Sabtu, 28 Januari 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


MENEGUR PEMERINTAH SECARA TERBUKA? [2]

Posted: 27 Jan 2012 04:26 PM PST


[1]

Sebelum mengeluarkan sesuatuhukum, jangan hanya dilihat dari sudut yang literal, tetapi hendaklah dilihatjuga kehendak nas. Antara kehendak nas itu adalah, perlu dilihat dari sudutmaalat al-Af'al, atau implikasi terhadap sesuatu perbuatan.

Jika diperhatikan kepadadefinisi hukum, perkara ini amat nyata. Contohnya definisi hukum dalam mazhabHanafi. Ini kerana, definisi hukum syarak di sisi mereka adalah, tidak semata-mata bermaksud harus atau taat sahaja,tetapi ia perlu dilihat kepada kesan perbuatan syarak atau perlu dilihat kepadatujuan akhir[1]. Dengan erti kata yang lain, dalam mazhab hanafi, iamesti wajib, sunat dan harus, tetapi perlu dilihat kepada maqasid dan maalatal-afal (implikasi).

Malahan, ada sebilanganulama-ulama dalam mazhab selain hanafi juga memandang pentingnya implikasidalam fiqh. Antaranya adalah al-Imam al-Mawardi yang bermazhab Syafiemenyatakan;

"Setiap tindakan yang menyebabkan tidaktercapai kepada tujuan akhir, maka tindakan itu batal[2]"

Turut memandang kepentinganmelihat kepada implikasi ini adalah al-Imam as-Syatibi. Ini kerana, beliau adamenyatakan;

            "Melihat kepada implikasi terhadap segala perbuatanadalah perkara yang diperakui dan merupakan tujuan secara syarak, sama adaperbuatan itu bersifat muwafaqat (melayu : selari) atau bersifat mukhalafah(melayu : menyalahi/tidak selari). Demikian itu adalah bahawa mujtahid tidakboleh berhukum terhadap sesuatu perbuatan dari perbuatan-perbuatan yangdisandarkan kepada mukallaf (melayu : orang yang diberati hukum) dengan merekamelaksanakan (sesuatu tuntutan hukum) kecuali selepas melihat kepada kesan(atau : implikasi) terhadap perbuatan tersebut[3]"

[2]

Antara contoh-contoh bagimemahami perkara ini adalah seperti berikut;

Pertama;
Firman Allah;

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

"Dan janganlah kamu memakisembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akanmemaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan"( Surah Al-'An'am, ayat 108)

Menurut Dr al-Raisuni[4],dari sudut hukum asal, memaki sembahan-sembahan selain Allah adalah dibenarkan.Namun begitu, dibimbangi ia memberi implikasi yang buruk disebalik memakisembahan-sembahan itu, iaitu menerima makian balas terhadap Allah SWT darimereka, maka perkara itu diharamkan oleh Allah SWT.

Kedua;
Daripada Aisyah R.Ha,sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ada berkata kepadanya;

أَلَمْ تَرَيْ أَنَّ قَوْمَكِ لَمَّا بَنَوْا الْكَعْبَةَ اقْتَصَرُوا عَنْ قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَرُدُّهَا عَلَى قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ

            "Apakah kamu tidak melihat sesungguhnya kaum kamuketika mereka membina kaabah, mereka membataskan pada qawaed Ibrahim". Aku(Aisyah) bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, kenapa tidak kamu kembalikannya padaqawaed Ibrahim?". Nabi Muhammad SAW menjawab, "kalaulah tidak kerana baru kaumkamu meninggalkan kekufuran, pasti aku sudah lakukan"( Sahih Al-Bukhari, BabKelebihan Makkah dan binaannya, hadis no : 1480)

Dari sudut hukum asal,kembalikan Kaabah pada batasan Qawaed Ibrahim itu adalah satu perkara yangwajib. Namun, dibimbangi mendatangkan implikasi yang buruk, iaitu perbalahansesama bangsa Quraish yang baru sahaja memeluk Islam, menyebabkan iaditangguhkan dulu oleh Rasulullah SAW.

[3]

Puak-puak literalis mengatakantidak boleh mengugurkan pemerintah yang zalim. Ekoran itu juga, tidak bolehmenegur pemerintah Negara secara terbuka. Hadis yang dibacakan mereka ituadalah seperti berikut;

مَنْ أَرَادَ أَنْيَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلَا يُبْدِ لَهُ عَلَانِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْبِيَدِهِ فَيَخْلُوَ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ وَإِلَّا كَانَ قَدْأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ

"Barangsiapa yang mahumemberi nasihat kepada pemerintah terhadap sesuatu urusan, maka jangan lakukandalam keadaan terbuka, tetapi peganglah tangannya dan menyendiri dengannya.Sekiranya ia menerima, itu yang sepatutnya. Sekiranya tidak menerima, sesungguhnyadia telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap pemimpin tersebut"

Ulasan hadis ini adalahseperti berikut;

Ulasan Pertama;

Hadis ini adalah hadis yanglemah (doif)[5].Alasan-alasannya adalah seperti berikut;

Satu;

Dalam hadis ini didapati Syuraihbin Ubaid al-Hadhrami mengambil hadis dari Iyadh bin Al-Ghanm. Didapati kedua-duaperiwayat hadis ini tidak pernah bertemu. Ini kerana, kelahiran Syuraih binUbaid ketika Iyadh bin al-Ghanm telah meninggal dunia.

Dua;

Dalam kitab al-Sunnah olehAbu Asim (1097), dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Muhammad binIsmail. Menurut al-Hafiz dalam kitab al-Isobah, beliau adalah seorang yangterlalu lemah.

Tiga;

Dalam al-Mustadrak (5269),dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Ishaq bin Ibrahim. Menurut ImamAl-Nasaie bahawa dia tidak siqah (tarikh Damsyik), dan imam Abu Daud pulamenyatakan bahawa dia tidak ada apa-apa pun (mizan al-iktidal).

Ulasan Kedua;

Jika DIANDAIKAN saheh atauhasan sekalipun hadis ini, perlu diperhatikan bahawa hadis ini bukan bersifatmutlak, tetapi ia bersifat maalat al-Af'al atau perlu diilihat kepada implikasihadisnya. Ini kerana, hadis ini ada sambungannya, iaitu bahawa Iyyad bin Ghanmberkata kepada Hisyam seperti berikut;

فَهَلَّا خَشِيتَ أَنْيَقْتُلَكَ السُّلْطَانُ فَتَكُونَ قَتِيلَ سُلْطَانِ اللَّهِ تَبَارَكَوَتَعَالَى

"apakah kamu tidak takutbahawa sultan Allah (pemerintah) akan membunuh kamu, maka jadilah kamu orangyang dibunuh oleh Sultan Allah (pemerintah)"

[4]

Jadi, merujuk kepada hadis diatas sebagai alasan untuk mengatakan tidak boleh menegur pemerintah secaraterbuka seperti yang didakwa oleh puak-puak literalis adalah tidak tepat dantidak benar sama sekali. kesalahan merujuk kepada hadis ini, sama ada hadis iniadalah hadis yang lemah, ataupun jika di andaikan sahih sekalipun, ia adalahbersifat Maalat al-Af'al, iaitu melibatkan kepada implikasi terhadap sesuatuperbuatan.

Dengan maksud, hukum asalmenegur secara terbuka adalah dibenarkan, tetapi sekiranya bimbang mendatangkanmudharat yang lebih besar, maka ia dilarang. Namun begitu, dalam kerangkaNegara demokrasi, menegur secara terbuka ini merupakan perkara yang dibenarkan,malahan ia boleh mendatangkan maslahah yang lebih besar. Makanya ia adalah satutindakan yang tidak salah dari sudut Islam, tidak seperti yang didakwa olehpuak-puak literalis.

Wallahu alam.



[1] DrAbd al-Qadir bin Hirz Allah, at-ta'lil al-maqasidi: 98 - 99
[2] Al-Imamal-Mawardi, Al-Hawi Al-Kabir : 6/282
[3] Al-Imamas-Syatibi, Al-Muwafaqat : 4/194.
[4] Al-Muhadarat fi Maqasid al-Syariah.
[5] Al-Jahr wa al-'Ilan bi Dho'f Hadis al-Kitman fi Munasah al-Sultan.

Tiada ulasan: