DUNIACACAMARBA |
- [18SX] Saintis: G-spot TIDAK Wujud
- [Tragis&Sadis] Gadis DIDERA, DIUGUT, & DIKURUNG di dalam TANDAS Selama 10 Tahun
- Lembu dengan Tanduk Berapi RODOK dan PIJAK Lelaki Sehingga MAUT
- Profesional Mahu Debat Antara Anwar dengan Najib, Masalahnya Najib "Penakut"!
[18SX] Saintis: G-spot TIDAK Wujud Posted: 24 Jan 2012 04:21 AM PST Apakah G-spot? G-spot ialah nama suatu daerah di tubuh perempuan yang merupakan jaringan saraf yang letaknya di belakang klitoris. Nama ini diberikan oleh Dr Ernest Grafenberg dalam sebuah artikel pada tahun 1950 yang memerihalkan penemuannya itu. G-spot dikatakan dapat memberikan kenikmatan luar biasa kepada wanita jika dirangsangkan dengan betul. Bagaimana menemukan G-spot atau di manakah kedudukannya yang tepat? Kalau anda mahu tahu lanjut tentangnya, sila cari di google. Selepas berdekad-dekad orang memperkatakan G-spot, hari ini suatu kajian saintifik mendakwa titik pusat ghairah seksual wanita itu mungkin tidak benar-benar wujud. Menurut laporan The Telegraph, para penyelidik mendapati tidak ada bukti konklusif tentang kewujudannya selepas menyemak 100 kajian sejak 60 tahun yang lalu. Mereka mendakwa konsep G-spot menjadi popular dan hangat diperkatakan di seluruh dunia kerana ahli terapi seks dan lucah. "Kajian objektif gagal menyediakan bukti yang kukuh dan konsisten tentang kewujudan dari sudut anatomi yang dapat dikaitkan dengan G-spot yang hangat diperkatakan sejak dahulu," kata ketua penyelidik, Dr Amichai Kilchevsky dari Hospital Yale-New Haven di Connecticut. "Banyak wanita berasa seolah-olah adalah kesalahan kepada mereka kerana tidak dapat mencarinya. Realitinya G-spot kemungkinan adalah sesuatu, secara sejarah atau evolusi, tidak wujud." Penemuan itu yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Seksual, menyokong kaji selidik 1800 wanita oleh King College London yang membuat konklusi tidak ada bukti bahawa G-spot itu wujud. -DCM P/s: Hmmmm.....!!!! |
[Tragis&Sadis] Gadis DIDERA, DIUGUT, & DIKURUNG di dalam TANDAS Selama 10 Tahun Posted: 23 Jan 2012 11:30 PM PST Pasukan polis di Qalqilya, Tepi Barat, Palestin, membebaskan gadis berusia 21 tahun yang dikurung ayahnya di bilik mandi berukuran 1 x 1.5 meter selama 10 tahun, Sabtu (21/1/2012) selepas mendapat maklumat daripada ibu saudara gadis itu. Ayah gadis yang bernama Baraa Melhem itu mengakui mengurung anaknya itu sejak dia berusia 11 tahun. Dakwa ayahnya, dia mengunci anaknya itu kerana "perselisihan keluarga". Namun, dia tidak menjelaskan perselisihan yang menyebabkan dia bertindak kejam dan mengurung Baraa. Baraa menjelaskan kepada pihak berkuasa bahawa dia dikurung pada waktu siang dan hanya dikeluarkan dari bilik mandi itu sekitar pukul 01.00 hingga 04.00 pagi untuk membersihkan rumah. Selain itu, Baraa turut mendakwa sering diugut (termasuk diugut akan dirogol) dan dipukul oleh ayahnya yang kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa Israel untuk dibicarakan. Ayahnya, Hassan Melhem, 49 merupakan warganegara Israel. Menurut pihak kebajikan Qalqilya, Azat Maluach, sewaktu dibebaskan, Baraa meminta sejenis gula-gula. Gadis itu mengakui selama dikurung dia tidak pernah mendapat makanan manis dalam apa-apa jua bentuk. Ketika berada di luar rumah, Baraa berkali-kali meluahkan rasa tidak percaya kerana dirinya telah bebas. "Benarkah itu matahari? Apakah itu matahari yang saya impikan?" tanyanya kepada orang berada di situ. Menurut Azat, "Dia beritahu kami bahawa dia tidak pernah melihat waktu siang selama sembilan tahun." Gadis itu juga kaget apabila melihat begitu banyak orang. "Adakah orang-orang itu yang saya dengar di radio?" tanyanya. "Di dalam rumah itu terdapat dua buah tandas mandi dan dia dikurung di salah sebuah bilik mandi itu. Di situlah dia makan. Dia situ juga dia mencuci baju dan tidur. Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah melalui radio yang diberikan oleh ayahnya," kata Azat. Selepas dibebaskan, Baraa meminta ditemukan semula dengan ibu kandungnya. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia empat tahun. Hak penjagaan diberikan kepada ayahnya. Baraa tinggal bersama-sama dengan ayah dan ibu tirinya yang turut ditahan oleh pihak berkuasa. Selama dikurung, Baraa sering kelaparan dan hanya diberi selembar selimut, radio, serta sebilah pisau cukur agar dia boleh membunuh diri. "Saya tidak membenci ayah. Namun, saya membenci perbuatannya terhadap diri saya. Mengapa dia melakukannya? Saya tidak memahaminya," ujarnya. Baraa kini tinggal dengan ibu kandungnya di Maysoun, sebuah permukiman Arab di Jerusalem. "Sekarang saya bahagia. Kehidupan sebenar saya baru bermula," ujarnya kepada pihak media. -DCM |
Lembu dengan Tanduk Berapi RODOK dan PIJAK Lelaki Sehingga MAUT Posted: 23 Jan 2012 09:10 PM PST Menurut laporan AP, seekor lembu jantan dengan tanduk yang diletakkan nyalaan api memijak dan merodok lelaki sehingga cedera parah semasa perayaan hujung minggu di timur Sepanyol, kata seorang pegawai. Acara tradisi masyarakat di bandar itu bermula dengan lilin tradisional dilekatkan pada tanduk lembu. Lilin itu kemudiannya dinyalakan sebelum binatang itu dilepaskan dan dibiarkan mengamuk di dataran dan di jalan-jalan sempit sekitar kawasan festival itu. Datuk Bandar Navajas berkata pasukan kecemasan di bandar itu tidak dapat menyelamatkan nyawa lelaki berusia 45 tahun itu yang namanya masih belum didedahkan kepada umum. Jose Vicente Torres berkata kemalangan itu berlaku pada awal hari Sabtu apabila lelaki yang datang dari Alboraia, kira-kira 70km selatan Sepanyol, tersandung pada waktu lembu jantan itu dilepaskan. Torres berkata lembu jantan itu mengejar lelaki tersebut lalu merodoknya dengan tanduk dan memijak kepalanya sehingga menyebabkan kecederaan parah. Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga lelaki itu, namun tidak akan membatalkan acara yang sama yang bakal diadakan pada hari Ahad. -DCM |
Profesional Mahu Debat Antara Anwar dengan Najib, Masalahnya Najib "Penakut"! Posted: 23 Jan 2012 08:13 PM PST Saya petik: [SH] SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center. Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan. "Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat. "Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online. Kedua-dua Anwar dan Najib sudah memasuki gelanggang politik negara lebih empat dekad lalu. Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama. Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru. Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu. Dan, pada pertengahan bulan ini, Anwar yang juga Ketua Umum PR mengulangi cabarannya kepada Najib, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya. Anwar berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR. Pelawaan itu dibuat kira-kira seminggu selepas Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat. "Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen PR pada 14 Januari lalu. Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali. Mengulas lanjut isu debat ini, Ibrahim juga berkata, keinginan itu dilahirkan selepas wujud pandangan dan hebahan mengenai perkara itu baru-baru ini, lebih-lebih lagi ketika negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum. "Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu. Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi. P/s: Sudah berkali-kali DSAI mengajak/mencabar Najib berdebat tentang pelbagai isu, namun sehingga sekarang ajakan dan cabaran itu tidak disahut oleh Najib. Kalau tidak berani sahut, jangan marah kalau orang gelar dia penakut! Najib, kalau ajak minum teh bolehlah! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan