Selasa, 3 Januari 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Kemas Kini] Perhimpunan Aman 901: Apa Kata Polis, Apa Kata Majlis Peguam? Apa Kata TG Hadi & Kit Siang? Apa Kata ANDA?

Posted: 03 Jan 2012 07:05 AM PST


Apa kata polis?

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/379086_271057149615501_138833462837871_674431_562597740_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/394001_271057166282166_138833462837871_674432_653197712_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/391090_271057192948830_138833462837871_674433_1637157863_n.jpg
Kredit: Naim Nikmat


Apa kata Majlis Peguam?

Majlis Peguam: Himpunan 901 Dibenarkan Perlembagaan

[SK] SHAH ALAM, 3 JANUARI : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan.

Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

"Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

"Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan," ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.

Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.

"Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini," tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia," katanya lagi.

Lim turut membangkitkan sikap 'Double Standard' pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.

"Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.

"Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?," soal Lim kembali.

Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.

"Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.

"Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku," ujar Lim lagi.


Apa kata TG Hadi dan Kit Siang?

Hadi dan Kit Siang Sertai Kempen 901

[SH] ....Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud pilihan raya umun yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain," katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberi kuasa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambahbaiki sistem pentadbiran negara.

"Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.
 
"Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan," katanya
 
Apa kata ANDA?


P/s: Apabila jurublog UMCO mempromosikan perhimpunan tajaan NGO atau Perkasa, senyap sunyi polis! Selamat mencacai untuk UMCO!



Baru Berkenalan dengan Teman Lelaki di Facebook Selama 6 Bulan, Gadis IPT Sudah Berani Ehem-ehem di Hotel

Posted: 03 Jan 2012 04:09 AM PST


Saya petik:

[SH] AMPANG - Tindakan seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara dengan teman lelakinya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis dari Kulai, Johor itu menyewa bilik hotel berkenaan untuk bertemu teman lelakinya.

"Gadis berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu," katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu memakai seluar pendek tanpa baju.

"Gadis itu mengenali pasangannya enam bulan lalu melalui laman sosial. Lelaki berkenaan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,"
katanya.

 

P/s: Mengapalah mudah dan murah sangat gadis remaja hari ini?



Aflin Shauki dan Harun Salim Bachik SERTAI UMNO

Posted: 03 Jan 2012 12:59 AM PST



P/s: Hak demokrasi masing-masing!
Bezanya, sama ada kita bijak atau tidak memilih parti yang mahu disertai!


Kemas Kini:

Sambung baca di sini.

Kata orang aksi Kak Mah ada ditiru Boboi dalam video ini:




Selepas Haris Ibrahim, Dua Lagi Tokoh Meninggalkan RPK dan MCLM

Posted: 03 Jan 2012 12:01 AM PST


Saya petik:

[MK] Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri.

NONESemua ini gara-gara tidak berpuas hati dengan pandangan pengerusi MCLM, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dsemasa temu bualnya dengan media arus perdana hujung minggu lalu.

"Dukacita dimaklumkan, saya tidak lagi mahu dikaitkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia," kata Malik Imtiaz Sarwar dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya telah membincangkan perkara berkenaan dengan Encik Sreekant Pillai yang juga meminta saya menyatakan bahawa beliau berkongsi pandangan dengan saya dan juga mahu dirinya diasingkan daripada gerakan itu," katanya.

Semalam, Presiden MCLM Haris Ibrahim meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra itu.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).


P/s: Artikel RPK boleh dibaca di sini.



14 Remaja Ditahan, Tidur Berpasang-pasangan di dalam Sebuah Bilik

Posted: 02 Jan 2012 10:58 PM PST


Saya petik:

[SH] BATU FERINGGHI - Sebuah hotel bajet di sini, menjadi sarang maksiat malam tahun baru berikutan penangkapan beberapa pasangan remaja di situ.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan Jaipp Tanjong, Muadz Md Nazan berkata, pihaknya menahan 14 remaja berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun di hotel berkenaan.

Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar jam 2 pagi mendapati tujuh pasangan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 iaitu berkhalwat.

"Dipercayai kesemua mereka ini datang berkonvoi ke Pulau Pinang sempena Tahun Baru 2012 kali ini, dan ada juga di antaranya ketika ditahan tidur secara berpasang-pasangan dalam sebuah bilik.

"Malah, dalam satu bilik yang kami tahan ada sehingga dua atau tiga pasangan kekasih, kalau yang tidur bilik lelaki dan perempuan asing-asing tidak mengapa, namun mereka tidur bersama-sama dalam satu bilik pula," katanya.

Hotel bajet berkenaan boleh disewa dengan harga RM60 hingga RM100 semalam membuatkan mereka mampu untuk membayarnya dengan harga yang murah.

Bukan itu sahaja, dipercayai sebelum ini beberapa serbuan juga dilakukan di tempat berkenaan.

Muadz berkata, kebanyakan yang ditahan datang dari luar Pulau Pinang.

"Kebanyakan mereka ini tidak tahu penguatkuasaan yang dilakukan Jaipp atas kesalahan khalwat, kerana masing-masing bertanya kepada kami kenapa mereka ditangkap dan penguat kuasa kami memberikan penerangan dengan sewajarnya," katanya kepada Sinar Harian.

Operasi maksiat yang bermula jam 12 tengah malam itu kemudiannya berakhir pada jam 7 pagi dengan 11 penguat kuasa di bahagian Tanjong.

Semua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi dan kemudiannya diikat jamin oleh waris. Dalam tempoh seminggu semuanya perlu hadir ke pejabat Jaipp bersama ibu bapa bagi menjalani siasatan lanjut.

Jika disabit kesalahan, kesemua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail berkata, penguat kuasa Jaipp berjaya menahan 36 pesalah mengikut Seksyen 27 dan Seksyen 29 akibat kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Katanya, ia adalah tangkapan terbesar bagi tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

"Ini kerana kami membahagikan kumpulan penguat kuasa kepada dua iaitu di bahagian Seberang Perai dan juga di kawasan pulau ataupun Tanjong.

"Operasi bermula 12 tengah malam hingga 7 pagi dengan 20 penguat kuasa Jaipp.

"Bagaimanapun penguat kuasa kami akan menjalankan operasi bagi dua-dua kesalahan ini setiap malam dan bukan sahaja memfokuskan hari-hari tertentu sahaja," katanya.



P/s: Jahil!


Sah, 2 Orang Jurublog UMCO Sertai DAP!

Posted: 02 Jan 2012 08:22 PM PST


Saya petik:

[MK] Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP.

Selain Sakmongkol yang merupakan  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias

NONEPenyertaan Ariff Sabri bersama DAP itu dihuraikan secara terperinci menerusi laman blognya dan beliau yang juga seorang  kolumnis di portal berita, FreeMalaysiaToday mengesahkan perkara berkenaan.

Malah, Sakmongkol dilapor memberitahu portal itu bahawa beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno.

"Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas.

"Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

"Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini," kata Ariff Sabri dipetik FMT.

Bekas wakil rakyat Umno itu juga menegaskan yang penyertaannya dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

"Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir," katanya lagi.


P/s: Tahniah kepada kedua-dua tokoh ini kerana berjaya keluar daripada kepompong UMCO! Anda bila lagi?

[Video] Safwan Anang Dakwa Ditumbuk & Ditendang, Ibu Mentua Safwan Meluahkan Rasa Bangga, Polis Akui Pukul Mahasiswa

Posted: 02 Jan 2012 07:06 PM PST



Dalam video klip ini,  Safwan Anang mendakwa ditumbuk dan ditendang oleh anggota polis ketika cuba menyelamatkan rakannya.  Kekasaran tersebut menyebabkannya rasa sakit dan sesak nafas sehingga sidang media itu berlangsung.

Kemudian, dalam klip yang sama, ibu mentuanya menyatakan rasa bangga atas keberanian anaknya dan Safwan memperjuangkan yang hak dan membela nasib mahasiswa lain.  Beliau juga meluahkan rasa kesal dan sedih atas tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Beliau berharap akan banyak lagi mahasiswa bangkit untuk memperjuangkan yang hak.


Yang peliknya, tatkala polis menafikan dakwaan anggotanya melakukan kekerasan terhadap mahasiswa, laporan TMI menyebut bahawa polis Perak mengaku bahawa mereka ada memukul mahasiswa atas alasan perbuatan itu tidak dapat dielakkan.-DCM

Sumber di sini.


P/s: Janganlah menegakkan benang yang basah kerana perbuatan itu pasti akan kantoi!



Awas, Kordial Ros Bertukar Warna Jingga!

Posted: 02 Jan 2012 05:57 PM PST


Saya petik:

[SH] SEREMBAN - Seorang kakitangan awam terkejut apabila mendapati kordial berperisa ros yang dibelinya di sebuah pasar raya besar sekitar bandar ini berubah daripada warna asalnya, kelmarin.

Salim Sulaiman, 33, dari Taman Satria di Senawang, berkata, kordial dengan isi padu dua liter dan berharga RM4.80 itu dibelinya pada 22 Oktober lalu di pasar raya besar terbabit.

"Pada penutup botol, ada dicatatkan tarikh pengilangan pada 7 Oktober 2011 manakala tarikh luput pada 6 Oktober 2013.

"Warna kordial yang tiba-tiba berubah ini amat mengejutkan dan saya sekeluarga tidak berani untuk menggunakannya walaupun masih belum mencapai tarikh luput lagi," katanya di pejabat Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, selain pe­rubahan warna, kordial yang dibungkus dan diedarkan oleh sebuah syarikat beralamat di Kuala Lumpur itu mengeluarkan bau yang pelik.

Katanya, kordial berperisa ros itu telah digunakan separuh sejak ia dibeli namun setakat ini, belum ada kesan sampingan terhadapnya dan ahli keluarga yang lain.

"Bagaimanapun, kami tidak lagi menggunakannya sebaik sahaja menyedari warna kordial berubah semalam, untuk mengelakkan kemungki­nan berlaku kemudaratan terhadap kesihatan kami,

"Selepas pengalaman kurang menyenangkan ini, saya agak berat hati untuk membeli kordial jenama berkenaan pada masa akan datang," katanya.

Sehubungan itu, Salim berkata, pihak berkuasa berkaitan diminta segera menyiasat kualiti dan tahap keselamatan kordial berkenaan bagi me­mas­tikan kejadian serupa tidak berulang.

"Saya pernah membeli kordial berjenama lain sebelum ini tetapi tidak pernah mengalami kejadian sebegini," katanya.


P/s: Berita ini tidak banyak membantu pengguna kerana jenama produk tidak disiarkan.

Remaja Perempuan 13 Tahun Mengaku Ehem-ehem dengan Kekasih Beberapa Kali Sebelum Dicekup

Posted: 02 Jan 2012 05:10 PM PST

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang remaja perempuan ditahan bersama kekasihnya dalam bilik hotel bajet di Taman Melawati, di sini awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 3 pagi yang dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), remaja 13 tahun itu mengaku menyewa hotel berkenaan dengan harga RM30 semalam bagi meraikan tahun baru bersama kekasihnya.

Menurut sumber polis, pasangan itu menyewa bilik hotel itu mulai jam 1 tengah hari dan melakukan hubungan seks beberapa kali sebelum dicekup.

Katanya, remaja itu mengaku melakukan hubungan asmara bersama kekasihnya yang berusia 23 tahun kerana menyintai lelaki itu yang dianggap pelindung dan baik hati.

"Remaja terbabit bersama teman lelakinya dibawa ke Balai Polis Taman Melawati untuk dirakam keterangan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


P/s: Semakin teruk moral remaja kita!

Tiada ulasan: