Selasa, 10 Januari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Anai-anai dalam PAS - hapuskan

Posted: 10 Jan 2012 12:51 AM PST

Lihatlah, betapa indahnya rumah agam yang tertera di sebelah ini. Seorang Mak Janda, Elin Nordegren telah membeli rumah berharga $12 juta ini di North Palm Beach Florida. Tetapi dia terpaksa merobohkan rumah tersebut kerana menurut katanya, rumah itu dihuni anai-anai. Rumah tersebut telah diranapkan segala-galanya.


Inilah yang tinggal dari sebuah bangunan yang tersergam besar indah dan menakjubkan. Kini hanya tinggal kesan tapak sahaja... rumah baru sebagai gantinya akan dibina dengan lebih baik lagi.Janda kaya ini mendapat $100 juta pada perceraiannya dengan pemain golf professional, Tiger Wood.

Begitulah juga dengan PAS. Terpaksa dibersihkan daripada ancaman makhluk perosak. Semoga yang masih bersarang dalam PAS akan dapat disingkirkan jauh-jauh. Semoga PAS terus dilindungi Allah.

Tiada ulasan: