Isnin, 23 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Wow, Orang Perak Mengaku Ada Simpanan Sebanyak RM20 Trilion!

Posted: 23 Jan 2012 04:00 AM PST


Saya petik:

Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar 'trillionaire'.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

"Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

"Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke 
Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi



P/s: Tiba-tiba saya teringat akan orang ini:



Guan Eng CABAR Soi Lek

Posted: 23 Jan 2012 02:00 AM PST



Saya petik:

[MC] Dalam cabaran yang membuatkan Chua Soi Lek lemah lutut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta beliau mengumumkan di mana beliau akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13 supaya setiausaha Agung DAP itu sendiri akan melawan beliau.

"Akankah Chua Soi Lek berani mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi beliau dan saya akan pergi ke kawasan itu dan menyatakan semula kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat reaksi beliau?" kata Guan Eng dalam kenyataannya pada hari Rabu.

Pemimpin DAP itu telah memberi maklumbalas kepada perang mulut antara parti beliau dan MCA yang bermula dengan Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai bahawa parti komponen BN itu boleh "menyingkirkan mana-mana calon DAP di Bagan", kawasan Lim sekarang.

"Tidak seperti MCA, DAP tidak bermain permainan politik dengan bermegah mengatakan mereka akan menang atau kalah dengan Liow di Bentong atau Ng Yen Yen di Raub. Hanya MCA yang bermegah-megah seperti ini. Kami berharap agar Chua Soi Lek akan berhenti menipu rakyat mengenai perkara ini," kata Guan Eng.

MCA kehilangan sokongan pengundi Cina

Guan Eng yakin dengan kenyataan beliau. Parti DAP sudah semakin popular dan dijangka akan membantu Pakatan Rakyat menyapu bersih kerusi dominasi Cina pada PRU 13.

Sebaliknya, MCA Soi Lek dianggap "orang tua sakit" dalam BN dan mungkin akan dihapuskan terus dalam PRU 13- seperti nasib SUPP dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah menjadi semakin kecewa dengan kerajaan rasuah Bn dan kerajaan-tahu –politik terbaiknya.

Pada pilihanraya 2008, mereka memberi mandate kepada 5 daripada 13 negeri dan akan terus memberi mandate kepada PKR-PAS-DAP bersama dalam PRU 13 yang harus diadakan sebelum April 2013.

Mata tertumpu pada Soi Lek


Mata sekarang tertumpu pada Soi Lek yang akan memberi maklum balas kepada cabaran itu.

Sudah dicemari dengan skandal seks, Soi Lek berhadapan dengan azab jatuh airmuka dan berdiri untuk diri sendiri dan parti beliau, dengan kebanyakkan pengkritik mengatakan bahawa beliau kemungkinan tidak bertanding jika Najib mengikut kehendak dirinya dan hanya meletakkan calon boleh menang.

Bekas menteri kesihatan, Soi Lek telah memberi kawasan Labis kepada anaknya Tee Yong. Beliau memberi isyarat bahawa beliau mahukan kawasan baru dan mungkin akan meminta sebuah kerusi Umno selamat di mana beliau boleh bersandarkan kepada sokongan Melayu untuk menang kerana masyarakat Cina sendiri telah hilang keyakinan terhadap beliau.

Perkasa, bagaimanapun telah berikrar untuk meminta pengundi Melayu untuk tidak mengundi MCA, walaupun pengasasnya Ibrahim Ali berkemungkinan tidak akan dapat mempengaruhi komuniti nya sendiri .

MCA penuh penipuan


Guan Eng juga berkata bahawa Chua bersalah kerana menipu rakyat dengan tuduhan bahawa DAP dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan sumber kewangan Pulau Pinang dan menyebabkan defisit kepada bujet.

"Pulau Pinang tiada defisit bujet tetapi ada rekod lebihan bajet untuk 4 tahun selama kita berkuasa, ini disahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini memang politik kotor yang biasa dilakukan MCA-yang hitam jadi putih dan putih jadi hitam," Jelas Guan Eng lagi.

Tambah beliau Pulau Pinang telah menjadi satu-satunya negeri dalam negara yang dipuji oleh Transparency International kerana mengamalkan sistem tender terbuka untuk memerangi rasuah.

[Kemas Kini] Lelaki BOGEL Ditembak, Budak Jadi Mangsa Tebusan SELAMAT

Posted: 23 Jan 2012 01:00 AM PST

Mangsa.

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09 petang tadi.

Mangsa dapat diselamatkan setelah polis melepaskan tembakan mengenai lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

"Kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana lelaki itu bertindak agresif, mangsa selamat dan dihantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, polis berhadapan dengan sitiuasi sukar apabila lelaki itu berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau.

"Lelaki berusia 34 tahun itu tidak menuntut wang tetapi mahu dadah dan jaminan dia selamat. Pakar psikiatri turut membantu dalam kejadian ini, lelaki itu tiada rekod masalah mental," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi, suspek masuk ke dalam rumah mangsa lalu bertindak mengambil sebilah pisau dari bahagian dapur lalu meletakkannya di leher mangsa dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan. Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik.

Dia kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik utama.

Sehingga jam 3 petang tadi, pasukan keselamatan mendapatkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan.

Kanak-kanak perempuan itu dijadikan tebusan oleh lelaki berkenaan yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen.

Pasukan keselamatan turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk dan membebaskan mangsa.

Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, yang juga seorang OKU, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu.

Katanya, dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya.

"Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.

Dia bagaimanapun dibawa keluar oleh anggota polis dan suspek ketika itu sudah membawa mangsa ke dalam bilik.

Menurut polis, lelaki itu dipercayai bukan penduduk di sini, tetapi berasal dari Sabah serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pernah ditangkap sebelum ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Culik 1961. 




Urat Tangan Terputus

Posted: 23 Jan 2012 12:45 AM PST


Saya petik:

BERBALUT...Ain disuapkan ubat oleh ibunya, Rahayu Mustapa Al Bakri untuk menahan kesakitan dialaminya.
BERBALUT...Ain disuapkan ubat oleh ibunya, Rahayu Mustapa Al Bakri untuk menahan kesakitan dialaminya.

[HM] PUTRAJAYA: "Nak tunggu ada nyawa melayang agaknya, baru nak turun buat kerja," kata seorang kakitangan kerajaan, Idrus Ismail, 38, yang tidak berpuas hati dengan pihak penyelenggara di kawasan kediamannya di Kuarters Kerajaan Fasa C, Presint 8, di sini.

Perasaan kecewa dan tidak puas hati itu bertambah, berikutan kemalangan yang menimpa anaknya Ain Damia Yusra, berusia tujuh tahun, apabila singki di bilik air rumahnya yang rosak terjatuh Khamis lalu dan serpihan sinki menimpanya.

"Pada pagi hari itu Ain Damia menggunakan bilik air untuk mandi sebelum ke sekolah. Ketika dia mahu mengambil berus gigi, singki itu terjatuh dan serpihan tajam sinki terkena tangan kanannya.

"Dia terus dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Doktor memaklumkan urat tangannya terputus dan perlu dijahit, malah dijangka mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk sembuh," katanya.

Menurutnya dia kesal dengan sikap pihak terbabit kerana lewat mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat, sehingga menyebabkan kemalangan itu.




Wanita Diaibkan Pada Hari Perkahwinannya, Bukan Itu Sahaja...

Posted: 23 Jan 2012 12:16 AM PST


Saya petik:

[HM] GOMBAK: Seorang wanita dan keluarganya bukan saja menanggung malu apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebaliknya kerugian lebih RM30,000 selepas ditipu teman lelaki kasanova yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' dalam kejadian di Taman Sri Gombak, di sini.

Mangsa, 22, menanggung malu dengan saudara-mara, kawan dan jiran serta kadi selepas pengantin lelaki berusia 32 tahun terbabit tidak menghadirkan diri bersama rombongan pada hari pernikahan mereka, Khamis lalu.

Majlis sepatutnya berlangsung jam 10 pagi di sebuah masjid di sini, tetapi sehingga tengah hari, kelibat lelaki dan rombonganya itu tidak muncul dan gagal dihubungi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 22, berkata sebaik menyedari tertipu dia menghubungi pihak bank dan mendapati wangnya dalam bank berbaki RM8 kerana tanpa sedar sudah membuat pemindahan beberapa kali ke akuan lelaki itu.

Menceritakan kejadian menimpanya itu, dia pelik kerana sanggup dan rela mendirikan rumah tangga dengan lelaki terbabit walaupun baru lebih sebulan mengenalinya, selain sudah menyerahkan wang ribuan ringgit.


P/s: Hati-hati!


Tiada ulasan: