Selasa, 10 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


UMNO TRAUMA SEHINGGA MEMAKSA ANWAR DIBEBASKAN?

Posted: 10 Jan 2012 09:49 AM PST

Trauma kerana kehilangan sokongan majoriti orang Melayu pada pilihan raya umum 1999 mungkin menjadi tanda aras kes liwat II tidak menyebelahi pihak pendakwa.Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hafiz Musa berkata, Umno/Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan sebahagian besar orang Melayu ketika itu.
"Jika situasi itu berlaku sekali lagi, rejim Umno/BN diyakini akan kehilangan undi majoriti dalam pilihanraya umum akan datang.
"Seterusnya pemerintahan BN di Malaysia pasti akan berakhir," katanya di sini.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan kes liwat II setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti menyakinkan.
Oleh itu kata Hafiz Pemuda PAS Kelantan melihat keputusan di luar jangka tersebut sebagai satu perkembangan amat baik terhadap institusi kehakiman negara kerana dibebaskan daripada kongkongan rejim Umno/BN.
Bahkan katanya pembebasan tersebut sewajarnya dilihat sebagai petanda di mana pengamal perundangan berjaya mengikis rasa takut terhadap rejim yang mentadbir negara sekarang.
Sedangkan menurutnya senario itu amat berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes liwat 1, di mana institusi kehakiman berada di bawah kongkongan rejim pemerintah.
"Kes tersebut membawa gelombang kebangkitan apabila Dato' Seri Anwar dipenjara mengikut telunjuk pemerintah ketika itu, walaupun pendakwa juga gagal membawa bukti mensabitkan beliau," katanya.
Oleh itu Pemuda PAS Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dilepas daripada tuduhan liwat II.
Menurutnya ia dianggap sebagai tamat episod siri fitnah dan permainan politik kotor yang memalukan negara di mata dunia.
"Pembebasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atasnya selama ini hanyalah merupakan fitnah yang direka," katanya.
Hafiz juga berkata, sudah tiba masanya semua pihak dalam Pakatan Rakyat memfokus gerak kerja menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Muhyiddin: Umno lebih bertimbang rasa dari PAS

Posted: 10 Jan 2012 09:20 AM PST

Umno akan memberi peluang kepada bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali untuk membela diri dan tidak memecatnya secara melulu seperti yang dilakukan oleh parti itu, kata timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin"Ini perkara dalaman PAS, yang kita tidak pernah campur tangan. Tetapi dalam dalam Umno, kita ada sistem demokrasi yang berdasarkan Islam,"  kata Muhyiddin yang juga adalah timbalan perdana menteri.

"Jika ahli membuat kesilapan, kita tidak pecat secara melulu. Tiada tindakan disiplin akan diambil tanpa memberinya peluang membela diri," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Katanya, sistem PAS yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada majlis jawatankuasa pusat membenarkan parti itu memecat Hasan tanpa sebarang pembelaan.

"Lihat Umno lebih bertimbang rasa berbanding parti lain," kata Muhyiddin sambil menjelaskan t Umno akan memberi masa yang secukupnya kepada pesalah untuk menjawap kepada  jawatankuasa disiplin dan membuat pembelaan mereka.
Ditanya mengenai tawaran yang dibuat oleh naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempelawa Hasan menjadi parti Melayu itu sebagai gelanggang meneruskan perjuangannya, Muhyiddin berkata ia bukan tawaran rasmi Umno.

Hasan ali pc"Kita (Umno) tidak pernah buat tawaran. Saya percaya Hasan pemimpin yang bijak dan berpengalaman. Jika beliau ingin mengaggotai mana-mana parti politik, itu pilihannya.

"Jika menegakkan Islam bukan lagi perjuangan PAS, terpulang kepada kebijaksanaannya membuat pilihan," kata Muhyiddin.

Ditanya sama ada Umno akan membuka pintu kepada Hasan, timbalan perdana menteri berkata tidak ada sebab untuk tergesa-gesa.

"Umno sentiasa buka pintu kepada sesiapa jika mereka berminat dan bersedia berjuang dengan kita."

[Baca berita penuh]

Tiga lelaki didakwa conteng 'Turun Tibai Rosmah'

Posted: 10 Jan 2012 12:07 AM PST

Tiga lelaki hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menconteng harta awam berhubung grafiti dengan tulisan "TTR 901 Turun Tibai Rosmah" yang didakwa dilakukan individu berkenaan, Sabtu lalu.

Tiga lelaki berkenaan, Sidiqin Omar, 30, Mohd Fiqtriey Halimiey Abdul Rani @ Abdul Ghani, 27, dan Ahmad Husni Mohd Ali, 28, didakwa melakukan grafiti itu pada satu struktur bangunan Stesen Komuter Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Tertuduh berkenaan masing-masing merupakan wartawan, artis grafik dan pemuzik itu didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.10 pagi hari itu.
Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Zaki Asyraf menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 untuk setiap tertuduh.
Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya sebelum itu meminta jaminan berkenaan ditetapkan RM3,000 untuk setiap tertuduh.

Peguam Mohd Radzlan Jalaluddin bagaimanapun meninta supaya jaminan berkenaan dikurangkan kepada RM500, dengan mengambil kira hukuman maksimum tuduhan berkenaan – penjara tidak melebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000.

Katanya lagi, penjamin juga mempunyai hubungan rapat dengan tertuduh dan boleh menjamin tiga lelaki berkenaan hadir perbicaraan.
[Baca berita penuh]

MB nafi perkenan sultan diperlukan bagi pecat Hasan

Posted: 09 Jan 2012 04:00 PM PST

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan bahawa perkenan terlebih dahulu daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan jawatan exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali yang telah dipecat oleh PAS.

khalid ibrahim pc 171111Ditemui wartawan hari ini selepas menghadiri kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid berkata beliau akan menghadap dengan sultan pada mesyuaratnya dengan baginda pada Jumaat ini dan kedudukan Hasan akan dibincangkan.

Ditanya sama ada persetujuan baginda diperlukan untuk menyingkirkan Hasan, Khalid menafikan perkara itu dan berkata jawatan ini akan diputusan oleh PAS yang mempunyai kuasa menentukan siapa yang mahu dilantik mereka.

Katanya, sebagai seorang 'gengtleman' atau bersifat budiman, veteran PAS harus meletakkan jawatan kerana telah hilang keyakinan dan sokongan daripada partinya sendiri.
"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gengtleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," katanya.

"Hasan Ali sebagai exco yang mewakili PAS perlu membuat keputusan sendiri sama ada atau tidak dia mempunyai sokongan dan kepercayaan dari PAS."

Hasan ali pcHasan dilantik sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam selama ini menikmati sokongan daripada sultan berhubung perjuangannya dalam dakwaan umat Islam di negara ini cuba dimutadkan oleh kumpulan Kristian.

Pemecatan dan penyingkiran Hasan dari barisan exco kerajaan negeri mungkin mengheret kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah dengan sultan Selangor.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Abdul Khalid berkata Pejabat Penasihat Undang-undang negeri berpandangan bahawa meskipun perkenan Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan exco, namun perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran exco.
Calon baru

Katanya, pada mesyuarat Jumaat ini, beliau akan mengadap Sultan Selangor untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang mengenai calon-calon penganti yang sesuai.

Mengulas perkara yang sama, pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (bawah, kanan) berkata, perlembagaan menyebelahi Abdul Khalid dalam menentukan barisan exconya.

"Walaupun Hasan Ali adalah exco untuk agama, namun beliau adalah seorang ahli exco yang tertakluk di bawah kuasa MB, bukan sultan," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

NONEKatanya, Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing.

"Perlembagaan adalah jelas bahawa dalam pelantikan dan pemecatan ahli-ahli kabinet - dalam kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri - istana mesti patuhi nasihat (mereka) ," katanya.

Katanya, dalam kerajaan campuran seperti Pakatan Rakyat, keputusan jawatan exco yang diperuntukkan ditentukan oleh parti masing-masing.

"Jadi, Hasan Ali boleh dipecat oleh MB Khalid berikutan keputusan PAS untuk menyingkirkan keahliannya."

Tiada ulasan: