Sabtu, 21 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


GAMBAR SERIBU MAKNA DS NAJIB DAN DS ROSMAH:WAJIB TENGOK

Posted: 21 Jan 2012 06:30 AM PST


ds ROSMAH MASIH BERBELANJA BESAR?

Posted: 21 Jan 2012 04:46 AM PST

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa it

Umno gagal takutkan Melayu kepada DAP

Posted: 20 Jan 2012 10:00 PM PST

Dengan penyertaan beberapa orang Melayu termasuk orang kuat Umno ke dalam DAP sejak akhir-akhir membuktikan dakwaan Umno bahawa DAP anti Melayu selama ini meleset sama sekali.

Malah kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), cubaan Umno menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP itu ternyata gagal apabila terbaru bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menyertai DAP semalam.

Yang lebih menarik lagi, Hata Wahari adalah bekas wartawan Utusan Melayu, organisasi media milik Umno sendiri.

Perkembangan itu juga jelas Mahfuz membuktikan bahawa DAP lebih diyakini oleh sesetengah rakyat termasuk Melayu berbanding Umno dan MCA.

"Kita melihat sekarang ini bahawa DAP lebih baik daripada Umno mahupun rakan mereka MCA yang mana ia diterima oleh semua kaum termasuk orang Melayu itu sendiri.

"Kalau Umno dan juga media mereka mengatakan DAP itu anti kepada orang Melayu ataupun bersikap perkauman adalah fitnah semata-mata," jelasnya.

Semalam, Hata Wahari yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia, menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Selain itu juga awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno dan Mohd Ariff Sabri Aziz yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004 telah terlebih dahulu menyertai DAP.

Turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata Umno sepatutnya menilai kembali sikap rasis di dalam parti mereka sendiri bukannya menuduh orang lain, apatah lagi dengan tujuan menakut-nakutkan orang Melayu.

"Bagaimana DAP yang dikatakan anti kepada orang Melayu boleh menerima kemasukan orang Melayu beragama Islam di dalam parti mereka, apatah lagi individu tersebut merupakan salah seorang kakitangan akhbar Umno sebelum ini.

"Fitnah yang telah dilemparkan oleh Umno selama ini telah gagal, orang Melayu bukannya takut tetapi semakin boleh menerima parti itu (DAP) dalam kehidupan mereka," kata Mahfuz.

Rayuan difail berdasar keterangan dan undang-undang'

Posted: 20 Jan 2012 07:07 PM PST

Pejabat Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan hari ini berdasarkan keterangan dan undang-undang.
  
Pejabat itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
  
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.
  
"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.
  
Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.
  
Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti.

- Bernama

Tiada ulasan: