BRIGED MP SEGAMBUT |
- Keluarga Shahrizat perlu dedah penyata kad kredit
- KHALID IBRAHIM AKAN GANTI DR RANI SEBAGAI PESURUH JAYA PAS SELANGOR?
- LAGI MENTERI MAKAN DUIT RASUAH?
- ISTERI PERDANA MENTERI POPULAR JADI KARTUN?
- Stesen radio 'haram' persiapkan diri hadapi PRU13
- Bebaskan 'Chinatown' dari pekerja asing: Datuk Bandar
Keluarga Shahrizat perlu dedah penyata kad kredit Posted: 17 Jan 2012 08:57 AM PST Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum. Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan 'lembu' atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya. Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan. Ini, dakwanya melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh. Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli. "Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC," ujarnya. Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:
"Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara," katanya | |||||||||||||||||||||||||||||||||
KHALID IBRAHIM AKAN GANTI DR RANI SEBAGAI PESURUH JAYA PAS SELANGOR? Posted: 17 Jan 2012 06:30 AM PST Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini. Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC). Peluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar. Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan. Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi. Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu. Dr Rani pada 10 Januari lalu dilaporkan berharap tidak dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu. Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan PAS negeri hanya menerima sebarang keputusan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||
LAGI MENTERI MAKAN DUIT RASUAH? Posted: 17 Jan 2012 12:43 AM PST Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan. Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima 'sumbangan' berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu. Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM. Ia memetik sebuah blog yang mendedahkan bahawa seorang bekas menteri menerima wang berkenaan pada 7 April, tahun lalu daripada kontraktor projek jambatan bengkok. Penulis blog itu mempersoalkan tujuan dan mengapa sumbangan dihulurkan. Penulis blog itu juga menggesa SPRM supaya membuat siasatan. [Baca berita penuh] | |||||||||||||||||||||||||||||||||
ISTERI PERDANA MENTERI POPULAR JADI KARTUN? Posted: 16 Jan 2012 07:28 PM PST artunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anuar ul Haq maju setapak lagi ke depan apabila beliau akan membuat pameran kartun solo selama sebulan di London sepanjang Februari ini. Beliau akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan To Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) dan akan berlangsung selama sebulan di situ. Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan. Antara isu yang difokus ialah konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, rasuah dalam skandal Scorpene, isu pembunuhan Altantuya, isu NFC, isu isteri Perdana Menteri, Bersih, Sarawak dan sebagainya, kata Zunar dalam satu kenyataannya. Ia dianjurkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Artikel 19 yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi dan dibantu oleh rakyat Malaysia di United Kingdom yang bergabung di bawah Rakan Pakatan Rakyat. Majlis pelancaran akan diadakan di venue pameran tersebut iaitu di Free Word Centre, 60 Farringdon Road pada 15 Februari dan akan dirasmikan oleh pengasas Sarawak Report dan Radio Free Sarawak Clare Rewcastle Brown. "Selain saya sendiri, turut berucap di majlis tersebut nanti ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Malik Imtiaz Sarwar," kata Zunar. Menurut surat jemputan oleh pihak penganjur, tiket untuk majlis tersebut adalah terhad dan ia berdasarkan siapa dulu dia dapat dan boleh ditempah dari sekarang hingga 3 Februari. Kepada orang ramai, terutama yang tinggal di United Kingdom boleh menempah tiket melalui link ini http://article19zunar.eventbrite.com/ atau email kepada sonya@article19.org. "Tema "Berjuang Melalui Kartun"dipilih kerana kartun-kartun politik saya mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia," ujarnya lagi. Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku kartun Zunar dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam. Selain itu, pejabatnya di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan buku-buku beliau selalu dirampas. "Kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku saya atau kehilangan lesen dan kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual buku-buku saya. "Pada September 2010, saya ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah," kata Zunar menceritakan perjuangannya. Zunar sekarang sedang menyaman kerajaan atas tangkapan tersebut yang pada pandangannya salah dari segi undang-undang dan kes akan mula didengar pada 18 Januari depan di Mahkamah Kuala Lumpur. Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) adalah pameran solo Zunar pertama sepanjang 30 tahun berkarya. Sebelum ini, pada akhir tahun lepas, Zunar juga mengadakan dua pameran bersama artis-artis yang lain di Bilbao, Sepanyol. Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah Courage in Editorial Cartooning (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar. Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol. | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Stesen radio 'haram' persiapkan diri hadapi PRU13 Posted: 16 Jan 2012 06:30 PM PST Radio Free Sarawak (RFS) sedang mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum akan datang, dengan mengumumkan nombor telefon tempatan bagi membolehkan pendengar berinteraksi dengan stesen radio yang beroperasi tanpa permit kerajaan itu. "Ini adalah penting, terutamanya sepanjang tempoh pilihan raya supaya pendengar boleh menghubungi kami secara langsung bagi meluahkan masalah dan isu yang dihadapi mereka serta juga memberi pandangan dan pendapat mereka," kata pengasas stesen radio itu, Clare Rewcastle Brown (kiri), yang juga memiliki laman web Sarawak Report. Mengikut spekulasi, pilihan raya umum ke-13 diramalkan akan diadakan seawal bulan Mac atau Jun tahun ini. Selain nombor telefon yang boleh dihubungi, stesen yang berpangkalan di London itu juga memperkenalkan beberapa pengacara baru apabila ia dilancarkan semula esok. Antara mereka, termasuk penyampai bahasa Iban yang terkenal Christina Suntai, dan kemunculan semula Peter John Jaban, DJ asal stesen ini yang menggunakan nama Papa Orang Utan (atas, kanan). Dalam satu kenyataan media semalam, Rewcastle Brown berkata sebagai pelancaran itu, stesen berkenaan berjanji akan membuat pendedahan eksklusif yang melibatkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Sarawak. Stesen anti-Taib juga akan kembali ke udara melalui frekuensi radio asalnya pada gelombang pendek 15420 kHz, selepas terpaksa ditukar kerana disekat semasa pilihan raya Sarawak April tahun lalu. Ia akan bersiaran dari jam 6 petang hingga 8 malam setiap hari. | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Bebaskan 'Chinatown' dari pekerja asing: Datuk Bandar Posted: 16 Jan 2012 04:59 PM PST Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhasrat mengekal dan memulihara kawasan perniagaan Jalan Petaling untuk menjadikannya destinasi pelancongan yang lebih menarik di negara ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata Jalan Petaling, yang menempatkan kira-kira 300 gerai, menjadi tumpuan ramai berikutan keunikan dan tradisinya yang dipelopori masyarakat Tionghua sehingga dikenali sebagai 'Chinatown'. "Sekiranya gerai sekitar Jalan Petaling ini didominasi peniaga dan pekerja asing, Jalan Petaling tidak lagi mempunyai keistimewaan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan mesra ke kawasan itu semalam. Justeru, beliau meminta peniaga di Jalan Petaling agar tidak mengambil pekerja asing demi memelihara nilai dan tradisi di kawasan itu. Mengenai kebimbangan peniaga berhubung pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) di kawasan itu, Ahmad Fuad meminta mereka melihat projek tersebut dari sudut positif, termasuk keupayaannya menjana pulangan lumayan untuk mereka berikutan peningkatan pengunjung ke situ. Projek itu, yang dilaksanakan MRT Corporation, meliputi kawasan Jalan Sultan di 'Chinatown' sebagai sebahagian daripada MRT Sungai Buloh-Kajang. Sementara itu, dalam tinjauan mesra tahunan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan, Ahmad Fuad mengambil kesempatan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung. Beliau berkata DBKL memasang 11,000 tanglung di sekitar Kuala Lumpur termasuk 460 di Jalan Petaling. Selain itu, katanya, orang ramai boleh membeli bendera Wilayah Persekutuan di kaunter bayaran DBKL pada harga RM8. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan