Selasa, 3 Januari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dari Kulai Ke Pahang, Kena Cekup Berkhalwat Pula Di Ampang

Posted: 03 Jan 2012 01:25 AM PST

Tiket bas habis alasan khalwat

AMPANG - Tindakan seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara dengan teman lelakinya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis dari Kulai, Johor itu menyewa bilik hotel berkenaan untuk bertemu teman lelakinya.

"Gadis berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu," katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu memakai seluar pendek tanpa baju.

"Gadis itu mengenali pasangannya enam bulan lalu melalui laman sosial. Lelaki berkenaan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,"
katanya.

Beliau berkata, turut ditahan kerana berkhalwat adalah sepasang kekasih warga Indonesia. Wanita yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah, manakala pasangan­nya berusia 33 tahun, seorang kontraktor.

"Wanita berkenaan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang tinggal bersama suaminya di Indonesia, manakala pasangannya itu masih bujang," katanya.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali," katanya. -SH

Bekas SU Pemuda UMNO Sertai PAS Setelah "Tumpas" Jerat YDP PAS

Posted: 03 Jan 2012 12:48 AM PST

Tumpas' kerana ingin 'jerat' YDP PAS

KOTA BHARU, 2 Jan: Hanya kerana ingin 'menjerat' Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam laman tertutup facebook Umno-tumPAS, akhirnya aktivis dan penyokong Umno, Wan Musa Wan Ahmad yang tumpas dan seterusnya menyertai PAS.

Bekas Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Batu Empat, Jalan Kuala Krai itu petang tadi menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS bersama 20 orang yang lain kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha PAS negeri, Zulkifli Mamat, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Wan Musa yang juga Setiausaha JKKKP Mukim Padang Enggang ketika ditemui memberitahu pada mulanya dia menyertai halaman tertutup Umno-tumPAS bertujuan untuk 'menghentam' pemimpin PAS terutama Wan Rahim.

"Memang saya menghentam dia sebelum ni, tetapi dia tidak membalas kutukan saya terhadapnya, sebaliknya rakan-rakan lain yang membela beliau.

"Tetapi akhirnya dia ingin bertemu saya, sepatutnya saya yang bertemu dia, begitu hebat jiwa pemimpin PAS, ada sifat rendah diri dan akhirnya saya 'kalah' dan seterusnya mengakui pemimpin PAS memang terbaik,"
ujarnya.

Sambungnya, andainya Wan Rahim sahaja telah dapat menawan hatinya, belum lagi pemimpin besar lain terutama Tuan Guru dan ulama lain yang berada dalam PAS.

Beliau juga turut mengakui pemimpin Umno semakin tidak boleh dipercayai dari hari ke hari.

Tambahnya, dengan penyelewengan yang berlaku di peringkat menteri dan bawahannya, jelas membuktikan mereka hanya berjuang untuk peribadi dan keluarga dan bukannya untuk rakyat.

Ketika ditemui, beliau menyeru semua rakan-rakannya yang masih bersama Umno dan BN turut menyertai PAS.

Sempena majlis itu juga, memorandum dari rakan-rakan Umno-tumPAS telah diserahkan kepada Tuan Guru yang antara lainnya untuk mendedahkan kehebatan kerajaan PAS Kelantan.

Memorandum itu diserahkan oleh seorang rakan laman sosial itu, Mat Kamal Awang (MKA). -HD

Tragedi UPSI: PAS Minta Ketua Polis Perak Bersikap Matang

Posted: 02 Jan 2012 09:54 PM PST

Shukri perlu matang, jangan berfikiran sempit

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar kanan) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Perak, Timbalan Komisioner Datuk Mohd Shukri Dahlan (gambar kiri) yang memberitahu bahawa kecederaan mahasiswa sewaktu Himpunan Menuntut Kebebasan Berakademik (Bebas) disebabkan oleh dirinya sendiri adalah tidak rasional.

Beliau yang dihubungi memberitahu sepatutnya Shukri perlu bersikap matang, bukannya berfikiran sempit, yang mana memang wujud keganasan dilakukan oleh pihak polis.

"Saya rasakan sebagai Ketua Polis Perak, beliau sepatutnya bersikap matang dan berfikiran rasional sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Memang jelas wujud keganasan yang dilakukan oleh pihak polis, malah ia disahkan dengan kenyataan oleh mahasiswa terhadap apa yang berlaku," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tambahnya lagi, jika Shukri tidak dapat berfikir secara rasional dalam membuat keputusan, maka beliau sepatutnya diberi rawatan khusus.

"Saya rasakan beliau harus diberikan rawatan khusus jika cara pemikiran sedemikian.

"Kita tidak mahu pihak berkuasa khususnya polis melepaskan kesalahan mereka dengan meletak kepada orang lain.

"Malah sebelum ini pun telah ada kenyataan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa telah ada wujud keganasan dari pihak polis," sambungnya lagi.

Sementara itu, polis dilaporkan menafikan dakwaan memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menegaskan tiada pergelutan berlaku apabila tangkapan dibuat.

Shukri berkata, tindakan perlu diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa tercedera sendiri. -Harakahdaily


Peguam pertikai penafian polis sebelum siasatan

Penafian polis Perak bahawa anggotanya mengasari mahasiswa dalam perhimpunan di Tanjung Malim semalam bersifat "prejudis" kerana ia dibuat sebelum siasatan dijalankan, kata peguam kepada mahasiswa yang tercedera Muhamad Safwan Anang.

Sedangkan, menurut Mohd Khairuddin Othman, kenyataan anak guamnya hanya dirakam pada jam 1 petang hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas Safwan dibenarkan keluar daripada Hospital Slim River, beliau berkata pihaknya kini sedia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran insiden itu.

Setakat ini, dakwanya, terdapat bukti menunjukkan bahawa terdapat kekerasan berlebihan digunakan untuk menyiraikan perhimpunan prokebebasan akademik di Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI). -malaysiakini


Klip video bukti polis tak kasar

TANJUNG MALIM: Polis mempunyai bukti termasuk rakaman video yang menunjukkan mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi kelmarin dan akan mendedahkannya kepada umum jika keadaan memaksa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya juga akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap pelajar seperti disebarkan blog dan portal berita yang dianggapnya cubaan menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan. Polis melakukan tugas mereka seperti biasa kecuali ada pihak yang enggan memberi kerjasama, kita terpaksa bertindak tegas.

"Jika ada laporan dibuat mengatakan polis bertindak ganas sehingga mencederakan individu (yang terbabit dalam perhimpunan haram), kita akan menjalankan siasatan serta mengumpulkan bukti yang diperlukan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas penahanan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di UPSI dengan mengusung keranda, baring di atas jalan, selain cuba memanjat pagar kampus UPSI, awal pagi kelmarin.

Berikutan insiden itu, beberapa blog dan portal berita mendakwa polis bertindak ganas sehingga mencederakan penuntut yang menyertai perhimpunan berkenaan, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang.

Mohd Shukri berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti, termasuk rakaman video dan laporan perubatan hospital berhubung kecederaan dialami pelajar ketika menyertai perhimpunan haram itu.

"Sekiranya dakwaan yang dibuat palsu, kira akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak lagi berulang," katanya. -BH


Siswi UPSI Dibuang Kolej, Terima Ugutan Universiti

Posted: 02 Jan 2012 08:10 PM PST

Tanjong Malim, 2 Jan : Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nurul Piteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

Menurutnya yang juga lebih dikenali 'Yuyu Luna' di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

"Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).

"Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

"Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.", ceritanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut 'bar exam'

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

"Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi (gambar) untuk di bar dari ambil 'exam'.."

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

"Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas" yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan."

"Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku."

UPSI sekat youtube, facebook


Sementara itu, dalam isu berasingan, satu maklumat diperoleh menyatakan pihak pentadbiran UPSI telah menyekat laman sosial facebook dan youtube daripada diakses warga kampus berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sejak petang semalam itu dinyatakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq yang menerima beberapa aduan dan laporan daripada penuntut UPSI.

"Saya terima laporan mengatakan sejak petang semalam, warga UPSI tidak dapat buka facebook dan youtube.

"Saya yakin semua itu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di perkarangan pintu masuk UPSI pagi semalam."

"Dan saya gesa pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan terperinci atas tindakan yang dilakukan.", ujarnya dalam satu kenyataan. - GZDaily

Benarkah Nur Amelina Che Bakri Pelajar 17A1 Jadi Begini? [updated]

Posted: 02 Jan 2012 04:01 PM PST

Panas! Gambar seksi Amalina Che Bakri - Pelajar 17A1

Masihkah tuan tuan. dan puan puan ingat akan Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2005 yang telah mengejutkan ramai orang tentang kecemerlangannya mendapat 17A1.. selepas mendapat keputusan cemerlang itu, beliau telah mendapat tawaran belajar ke luar negara dengan tajaan Bank Negara Malaysia.

Amalina berangkat ke UK untuk membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan.. sebenarnya gua malas nak story pasal ni, sebab gua tak tahu cerita sebenar...namun GAMBAR telah menceritakan segala-galanya,,,

Gua berharap sangat perkara ini tidak berlaku...Amalina dikatakan telah gagal di UK dan telah pulang ke Malaysia secara senyap..namun, berita ini masih belum sahih..namun, berita kegagalannya banyak berpuca daripada kejutan budaya dan hidupnya di UK yang SOSIAL...

Sila lihat gambar dibawah gambar dari facebooknya sendiri dan gua ambil dalam blog akustreegiler...ya Allah, ampunkanlah Amalina..




nauzubillah..









wartajingga : Sufiah genius Math jadi pelacur, Aarif genius pun jadi GAY, yang ni genius SPM 17A dah jadi begini... Apa laaa nak jadi... Hurm...Org genius jangan dihantar ke luar negara kan dah teruk. -wikimalay

Kisah Kejayaan Nur Amalina Che Bakri

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley's Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.



[GEMPAR] Bekas Orang Kanan Najib Sertai & Bakal Bertanding Atas Tiket DAP

Posted: 02 Jan 2012 08:14 AM PST

DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan), yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias (kiri), veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke , yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

"Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami," kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil "Rakan Pulau Pinang" yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

"Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli," katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.


Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini. -TMI

Najib's ex-info chief joins DAP

KUALA LUMPUR: Former Pulau Manis Umno assemblyman Mohd Ariff Sabri Aziz and Negeri Umno veteran Aspan Alias have joined DAP.

Having Ariff on board is a major coup for DAP because he was Prime Minister Najib Tun Razak's information chief in his Pekan Umno division up until 2004.

"If you want to know, yes, that is what we are doing (joining DAP).

"I am impressed by DAP. They are principled, I like their professionalism.

"I was with (Lim) Guan Eng at the bloggers conference last month. There is no fancy words, they are focussed on work … always thinking unlike our Umno people," he told FMT recently.

Ariff's admission puts to rest weeks of wildfire speculations in pro-Umno blogs.
He is also rumoured to be contesting under the DAP banner in the next general election.

Ariff is rumoured to be contesting in Raub where MCA's Ng Yen Yen is incumbent. Ng is currently the tourism minister, and a MCA vice president.

Warning to Umno's bloggers

Gunning pro-Umno bloggers who have been maligning them both personally and professionally, an incessant Ariff said: "Why the paranoia? If we are not good, failed Adun (assemblymen), bankrupt politicians, it will be cinch for any winnable Umno candidates to beat us.

"So, it's no cause of concern or a sleep depriver."

"But be warned, you want to play ball, we play ball too, so stop telling lies about us and we can promise not to tell the truth about you (Umno)."

Both Ariff and Aspan are not alone. There are increasing speculations of shifts within and out of Umno.

DAP has been targeting 'thinking' Malays post-2008 GE to increase its support within the community.

Onboard is Transparency International Malaysia founder Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim who is now the party's vice chairman and former Umno education minister Khir Johari's son Zairil.

Zairil and party strategist Liew Chin Tong along with Youth chairman Anthony Loke have been tasked with wooing selected Malays.

It was reported that the party leaders have been meeting "Malay opinion-makers in small closed-door discussions dealing with issues concerning Islamic state, hudud and Bumiputera affirmative action".

'DAP more relevant to Malays now'

Ariff and Aspan have been the target of pro-Umno bloggers who have among others accused the duo of treason.

But according to Ariff, DAP is 'more relevant' to the Malays now than Umno.

"Don't read our move as blasphemous or treasonable. I believe the DAP is more relevant and functional in achieving a more democratic and abuse-free society than Umno.

"In DAP I can speak on the plight of the displaced and disowned Malays with more energy than allowed of in Umno.

"Umno has turned its back on corruption and abuse of political office. DAP abhors these traits. To me these are are attractive propositions.

"As a Muslim, we are changing wadah not aqidah…that is what Umno fears. It fears that its monopoly over Malays is broken, " said Ariff, who is also an FMT columnist.

Last week DAP Youth chief Anthony Loke had reportedly said that the party had approached Ariff and Aspan but 'no decision has been made'. -FMT


Ulasan GB

Begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pemimpin UMNO dan media massanya menyerang DAP bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, dua blogger hebatnya kini menyertai DAP.

Melopong UMNO kali ini, apa tidaknya, Sakmongkol AK47 (Mohd Ariff Sabri Aziz) adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula seorang veteran Umno Negeri Sembilan yang tajam penanya, lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu.

Lagi kuat UMNO hentam DAP, lagi ramai ahli UMNO sendiri yang akan sertai DAP. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan.

[BONGKAR] Misteri Orang Minyak Di Gombak, 3 Bekas Minyak Hitam Ditemui

Posted: 02 Jan 2012 05:40 AM PST

Misteri bekas orang minyak

GOMBAK – Tiga bekas berisi minyak hitam dan satu botol minyak zaitun ditemui dalam sebuah rumah kosong di Jalan Laksamana 1/5.

Barangan tersebut ditemui susulan maklumat yang diterima unit rondaan penduduk mengenai satu lembaga yang melompat ke rumah tinggal berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Penduduk, Norhan Shafiq, 22 berkata, dia memberanikan diri memasuki kawasan rumah kosong bagi membuat pemeriksaan sebelum terjumpa bekas minyak berkenaan.

"Saya jumpa bekas berwarna kuning di dalam tandas manakala dua lagi bekas minyak dan satu botol minyak zaitun ditemui di bilik utamanya," katanya.

Sementara itu pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa helai pakaian di dalam rumah tersebut.

Penduduk mensyaki rumah kosong tersebut menjadi lokasi sementara suspek menyembunyikan diri dan bertukar orang minyak.


Bagaimanapun rondaan sehingga jam 6.00 pagi tidak menemui sebarang perkara pelik di sekitar kampung tersebut.

Orang minyak' ganggu Kampung Laksamana

GOMBAK: Kebanyakan orang mungkin hanya pernah mendengar atau melihat 'orang minyak' dalam filem sahaja.

Namun, bagi penduduk Kampung Laksamana, serangan orang minyak dipercayai benar-benar berlaku di kampung itu.

Ini menyebabkan ramai penduduk kampung tidak lena tidur dan telah pun mengatur kumpulan sukarelawan melakukan rondaan di kawasan kampung.

Hampir 40 penduduk, yang terbahagi kepada kumpulan yang dianggotai antara lima dengan 10 orang setiap kumpulan, meronda kawasan kampung yang terletak kira-kira dua kilometer dari Batu Caves, awal pagi Khamis lalu.

Setiap anggota dilengkapi lampu suluh dan sebatang kayu.

Menurut penduduk kampung itu, mereka diganggu bukan satu tapi dua makhluk yang dipercayai orang minyak sejak 10 hari lalu.

Kebanyakan penduduk mendakwa mereka telah melihat atau mendengar gerakan orang minyak itu kawasan Pangsapuri Laksamana dan Jalan Laksamana 1.

Kesemua mereka mendakwa kedua-dua orang minyak itu hanya memakai cawat dan badan mereka kelihatan berkilat kerana disaluti minyak hitam.

Menurut salah seorang penduduk yang mengaku pernah ternampak kedua-dua orang minyak itu, Encik Aslam Khan, 33 tahun, salah seorang orang minyak itu agak tinggi, berbadan tegap dan botak, manakala seorang lagi orang minyak agak kurus dan berambut kerinting.

'Saya nampak orang minyak yang botak itu bersembunyi di belakang tangki air sebuah rumah sekitar 2 pagi. Bunyi nafas orang minyak itu cukup kuat seperti seekor lembu,' katanya.

Tambahnya, penduduk kampung telah menemui beberapa tempat yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua orang minyak membaca mantera dan mandi minyak.

Mereka telah membuat laporan polis, selain cuba mendapatkan bantuan bomoh dan menunaikan solat hajat sebagai memohon perlindungan.

Tambah Encik Aslam, sehingga orang minyak itu tertangkap, penduduk kampung akan terus menjalankan rondaan.


Orang Minyak Mengganas Di Gombak

Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.

Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

"Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah," katanya ketika ditemui semalam.
Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

Menurutnya, kejadian kemuncak berlaku awal pagi Sabtu lalu apabila orang minyak tersebut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarganya berada di dalam rumah.

"Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri," katanya.

Menurutnya, turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.

Kamal Bahari berkata, adik iparnya yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu.

"Syukur adik ipar saya kini sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut, namun keluarga masih trauma dengan keadaan itu terutama adik perempuan saya yang berumur 22 tahun," katanya.


Lagi Kes Bawa Anak Semasa Berasmara

Posted: 02 Jan 2012 04:00 AM PST

Guru berkhalwat bawa anak

AMPANG - Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi semalam.

Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah untuk memadu asmara.

Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama pasangannya.

"Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan," katanya.

Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala pasangannya seorang kontraktor.

"Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik," katanya.

Di hotel berasingan, sekumpulan pemuzik lelaki perempuan bukan muhrim dari Singapura dicekup tidur sebilik.

"Difahamkan mereka pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk membuat persemba-han," katanya.

Beliau berkata, turut ditahan, seorang lelaki warga Pakistan bersama pasangannya warga Indonesia.

Wanita yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai pembantu pelayan restoran, manakala pasangannya berusia 31 tahun itu seorang kontraktor.

Operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Pegawai Masjid Nurrusaadah di Kampung Cheras Baru, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan dan Masjid Masjid Ubudiah Kampung Tasek Tambahan.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Tiada ulasan: