Selasa, 31 Januari 2012

.

.


Catatan Khas II

Posted: 30 Jan 2012 10:41 PM PST

Ustaz Azhar Idrus
Membawa Anak Muda Menemui Tuhan Selembut Bayu


HARI ini dilaporkan ada kepala babi dijumpai di pintu pagar sebuah masjid di Rawang, Selangor. Saya tidak mahu mempeduikan berita najis itu. Kepada saya ia tidak memberi apa-apa kesan besar kepada jiwa saya yang tahu ada beberapat kerat rakyat negara ini yang mengakui pejuang Islam tetapi sebenarnya mereka adalah berasal dari benih Abu Lahab dan Abu Jahal.

Sekalipun untuk mendapat simpati politik dan memecahkan perpaduan orang lain, janganlah menggunakan kepala babi sebagai modal. Saya cukup yakin dan percaya orang yang suka bermain dengan kepala babi lebih kurang sama dengan orang yang tergamak memperolok-olokkan kepala lembu atau meruntuhkan surau ataupun yang bertindak menutup masjid untuk urusan dakwah.

Hari ini saya lebih seronok menulis fasal Ustaz Azhar Idrus, pembawa fenomena baru kepada anak-anak muda negara ini. Azhar adalah idola baru yang diturunkan Allah untuk menjadi alternatif kepada anak-anak muda yang selama ini dihalakan hanya sejenis idola saja, seleberiti.

Azhar tidak payah melaung-laungkan dia hendak menyelamatkan akidah, atau ingin memurnikan akidah atau hendak menentang Kristian atau membuat serbuan tengah malam ke pusat pelacuran dan rumah urut, tetapi cukup untuk menemui anak-anak muda dengan bercakap tentang keagungan Muhammad dan keqadiman Allah.

Azhar menjinak dan memesrakan anak-anak muda dengan Tuhan dan Nabi menurut keadah dan kepakaran yang ada kepadanya. Saya seronok untuk menulis fasal Ustaz berjambang hitam yang kemas di tren itu. Iya ada perbezaan janggut Azhar sebelum ini dengan apa yang saya lihat malam kelmarin, hitam dan kemas.

Apa saya nak ulas mengenai Ustaz ini bukan soal dia menjadi kegilaan kepada anak-anak muda lagi. Itu adalah realiti. InsyaAllah kegilaan akan meluas dan sedikit masa nanti Azhar mempunyai peminat alias anak murid di serata Malaysia. Tidak mustahil juga suatu hari nanti dia akan bercemarah dan memberi kulliyah di Bangkok, Manila, Jakarta ataupun Singapura. Tidak ada halangan dan sempadan membatasinya dalam memberi didikan agama kepada manusia.

Sedikit lagi juga bukan saja anak-anak muda Melayu, tetapi India dan China juga akan ikut sama mendengarnya. Sebab dia bukan memaksa anak-anak muda menerima terus tentang kesucian Islam tetapi memberi maklumat akan kepentingan Islam yang sesungguhnya diperlui semua orang.

Azhar akan diterima sebagai pembahawa cahaya dan tokoh penceramah agama di negara ini. Sama-sama kita didoakan. Ini akan berjaya kalau orang yang mengurus, mentadbir dan mengatur kuliyyah beliau ikhlas dan bekerja keranaan Allah.

Orang yang akan menasihati Azhar agar konsisten dengan keadaan ada hari ini, tidak menonjolkan idealisme politik dalam kuliyaah, tetapi menongokkan semangat perpaduan dan keagamaan yang tinggi. Azhar akan menjadi pakar dan institusi untuk membaiki hati-hati, perwatakan dan sifat anak muda dan menemuikan anak-anak muda dengan jalan kehidupan hakiki - silatulmuqataim.

Dia akan meemcahkan kebuntuan dalam dalam muzik ada Tuhan, dalam merempit ada Tuhan, dalam bola dan futsal ada Tuhan. Malahan dalam bercinta, berkelab pun ada Tuhan dan Tuhan itu berada di mana-mana. Cara dia membawa Tuhan kepada anak-anak muda dengan penuh kemesraan dan bagaikan bayy yang berhembus di waktu pagi, saking lembutnya.

Kita doakan semoga usaha beliau akan berterusan dan berjaya. Dan tidak ada sesiapa yang akan menghalangnya. [Berhenti disini untuk ke hospital menziarahi jenazah bekas staf inysaAllah akan disambung nanti] [wm.kl.6:08 pm 31/01/12]

Marah Pagi

Posted: 30 Jan 2012 05:06 PM PST

Mahathir Si Gitar Bertali Satu

Tidak ada pemberhentian Mahathir Mohamad mengkritik dan memburukkan Anwar Ibrahim mungkin begitu juga orang akan tidak menghentikan meluahkan rasa 'murih' dan meluat dengan bekas PM ke lima itu. Bagaimana dendam kebenciannya kepada Anwar maka begitu juga dendam dan kebencian penyokong Anwar kepadanya.

Anihnya Anwar sendiri telah memaafi segala kesalahan dan dosa Mahathir kepadanya. "Saya telah memaafi semua dosa-dosa dia terhadap saya," begitulah jelas Anwar lebih dari dua kali. Kali terakhir ialah semasa berceramah di Machang awal bulan Januari.

Mahathir tidak akan berhenti bercakap dan berkokok walaupun suara dan nadanya sudah sumbang. Kalau umpama gitar, talinya sudah lima yang putus. Gitar itu sudah tidak dapat mengeluarkan bunyi dan apa-apa irama lagi. Hanya dengan satu tali saja gitar tua itu tidak dapat mengeluarkan apa-apa bunyi yang mengasyikkan.

Setakat grenggg... gerennggg sahaja. Kalau Ustaz Azhar Idrus dengar pun dia akan tahu gitar tua itu sudah tidak memberi manfaat lagi dalam industri muzik tanah air. Ia akan memedihkan anak telinga saja.

Sebagai gitar tua elok kalau Mahathir duduk dalam almari atau gubuk buruk. Duduk diam-diam menjadi warisan sejarah. Orang tidak akan kata apa-apa kepadanya. Buruk atau baik orang tidak akan tahu. Orang tetap beranggapan dia adalah sebuah gitar yang pernah melahirkan irama dan nada yang menarik dan mengkagumkan. Kalau dia tidak berbunyi dalam keadaan hari ini orang tetap menganggap ia sebagai sebuah gitar berjasa. Ada baiknya kalau dia mengambil rasmi Abdullah Badawi, diam sesudah kenyang.

Tetapi kalau dengan satu tali pun dia masih hendak membesar diri, hendak mendabik dada dia sebagai gitar yang sempurna, dapat melahirkan pelbagai bunyi dan irama, malang sangat... Mahathir sudah tidak mengenal diri dan meletakkan dirinya di martabat yang hina. Apakah dia juga terhibur dengan cara Inchek Ibrahim bermain politik mengatakan orang siang malam tidak kira siapa?

Adakalanya saya konfius dalam menilik diri Mahathir ini terhadap sikapnya kepada Anwar, apakah dia menjadi murid kepada Inchek Ibrahim atau sebaliknya. Sebab mereka berdua ini dua kali lima sahaja dalam soal ini.

Ini saya timbulkan apabila melihat kepada kritikan dan cemuhan beliau kepada Anwar berhubung kenyataan Anwar menyokong Israel yang didakwa diputar belitkan itu. Komen Mahathir itu nampak sangat akan kebenciannya dan tidak berasas. Kata Mahathir dia tidak hairan kalau Anwar baik dengan Israel kerana dia sudah kenal dan tahu kegiatan Anwar sebelum ini lagi.

Tidak cukup itu ditambah dengan memburukan Anwar sebagai sudah acap kali memburukkan negara ini.

Saya setuju kalau Mahathir tahu kalau Anwar benar-benar baik dengan Israel. Sebab Anwar berkhidmat di bawah kerajaannya. Bukankah Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri timbalan kepada Mahathir. Anihnya kenapa sesudah 12 tahun baru Mahathir mengambil tindakan memecat Anwar? Adalah seorang bapak yang tidak bijak kalau membiarkan anaknya terus nakal sedangkan dia boleh mengawal kenakalan itu sehingga tidak memudaratkan negara? Mengkritik Anwar dan mencerita keburukan Anwar samalah Mahathir meludah ke langit yang akan jatuh bok...... ke atas batang hidungnya.

Mungkin ada orang membahas apa yang saya katakan ini. Itu, Mahathir pecat Anwar adalah untuk menyelamatkan negara? Ok saya nak tanya apakah dengan tindakan Mahathir itu negara hari ini selamat? Amankah negara kita dan apa jadi dengan stabalitas politik negara ini? Bukankah situasi hari ini yang meletakkan kekuatan UBN yang menjadi raja selama ini disebabkan Mahathir? Sesudah Anwar disingkirkan dari Umno?

Bukankah "badigonya" seorang ketua untuk membiarkan masa sebegitu lama kepada pembantunya bermesra dengan haiwan bernama Israel? Kenapa? Apakah tujuannya Mahathir mahu anak buahnya itu ditelan haiwan berkenaan? Kalaulah itu jelas Mahathir berniat jahat kepada Anwar sejak lama dulu lagi. Mahathir bukan seorang yang tulus ikhlas kepada bangsa dan negaranya. Hipokrit al munafik.

Tuduhan sememangnya sedap dan mudah. Buka mulut polet lidah maka akan berbunyilah berbagai ayat dan perkataan tuduhan. Guna bahasa indah, perumpamaan indah dan segala macam kosmetik ia mengindahkan lagi tuduhan dan celaan. Menjadi raliklah telinga si jahil dan pentaksub bodoh. Kata Mahathir Anwar suka kalau Barat puji dia sebab nak nampaknya dia moden dan ikut trend. Kata Mahathir Anwar juga rapat dengan puak kongres Amerika.

Cerita Anwar rapat dengan Amerika ini sudah lama. Orang pun sudah tahu dan hubungan inilah menyebabkan Mahathir bencikan Anwar. Hakikatnya Mahathir cemburu kepada pencapaian anak didiknya sendiri. Kalaulah Anwar menjadi kesukaan dan kesayangan Amerika rasanya sudah lama Pantagon Serang Kementah.

Sekali lagi saya menerima apa yang Mahathir katakan itu. Tetapi ikhlaskah Mahathir? Ternyata tidak. Dia menuduh Anwar menyokong Israel dan baik dengan Amerika. Tetapi macam mana dengan dirinya sendiri. Mahathir mengatakan Melayu mudah lupa. Ternyata mamak seperti dia juga ikut sama mudah lupa. Lantaran mata kelabu menyebabkan Mahathir boleh nampak kuman di seberang laut dan tidak nampak gajah di depan mata.

Mahathir perlu mengingati kembali apa yang dilakukan semasa dia jadi perdana menteri dulu. Sepucuk surat yang bertarikh 16 Ogos 1999 kini sudah terdedah di dalam internet menjelaskan apa yang Mahathir lakukan. Menerusi surat itu Mahathir mengalu-alukan kemenangan Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan meminta pertolongan Israel untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" untuk pilihan raya umum Malaysia.

Dalam surat itu juga Mahathir meminta diadakan pertemuan beliau dengan Ehud Barak menerusi Menteri Luar Syed Hamid Albar.

Apakah erti semua itu? Apakah makna surat itu? Apakah surat itu palsu? Apakah surat itu tidak boleh mengaitkan bahawa Mahathir ada hubungan dengan Israel? Orang yang boleh berfikir dan mengalami penceraman zaman tentu akan dapat menilai tindakan siapa lebih besar dan lebih jauh untuk berkawan dengan Israel. Apakah Mahathir atau Anwar?

Anwar setakat mengulas keperluan memberi penghormatan kepada Israel berasaskan kepada resolusi dan persetujuan umum atau dalam ruang lingkup menghormati hak manusia. Ia tidak mencecah soal akidah dan sokongan sampai boleh menjadikan Anwar menentang al-Quran? Anwar pun tahu bahawa bangsa Yahudi dan Israel tidak boleh dijadikan kawan?

Dalam hubungan saya melihat kenyataan dan pandangan Anwar terhadap Israel itu samalah konteksnya dengan sokongan Azizan Razak terhadap AUKU. Itu saja. Ia menyokong bukan bererti menerima hakikat kekejaman Israel dan begitu juga menyokong AUKU bukan menerima hakikat kekejaman akta itu kepada mahasiswa. Dalam politik perlu memiliki mata semacam mata lalat baru boleh melihat sekeliling.

Sayangnya Mahathir ada mata itu tetapi sebahagiannya sudah kabur disebabkan usia. Ingatlah Mahathir gitarnya hanya ada satu tali sahaja lagi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam muzik orkestra kerana ia boleh memincangkan irama dan lagu. [wm.kl.9:44 am 31/01/12]

Susupan Malam

Posted: 30 Jan 2012 04:11 AM PST

Zuraidah Jangan Terlalu Percaya
Pengakuan ShamsulIbrahim


Mungkin kebanyakan kita sudah membaca pendedahan dibuat oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin kononnya seorang ahli perniagaan bernama ShamsulIbrahim Ismail diarah oleh pegawai NFC agar merasuah polis untuk menutup siasatan ke atas projek lembu gemuk (NFC) yang dikatakan bermasalah itu.

Menurut Zuraidah beliau difahamkan ada pegawai NFC menghantar permintaan itu kepada ShamsulIbrahim menerusi sms.

ShamsulIbrahim membuat laporan polis pada 27 Januari lalu.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Zuraidah mengenai kenyataan dakwaan ShamsulIbrahim itu bahawa satu lagi bukti menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam projek lembu gemuk berkenaan. Kali ini kononnya NFC cuba meminta jasa baik polis agar tidak menyiasat dengan memberi rasuah menerusi ShamsulIbrahim.

Mungkin sekali dengar pendedahan Zuraidah itu ia semacam memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat atau menambahkan bukti dakwaan Zuraidah dan Rafizi tentang penyelewengan dalam NFC yang didedahkan baru-baru ini sehingga menggoncangkan politik Sharizat Abdul Jalil.

Pendedahan dibuat Zuraidah itu diharap menjadi tekanan kepada Sharizat Jalil dan juga Umno.
Itulah yang mungkin dilihat oleh semua orang dengan pendedahan itu, dan mungkin itulah juga tujuan Zuraidah membuat sidang akhbar khas mendedahkan perkara itu.

Mungkin pandangan saya tentang itu salah. Saya tidak melihat seperti mana kebanyakan tenguk itu. Saya melihat dengan rasa dan suasana berlainan dengan umum terhadap pengakuan ShamsulIbrahim itu yang kononnya beliau ditekan atau disuruh merasuah polis.

Menjadi pertanyaan saya kenapa ShamsulIbrahim baru hendak buat pendedahan itu? Kenapa tidak sebelum beliau ditangkap dan disiasat polis?

Dalam melihat hal-hal sebegini saya suka merujuk kepada beberapa kejadian sebelum ini, mengenai pengakuan individu yang mulanya dilihat memberi kelebihan dan membantu pihak Pakatan Rakyat untuk membenteras penyelewengan tetapi akhirnya berkesudahan memberi kesan sebaliknya.

Satu masa dulu Nallakarupan telah membuat kenyataan lunak menceritakan bahawa Anwar tidak seperti mana yang dituduh oleh pihak UBN. Ketika itu orang mengangkat Nallakarupan sebagai hero dari kalangan India untuk Pakatan Rakyat. Tetapi apa kesudahan dengan orang India ini?
Semua sudah maklum dia dilantik menjadi senator kini menjadi salah seorang pengodam Anwar yang aktif.

Begitu juga dengan king bloger Raja Petra Kamarudin. Satu ketika dia membuat akuan bersumpah berhubung ada maklumat kononnya Rosmah binti Mansor terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Beliau bergagah mempertahankannya. Tetapi apa kesudahannya, dia memulang balik maklumat itu kepada orang yang memberi tahunya. Dia sedikitpun tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan.

Walhasil pegawai aksar yang didakwa memberi maklumat itu disiasat dan dikenakan tindakan. Raja Petra pula berlalu dengan lenggang punggung dan kes itu menyebabkan beliau dituduh memfitnah Rosmah. Bila beliau tidak sedia hadir di mahkamah menyebabkan persepsi umum bahawa Raja Petra dan pegawai askar berkenaan berbohong.

Tidak cukup itu ada lagi satu kes yang hampir sama. Seorang penyiasat persendirian berbangsa India bernama Bala telah membuat pengakuan panjang lebar berhubung dengan kes Altantuya juga. Tetapi apa jadi kesudahannya, Bala berdolak dalih dengan pernyataan itu. Apa yang dibuat - pengakuan itu tidak menjadi satu bukti kejap dan pengakuan itu tidak sedikit membantu untuk mensabitkan Rosmah dalam kes Altantuya.

Begitu juga ShamsulIbrahim ini saya lihat senarionya sama saja dengan Nallakarupan, Raja Petra dan Bala itu. Ia tidak boleh diharap untuk menjadi pemberi bukti kukuh terhadap kes projek lembu gemuk itu. Laporan beliau terhadap polis tidak boleh dipercayai. Ada kemungkinan beliau sengaja berbuat begitu untuk membolehkan beliau dituduh di mahkamah oleh pihak NFC sebagai memfitnahnya.

Apabila bicara diadakan nanti sekiranya mahkamah memutuskan dakwaan itu palsu secara automatik ia akan menjelaskan bahawa NFC tidak ada apa-apa kesalahan dan penyelewengan berlaku. Bahawa keributan dalam NFC itu hanya angkara ShamsulIbrahim semata-mata.

Pada saya Zuraidah sepatutnya tidak perlu ghairah menerima bukti-bukti yang dikemukakan oleh ShamsulIbrahim itu. Kalau Zuraidah tidak menampilkan pengakuan itu, persepsi terhadap NFC oleh umum sudah pun mencukupi. Tetapi kalau berlaku seperti saya ramalkan itu, ShamsulIbrahim menafi balik dan sebaliknya memusingkan mukanya menghentam Zuraidah dan PKR, tidakkah ia satu kes aniaya. Akan berlaku istidraj sekali lagi.

Ketika itu Zuraidah atau Rafizi tidak ada kekuatan lagi untuk menghalang bingkasan balik si ShamsulIbrahimn itu. Pendedahan dan bukti yang dikemukakan sebelum ini mengenai NFC dan juga keborosan keluarga Sharizat juga akan menjadi lemah. Maka wajar kalau Zuraidah tidak cepat melatah dan ghairah untuk melanyak NFC dan juga Shahrizat Abdul Jalil dengan mengemukakan saksi-saksi sokongan yang tidak dikenali sejauh mana integritinya. [wm.kl.8:45 p.m 30/01/12]

Tiada ulasan: