perbicaraan yang adil.


Hasan dipecat kerana salah sendiri bukan sebab Anwar Ibrahim

Posted: 09 Jan 2012 07:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

"Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.


"Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri telah dipecat keanggotaan berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Ekoran pemecatan itu Hasan berkata keputusan itu berpunca daripada Anwar.

Beliau menjelaskan segala kenyataan negatifnya terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu menjadi punca dirinya dipecat PAS.

"Anwar Ibrahim punca saya dipecat," kata Hasan.

Tuan Ibrahim menambah sekiranya Hasan tidak berpuas hati dengan keputusan itu beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari.

"Keputusan ini sebulat suara... tiada pandangan berbeza.

"Kalau tidak berpuas hati beliau perlu hantar rayuan kepada Majlis Syura Ulama," katanya.


Polis digesa bertindak segera insiden letupan

Posted: 09 Jan 2012 06:22 PM PST

SHAH ALAM, 10 Jan: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam sekeras-kerasnya insiden pengeboman yang berlaku di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, menyifatkan adalah sesuatu yang memelikkan, di saat Kompleks Mahkamah Jalan Duta boleh diiktiraf sebagai kawasan paling selamat di Malaysia dengan kawalan rapi ratusan anggota polis, masih ada ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab melakukan perancangan bodoh sebegitu.

Kejadian tersebut telah menyebabkan lima orang tercedera dan beberapa buah kenderaan turut rosak, di mana tidak kurang 3 letupan telah berlaku di sekitar kawasan berkenaan.


"AMK mengesyaki wujud unsur-unsur sabotaj yang mahu dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu di sebalik perhimpunan aman kempen 901 hari ini.

"Berkemungkinan besar, letupan itu dirancang kerana mereka daripada awal mengesyaki Anwar didapati bersalah, maka imej PKR akan dipalitkan kononnya ada cubaan menghuru-harakan situasi dan gagal mematuhi perjanjian awal antara pihak polis dan PKR," jelasnya.

Tambahnya lagi, sayang sekali, perancangan jahat mereka terencat kerana mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan.

Lantas, ujarnya letupan berskala kecil pula yang dilakukan hingga mengakibatkan berlaku kecelakaan pada beberapa individu dan harta awam.

"AMK menegaskan bahawa perancangan kotor dan jijik seumpama ini adalah perancangan yang bodoh dan merendahkan kredibiliti rakyat yang matang menilai.

"14 tahun cukup untuk mengajar rakyat bahawa sememangnya ada pihak yang cuba menjadi 'api dalam sekam', mengotorkan perjuangan murni rakyat menuntut keadilan dengan insiden-insiden yang tidak diingini," sambungnya lagi.

Katanya, AMK mendesak pihak polis bertindak segera menangkap mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan insiden itu.

"AMK percaya dengan kawalan rapi pihak polis, termasuk dengan fasiliti lengkap CCTV di sekitar kawasan berkenaan, pihak tersebut boleh diberkas segera," ujarnya.

harakahdaily.net


Apabila Ulama Zul Kulim mengupas!

Posted: 09 Jan 2012 06:13 PM PST

Respon serta merta ulamak Zul berok Kulim mengenai pembebasan DSAI mencakupi banyak perkara dan aspek termasuk "Imam Mahdi" ,wudhu dan beristikharah, anti kaum Seks Bebas LBGT, Saidina Ali, syaitan & iblis, berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini,memeranjatkan beruk di Zoo Negara, politik dualam, berkembar dengan Abdullah bin Ubay, "rumah kata pergi, kubor kata mari", Mahkamah Rakyat, Cuma malangnya slogan mereka ialah DemoKrazy4DemoKerusi!

Semenjak dua menjak ni Ulamak Zul Berok Kulim semakin pandai mengolah.Tulisan penuh boleh dibaca di blognya

Sekali imbas Zul memang betul, apatah lagi dia semacam menyerah dengan humble kepada ALLAH dan menyedari bahawa ALLAH mengetahui semua perkara yang dia lakukan.Sikap yang bagus bagi hamba ALLAH dalam mengharungi kehidupan yang diredhai.Tetapi dalam pada itu, Zul tetap bersikap macam beruk seperti katanya, keputusan ini memeranjatkan beruk di zoo negara, bukan zoo negara sebenarnya tetapi beruk yang ada di Kulim!Memeranjatkan beruk Kulim yang menyamar sebagai ulamak atau mungkin juga ular dalam semak!


Apa tidaknya, Zul cuba mengolah dan mahu orang ramai tahu bahawa DSAI walaupun dibebaskan ialah seorang peliwat hanya dengan mendasarkan hujahnya kepada hujah pembelaan Karpal Singh sedangkan sebagai seorang peguam, Zul amat amat tahu bahawa hujah itu hanyalah hujah pembelaan berdasarkan keterangan saksi utama yang belum ada kesohihan tentang kebenarannya.

Inilah elemen gagalnya Zul jadi ulamak dan elemen yang jelas menunjukkan pembohongannya tetapi Zul sanggup berlindung dengan ALLAH dan menuduh seseorang tanpa bukti dan saksi yang dikehendaki ALLAH!ZUl dah tak takut mati walaupun dia menasihati DSAI dengan nasihat rumah kata pergi, kubur kata mari, sedangkan dia sendiripun tergolong dalam seruan itu.

Zul nak tunjuk hebat kerana istikharahnya tetapi Zul semacam ingat rakyat negara ini jahil tentang istikharah yang menjadi amalan hakim hakim di zaman daulah Islam dulu, yang menjadi amalan tetap iman Bukhari sebelum menulis hadis dalam sahihnya.Zul ingat dia sorang saja tahu pasal istikharah sedangkan ramai anak anak dara yang melaksanakannya serta mendapat ilham selepas itu.Apakah Zul juga mendapat ilham sebelum menulis sedemikian rupa?Tapi kenapa Zul selambanya menggunakan istilah dan ayat ayat sinis untuk memperkecilkan orang yang dibencinya?Kenapa Zul menggunakan hujah Karpal untuk terus konsistant menuduh DSAI sama seperti kebanyakan pemimpin dan pencacai UMNO termasuk Mahathir?Apakah ini penulisan dengan hidayah seperti imam Bukhari menulis hadisnya?

Sejarah telah mencacatkan imam Bukhari meninggalkan banyak hadis hadis kerana beliau tidak yakin walaupun selepas berwudhu dan beristikharah sehingga hadis hadis tersebut dikutip semula olah Al Hakim.Tak kan Zul tak tahu mengenai perkara ini?

Banyak perkara yang boleh dikutip dari tulisan yang nampak cantik dan santai untuk dihujahkan semula tetapi cukuplah setakat ini,Selebihnya masing masing nilailah sendiri cuma satu perkara lagi yang menjadi back fire kepada Zul ialah tentang mahkamah rakyat yang Zul ajak untuk menghukum orang yang durjana.Mahkamah rakyat sedang menghukum dan antara senarai orang yang durjana yang tersenarai dalam mahkamah rakyat sekarang ini ialah Zul Berok Kulim.Yang terbaru seorang doktor falsafah bernama Hassan Ali.

Jadi Zul tak usah cuba memutar arah mahkamah rakyat kerana arahnya sudah kemas disetkan, tetapi sekadar nasihat kepada Zul bertukarlah balik wajah beruk tu kepada manusia sementara masa masih ada!Ajak kekawan sekali!


Surat Rasmi Pecat Hasan Ali Sudah Dihantar

Posted: 09 Jan 2012 04:36 PM PST

PAS telah menghantar surat pemecatan keahlian kepada bekas Pesuruhjaya Selangornya, Datuk Hasan Mohamad Ali, semalam, kata setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan).

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Mustafa yang dipetik oleh Harakahdaily.

Surat itu disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.


Surat yang ditanda tangani oleh setiausaha agung PAS itu diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur Ahad lalu, membuat keputusan memecat Hasan berkuatkuasa serta merta.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Timbulkan keresahan

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' semalam yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.


Perkasa Dikencing Ibrahim Ali..

Posted: 09 Jan 2012 03:39 PM PST

SEBELUM ini saya sudah banyak menulis tentang Berahim al-kataki Presiden Perkosa ini. Sebelum itu, mari kita baca apa kata sebuah portal pro Umno, Umno-reform2 yang menulis. "Adakah benar Presiden Perkasa, dalam usaha menangani kehadiran mereka yang menyokong Anwar Ibrahim dengan mahu mengadakan perhimpunan Perkasa dan memberi amaran kepada perhimpunan BEBAS – tidak hadir pagi tadi? Mungkin laporan http://www.malaysiakini.com/news/186093 menipu namun kita perlu tahu hakikat sebenarnya – adakah Ibrahim Ali hadir pagi tadi. Ahli UMNO – perlu jelas dalam mengambil Ibrahim Ali sebagai pemimpin mereka dalam Perkasa(Umno-reform 2).



Jika di dalam media, terutamanya di TV 3 suku atau Utusan Meloya, Berahim alkataki ini kalau bercakap bagai `hali-lintar', maklumlah beliau selalu memegang keris panjang dan songkok tinggi. Sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, Berahim al-kataki umpama `Pendekar Mustar' di dalam filem `Pendekar Bujang Lapok'. Hebat, garang dan bergaya lagaknya. Waktu itu, beliau beri amaran kepada BERSIH agar bersedia untuk berdepan dengan Perkosa jika BERSIH tetap ingin berhimpun.

Apabila tiba masanya, batang hidung raja katak ini langsung tidak kelihatan. Tertipu lagi budak-budak dan orang-orang tua di dalam Perkosa. Perkosa entah ke mana, kumpulan Silat di bawah Omar Din pun ghaib ke mana.

Terbaru, kempen 901 semalam untuk menyokong DS Anwar sewaktu hari keputusan kes fitnah liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu, Berahim alkataki sekali lagi dengan garangnya memberi amaran kepada penyokong-penyokong DS Anwar agar bersedia untuk berhadapan atau menerima provokasi dari pihak songkok tinggi. Beliau ingat kita di dalam PR takut hanya dengan seekor raja katak beserta beberapa ekor lagi pencacainya? Mereka silap besar.

Perhimpunan penyokong-penyokong DS Anwar telah diadakan di tempat letak kenderaan di luar perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Sejak awal pagi lagi penyokong-penyokong DS Anwar mula memenuhi ruang di situ, dan khabarnya kumpulan Berahim Ali akan berkumpul di Masjid Wilayah. Tujuannya apa? Masakan hadir untuk menonton sahaja? Sudah tentu Berahim alkataki ada perancangan `mulia' untuk melakukan sesuatu kepada para penyokong DS Anwar.

Malangnya, sekali lagi ahli-ahli Perkosa diperbodohkan oleh raja katak. Semalam, usahkan batang hidung, songkok tinggi Berahim Ali pun tidak kelihatan. Di mana beliau menyorok waktu itu? Ada yang berkata, raja katak tidak dapat hadir kerana tiada hujan. Lazimnya, jika mahu hujan katak-katak akan bising berbunyi. Oleh kerana waktu itu tiada hujan, maka Berahim alkataki pun tidak hadir di sekitar mahkamah. Penakut rupanya si Berahim.

Saya nampak geng-geng Perkosa tidak sampai pun 50 orang berada di perkarangan Masjid Wilayah sementara menanti raja katak, bos mereka. Malangnya, Berahim alkataki tidak menunjukkan taringnya yang tumpul itu. Entah di mana kali ini beliau menyorok atau berada di bawah tempurung. Kesihan budak-budak dan bapa budak yang kerap sangat tertipu dengan Berahim alkataki ini.

Sahih dan nyata, Berahim alkataki penakut dan bacul selama ini.

/wfauzdin.blogspot.com


Dr. Rani Dicadang Ganti Hasan Yang Tak Senonoh

Posted: 09 Jan 2012 05:47 AM PST

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia mencadangkan jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor yang kini disandang Datuk Dr Hasan Ali diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Naib Ketua DPP Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata pihaknya mengharapkan Majlis Pakatan Rakyat Selangor memutuskan perkara itu dengan kadar segera.

Menganggap keputusan pimpinan PAS memecat keahlian Hasan sebagai amat tepat, beliau berkata pihaknya turut mematuhi keputusan itu dan berharap semua pihak menghormatinya.


Bagaimanapun katanya Hasan masih ada ruang dan mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura PAS.

"Kami yakin kemelut yang telah mengeruhkan keadaan ini di Selangor terutamanya dan di negara ini amnya akan ditutup setelah keputusan tersebut dicapai.

"Bagi kami, apa yang penting ialah PAS dan Pakatan harus maju ke hadapan untuk mengorak langkah menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS semalam memecat keahlian Hasan berkuatkuasa serta-merta dipercayai ekoran kenyataannya yang bertentangan dengan dasar parti

termasuk menghalang penyokong Pakatan daripada menghadiri perhimpunan bagi mendengar keputusan perbicaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut di sini semalam.

"Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini (semalam), PAS Pusat membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan beliau yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," umum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Hasan Ali Yang Tak Senonoh..

Posted: 09 Jan 2012 04:33 AM PST


Itu kata Tok Guru Nik Aziz.. Kalau ikut gua Hasan Ali bukan tak senonoh, Tapi Gila Babi.. Macam le dia sorang saja dalam Pakatan yang cerdik.. Hehehe

Hasan Ali Dinasihat Lepaskan Jawatan Secara Sukarela..

Posted: 09 Jan 2012 03:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.

Khalid (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).


Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gengtleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," kata Khalid.

Tambahnya lagi, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.

Dalam pada itu PAS Selangor semalam memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan status 'Exco' Hasan Ali itu.

Mereka juga menasihat seluruh ahli PAS negeri itu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat semalam.


Tiada ulasan: