Sabtu, 28 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Penjelasan Anwar Ibrahim tentang Isu "Sokongan kepada Israel" dalam Wall Street Journal

Posted: 28 Jan 2012 07:00 AM PST


Saya petik:

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM



[PANAS] Debat: Anwar SINDIR Najib Tahap Maksimum di Twitter

Posted: 28 Jan 2012 05:55 AM PST



Saya petik:

[MK] Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat cabaran berdebat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak - kali ini menjanjikan untuk memberi lebih masa kepada perdana menteri.

"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit," katanya di Twitter.

Anwar yang juga ketua umum PKR pemimpin, telah berkali-kali mencabar Najib dan yang paling baru mencabarnya berdebat mengenai dasar-dasar negara, sewaktu Persidangan Pakatan Rakyat yang ke-3 di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari.

Setakat ini, Najib tidak pernah menyambut cabaran-cabaran yang dibuat oleh Anwar itu.

Bagaimanapun, pada bulan Januari tahun lalu, Najib berkata beliau tidak takut untuk berdebat Anwar tetapi berkata ketua pembangkang itu hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan kes liwat terhadapnya dan isu-isu peribadi yang lain.

Pada 9 Januari lalu, Anwar telah dibebaskan daripada pertuduhan liwat tetapi pihak pendakwaan memfail rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.

"Ia mempamerkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya," tambah beliau.



P/s: Kalau TM jadi Najib, tak tahu nak letak muka di mana. Malu gila! Najib tak ada rasa malu ke?
 
Sebelum ini, Najib pernah menyindir Anwar dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang itu akan demam jika berdebat dengannnya.

Katanya, "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,"

Kah kah kah!



[Sadis&Tragis] Ibu Rela Tubuh DIRATAH Penyamun Demi Keselamatan Anak

Posted: 27 Jan 2012 11:03 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau dua anaknya dibunuh. Itulah pilihan yang diberikan seorang penyamun kepada wanita berusia 32 tahun ketika suspek memecah masuk sebuah taska untuk menyamun dalam kejadian di Bukit Puchong, di sini, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu taska di premis berkenaan terpaksa 'merelakan' tubuhnya diratah suspek demi memastikan keselamatan dua anaknya berumur dua dan tiga tahun.

Difahamkan, mangsa baru bekerja di premis berkenaan sejak sebulan lalu dan turut menetap di taska itu.

Malah, mangsa mendakwa kejadian menimpanya itu bukanlah pertama kali berlaku kerana insiden sama pernah menimpa bekas pekerja taska itu beberapa bulan lalu. 

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.  



P/s: Celaka lahanatlah kepada penjenayah tidak berhati perut itu!


[Wajib Baca] Ghani Othman Cadang Gadaikan Saham Bumiputera kepada Warga Asing

Posted: 27 Jan 2012 10:00 PM PST

Saya petik:

PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA

Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi "syarikat persendirian".

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.



2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato' Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta. JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini. Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden "terlepasnya Pulau Batu Puteh" akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion. Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status "syarikat persendirian" supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu. Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan "superman" yang dikatakan oleh Tan Sri Dato' Ali Hashim yang menyebabkan Dato' Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh "penasihat" atau mungkinkah Dato' Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak "superman" dan "penasihat" dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan "20 percent". Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau 'supermannya' dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato' Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato' Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato' Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

"MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor





P/s: Siapa kata UMNO membela Melayu? Tolong fikir semula!






Kerana Merengek Mahu Sarapan, Ibu Belasah Anak

Posted: 27 Jan 2012 08:00 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] BATU PAHAT: Hanya kerana merengek meminta disediakan sarapan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dicampakkan ke dinding oleh ibunya selepas dipukul berkali-kali di rumah mereka di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 7 pagi ketika kanak-kanak berkenaan sudah siap memakai pakaian seragam untuk ke sekolah. Sumber polis berkata, sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 30-an, sedang bersiap hendak menghantar anaknya itu ke sekolah berhampiran, namun mangsa merengek meminta diberikan sarapan terlebih dulu.

"Berikutan itu, suspek dikatakan naik angin lalu memukul mangsa berkali-kali sebelum mencampaknya ke dinding. Wanita itu kemudian menghantar anaknya ke sekolah dan memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa.

"Bagaimanapun, beberapa ahli keluarga menyedari kesan lebam pada mangsa memujuk kanak-kanak itu menceritakan apa yang berlaku," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan ketakutan, mangsa menceritakan kejadian menimpanya dan ahli keluarga ibunya cuba menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun usaha itu dihalang suspek .

"Suspek turut memberi amaran kepada ahli keluarganya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa," katanya.

Keluarga suspek kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari yang sama.



P/s: Pertama, memang lahanat si ibu yang membelasah anaknya itu.

Kedua, orang macam ini sepatutnya tidak berkahwin dan mempunyai keluarga.


Nasharuddin Mat Isa Buat Laporan Polis, Mengapa?

Posted: 27 Jan 2012 06:41 PM PST





Laporan polis itu gara-gara gambarnya tertera dalam poster yang melibatkan program Hasan Ali.

Baca lanjut di sini.


P/s: Eloklah Nasharuddin "menjauhkan" diri daripada program Hasan Ali yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Biarlah Hasan Ali sahaja yang menjadi kuda tunggangan pihak tertentu!


Pelantikan Tauke GELANG Sebagai Duta Pelancongan Perak Dipertikai

Posted: 27 Jan 2012 05:36 PM PST


Saya petik:

[HM] IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan. 

"Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



P/s: Artis yang baru bergelar Datuk ini juga baru bergelar ahli UMNO. Semasa dia teruk "dibelasah" oleh jurublog dan orang ramai di internet berkaitan dengan isu gelang "beli RM25, jual RM1000", artis ini mendapat "back up" yang hebat daripada jurublog UMNO dan NGO yang ada kaitan dengan UMNO. Jadi, apa yang hendak dihairankan kalau dia dilantik sebagai duta pelancongan walaupun bukan berasal dari Perak?




Tiada ulasan: