Kelab Greenboc |
- Kini Sudah Ada Pengakuan: "FRU diarah 'tembak' walau nampak hospital"
- Video Jawapan Nur Amalina - Anda Nilaikan Sendiri
- Pakatan Rakyat Diramal Menang Besar Dalam PRU Jika Anwar Dipenjara
- Yang Ini Lain Ceritanya. Semuga Allah Memelihara Mereka.
- Nik Aziz Nasihat Khairul Fahmi (Apex) Kahwin Cepat
- Bekalan Air Di Parlimen Pekan Tidak Mencukupi
- Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Jalanraya Di New Jersey
- Dua Beradik Yang Dikurung & Dirantai Diserahkan Kepada Bapa Saudara
Kini Sudah Ada Pengakuan: "FRU diarah 'tembak' walau nampak hospital" Posted: 05 Jan 2012 12:22 AM PST Seorang ketua operasi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkata, beliau telah diarahkan untuk menembak meriam air ke arah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 walau mengetahui bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan hospital. Saksi berkenaan, ASP Ahmad Halimi Hamidi berkata beliau terlebih dahulu telah melihat bahawa kawasan itu merupakan kawasan Hospital Tung Shin dan telah memberitahu perkara itu kepada pegawai medannya, seorang yang dikenali sebagai ASP Karthik. "Saya nampak jelas ada hospital sebab saya berada di atas kenderaan," katanya lagi katanya ketika ditanya hari ini dalam siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung tindakan pasukan tersebut. Beliau yang berada di atas satu kenderaan FRU yang mengetuai operasi tersebut pada ketika itu berkata, pegawai yang dikenali sebagai Karthik itu tetap mengarahkan supaya tembakan meriam air dilepaskan. "Saya kemudiannya arah meriam air tembak ke arah peserta," katanya lagi yang menambah kumpulan berkenaan kemudiannya bersurai selepas tembakan air tersebut dilepaskan. Ditanya lanjut sama ada FRU akan menembak peserta perhimpunan di dalam hospital, Ahmad Halimi sekadar berkata, setiap unit polis itu mempunyai prosedur standard masing-masing, termasuklah unit meriam air. Ditanya lanjut, beliau tidak mengetahui siapakah anggota yang bertanggungjawab menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan BERSIH yang berlindung di kawasan hospital itu. Tambahnya, beliau tidak mengenali anggota berkenaan dan beliau hanya ditugaskan untuk mengetuai pasukan daripada unit berbeza tersebut hari tersebut. Jelasnya, kesemua unit yang bertugas pada hari berkenaan, termasuk Unit Tindakan Ringan dan Pasukan Gerak Am dilengkapi peralatan gas pemedih mata. Tambahnya, beliau tidak dapat memastikan sekiranya kanister gas yang digunakan oleh anggota unit berkenaan memasuki kawasan hospital. "Sebab (peserta perhimpunan) boleh ambil dan baling (kanister yang ditembak) ke dalam hospital," Beliau juga tidak melihat tindakan anggota berkenaan ketika tembakan itu dilepaskan, katanya lagi ketika ditanya oleh anggota panel inkuiri. Siasatan ke atas saksi berkenaan hari ini adalah untuk menyiasat dakwaan bahawa polis telah menembak gas pemedih mata dan juga meriam air ke arah peserta yang berlindung di hospital berkenaan. Inkuiri hari ini dijalankan di hadapan anggota panel Suhakam -- Suhakam, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, Detta Samen dan Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid. -malaysiakini Ulasan GB Apa yang GB katakan dahulu adalah BENAR, bahawa polis telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar mengenai insiden Hospital Tung Shin. Dahulu, begini kenyataan polis: Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu. Sekarang sudah ada pengakuan seperti dilaporkan di atas: ...pegawai yang dikenali sebagai Karthik itu tetap mengarahkan supaya tembakan meriam air dilepaskan. Jadi di dalam banyak keadaan seperti isu BERSIH, isu NFC dan terbaru isu UPSI, kenyataan-kenyataan polis boleh menyebabkan rakyat mencurigai kenyataan-kenyataan itu. Polis tidak boleh menyalahkan rakyat, tidak boleh menyalahkan blogger, tidak boleh menuduh ia sebagai FITNAH, kerana akhirnya hukum kebenaran mendedahkan bahawa apa yang dinyatakan oleh rakyat akhirnya itu adalah BENAR. Kita meminta agar polis bersikap rasional dan profesional selepas ini. Bersikap tidak berpihak, tidak bias dan tidak cepat menafikan perbuatan salahlaku para anggotanya agar integriti dan kredibiliti polis terus terpelihara. Dan rakyat akan lebih menghormati institusi polis jika polis bertindak adil, rasional dan professional. Jika tidak, tanggung sendiri jika kredibiliti dan integritimu hancur. klik untuk baca |
Video Jawapan Nur Amalina - Anda Nilaikan Sendiri Posted: 04 Jan 2012 10:00 PM PST Saya tetap Melayu Islam' KOTA TINGGI: "Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif 'mat salleh'. "Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup," kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap. Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video 'Skype' selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam. Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu. Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya. "Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung). "Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri. "Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan," katanya. Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya. Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain. "Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud 'bersosial' dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian. "Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. "Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat. "Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif," katanya. Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah. -hm Ulasan GB Anda, pembaca yang budiman boleh menilai sendiri jawapan beliau dengan membenarkan paparan wajahnya tanpa bertudung diskype dan kemudian diyoutubekan. Mengenai desakan supaya GB padam entri dan gambar berkenaan, GB telah menyatakan: GB akan menarik balik siaran artikel berkenaan JIKA Nur Amelina telah berubah semula, bertaubat dan kembali kepada Nur Amelina yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang boleh mendatang fitnah kepada umat Islam seperti gambar-gambar yang tersebar di atas...... Apakah pemakaian tudung di sekolah hanya sebagai "fesyen alam persekolahan" dan kemudian kembali kepada fesyen dedah aurat? Ramai beranggapan kononnya "tak bertudung" tak semestinya tak baik. Kalau macamtu punya jawapan, baik berbikini atau berbogel terus - sebab tak semestinya tak baik. Kedua bab bersosial. Tak berlebih-lebihan kah bila berdampingan dengan seorang lelaki dengan berpegangan tangan(?) GB dah sebut semalam, jangan pertahankan kesalahan. Anda bakal merana kerana melanggar hukumNya. Kalau dah bersalah minta maaf dan mohon ampun kepada Allah. GB berhenti melayan isu ini sekalipun ada akhbar media massa menuduh GB memfitnah sedang sudah kita jawab "fitnah" merujuk kepada perkara yang tiada, sedang apa yang dipaparkan sebelum ini adalah "hal yang benar adanya". Ada hadith: Dari Jarir Abdulah ra. Rasulullah saw bersabda: tidaklah seseorang berada di suatu kaum, dia berbuat maksiat ditengah mereka, dan mereka mampu untuk mencegahnya, namun mereka tidak mencegahnya, kecuali Allah menimpakan kepada mereka siksaan sebelum mereka mati." Yakni mereka akan menerima banyak musibah di dunia. (Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Ashbahani – At Tharghib) Kini kami berlepas tangan kerana kami telah menjalankan tugas amal makruf nahi munkar yang diarahkan ke atas setiap umat Islam. Firmanullah: "Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang=orang yang engkar." Surah anNahl ayat 82-83 Sekarang, adalah terlebih baik kita baca kisah pelajar yang di bawah ini yang lebih patut dihebahkan untuk dicontohi dan diteladani: klik untuk baca |
Pakatan Rakyat Diramal Menang Besar Dalam PRU Jika Anwar Dipenjara Posted: 04 Jan 2012 07:05 PM PST PR sudah ada bakal pengganti jika Anwar dipenjara KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan penggantinya yang bakal mengetuai pakatan pembangkang itu jika beliau didapati bersalah dan dihukum penjara dalam kes liwat keduanya yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, minggu depan. Keputusan mahkamah itu dibuat menjelang satu pilihan raya umum ke-13 negara itu yang dijadualkan diadakan tahun ini. Datuk Seri Anwar, bagaimanapun, tidak menamakan pengganti beliau itu dalam satu wawancara dengan agensi berita Bloomberg News, semalam. 'Kami sudah menyiapkan persediaan asas bagi sebuah manifesto bagi Pakatan Rakyat dan kami kini sedang dalam tahap-tahap akhir,' kata beliau semasa diwawancara oleh Bloomberg. 'Kami telah memutuskan perihal kepimpinan semasa pilihan raya atau selepas pilihan raya nanti jika saya dipenjarakan,' tambahnya. Datuk Seri Anwar berkata ia merupakan sebahagian daripada rancangan luar jangka PR jika beliau diputuskan menjalani hukuman penjara sekali lagi. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberi keputusannya berhubungan perbicaraan kes liwat kedua yang membabitkan Datuk Seri Anwar, Isnin ini. Beliau boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium mewah di Bukit Damansara, pada Jun 2008. Kelmarin, pihak kepimpinan PR juga berkata ia telah bersiap sedia jika Datuk Seri Anwar diputuskan masuk penjara minggu depan. 'Pihak kepimpinan Pakatan, bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) malah juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Encik Lim Kit Siang telah membincangkan beberapa senario... jika saya dipenjara, terbabit dalam kemalangan atau ditembak, kami sudah bersedia membincangkan pelbagai kemungkinan, senario satu, dua, tiga,' kata Datuk Seri Anwar kepada wartawan, kelmarin. Seorang pengamat yang dipetik Bloomberg dalam laporannya semalam, berkata parti-parti PR akan meraih manfaat di kotak undi jika Datuk Seri Anwar didapati bersalah. 'Peralihan segera mungkin berlaku ke arah beliau (Datuk Seri Anwar) dan partinya,' kata Encik Ibrahim Suffian, seorang pengamat politik dari Merdeka Center for Opinion Research, yang berpangkalan di Kuala Lumpur. 'Jika Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengambil masa beberapa bulan sebelum mengadakan pilihan raya, ia akan membuka ruang timbulnya kelemahan dalam pakatan pembangkang dan apa-apa sahaja perbezaan pandangan boleh dieksploitasi (pihaknya),' tambahnya. -- Agensi. Pakatan bersedia hadapi keputusan liwat Anwar minggu depan Ulasan GB Sebelum ini GB sudah membuat ulasan. Petikan: Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan. klik untuk baca |
Yang Ini Lain Ceritanya. Semuga Allah Memelihara Mereka. Posted: 04 Jan 2012 04:20 PM PST Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani. Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar. Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara. kredit: ~mengajipastiboleh
|
Nik Aziz Nasihat Khairul Fahmi (Apex) Kahwin Cepat Posted: 04 Jan 2012 07:24 AM PST Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna. Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin. "Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah. "Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam. Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan. "Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan," katanya. Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya. "Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima," katanya. Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu. Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu. "Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda," katanya. Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com. -SH |
Bekalan Air Di Parlimen Pekan Tidak Mencukupi Posted: 04 Jan 2012 05:00 AM PST Najib gagal atasi bekalan air UMP Pekan KUALA LUMPUR, 4 Jan: Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan. "Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah," kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini. Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP. Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat. Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air. "Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan. "Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah? "Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik," katanya. Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera. "Seiring dengan slogan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' yang sering beliau laungkan, maka mahasiswa mohon untuk laungan tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan segera oleh beliau," katanya. beliau berkata, isu bekalan air yang bermasalah itu bukan hanya membelenggu dalam kalangan mahasiswa sahaja namun di peringkat rakyat setempat juga sengsara dengan kekurangan keperluan asas tersebut. -HD klik untuk baca |
Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Jalanraya Di New Jersey Posted: 04 Jan 2012 03:05 AM PST Seorang pelajar Malaysia terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kemalangan sebuah kereta di New Jersey, demikian menurut akhbar The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat. Laporan itu mengesahkan bahawa pelajar yang terbunuh dalam kemalangan Isnin lepas di laluan Interstate 78 itu, menuntut di Ohio State University, tetapi namanya belum disiarkan. Pelajar kedua berada dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil. Kesemua mereka berusia antara 19 dan 21 tahun. Laporan itu menyatakan kemalangan itu berlaku pada kira-kira 4 petang (waktu tempatan) bila Chevrolet Equinox terbabas keluar jalan dan melanggar pokok dan tiang lampu. Polis berkata pemandu keletihan. Sementara itu, Wisma Putra ketika dihubungi berkata pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di AS untuk mendapatkan butir-butir lanjut. — BERNAMA |
Dua Beradik Yang Dikurung & Dirantai Diserahkan Kepada Bapa Saudara Posted: 04 Jan 2012 01:30 AM PST Butterworth – Dua beradik malang yang dikurung dan dirantai kaki oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini diserahkan untuk dijaga oleh bapa saudara mereka semalam. Gambar: TERSENYUM...Munawar bersama dua anak saudaranya selepas menerima hak penjagaan sementara di Mahkamah Majistret Butterworth semalam. Hak penjagaan sementara itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zamir Suhaimee selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU). Timbalan Pegawai JKM SPU, Syed Mohd. Abdul Ghani Syed Ali berkata, permohonan dikemukakan selepas bapa saudara kanak-kanak itu, Munawar Tan Abdullah, 48, menyatakan kesediaan menjaga dua beradik itu. "Mahkamah bersetuju memberikan perintah hak jagaan sementara selama sebulan kepada Munawar bermula hari ini (semalam)," kata beliau ketika ditemui di mahkamah semalam. Sementara itu, Munawar Tan ketika ditemui berkata, dia bersedia untuk menjaga anak saudaranya sementara menunggu keputusan mahkamah sama ada adiknya yang juga bapa kepada dua beradik itu akan dibebaskan atau didakwa di mahkamah. Beliau juga percaya adiknya tidak sengaja melakukan perkara itu (merantai kedua-dua anaknya) kerana dia merupakan seorang bapa yang penyayang. -kosmo klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan