Sabtu, 21 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rosmah Shopping RM325,000 disebuah butik di Sydney - Sydney Morning Herald

Posted: 21 Jan 2012 05:20 AM PST


Oktober lalu akhbar Western Australian telah melaporkan anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).



Tetapi Najib telah menafikan bahawa anaknya itu telah berada di Perth pada masa itu, oleh itu Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut.


Hari ini pula..

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".


Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Ini adalah artikel tersebut..


Dedicated follower of fashion

ROSMAH MANSOR likes to be introduced as the First Lady of Malaysia, but for Sydney fashion designer Carl Kapp, she is his first lady of shopping.

The wife of the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, is known across Malaysia simply as FLOM (First Lady of Malaysia), and is Kapp's biggest customer, having dropped an estimated $100,000 in his boutique ordering garments during a private holiday in Sydney a little more than a fortnight ago.

''She was absolutely gracious and very easy to deal with,'' Kapp told PS this week, agreeing she was nothing like the woman often portrayed in Malaysian media for her allegedly extravagant lifestyle.

In recent months, Mansor, who stayed with her husband in the $20,000-a-night penthouse at The Darling hotel, has been forced to deny reports she had bought a $US24 million diamond and a $US200,000-plus crocodile skin, bejewelled Hermes handbag. Kapp, who has a keen eye for such bags, having worked for Hermes, said he did not see any such handbag when he met her.

What her critics in Malaysia will make of her Sydney shopping spree, first reported on local fashion blog Frockwriter, is yet to be determined.

Kapp, who became suspicious of the identity of his mystery VIP customer when his Oxford Street store received a flurry of calls requesting valet parking for her limo, said he was being flown to Malaysia next month with a collection of ''toiles'' for Mansor to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants and tops.

All made from the finest silk and in a variety of exotic colours and prints, Kapp said his new muse had ''a very good eye for colour and she likes a lot of prints''.

Artikel penuh sila baca di SINI

Video : Pencacai UMNO baling batu kepada peserta demo aman bantah AUKU.

Posted: 20 Jan 2012 10:48 PM PST

Video diakhir entry..


Insiden melontar batu (sebenarnya bata) ini telah dilaporkan berlaku di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan oleh seorang sahabat.


Ianya berlaku rentetan dari rasa tidak puas hati sebilangan jemaah yang diyakini sebagai pencacai-pencacai UMNO bila Ahli-ahli PAS mengadakan bantahan aman dihadapan masjid tersebut bagi membantah AUKU setelah selesai solat jumaat.

Kononnya mereka memperjuangkan bangsa Melayu.. tapi dalam masa yang sama mereka juga mahu mencederakan Bangsa Mereka.. tidakkah ini BODOH namanya?

Inilah budaya yang telah mereka wariskan kepada generasi seterusnya dalam UMNO..










Sumber : http://really.tigaline.com

Scandal NFC: Chua Soi Lek pula belasah Shahrizat

Posted: 20 Jan 2012 09:39 PM PST


Kata Chua Soi Lek "Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil telah menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai "sangat teruk".


Mungkin beliau bermaksud Scandal ini kelihatan teruk dimata masyarakat kerana Kerajaan BN dan juga Shahrizat telah gagal untuk menyembunyikannya dari diketahui masyarakat..

Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil telah menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai "sangat teruk", menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Presiden MCA itu menjelaskan, Shahrizat telah "dinasihatkan dengan lemah" berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.

"Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut," kata Dr Chua kepada The Malaysian Insider dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.

Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC "mempunyai masalah", yang kemudiannya dimanipulasi pembangkang di media.

"Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.

"Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya," katanya.

Namun begitu, Dr Chua menyanggah dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak membisu berhubung isu tersebut tidak bermakna beliau mempertahankan Shahrizat atau mana-mana menteri Kabinetnya.

Beliau menegaskan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan kerajaan juga telah mengumumkan perjumpaan dengan firma perakaunan untuk mengaudit akaun National Feedlot Corporation's (NFCorp).

NFCorp diusahakan oleh suami Shahrizat dan anak-anaknya.

Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya..

"Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.

"Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu," tambahnya.

Shahrizat dilihat beroleh sokongan padu daripada perwakilan Umno ketika Mesyuarat Agung Umno baru-baru ini walaupun menerima kecaman hebat daripada masyarakat dalam pertuduhan skandal NFC.

Shahrizat juga memohon cuti selama tiga minggu daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, supaya siasatan penuh dapat dijalankan. Malahan, beliau turut memfailkan saman fitnah sejumlah RM100 juta terhadap penuduhnya dalam PKR.

Projek penternakan lembu menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Shahrizat tersebut.

Sejak itu, PKR telah membuat beberapa siri pendedahan termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.

Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.

Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.

Mereka turut menafikan tuduhan dana RM250 juta itu telah dipindahkan ke akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman tersebut dimeterai.

Terjemahan oleh Jalan Pulang

Artikel asal..

Soi Lek: BN, Shahrizat handled NFC scandal poorly

KUALA LUMPUR, Jan 21 — The Barisan Nasional (BN) government, particularly embattled minister Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, handled the National Feedlot Centre (NFC) controversy poorly, causing the public to perceive the project as "real rotten", says Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

The MCA president said Shahrizat was "poorly advised" on the matter after it was highlighted in the Auditor-General's Report 2010, adding that, as a senior minister, she should have known what to do when faced with resounding calls for her resignation.

"They should have caught the bull by the horns in the early days. First, by having an audit. Having an open book about it," Dr Chua told The Malaysian Insider in an exclusive interview at the MCA headquarters here.

Performing an audit early on might have dispelled some of the suspicion, said Dr Chua.
He noted that the RM250 million federally-funded NFC project "has problems", which was further exacerbated by the opposition's "spinning" in the media.

"Because they (the opposition) have the information, they would release it in stages and this would give the impression that it is real rotten.

"And the BN government, in their response, has been very slow. And they have not been very open," he said.

Despite this, however, Dr Chua disagreed that Datuk Seri Najib Razak's silence on the issue meant the prime minister was protecting Shahrizat or the rest of his Cabinet.

He pointed out that the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had initiated investigations, while the government had also announced the appointment of an accounting firm to audit the National Feedlot Corporation's (NFCorp) finances.

NFCorp is run by Shahrizat's husband and children.

Dr Chua added that should the audit uncover any irregularities in the NFC, Shahrizat would then "know what to do".

"She is not a junior member (of Cabinet), she is a senior member.

"My feeling is that probably she has not been well-advised and she probably thought that if Wanita Umno could accept it, then it should be okay," he said.

During the just-concluded Umno annual assembly last year, Shahrizat, who is Wanita Umno chief, appeared to receive the support of the wing's members despite drawing flak from the public over her alleged involvement in the NFC.

Shahrizat is on leave to facilitate investigations.
Shahrizat has since applied for three weeks' leave from her duties as Women, Community and Family Development minister pending the outcome of investigations. She has also filed a RM100 million defamation lawsuit against her accusers in PKR.

The cattle farming project hit national headlines following the Auditor-General's 2010 report last year and continued to hog the limelight after it was linked to Shahrizat's family.

PKR has since made several revelations relating to the scandal, including NFC's purchase of two luxury condominium units in Bangsar, Kuala Lumpur, and the alleged use of project funds to pay for Shahrizat and her family's personal expenses.

The opposition party also alleged that Shahrizat's family had used nearly RM600,000 from the NFC project funds to pay for their credit card bills in 2009.

PKR strategic director Rafizi Ramli claimed that the Wanita Umno chief's husband and three children, all of whom sit on the NFC board, used funds from the RM250 million cattle farming project to pay credit card bills averaging over RM10,000 per month each across the year.

But NFCorp's management has maintained that the credit card expenses were solely for business purposes.

It has also denied allegations that funds from the RM250 million government loan were channelled into its accounts before the loan agreement was signed.

The Malaysian Insider

Peguam Negara jelas sebab rayu kes liwat

Posted: 20 Jan 2012 05:15 PM PST


KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan hari ini berdasarkan keterangan dan undang-undang.


Jabatan itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.

"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.

Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.

Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti. - Bernama

Tiada ulasan: