Selasa, 3 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Najib Razak Dimalukan Di Pekan

Posted: 02 Jan 2012 10:14 PM PST

Najib Razak Kena Tipas Di Pekan?

Ha Najib Razak menerima pukulan kecil tetapi memedihkan (kena tipas) apabila bekas Ketua Penerangan Umno Pekan yang juga bekas Adun Pulau Manis Mohd Ariff Sabri Aziz (foto) dikatakan telah meninggalkan Umno untuk menyertai DAP.

Walaupun Ariff kini hanya ahli biasa tetapi memandangkan beliau bekas pimpinan peringat bahagian Pekan dan bekas wakil rakyat tindakan Ariff itu memalukan Najib sebagai presiden Umno. Seperti mana yang dilaporkan dan dicatat dalam blognya "Sakmangkol", Ariff menjelaskan dia kecewa dengan perjuangan Umno kini.

Tindakan Ariff itu mencerminkan usaha Najib untuk melakukan transformasi Umno tidak menjadi dan mendapat kepercayaan orang yang berada di bawah dagunya sendiri.


Antara lain Ariff dipetik sebagai menganggap Umno kini telah bertukar menjadi Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal. Katanya juga Umno kini telah menjadi wadah untuk mencuri harta rakyat.

Mungkin apa yang dimaksudkan Ariff itu mengambil apa yang berlaku dalam NFC. Pemberian dana khas kepada orang Umno untuk membangunkan projek lembu gemuk bernilai RM250 juta cukup menjengkilkan beliau.

Katanya lagi Umno kini menjadi tempat orang Melayu meminta sedekah dan bukan pemberian rezeki kepada orang Melayu.

Berdasarkan catatan beliau di dalam blog yang dipetik itu memberi gambaran Ariff akan meninggalkan parti berkenaan dan akan menyertai DAP. Mengenai DAP pula kata Ariff dia kagum dengan parti berkenaan dan percaya DAP kini relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara demokratik dan bebas.

Beliau menunjukkan contoh, katanya; "dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno. Manakala Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik."

Sementara itu bekas tokoh Umno tahun 80-an Aspan Alis juga dikatakan meneyertai DAP. Beliau dikatakan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dalam pilihan raya akan datang.

Saya akan cuba mendapatkan Aspan petang ini untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung kedudukan dirinya dan juga beberapa remours yang bertiup ke belakangan ini. [wm.kl.1:28 t/hari 03/12/12/]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/susupan-tengahari.html

Kereta Safwan Anang diserang, cermin dipecahkan

Posted: 02 Jan 2012 07:58 PM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan: Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.

Isterinya, Masturah Abu Bakar memberitahu, kereta Kenari milik mereka itu diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.

Menurutnya, beliau mendapat panggilan dari seorang rakan yang memaklumkan perkara itu pada pagi berkenaan, lapor Malaysiakini.


"Safwan masih belum sempat buat report, kesihatan beliau masih tidak mengizinkan," katanya dalam satu sms. Masturah berkata, suaminya itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta pagi ini, selepas mengadu masih sakit dada setelah menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Slim River, petang semalam.

Pada protes tahun baru itu, polis cuba menyuraikan bantahan itu dan ketika mengheret pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), beliau dilaporkan pengsan.

Dakwa Safwan, polis menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras dan dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

Pihak polis bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" semasa ke klinik berdekatan. Video kejadian yang dimuatnaik di Youtube juga tidak menunjukkan sebarang keganasan oleh pihak polis.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25000

UPSI akan tetap teruskan kes tatatertib terhadap Adam Adli.

Posted: 02 Jan 2012 07:55 PM PST

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) kekal dengan pendirian mahu mendengar kes tatatertib terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan banting berupa bendera Datuk Seri Najib Razak bulan lalu, 9 Januari ini.

Walaupun didesak pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari.

Menurutnya, meskipun perhimpunan di pekarangan Upsi awal pagi semalam bertujuan mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya.


"Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ," katanya.

Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi.

Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan tindakan tatatertib.

Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semalam.

Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.

"Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi," katanya.

http://www.utaranews.com/2012/01/upsi-akan-tetap-teruskan-kes-tatatertib.html


Polis diingatkan tak ulang insiden 'mata lebam'

Posted: 02 Jan 2012 07:24 PM PST

Polis diingatkan supaya tidak mengulangi insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kecederaan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim.

Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss merujuk kepada kenyataan polis Perak kelmarin bahawa mahasiswa tercedera bukan akibat terlanggar pintu kaca sebuah klinik dan bukannya akibat kekerasan pasukan keselamatan.

"Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri. Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri," katanya.


"Kami berharap pihak polis jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan perbuatannya sendiri dan akhirnya apabila
terbongkar barulah rakyat sedar sebenarnya perbuatan pihak polis sendiri."

Dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang salinannya diberikan pada media, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya berharap tiada unsur 'menipu' dalam insiden di hari tahun baru itu.

Pemuda PAS juga mendesak agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan ekoran penafian polis tersebut dan meminta agar Suruhanjaya Asasi Manusia (SUHAKAM) turut dilibatkan di dalamnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijadual akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur awal petang ini.

http://www.malaysiakini.com/news/185508

Kempen anti-Gardenia bukti ketegangan kaum meningkat apabila dihimpit masalah ekonomi

Posted: 02 Jan 2012 07:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan "syarikat kroni" yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.


Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

"Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman," kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center.

Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: "Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind."

Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu.

Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk "berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan."

"Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring," kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk "memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu."

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain.

Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kempen-anti-gardenia-bukti-ketegangan-kaum-meningkat-apabila-dihimpit-masalah-ekonomi/


Polis: Sertai himpunan 9 Jan hina sistem keadilan negara

Posted: 02 Jan 2012 04:09 PM PST

Tindakan menghasut orang ramai untuk berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 9 Januari ini boleh menggugat ketenteraman awam selain menghina pentadbiran sistem keadilan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara.

"Banyak kain rentang yang digantung di tempat awam, serta mesej-mesej melalui media sosial yang mengajak dan menghasut orang ramai supaya berkumpul di perkarangan mahkamah pada hari mahkamah membuat keputusan kes perbicaraan (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Jan ini.


"Ini adalah menghairankan kerana mahkamah masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai kes tersebut," katanya dalam kenyataan dalam Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata setakat ini, 168 laporan polis diterima di seluruh negara daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, peniaga, persatuan, ahli politik dan orang awam sebagai membantah kempen mengadakan perhimpunan itu.

"Saya berharap pemimpin atau penganjur perhimpunan tersebut menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan itu kerana ia akan menyusahkan orang ramai, khususnya masyarakat umum di Kuala Lumpur," kata Mohmad dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta penulis-penulis blog yang menggesa orang ramai menyertai perhimpunan itu supaya menghentikan penulisan mereka dengan serta-merta.

Melahirkan pandangan serupa dengan Khalid, Mohmad berkata: "Perbuatan itu boleh mengundang berlakunya pelanggaran undang-undang, menggugat ketenteraman awam dan menghina pentadbiran sistem keadilan negara kita."

Beliau menegaskan orang ramai tidak perlu menerima sebarang hasutan kerana sama ada bebas atau tidak seseorang yang dituduh, bergantung kepada keputusan mahkamah yang berpandukan kepada sistem keadilan jenayah yang diamalkan di negara ini.

Mohmad seterusnya mengeluarkan amaran berikut: "Pada hari tersebut, sesiapa yang terlibat atau menyertai mana-mana pihak untuk meneruskan juga perhimpunan ini, polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada."

Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata polis akan mengumumkan persediaan untuk menghadapi rancangan perhimpunan tersebut, termasuk penutupan jalan.

"Kita (polis) akan mengadakan sidang media pada masa terdekat tetapi belum memutuskan bila ia akan diadakan," kata Rusli ketika dihubungi Bernama.

Beliau tidak menolak kemungkinan persiapan yang akan dilakukan pihak polis sama seperti apa yang dibuat untuk perhimpunan haram 9 Julai tahun lalu.

Safwan akan ambil tindakan mahkamah insiden di UPSI

Posted: 02 Jan 2012 07:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

"Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.


"Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan "tiada pergelutan" berlaku apabila tangkapan dibuat.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata "tindakan perlu" diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa "tercedera sendiri".

"Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.

Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.

"Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah," katanya lagi.

Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis.

Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan.

Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.

Ketika kejadian berkenaan, Safwan dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/safwan-akan-ambil-tindakan-mahkamah-insiden-di-upsi/

Aziz Bari Pengkhianat Bangsa Dan Agama Serta Dibiayai Kerajaan Jerman

Posted: 02 Jan 2012 07:00 AM PST

Aziz tak layan tuduhan Ezam sesumpah

Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menafikan segala tuduhan yang dibuat Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor kononnya beliau adalah pengkhianat agama dan bangsa.

Aziz juga berkata, beliau enggan terjebak dalam pertikaman lidah dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu, yang padanya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuduhnya berbuat sedemikian.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga membidas Ezam yang menuduhnya mendapat tajaan daripada sebuah yayasan di Jerman untuk menghasilkan buku- buku perundangannya.


"Yayasan Jerman apa? Dia kena spesifik dan jelas macamana saya buat buku dan sebagainya. Tetapi saya malas nak layan dia, terpulang pada dia.

"Tak betul fakta itu, dia kena periksa balik. Dia jangan main tuduh saja," tegas Aziz.

Ezam semalam mendakwa Aziz mendapat wang royalti hasil penulisannya terlebih dahulu biarpun buku- bukunya belum dijual dipasaran.

Ezam juga mendakwa Aziz mendapat tajaan daripada sebuah yayasan dari Jerman untuk membiayai kajian dan penyelidikannya sehingga berjaya menerbitkan karya perundangannya.

Yayasan tersebut katanya bertanggungjawab menghimpunkan para intelektual dari seluruh dunia untuk membuat satu ketetapan untuk menyamakan semua agama.

"Dia ada bukti bawalah. Buat apa dia nak lawan saya sebab saya tak nak lawan dia. Itu suka hati dia. Saya taknak layan dia," katanya.

Ezam yang berucap di Perhimpunan Penerangan Perdana di Shah Alam semalam bertindak menyerang Aziz yang kurang 48 jam mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 akan datang.

Aziz juga enggan melatah apabila Ezam menuduhnya menyerang Sultan Selangor yang menyokong pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara, Ogos lepas.

"Suka hati dialah (Ezam Mohd Nor). Kalau dia faham apa dia cakap atau tak faham suka hati dia. Saya tak mahu layan dia. Dia boleh cakap apa yang dia suka," katanya.

Ezam sebaliknya mempertahankan tindakan Umno mengkritik institusi istana kononnya kerana mahu mempertahankan imej institusi itu.

Ketika ditanya AntaraPos.com, Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyaman Ezam jika tuduhan terhadapnya terlalu tersasar dari kenyataan sebenar.

Minggu lalu, Aziz mengesahkan beliau berbesar hati untuk bertanding pada PRU akan datang namun enggan berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti.

Beliau sebaliknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen semata- mata.


Raja Petra Kamarudin adalah ‘blogger upahan Umno’

Posted: 02 Jan 2012 05:51 AM PST

Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.


Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamarudin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing.

"Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamarudin, yang kini semakin diketahui sebagai 'blogger upahan Umno' juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibuu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini.

"Terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurutnya, harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

"Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya," katanya.

Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.

Dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.

"Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita," ujarnya.

Tambahnya, nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.

Harakah Daily

Orang Kuat Raja Petra Letak Jawatan

Posted: 02 Jan 2012 04:08 AM PST

Wawancara RPK: Presiden MCLM letak jawatan

Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam.

Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.


"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).


"Kami dibelasah, ditumbuk dan ditendang,”

Posted: 02 Jan 2012 04:02 AM PST

SHAH ALAM – Kumpulan mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan menuntut kebebasan Adam Adli Abdul Halim dan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi mahu Datuk Seri Najib Tun Razak agar memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam berhubung kekasaran pihak polis.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, tindakan polis melakukan kekasaran terhadap mereka termasuk menyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang cedera parah tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Haziq, tindakan polis menumbuk dan menendang untuk meleraikan demonstrasi adalah tidak relevan kerana kumpulan mahasiswa terbabit tidak melakukan apa-apa yang mencetuskan keganasan dan hanya baring beramai-ramai di depan pintu utama Upsi.


"Kami kesal atas tindakan polis berkenaan, selain meminta Datuk Seri Najib memohon maaf dalam tempoh 24 jam, kami juga akan membawa kes ini kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Dalam perkembangan berkaitan seramai 17 mahasiswa yang ditahan di Balai Polis Tanjung Malim telah dibebaskan sekitar 4 petang tadi.

Safwan masih dirawat di Hospital Slim River dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menceritakan insiden yang berlaku malam tadi, Haziq berkata mereka mula berkumpul di pintu utama Upsi pada jam 1.50 pagi dan sempat memberi ucapan selama 10 minit sebelum pihak polis dan FRU tiba.

"Polis memberi amaran supaya menghentikan perhimpunan jika tidak akan sembur gas pemedih mata dan ketika kami ingin ke depan pintu pagar Upsi, tiba-tiba seorang pegawai polis datang, ingin menarik Safwan ke trak polis.

"Mahasiswa yang berhimpun menjadi marah dan berlaku pergelutan antara kami dan polis, dan di situ kami dibelasah, ditumbuk dan ditendang," katanya.

Haziq berkata, Safwan yang pernah mempunyai rekod perubatan di mana tulang mukanya pernah retak, telah ditumbuk oleh pegawai polis mengakibatkan dia menggigil kesakitan dan rebah di atas jalan.

Jelas Haziq, insiden memecah pintu masuk Klinik Syifa berhampiran adalah kerana keadaan memaksa iaitu ingin membantu Safwan yang menggigil dan berlumuran darah.

"Kami tidak dapat membawa Safwan ke hospital kerana kunci kereta sudah dirampas, lalu pergi ke klinik berkenaan dan merayu kepada pembantu jururawat agar membuka pintu tetapi enggan berbuat demikian.

"Tiba-tiba berlaku adegan tolak-menolak antara kami dan pihak polis di depan pintu klinik menyebabkan pintu itu pecah, ramai yang cedera akibat insiden itu tetapi polis tidak memberi sebarang bantuan perubatan kepada kami," katanya.

Haziq, antara 17 mahasiswa yang ditahan berkata, Safwan kemudiannya dibawa ke hospital dengan kereta rakannya.

"Saya dan 16 yang lain dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan, kemudian ditahan beberapa jam sebelum dibebaskan petang tadi," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: