Selasa, 10 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Selepas "TIBAI" Saiful, Azwan Ali Luahkan Rasa SYUKUR Pembebasan Anwar Ibrahim di Twitter

Posted: 10 Jan 2012 04:08 AM PST


Azwan Ali meluahkan rasa syukur selepas mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Luahan itu dibuatnya melalui akaun Twitter.

 Sebelum itu, Azwan Ali menimbulkan kontroversi dan kemarahan jurublog UMCO kerana beberapa tweetnya "menyindir pedas-maut" Saiful Bukhari. Salah satu tweetnya boleh anda lihat di bawah ini. Satu lagi tweetnya boleh anda baca di sini.


Walaupun bahasanya agak kasar, namun itulah Azwan Ali. Sekurang-kurangnya dia menyatakan sokongan kepada pihak yang dizalimi dan teraniaya! -DCM

Anak UGUT & HALAU Ibu Sendiri

Posted: 10 Jan 2012 03:46 AM PST


Saya petik:

[SH] KUALA TERENGGANU- Dek kerana terlalu terpengaruh dengan hasutan rakan, seorang anak sanggup menghalau ibu kandungnya dari rumah dengan mengugut akan menggunakan 'minyak mati bunuh' sekiranya enggan.

Zulkefly Muhamad, 22, yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk mendapatkan sedikit wang daripada ibunya yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan tidak dihiraukan.

Bagaimanapun, dia yang turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja telah mendatangkan ketakutan terhadap ibunya, Gayah Embong, 50, di kediaman mereka di Kampung Titian Baru, Pengadang Buloh, di sini, pada 20 Disember tahun lalu kira-kira jam 8 malam.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun sama yang memperuntukkan penjara dalam tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah dan tertuduh telah mengamuk dengan merosakkan harta benda di dalam rumah disebabkan mangsa enggan memberikan wang yang diminta tertuduh.

Susulan kejadian itu dan sehinggalah sekarang, mangsa terpaksa lari dari rumah dan tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Batu Rakit kerana bimbang sekiranya tertuduh akan mencederakannya sekeluarga.

Mangsa syak perbuatan tertuduh yang sanggup mengugut akan menggunakan 'minyak mati bunuh' terhadap mereka sekeluarga adalah kerana termakan hasutan rakannya dengan panggilan 'Zali'.

Susulan laporan polis dibuat, tertuduh ditahan di rumahnya pada 5 Januari lalu kira-kira jam 3.30 petang.



P/s: Lahanat memang lahanat. Yang lucunya, anak derhaka ini menghalau ibunya dari rumah sendiri, sepatutnya dia yang kena halau!

Sedihnya Baca Tulisan Datuk Seri Wan Azizah...

Posted: 09 Jan 2012 11:54 PM PST


Saya petik:

[SH] ABANG Nuar sudah siap berpaka-ian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE'...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

'Ya 'ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."


P/s: Sedih dan menyedihkan! 
Pesanan kepada kaki fitnah dan orang yang bersekongkol: Allah Maha Besar


[PANAS] Seorang Lagi Anak Muda Mengaku Diliwat Anwar Ibrahim?

Posted: 09 Jan 2012 10:06 PM PST


Mainan politik kotor pencacai memang menjijikkan. Drama Liwat II mula reda, mereka menabur fitnah lagi. Kali ini, mereka menyiarkan paparan skrin yang mengandungi pengakuan seorang pemuda Indonesia kononnya pernah diliwat oleh DSAI.

Indonesia? Sila baca lenggok bahasanya! "Anwar tu pandai rayu sesiapaun hingga orang lena dibuatnya...bukan je saiful jd mangsanya..sy pun dah kena liwat oleh ianya...". Orang Indonesia menulis menggunakan lenggok bahasa ini?

Lawak!

Kalau setakat wujudkan akaun palsu, letakkan gambar pemuda "ganteng", kemudian mengaku diliwat oleh DSAI, tidak payahlah! Bingai!

Paparan skrin ini sedang berlegar-legar di blog pencacai UMCO yang tidak pernah tahu jalan untuk bertaubat. Gambar di atas saya salin dari blog pencacai dari Taiping.



Pakar Ekonomi: Hutang Negara dan GDP SAMA Menjelang 2019 Jika Putrajaya Terus Boros

Posted: 09 Jan 2012 06:46 PM PST

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.

Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.

Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.

Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

"Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.

"Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi," katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.

Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.

Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

"Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan," kata Mohamad Ariff.

Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai "kemahuan politik" untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.

"Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia," katanya.

Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.

Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.

"Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan," katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.

"Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar."

Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.

P/s: Berita macam ini tidak akan sesekali disiarkan di Utusan atau media pencacai yang lain!


Anwar Bebas, Pencacai Tanam Persepsi, Tanggapan bahawa Liwat II Benar-benar Berlaku!

Posted: 09 Jan 2012 05:28 PM PST


Siapa kata Drama Liwat II berakhir semalam? Anda silap! Selain desakan daripada Saiful agar kesnya dibawa ke Mahkamah Rayuan, media pencacai sama ada di internet atau versi bercetak mula menanam persepsi dan tanggapan bahawa kes semalam dimenangi oleh DSAI atas alasan teknikal, tidak cukup bukti, dan sebagainya.

Jika anda berkesempatan menjengah blog lucah dan kaki fitnah semalam, sudah tentu anda dapat membaca artikel-artikel yang membela Saiful dengan mengaitkan kes-kes tertentu untuk menyokong bahawa liwat itu benar-benar berlaku. Misalnya, kes pembunuhan Norita Shamsuddin disebut semula bagi menggambarkan bahawa pembunuhnya terlepas, namun pembunuhan itu tetap berlaku.

Cuba anda lihat muka depan Kosmo, anak kepada akhbar pencacai no 1 negara di atas. Anda baca tajuk besar, Anwar Bebas Atas Alasan Intergriti DNA, anda baca juga tajuk kecilnya, Kesan DNA yang Ditemui dalam Jubur Saiful Tidak Cukup Buktikan Kes Liwat. Jika anda tidak membaca pendedahan blog PR, apa persepsi anda terhadap DSAI? Sudah tentu anda akan mengatakan bahawa liwat itu benar-benar berlaku, hanya bukti DNA yang tidak mencukupi! -DCM


P/s: Sila ambil tindakan lanjut agar kes ini dapat ditutup terus dan tidak menjadi modal pencacai untuk mengaitkannya dengan DSAI dan Pakatan Rakyat.


Tiada ulasan: