Selasa, 24 Januari 2012

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


LAGU REVOLUSI MESIR

Posted: 24 Jan 2012 01:18 PM PST

; 
 ; :

PARTI ISLAM MENANG DI MESIR?

Posted: 23 Jan 2012 09:06 PM PST

[1]

Orang memilih parti Islam ini ada beberapa jenis, iaitu seperti berikut;
1- Memang mereka sukakan parti Islam.
2- Mereka mahukan kebebasan, lalu tiada parti lain yang dapat memberi lebih kebebasan kecuali parti Islam tersebut.
3- Mereka sabotaj Parti yang melawan parti Islam.

[2]

Situasi di Terengganu selepas Anwar Ibrahim dipecat, aku kira pada bentuk yang ketiga. Rakyat Terengganu memilih PAS ketika itu bukan kerena mereka mahukan PAS, tetapi mereka sabotaj UMNO/BN ekoran tindakan zalim Mahathir (mewakili UMNO/BN) yang bertindak luar dari kerangka kemanusiaan terhadap bekas Timbalannya.

Ekoran itu, tidak hairan pada tahun 2004, PAS Terengganu kalah teruk. Keadaan ini semakin kelihatan pelik, sehinggakan pada tahun 2008, negeri-negeri didakwa kuat BN pun boleh jatuh dari tampuk pemerintahan, namun PAS masuk tidak berjaya merampas balik Terengganu dari mulut buaya UMNO/BN. Harapannya, PR berjaya merampas Terengganu dari tangan BN pada pilihanraya akan datang.

[3]

Di Kelantan, PAS berjaya merampas pemerintahannya dari tangan UMNO/BN pada tahun 1990 dulu juga bukan kerana rakyat kelantan mahukan kepada PAS. Tetapi, Rakyat kelantan sabotaj kepada UMNO/BN pada ketika itu. Lebih-lebih lagi, ketika itu, PAS di kelantan tidak menyendiri, sebaliknya bersama rakan-rakan parti melayu yang lain atas nama APU (Angkatan Perpaduan Ummah).

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga ketika itu sering menyebut, "PAS menang di Kelantan bukan kerana PAS Kuat, tetapi kerana UMNO lemah".

[4]

situasi di mesir, didakwa rakyat mengundi parti islam kerana rakyat mesir mahukan kepada parti Islam. secara peribadi, aku tidak merasakan sebegitu. Pada aku, era ini adalah era bercakap soal kebebasan dengan demokrasi. mana-mana paerti yang lebih demokrasi, dan lebih bebas, parti itu akan dipilih oleh rakyat.

soalnya sekarang, benarkan rakyat di mesir memilih parti islam di sana kerana memang mereka mahukan parti Islam tersebut? 

Secara peribadi, aku tidak melihat begitu, tetapi yang aku lihat, parti Islam di sana lebih dilihat "liberal" dan lebih "demokrasi" berbanding parti-parti yang ada. Sekiranya ada parti yang lebih liberal dan demokrasi berbanding parti Islam, tidak hairan mereka tidak akan memilih parti Islam.

Keadaan ini yang menyebabkan AKP boleh menang di Turki, Nahdhah di Tunisia dan Ikhwan di Mesir. lalu, bagaimana pula Di Malaysia? 

Wallahu 'alam..


Tiada ulasan: