Selasa, 17 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! 1000 Hektar Tanah Melayu di Perak dijual kepada negara asing.

Posted: 17 Jan 2012 09:16 AM PST


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang…

Itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang digunakan oleh jentera-jentera UMNO untuk membakar semangat peserta-peserta di Biro Tata Negara..


Malangnya biarpun ianya boleh dikatakan dihafal oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO namun ianya sekadar meniti dibibir mereka sahaja..

Begitulah apa yang telah terjadi kepada 1000 hektar hutan simpan di Teluk Rubiah bersebelahan Teluk Batik, Lumut, Perak.. dulunya ia milik kita kini bumi yang dipijak itu telah menjadi milik orang.

Ini kerana ianya dikatakan telah dijual oleh pentadbiran Zambry kepada syarikat dari negara asing iaitu Vale dari Brazil.


Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.



Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan kelihatan seperti bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia.

Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil.

Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Bagaimana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?


Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite.



Bagaimana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?



Petikan dr komen NGO terhadap Jeti VALE Brazil di Teluk Rubiah: "Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut," blog tersebut memberikan amaran.

"Mengapa kerajaan Perak begitu baik kepada Vale?" soalnya, sambil bertanya apakah projek ini menguntungkan rakyat Perak atau sekadar memenuhi objektif syarikat asing yang mempunyai duit.

"Sebab kontrak untuk membina fasiliti Vale kebanyakkannya diberikan kepada warga asing, di mana hanya sebahagian kecil sahaja jatuh ke tangan syarikat Malaysia. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands' Royal BAM Group," katanya lagi - sila baca di SINI

Jelas kepada kita kini.. demi mengejar kepentingan mereka pemimpin-pemimpin UMNO rela menjual tanah milik negara kepada bangsa dari negara asing tanpa mempedulikan keselamatan negara..


Artikel diatas telah diolah semula dari karya asal MSK @ Malaysia Times
Gambar-gambar telah disediakan oleh Otai Manjung

Anwar Ibrahim ambil tindakan undang-undang terhadap Utusan kerana Fitnah beliau.

Posted: 17 Jan 2012 06:24 AM PST


Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi."


Laporan BBC: Anwar mahu Utusan minta maaf

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.

Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.

Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi." - Sinar Harian

**********************************************

DSAI Begins Legal Action Against Utusan Malaysia

I refer to certain reports published in the Utusan Malaysia newspaper on January 17th 2012 alleging that the Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had made statements in a BBC interview calling for the legalizing of homosexuality.

These reports are defamatory, scurrilous, politically motivated and gutter journalism of the lowest kind.

In the BBC interview, the Opposition Leader whilst calling for review of archaic laws, went on to state that "we, Muslim and non-muslim generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia. We do not promote homosexuality in the public sphere and domain". Thus the Utusan Malaysia report is completely and blatantly false.

The UMNO-linked Utusan Malaysia newspaper has consistently published false, mischievous and scurrilous reports against the political opposition. Indeed, politically motivated and dishonest media reporting has become the norm among many mainstream media organizations such as Utusan Malaysia. This dismal state of affairs has been created, fostered and encouraged by the Barisan Nasional government.

In view of this, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has in the public interest begun legal action against Utusan Malaysia. Through his solicitors, Datuk Seri Anwar Ibrahim has on 17.1.2012 issued a demand notice against Utusan Melayu (Malaysia) Bhd which is the proprietor of Utusan Malaysia newspaper and against the Editor of Utusan Malaysia, demanding retraction of the above allegations, an apology and damages. He brings this action as a matter of principle and in vindication of the people's right to fair media reporting.

Issued by,

N. SURENDRAN

VICE PRESIDENT
KEADILAN

Salahguna Zakat: Jamil Khir upah Blogger UMNO untuk pertahan dirinya?

Posted: 17 Jan 2012 04:10 AM PST


Samada benar atau tidak aku kurang pasti.. tapi beberapa strategi yang telah digariskan untuk digunapakai oleh Blogger UMNO yang dikatakan telah diupah oleh Jamil Khir untuk mempertahankan dirinya dari serangan berikutan terdedahnya penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara nampaknya telah digunapakai.


Antaranya ialah 'asnaf fisabilillah' dan pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah kelihatan telah digunakan mereka…

ISU ZAKAT, STRATEGI BLOGGER UMNO DIDEDAH

Oleh :AZMAN ARIFFIN

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharum telah memanggil sekumpulan blogger UMNO ke pejabatnya untuk taklimat cara-cara menjawab isu penyalahgunaan wang zakat bagi tujuan yuran guaman.

Selain penjelasan berterusan melalui media arus perdana, para blogger UMNO telah diperuntukan sejumlah wang untuk menggunakan blog masing-masing bagi membantu Jamil Khir menjawab isu tersebut di alam siber.

Antara maklumat-maklumat yang diarahkan kepada blogger UMNO untuk menjawab ialah:-

1. Yuran guaman tersebut dibayar oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat kerana pertikaian undang-undang tersebut melibatkan pihak Majlis, bukan individu.

2. Membangkitkan soal pembayaran yuran guaman oleh kerajaan negeri Selangor dalam kes menghina Sultan Selangor oleh ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei yang menurut sumber tersebut adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan kerajaan negeri (tapi yuran guaman masih dibayar kerajaan negeri).

3. Membangkitkan soal penerimaan zakat pelajaran oleh anak-anak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dikatakan tidak layak kerana selain Ahli Parlimen, Khalid juga adalah seorang jurutera yang mampu menampung kos pengajian anak-anaknya.

4. Memberi gambaran bahawa perkara ini sengaja dipolitikkan kerana melibatkan ketua pembangkang.

5. Mewujudkan 'asnaf fisabillilah' untuk menutup penyalahgunaan dana zakat bagi tujuan yuran guaman.

6. Pemberi maklumat yang membekalkan 'payment voucher' kepada PKR telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pembuangan kerja.

Penulis difahamkan ada beberapa ketetapan lain juga telah diputuskan tapi oleh kerana maklumatnya tidak lengkap, penulis tidak yakin untuk menyiarkannya di laman ini.

Selain penulis juga perlu melindungi sumber yang mendedahkan perkara ini kepada penulis.

Ada diantara strategi yang disebutkan diatas sudah pun mula digunakan, seperti dalam contoh 'asnaf fisabilillah'.

Penulis difahamkan bahawa sebelum ini, kategori 'asnaf' tersebut tidak wujud (atau dormant) tapi sengaja diadakan untuk melepaskan Jamil Khir dari sebarang tuduhan salah laku.

Mungkin PKR boleh mengesahkan maklumat mengenai kewujuduan asnaf ini melalui sumber dalaman yang membekalkan salinan 'payment voucher' tersebut, sebelum beliau dikenakan tindakan disiplin seperti yang disebutkan di atas.

Kelihatannya Jamil Khir dan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menutup isu ini dengan segera. 'Kesungguhan' Jamil Khir itu menimbulkan banyak tanda tanya – apa yang sebenarnya cuba disembunyikan?

Penulis difahamkan yang Jamil Khir tertarik untuk menggunakan pendekatan sama yang oleh Shahrizat dan suaminya dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan blogger UMNO untuk mematahkan hujah Pakatan Rakyat.

Selain dari isu wang zakat, blogger UMNO juga diarahkan untuk membela Jamil Khir dalam soal pembinaan rumah mewahnya yang dibeli pada 1994 untuk dibandingkan dengan rumah Datuk Seri Anwar di Segambut Dalam. Pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah, telah direka cipta untuk disebarkan.


Sumber : Sabahkini

Pemimpin UMNO disiasat SPRM kerana terima sumbangan RM300K?

Posted: 17 Jan 2012 02:15 AM PST


Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan.


Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima 'sumbangan' berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.

Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM.

Ia memetik sebuah blog yang mendedahkan bahawa seorang bekas menteri menerima wang berkenaan pada 7 April, tahun lalu daripada kontraktor projek jambatan bengkok. Penulis blog itu mempersoalkan tujuan dan mengapa sumbangan dihulurkan.

Penulis blog itu juga menggesa SPRM supaya membuat siasatan - Malaysiakini


Cuba tengok kat SINI siapa bekas Menteri itu

Jawapan kepada Fitnah Blogger UMNO dari TKM1 Pulau Pinang.

Posted: 16 Jan 2012 11:36 PM PST


Tajuk yang disiarkan oleh Blog pencacai UMNO yang suatu masa dulu pernah melemparkan fitnah terhadap anak Guan Eng bukanlah merupakan satu soalan tapi lebih kepada satu tuduhan.


Lihat tanda seruan yang terdapat di akhir tajuk.. 'KANTOI ! Timbalan Ketua Menteri PKR Penang Miliki Rumah Kos Rendah!'.

Aku tulis tu sebab ada pencacai UMNO yang mengatakan blogger tersebut hanya bertanya bukannya menuduh, lihat komen pada printscreen di bawah..


Bodoh rupanya pencacai-pencacai UMNO ni.. aku ingatkan kebanyakkan mereka tak faham Bahasa Inggeris, rupanya Bahasa Malaysia sendiri pun tak faham..

Ini jawapan Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Datuk Mansor Othman mengenai fitnah pencacai UMNO tu..

Mansor beli rumah murah sebelum jadi TKM

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa rumah kos rendah berharga RM25,000 dibeli pada tahun 1980-an dibina oleh pemaju swasta.

Beliau berkata rumah itu dibeli kira-kira 30 tahun lalu ketika menjadi pensyarah Universiti Sains Malaysia iaitu sebelum menjadi TKM1.

"Saya membeli rumah kos rendah itu ketika saya masih menjadi pensyarah di USM iaitu pada 1980-an. Rumah itu bukan projek Kerajaan Negeri tetapi ia milik pemaju swasta.

"Oleh itu, tiada apa yang perlu dipertikaikan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang diminta mengulas entri pengendali blog Media Intelek Melayu (MIM), Dr Novandri Hasan kelmarin yang mempertikai bagaimana Mansor boleh memiliki rumah seumpama itu, yang kebiasaannya diperuntukkan kepada penduduk berpendapatan rendah .

Novandri mempertikaikan aet yang dimiliki Mansor dan hairan bagaimana Mansor boleh mempunyai sebuah rumah kos rendah bernilai RM25,000.

Novandri turut mempertikaikan kelayakan Mansor untuk memiliki rumah flat itu yang hanya layak dimiliki oleh golongan miskin dan ia dianggap tidak logik kerana Mansor mampu membeli Toyota Camry berharga RM140,000 dan memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 - Sinar Harian

Seleweng zakat: Satu lagi laporan polis terhadap Jamil Khir

Posted: 16 Jan 2012 10:49 PM PST


KUALA LUMPUR 17 Jan: Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendesak polis menyiasat dan bertindak terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali berhubung penyelewengan wang zakat.


Laporan polis terhadap tiga pihak itu dibuat ketuanya, Kamaruzaman Mohamad ekoran bukti yang dikemukakan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini.

Pendedahan itu ialah set dokumen berupa baucer MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 dan surat Ketua Audit Negara kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan penggunaan wang zakat berkenaan berjumlah RM63,650.

Jumlah itu merangkumi bayaran pertama RM31,500 pada 9 Febuari 2010 dan RM32,150 yang tercatat pada boucer itu yang diguna bagi membayar kos guaman Jamil dan Che Mat dalam berdepan tuntutan qazaf yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kamaruzzaman ketika sidang media selepas membuat laporan polis itu turut membidas dakwaan Jamil kononnya penggunaan wang zakat itu dibolehkan atas alasan tergolong dalam asnaf fisabilillah kerana mempertahankan Islam.

"Kalau betul mahu pertahankan Islam, patutnya sokong permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kes dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah syariah.

"Maka dengan ini kami desak polis menyiasat dan mengambil tindakan undnag-undang terhadap dua individu ini bersama MAIWP dengan segera," katanya.

Turut serta membuat laporan polis itu Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz bersama beberapa pemuda Pas Wilayah Persekutuan.


http://www.keadilandaily.com/?p=25592

Scandal Fidlot : NFC pertikai laporan PAC?

Posted: 16 Jan 2012 08:49 PM PST


Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid pada 23 November tahun lalu.. tapi ianya dinafikan oleh pihak NFC setelah melebihi satu bulan.. kenapa agaknya?


Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat – sepenuhnya sila baca di SINI


******************************************

NFC nafi RM250 juta diterima sebelum kontrak dimeterai

Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) menjelaskan bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007 dan sekali gus mempertikaikan dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

"Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini menjelaskan bahawa perjanjian pinjaman antara kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd telah ditandatangani pada 6 Disember, 2007 dan bukannya pada tahun 2010 seperti yang tersilap dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Pengeluaran pertama wang sebanyak RM7 juta dibuat pada Januari 2008. Ini mematuhi prosedur yang betul," kata NFC dalam satu kenyataan media hari ini melalui agensi syarikat perhubungan awamnya.

"Mulai tahun ini, NFCorp akan mula membayar balik pinjamannya seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman," katanya.

November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal-siasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010.

Azmi berkata masalah lain dengan NFC yang dikesan oleh PAC, adalah termasuk pengurusan yang lemah, kelewatan dalam memberikan kelulusan dan perubahan dalam matlamat syarikat.

Malaysiakini

Hasan Ali mahu rakyat tolak Anwar..

Posted: 16 Jan 2012 06:08 PM PST


Mungkin kerana telah terpengaruh dengan Zul Nordin, kini kita melihat banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali seakan-akan dengan kenyataan Zul Nordin.. semua kesalahan diletakkan kepada Anwar Ibrahim..


Hinggakan beliau dipecat dari PAS pun Anwar dipersalahkan..

Hasan Ali bidas, mahu rakyat tolak Anwar

PETALING JAYA - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia berkaitan golongan gay sambil menegaskan, ia "tidak wajar dan rakyat perlu menolak perjuangan" Ketua Pembangkang itu.

Menurut Hasan, perkara seperti ini menjadi salah satu punca beliau tidak boleh bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pas memecat Hasan awal minggu lalu.

"Inilah salah satu (sebab) saya tak boleh bersekongkol dengan Anwar. Sebab inilah, rakyat perlu menolak perjuangan Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media di kediamannya hari ini, yang kedua selepas dipecat dari Pas.

Dalam temu bual dengan BBC baru-baru ini, Anwar berkata, terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea antidiskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata, "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

"Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan," katanya.

Justeru Hasan menambah, masyarakat di negara ini akan bergolak, berpecah dan huru-hara akan berlaku jika hak-hak golongan lesbian, gay, biseksual dan homoseksual dihalalkan.

Hasan turut berkata, kenyataan Anwar dalam wawancara bersama media antarabangsa BBC merupakan pandangan peribadi ketua umum PKR itu.

"Pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di BBC. Tetapi kalau dilihat balik, itulah pandangan peribadi dan asasi yang dipegangnya. Atas alasan itulah kenapa saya tidak sepatutnya bersama beliau. Pendirian saya tak wajar untuk bersama Anwar," katanya.

Sementara itu mengulas kenyataan Anwar dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lalu mengenai Pakatan perlu dibersihkan daripada individu yang gila kuasa dan gila duit, Hasan berkata, masyarakat perlu berfikir siapa sebenarnya yang gila kuasa.

Katanya, beliau mempunyai keselesaan, kuasa dan jawatan ketika menjadi Exco negeri Selangor tetapi sanggup dikorbankan jawatan itu kerana satu idealisme.

"Saya nak tuan-tuan fikir ya, ada seorang ini yang kumpul orang-orang di Sabah dan Sarawak dan kata mahu tawan Putrajaya pada 16 September. Jadi sekarang, siapa yang gila kuasa? Saya ke, dia? Bayangkan, atas nama gila kuasa, dia berkata 'dalam penjara pun saya akan menjadi perdana menteri'. Hasan tak pernah sebut. Jadi saudara semua timbangkanlah... saya tahu saudara semua bijak," katanya.

Hasan berkata, beliau yang sebelum ini mempunyai pendapatan lumayan ketika menjadi pengurus dan pakar motivasi tidak pernah menceritakan kepada sesiapa jumlah kerugian yang dialaminya selepas menyertai Pas.

"Mengenai gila duit... Masya-Allah... saya dulu pengurus dan pelatih perundingan. Tanya isteri saya berapa pendapatan saya sebulan. Tetapi saya masuk Pas kerana perjuangan.

"Jangan tanya berapa kerugian saya bila hampir 15 tahun masuk dalam Pas. Saya tak pernah beritahu sesiapa.

"Ketika saya memegang Exco infrastruktur dan kemudahan awam, projek-projek JKR (Jabatan Kerja Raya) saya tak ambil satu sen pun. Rekod saya bersih. Saya tak biasa duduk dengan penyogok, disogok ni. Saya tak biasa. Psikologinya, kadang-kadang kita buat benda itu, jadi kita nak nafikan, kita tuduh orang lain buat," katanya sinis.


Sinar Harian

PRU: Janji PR hapus cukai pendapatan bawah RM5,000

Posted: 16 Jan 2012 05:57 PM PST


KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) berjanji mansuhkan cukai pendapatan kepada individu berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan jika berjaya menguasai negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pendekatan tersebut lebih memudahkan rakyat berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

"Saya merasakan tindakan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan RM500 kepada rakyat berpendapatan RM3,000 ke bawah membebankan. Oleh itu saya cadangkan agar Perdana Menteri, letakkan dasar supaya mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dikecualikan cukai pendapatan.

"Tak perlu mengisi borang, mendengar ucapan menteri dan dapatkan tandatangan penggawa dan sebagainya, ini membuang masa, kaedah pengecualian cukai pendapatan saya rasa lebih sistematik," katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, hari ini.

Majlis perasmian projek usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara- Timur Urban Development Sdn. Bhd. (ST) itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas mengenai cadangannya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada rakyat Kelantan, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) mengenal pasti individu terlibat.

Menurutnya, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

"Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan," katanya.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan ia dibangkitkan sebagai modal politik, sebaliknya menyuarakan perkara itu sejak enam bulan lalu, namun tidak mendapat perhatian.


Sinar Harian

Tiada ulasan: