Rabu, 25 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Wajib Baca] Isu UTAMA: Adakah Pemberian Pinjaman Mudah/Dana RM250 Juta kepada NFCorp Mengikut Peraturan Kewangan Kerajaan? Adakah Wujud Unsur Pecah Amanah?

Posted: 25 Jan 2012 06:40 AM PST


Saya petik:


Isu Pokok: Pinjaman Mudah kepada NFCorp

[KD] KUALA LUMPUR 25 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, soal pokok dalam isu penyelewengan Pusat Fidlot Nasional (NFC) ialah pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.


Manakala modal berbayar  berjumlah  RM1.11 juta disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya suami dan anak-anak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Keluarga Shahrizat, katanya turut memiliki kepentingan 100 peratus dalam syarikat National Livestock and Meat Corp Sdn Bhd (NLMC), dan Asian Bioscience Corp Sdn Bhd (ABC).

"Melalui NLMC ini pula, puluhan juta dana NFC disalur ke Restoran Mewah milik keluarga Shahrizat iaitu Real Food company Sdn Bhd," kata beliau kepada keadilandaily.com.

Melalui NLMC ini juga katanya, dana NFC disalur untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan perbelanjaan lain seperti didedahkan KEADILAN sebelum ini. 

"Penyaluran dana ini merupakan pecah amanah kerana ia tiada kaitan dengan tujuan dana NFC iaitu berkaitan projek penternakan Lembu," katanya.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mengakui Pusat Fidlot Nasional mempunyai banyak kelemahan memandangkan kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan pada Mei 2009.

Ambrin juga berkata, audit yang dijalankan itu juga memfokuskan ke atas projek NFC dan bukannya NFCorp.

Sebelum ini KEADILAN tampil mendedahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan NFCorp.

Antaranya membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan. 

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009. 

Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi 
Projek Impak Tinggi yang melulus projek seumpama itu.


Jangan Alihkan Isu
 
[HD] Soal kekeliruan Laporan Ketua Audit Negara tidak lagi berbangkit kerana terlalu banyak perkara meragukan mengenai Fidlot Nasional Corp (NFCorp) yang didedahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menekankan, isu utama berkaitan dengan NFCorp ialah adakah dana RM250 juta yang diterima dari kerajaan oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kini bercuti dari jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan.

"Itu isu utama mengenai NFCorp. Adakah pemberian dana RM250 juta kepada NFCorp dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan?

"Selain itu, isu utama yang lain ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya," kata Mahfuz.

Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tidak ada langsung penjelasan yang meyakinkan ke atas dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.

Tidak ada juga penjelasan yang memuaskan terhadap dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009, kata Mahfuz lagi.

Oleh sebab itu, kata beliau, tidak perlulah Pengerusi NFCorp yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membangkitkan isu kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara antara NFCorp dan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Jawablah dahulu pendedahan-pendedahan yang dibuat itu sehingga umum yakin dan percaya bahawa NFCorp tidak menyalahgunakan wang RM250 juta untuk projek lembu itu memandangkan Salleh sendiri sebelum ini mengakui wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium kononnya untuk pelaburan

"Jangan mudah membuat dakwaan kononnya ada kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara,"
kata Mahfuz.

Salleh sebelum ini mendakwa, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang berada dalam keadaan kucar kacir bukanlah NFCorp.

Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mempersoalkan dengan lebih lanjut mengenai pelbagai perkara yang meragukan dalam NFCorp, Mahfuz bertanya, mengapa timbul dakwaan bahawa seorang pegawai yang dipecat dari syarikat milik suami dan anak-anak Shahrizat itu menjual maklumat kepada pembangkang?

"Sebagai andaian, katakanlah maklumat dijual kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Jika tidak ada sebarang perkara yang meragukan dan perniagaan berjalan NFCorp berjalan dengan telus dan bersih, tidak mungkin Rafizi, seorang akauntan bertauliah mahu membeli maklumat yang didakwa dijual oleh pegawai NFCorp yang dipecat itu," kata beliau.

Mahfuz menambah, jika benar ada rahsia NFcorp yang dijual, ia bermakna ada perkara yang dirahsiakan.

"Rahsia apa? Adakah rahsia mengenai perbelanjaan yang tidak ada kaitan dengan projek lembu yang membolehkan NFCorp mendapat dana RM250 juta itu dari kerajaan?" soal beliau. 


Berkaitan:
Skandal NFC: Suami Shahrizat cuba alih isu- Azan

[KD] KUALA LUMPUR 25 Jan: Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Mohamad Salleh Ismail, didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat apabila menyatakan NFC Corp miliknya adalah entiti berasingan dengan NFC.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menafikan kenyataan suami Datuk Seri Shahrizat Jalil itu, sebaliknya menegaskan kedua-dua syarikat berkenaan mempunyai kaitan antara satu sama lain dalam projek penternakan lembu yang diusahakan.

"Datuk Seri Mohamad Salleh cuba mengalih isu. Isunya bukanlah syarikat itu milik siapa tetapi isu pokok yang menjadi perhatian rakyat ialah dana RM250 juta diseleweng.

"Walaupun kedua syarikat itu berbeza namun tetap berkait antara satu sama lain dan isu utama ialah kedua syarikat itu terbukti gagal menepati sasaran ditetapkan sehingga ditegur dalam Laporan ketua audit negara 2010.

"Bila ditegur dalam laporan audit, maknanya ada yang tidak kena dalam projek itu," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Azan mengulas kenyataan Salleh bahawa pihak audit keliru antara NFCorp- sebuah syarikat persendirian- dengan NFC yang dipunyai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Kita juga hairan kenapa baru sekarang NFCorp menjelaskan kekeliruan ini dan mengapa tidak selepas ia didedahkan LKAN 2010 pada Oktober tahun lalu," soal Azan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini mendedahkan NFC gagal menepati sasaran walaupun mendapat pinjaman mudah RM250 juta melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menterinya, pada 14 Ogos 2007.

NFCorp turut didedah mengguna wang itu membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.

Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang melulus projek berkenaan.



Isu NFC Keluarga Sharizat: Ketua Audit Negara Kesal Pihak Pertikai Intergriti Juruaudit

Posted: 25 Jan 2012 04:00 AM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal ada pihak yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya di sebalik kontroversi projek ternakan daging lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali
," kata Ambrin dalam satu kenyataan.

Ambrin berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.

Ahad lalu, Perkasa mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.

Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.

"Mohamad Salleh menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Laporan Audit Dalaman dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara.

"Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara, (Tan Sri Ambrin Buang) memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka," katanya pada satu sidang media.



Berkaitan:

Kenyataan Penuh Ketua Audit Negara

Yang berikut ialah kenyataan penuh daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang:

Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:

Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:

i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.

ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawai-pegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.

Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. 
Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.

Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?

Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.

JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.


Ingat, Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali!

Posted: 25 Jan 2012 03:08 AM PST

KASIH AYAH ... Kelihatan seorang banduan tidak melepaskan peluang cuba menyentuh tangan anak kesayangannya pada perjumpaan sempena perayaan Tahun Baru Cina di Penjara Kajang pada Rabu. Setiap keluarga banduan diperuntukkan masa selama 45 minit sahaja bermula hari ini dan berakhir pada 26 Jan di seluruh penjara di Malaysia. - fotoBERNAMA

P/s: Sila ambil pengajaran!

[PANAS] Pereka Fesyen Australia SAHKAN Rosmah Berbelanja di Butiknya...Apa Lagi Nak Kata?

Posted: 25 Jan 2012 01:00 AM PST


Saya petik:

[MK] Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.

NONE
Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini
untuk mendapatkan komennya, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald.
 
"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.

"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. "

Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera".

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.

Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.

Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan.

Artikel berkaitan di sini.


P/s: Penafian Rosmah di media baru-baru ini sudah boleh dicampak ke tepi selepas tersiarnya pengakuan pereka fesyen tersebut. Persoalannya, berapa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Rosmah di butik pereka fesyen terkenal itu  sehingga namanya kini disebut-sebut di akhbar rantau ini? Logikkah nilai pembeliannya hanya RM1000 atau RM10 000? Kalau beg tangan pun dikatakan berharga RM500 ribu, cubalah teka harga bajunya pula!



Elak Dicekup Khalwat: Seorang Atas Katil, Seorang Lagi Atas Loteng

Posted: 24 Jan 2012 11:53 PM PST


Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bersembunyi atas loteng ditahan pihak berkuasa bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Pandan Indah, awal pagi semalam.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika ditahan, lelaki berusia 20-an itu berpa­kaian lengkap, bersama pasa­ngannya berusia 22 tahun, yang hanya memakai baju tidur, kira-kira jam 4 pagi.

Pegawai masjid berkenaan, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis itu bekerja sebagai pegawai pemasaran insurans. Pasangannya baru bekerja di syarikat yang sama.

"Gadis itu mendakwa dia seorang sahaja di bilik itu, tetapi kami mengesan lelaki berkenaan menyorok di loteng. Mereka antara dua pasangan lain yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di hotel berkenaan," katanya.



 P/s: Nikahlah! 
Selepas itu, kalau nak berkurung di dalam bilik 3 hari 3 malam pun tidak ada sesiapa pun yang akan larang.

Isu Rosmah Belanja Sakan di Australia: Daripada Serang Kredibiliti, Lebih Baik Saman Wartawan dan Akhbar SMH!

Posted: 24 Jan 2012 10:52 PM PST



Ada dua isu yang dimainkan oleh jurublog UMNO untuk memulihkan imej Rosmah selepas sebuah akhbar Australia mengaitkannya dengan tabiat berbelanja sakan di negara itu baru-baru ini. Untuk imbas kembali, sila baca  di sini. dan di sini.

Pertama, jurublog UMNO seperti berpakat-pakat menyerang Andrew Hornery dengan mendakwa kolumnis Sydney Morning Herald (SMH)  itu seorang wartawan yang tidak mempunyai kredibiliti dan pernah disenaraikan antara "Australian Worst Journalist".

Kedua, mereka menyerang kehidupan seksual Andrew yang sebelum ini pernah mengaku mengamalkan cara hidup gay. Biasalah, kalau bab main jubur, jurublog kaki fitnah ini menggandakan fitnah dengan mengaitkannya dengan DS Anwar Ibrahim. Kata mereka, wartawan gay mestilah menyokong "pemimpin gay".


Mungkin serangan yang sedang hangat diperkatakan di blog pro-UMNO ini memberikan sedikit kelegaan terhadap isu yang didedahkan oleh SMH dan kini sudah mula disiarkan oleh akhbar2 utama di rantau ini. Namun serangan itu tidak memberikan impak yang sepatutnya. Orang boleh mempertikaikan serangan itu dengan mengatakan bahawa wartawan itu pernah melakukan kesilapan, dan mungkin laporan kali ini benar-benar disokong fakta dan sumber yang boleh dipercayai. Malah, wartawan itu seperti yang dilaporkan KD dan MK tetap mempertahankan laporannya sehingga kini. (Jika bercakap soal kredibiliti, cubalah kenang-kenang kredibiliti sesetengah wartawan media perdana.)

Langkah yang paling tepat diambil oleh Rosmah ialah MENYAMAN Andrew dan SMH, bukannya hanya menafikan di media dan jurublog pencacai pula melakukan serangan terhadap kredibiliti wartawan itu. Setakat respons di Facebook tadi, banyak rakan yang menunggu tindakan Rosmah menyaman wartawan dan akhbar Australia itu.


Apa Alasan UMNO Tolak DEBAT Najib-Anwar?

Posted: 24 Jan 2012 07:41 PM PST


Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

Menurutnya, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

"Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.

"Biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak kedua-dua pemimpin ini.

"Lagi pula, Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. Kerana itu saya katakan, tidak perlu adakan debat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.

"Ini medium yang baik. Ia boleh dikategorikan sebagai debat kecil, di mana setiap pertanyaan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang diajukan dan disertakan dengan jawapan sama ada lisan mahupun bertulis.

"Jadi, Dewan Rakyat sudah mempertemukan semua pemimpin dalam keadaan terbuka dan boleh membidas antara satu sama lain," katanya.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.


P/s: Alasan penakut. TM bersetuju dengan pendapat tukang komen di SH, iaitu UMNO kalau bab bersumpah nombor satu di depan, kalau ajak berdebat untuk kebenaran nombor satu di belakang. Cakap saja berapi-api!


Onar Budak 15 Tahun, Tipu Diculik, Diratah 4 Lelaki

Posted: 24 Jan 2012 06:25 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] KANGAR: Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun 'merancang' bahawa dia diculik dan dirogol membawa padah apabila dicekup bersama empat remaja lelaki termasuk teman lelakinya di sebuah hotel di Jitra, Kedah, malam Sabtu lalu.

Dalam serbuan pada jam 9 malam, pelajar sebuah sekolah menengah agama di Ayer Hitam, Kedah itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapa angkatnya menggunakan talian tidak dikenali, yang antara lain mengandungi ugutan bunuh jika kejadian culik itu dilaporkan kepada polis.

Dia berbuat demikian semata-mata untuk meluangkan masa bersama teman lelakinya tanpa diganggu ibu dan bapa angkatnya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, bapa angkat mangsa berusia 53 tahun kemudian membuat laporan polis pada jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu. Menurutnya, mangsa keluar rumah sebelum kejadian sebelum dihampiri seorang lelaki tidak dikenali.

Katanya, selepas kejadian berkenaan kira-kira jam 8 malam itu, mangsa pulang semula ke rumah dan menceritakan perkara itu kepada bapa angkatnya sebelum dia keluar semula ke pasar raya dan diculik suspek.

Abdul Rahman berkata, kandungan SMS berkenaan berbunyi 'dendam lama masih belum selesai dan jangan buat laporan polis atau mencari mangsa jika tidak mahu mangsa disembelih'.

"Pada jam 9 malam Sabtu lalu, polis menyerbu bilik sebuah hotel murah di Jitra, sebelum menemui mangsa bersama empat lagi remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun bersamanya," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol dua kali oleh seorang suspek sebelum ditinggalkan di bilik itu bersama rakan lain.

"Siasatan mendapati mangsa sengaja merancang penculikan berdasarkan maklumat diperoleh daripada semua suspek, malah SMS berkenaan dipercayai dihantar seorang daripada mereka.

"Remaja perempuan berkenaan dipercayai merancang helah penculikan berkenaan bagi mengaburi mata keluarga angkatnya supaya tidak mencarinya yang ingin bersama salah seorang suspek di situ," katanya.

Beliau berkata, hasil pengakuan teman lelaki mangsa berusia 15 tahun itu juga mendedahkan bahawa mangsa kerap keluar dan tidak pulang ke rumah hampir dua malam sebelum kejadian.

"Polis juga diberitahu teman lelaki mangsa bahawa mereka sering keluar berjumpa di Jitra, Kedah sebelum polis mengadakan operasi mencari mangsa di situ.

"Mangsa direman polis bersama empat suspek lelaki itu sebelum membebaskan mereka dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh atau menyebabkan kematian.
 

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu juga menyiasat empat suspek remaja berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa," katanya.



[PANAS] Rosmah NAFI, Akhbar Australia Pertahan Artikel tentang "First Lady of Shopping"

Posted: 24 Jan 2012 04:31 PM PST


Saya petik:

[MK] Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


P/s: Tunggu apa lagi? Samanlah akhbar itu, kalau anda di pihak yang benar!!!

Tiada ulasan: