Isnin, 9 Januari 2012

.

.


Ulasan Pemecatan Hasan Akidah

Posted: 09 Jan 2012 01:59 AM PST

Hasan Akidah
Ingat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan Gersang

Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehe batnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?

Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.

Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.

Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.

Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menganggakl sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.

Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkaian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.

Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya sebagai ahli Pas.

Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.

Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakad. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular itu seharusnya dia kekal dalam Umno.

Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya jiwa yang besar dan hebat.

Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah menganggutungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.

Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan keadaan kenapa tidak dengan beliau?

Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.

Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.

Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.

Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya.

Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah.

Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.

InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan itu.

Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil.

Petua untuk Hasan Akidah sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Apabila katak menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang. Selamat berjuang kepada Hasan Akidah! [wm.kl.9:00 am 09/01/12]

Ulasan Pembebasan Anwar

Posted: 08 Jan 2012 07:15 PM PST

Anwar Ingatlah Lekuk Di Mata Ini Wujud Kerana Menangisimu

[kemaskini] Pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi suntikan semangat baru kepada Pakatan Rakyat. Pembebasan itu yang dinanti dengan penuh debaran serta dalam keadaan separuh mati seolah-olah memberi tambahan oksigen bertong-tong kepada Pakatan Rakyat. Gabungan itu sebelum ini yang sudah agak tergancat sedikit sekiranya Anwar dijatuhi hukuman bersalah kini boleh menarik nafas lega persis pesakit jantung yang baru menjalani by pas.

Malahan keputusan mahkamah itu yang menafikan Anwar meliwat pembacuh kopi memberi suntikan keyakinan kepada Anwar untuk muncul sebagai pemimpin negara di masa depan. Sudah tentu mereka yang sebelum ini sudah konfius, keliru dan putus harapan kembali memadukan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Anwar sendiri juga tidak percaya dengan keputusan yang diterima hari ini.

Apakah keajaiban keputusan ini merupakan laluan-laluan ajaib yang akan membawa beliau ke kerusi perdana menteri?

Baik DAP dan Pas yang menjadikan rakan kepada PKR di mana mereka telah bersetuju meletakkan Anwar sebagai tunggak utama juga kembali bersemangat. Harapan yang mereka rasakan pudar dan samar sebelum ini kini bersinar kembali. Saya yakin individu yang goncang keimanannya terhadap perjuangan dibawa Anwar ekoran tuduhan itu akan kembali menguatkan pancangan mereka kepada parti dokongan masing-masing.

Tuhan itu Maha Adil dan maha segala-gala. Tidak sampai 24 jam Hasan Akidah mempersoalkan soal moral Anwar, meragui kesucian Anwar kerana kesuciannya lebih tinggi, tiba-tiba mahkamah memberi jawaban di atas keraguan itu. Apakah Hasan Akidah sedia untuk membetulkan akidahnnya terhadap Anwar ini? Kalau dia bermoral itulah yang patut beliau lakukan, memohon maaf secara terbuka kepada Anwar sebagai mewakili seluruh orang yang menjijikkan Anwar.

Seorang yang mempunyai integriti yang tinggi, bijaksana seperti Hasan Akidah tidak perlu berfikir lama untuk melakukan itu kerana itu juga tuntutan agama yang diperjuangkan Hasan Akidah. Namun apabila melihat Inchek Ibrahim mendampingi ia boleh menceritakan segala-galanya. Bagi Hasan Akidah, Inchek Ibrahim jauh lebih baik dari Anwar.

Kembali kepada pembebasan Anwar itu, teringat saya kepada kata-kata seorang rakan Fb saya, bahawa tarikh 09/01/12 itu adalah tarikh di mana berkebetulan pada ketika itu bulan sedang mengambang penuh. Iya tarikh itu memang keramat dan berkat. Yang sangat pentingnya keputusan mahkamah itu juga telah menutup rapat isu seorang bijaksana dalam Pas yang kini telah dinyahkan oleh parti berkenaan. Harapan Hasan Akidah untuk menjaja keburukan Anwar dengan keputusan yang diharap Anwar bersalah, punah ranah dan koyak rabak.

Apa yang berlaku hari ini hendaklah disambut dengan solat sujud dan pernyataan kesyukuran yang maha tinggi kepada Allah taala oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Yang bukan beragama Islam wajar berdoa kepada Tuhan masing-masing dengan cara dan ritual keagamaan tersendiri. Ini bukan soal pluralisme. Itu rakan Anwar yang berjubah lusah harus memahami kewajiban ini. Kebenaran itu mengatasi segala berapa jumlah yang dimasukkan ke dalam jubah anda.

Dalam pada itu kita ingin tahu sejujur mana pula pihak-pihak yang bermati-matian yakin dengan dakwaan oleh pembacuh kopi itu yang Anwar meliwatinya. Sebelum ini mereka telah menyampahkan Anwar, menghina Anwar dengan seribu penghinaan. Hari ini ternyata penghinaan mereka berdasarkan kepada pengakuan bohong oleh pengaduh telah memberi jawaban.

Apakah mereka seorang demi seorang akan berbaris ke rumah Anwar untuk memohon maaf? Meminta ampun kepada Anwar di atas keceluparan dan kemabukan kerana bencikan Anwar disebabkan mereka dihasut atau diupah sebuku garam? Tidak mungkin!

Barang kali mereka akan berbuat begitu secara senyap selepas Anwar dinobatkan sebagai perdana menteri. Mereka akan mendatangi rumah Anwar dari pintu depan dan belakang, rusuk kiri dan rusuk kanan. Mereka akan membawa jambangan bunga pujian dan sanjungan besar. Mereka akan bercerita sehingga Anwar akan terpesona dan memaafi mereka.

Biarlah kalau mereka datang membawa bunga manggar kemaafan kerana sifat Anwar begitu. Anwar akan memaafi dan mencium setiap setanggi yang dibawa kepadanya tanpa menyelidiki apakah setangi itu dicuri atau apa. Saya yakin Anwar tidak akan peduli segala cacian itu. Kepadanya perjuangannya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekuasaan yang kurafat, yang bidaah yang menzalimi rakyat. Anwar akan memaafi sesiapa saja yang memohon kepadanya.

Rakyat yang insaf hanya perlu mengucapkan terima kasih saja kepada Anwar. Dia telah mengorbankan segala-galanya dalam hidupnya untuk rakyat. Dia hampir kehilangan maruah kerana diserang bertubi-tubi. Bahkan dia hampir mati. Anwar menangis tidak siapa tahu melainkan Tuhan dan malaikat yang menjaganya saja.

Namun Anwar tidak mengharap balasan dari segala pengorbanan itu kerana pengorbanan itu adalah sunah bagi orang sepertinya. Tetapi apa yang Anwar dan kita semua harapkan dengan pengorbanan dan perjuangan itu, rakyat perlu menyatakan sokongan dan membalasnya dengan menjatuhkan kerajaan mitos yang dipikul 'pocong-pocong' yang ada hari ini.

Hendaknya dan sama-sama berdoa semoga tiada lagi cabaran dan dugaan selepas ini. Biarlah orang yang sekuturnan dengan Datuk Mandaliar, Pati Karma Wijaya, Si Kitol dan sesukunya sudah tidak ada lagi dan mereka sudah insaf dan keturunannya pupus serta merta. Biarlah negara ini merekodnya orang-orang jahat dan pemfitnah setakat apa yang ada hari ini. Jangan kita panjangkan senarai orang jahat dalam negara ini.

Ingatan kepada Anwar di dalam menerima sahabat yang baru, teman-teman penyokong yang baru jangan lupa kepada kawan lama. Ingatlah dan renunglah parut, kesedihan dan bekasan linangan air mata yang bertakak di bibir mata yang wujud kerana terlalu banyak menangis nasibmu. Jadikan itu sebagai memori dan tanda sayang dan kasih mereka kepada kamu.

Dan aku telah lama menyenaraikan satu persatu siapa yang mengkhiantimu, siapa yang suci hati kepadamu dan siapa yang sedang mencari lubang untuk memasuki ke rumah semula sesudah kau bebas. Aku sudah tahu dan aku akan menanam onak dan duri serta menyebur racun agar petualang itu tidak akan mendekati kediamanmu. [wm.kl.11:00 am 09/01/12]

Langsung Dari Mahkamah 1

Posted: 08 Jan 2012 06:37 PM PST

Kereta Elizebeth Wong Terkena Serpihan Dibom?

Satu kejadian yang tidak diingini berlaku di perkarangan mahkamah apabila dua letupan berlaku yang dipercayai bom dan serpihan terkena kereta Exco Selangor Elizebeth Wong dan sebuah kereta kancil dibom. Kereta Elizeberth hanya rosak di bahagian bumper bawah dan serpihannya mercik sejauh beberapa meter, demikian menurut saksi mata.

Katanya bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah.

Kejadian ini menandakan bahawa dalam himpunan itu ada anasir jahat yang cuba mengeruhkan suasana. Polis perlu menyiasat ke akar umbi dan mengejar anasir jahat ini hingga ke lubang cacing.

Kejadian ini mustahil dilakukan oleh penyokong Anwar apa lagi penyokong Hasan Akidah. Kejadian itu menyebabkan orang boleh mengagak ia ada kaitan dengan kumpulan pelampau Melayu yang kecewa dengan keputusan hakim membebaskan Anwar sekejap tadi.

Tindakan ala talibah itu juga menunjukkan pihak yang terlibat sudah tidak rasional dan mereka mula menunjukkan tindakan-tindakan agresif yang boleh menghuruharakan negara. Mereka juga ini juga berfikir tidak lagi menggunakan kepala tetapi lebih kepada menggunakan kepala lutut. [wm.kl.10:39 am 09/01/11]

Langsung Dari Mahkamah

Posted: 08 Jan 2012 06:10 PM PST

Anwar Akan Berlepas Ke India Malam Ini

[kemaskini] Anwar Ibrahim sudah pun keluar dari mahkamah dari tingkat lima dan kini berada di perkarangan mahkamah. Beliau kini sedang memberi ucapan rengkas kepada para ribuan penyokong yang datang untuk memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Anwar berterima kepada kepada isterinya Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga, para penyokong serta pimpinan Pakatan Rakyat yang memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Anwar juga bersyukur atas keputusan hakim dan bertekad untuk terus memperjuangkan keadilan, menghapuskan rasuah.

Maklumat terbaru selepas beredar dari perkarangan mahkamah Anwar akan ke masjid Wilayah Persekutuan untuk mendirikan solat sunat. Beliau juga dijangka akan ke Permatangan Pauh tengah hari ini. [10:34 am]

Menurut salah seorang pemimpin kanan PKR, Anwar tidak akan ke Pulau Pinang tengah hari ini seperti mana dirancangkan. Katanya malam ini Anwar akan berlepas ke India untuk menghadiri majlis anjuran cicit kepada Mathma Ghandi. Selepas itu beliau juga akan ke Turki menghadiri majlis ulang tahun parti pemerintah dan akan menyampaikan ucaptama.

Anwar dijangka tiba di KLIA kira-kira jam 8:00 malam. [wm.kl.10:12 am 09/01/12]

Terkini

Posted: 08 Jan 2012 05:23 PM PST

Anwar Dibebas Tuduhan Liwat

[kemaskini] Anwar masih di mahkamah sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain.

Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.

Maklumat yang saya terima dari dalam mahkamah, hakim membebaskan Anwar dari tuduan liwat. Keputusan yang benar-benar upset. Keputusan ini sudah tentu disambut dengan linangan air mata kegembiraan oleh puluhan ribu penyokong Anwar yang berhimpun sejak.
[wm.kl.9:26 am 09/01/12]

Sesudah Subuh

Posted: 08 Jan 2012 03:32 PM PST

Menyirat Nasib Anwar Ibrahim

KURANG dua jam lagi nasib Anwar Ibrahim akan ditentukan, apakah dia akan dijatuhi hukuman bersalah atau tidak. Yang sudah pasti dan diduga ramai termasuk Anwar sendiri beliau akan dijatuhi hukuman penjara. Berapa tahun dan berapa lama itu saja yang menjadi pertanyaannya.

Didapati bersalah sudah pasti! Anwar sendiri sudah menyiapkan diri untuk menghadapi hukuman. Seluruh keluarganya, anak isteri, waris dan para penyokongnya sudah sedia menghadapi apa saja kemungkinan.

Apa yang menjadi persoalannya apakah beliau akan terus diseret ke Sungai Buloh sebaik hukuman dijatuhkan atau pun diberi jaminan.

Kalau tindakan (pendakwaan) itu atas semangat dan motif politik Anwar akan terus diseret ke Sungai Buloh dan malam ini dia akan mulai menjadi penghuni penjara kembali. Sebelum ini saya meramalkan sebaik Anwar ke Sungai Buloh Parlimen pun akan dibubarkan. Sebaliknya kalau perbicaraan itu untuk mencari keadilan dan kebenaran, Anwar akan dibenarkan jamin dan mendapat proses keadilan seterusnya.

Dalam hati saya kuat mengatakan Anwar akan diberi jaminan. Kerajaan Ha Najib Razak tidak akan bertindak sekejam kerajaan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Jaminan itu bukan sangat kerana Najib baik, tetapi untuk menampakkan kepada rakyat dia lebih baik sedikit daripada Mahathir. Kalau Anwar dipenjara hari ini ternyata Najib mengikut plot yang dilakar dalam skrip tulisan Mahathir Mohamad seperti mana tahun 1998 dulu.

Betul Najib tidak boleh mencampuri keputusan hakim. Tetapi Najib adalah perdana menteri. Perdana Menteri adalah orang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Sekiranya keputusan atau tindakan mengheret Anwar nanti memberi implikasi kepada kerajaan sekarang ini, Najib terpaksa berfikir lebih 23 kali untuk tidak campur tangan. Teka teki mengenai nasib Anwar dalam perbicaraan dan keputusan hari ini juga merupakan teka teki dan hujung jatuh nasib Najib.

Edah atau period sekarang ini period pilihan raya. Sudah tentu implikasi dari tindakan itu difikir semasak-masak oleh Najib. Memenjara orang memang seronok seperti mana kita memenjara seekor harimau jantan yang ganas. Tetapi risiko dari tindakan itu dahsyat. Kalau pun harimau itu terus berada di dalam kurungan tetapi perlu diingati di luar masih ramai harimau atau hewan lain bersimpati dengannya.

Mereka akan bertindak balas dan bertindak membela sang macan dikurung itu. Serangan kerana rasa tidak puas hati sungguh dahsyat dan hebat. Ini yang perlu dan mungkin sudah difikirkan oleh Najib. Najib juga berifkir mengenai ledakan rakyat sedang kebangkitan itu bukan mudah untuk ditangani pada saat Najib mahu melaksanakan transfomasi politik. Ini masalah Najib hari ini.

Justeru hari ini keputusan terbaik ialah memberi jaminan kepada Anwar Ibrahim. Memberi ruang untuk dia melalui semua proses keadilan sebelum beliau direngkukkan dalam penjara. Adalah silap kalau Najib berfikir UBN akan selesa kalau Anwar di penjara. Itu hanya ilusi dari orang yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Orang yang hilang kekuatan dan sokongan merasa demikian.

Sama-sama kita tunggu keputusannya nanti. Dalam pada itu saya tegaskan sekali lagi, percayalah keputusan hakim Mohamed Zabidin Md Diah tidak akan banyak merubah suasana. Kalau pun Anwar dijatuhi hukum penjara atas tuduhan liwat, para penyokongnya tidak akan berubah hati. Tidak akan ada di hadapan mahkamah hari ini akan mengumumkan diri keluar dari PKR atau Pas atas alasan kerana Anwar disahkan peliwat oleh Mahkamah. Adapun kenyataan Hasan Akidah kerana dia dipecat kerana Anwar itu tidak lebih dari sebuah motivasi basi saja.

Saya sudah katakan dalam ledakan arus dan selera ingin merubahkan kerajaan hari ini Anwar bukan lagi menjadi faktor yang besar. Faktor Anwar hanya 50 peratus sahaja. Yang menjadi faktor dan tentangan kepada Najib ialah kejemuan rakyat kepada pemerintah hari ini yang mengamal dan menggunakan sistem yang lama.

Kenapa rakyat bersimpati kepada Anwar - tanpa melihat arang yang dilumuri oleh UBN ialah kerana Anwar menjadi penggeraknya, 'agitator'. Menjadi hero kepada mereka. Anwar juga dilihat ikhlas dan insaf atas apa yang berlaku. Perasaan itu wujud dalam hati semua kaum di negara ini. Janji dan ikrar Anwar untuk merubah dan membawa rakyat dari alam gelap ke alam cerah sangat-sangat diminati rakyat.

Di hujung catatan ini ingin saya berpesan sedikit kerana hari ini akan berlaku himpunan bagi menyatakan simpati dan sokongan kepada Anwar dan juga ada himpunan yang bertujuan sebaliknya, hendaknya tidak ada pertempuran. Pergi dan ayuh marilah kita berhimpunan secara aman dengan membawa hasrat dan doa masing-masing.

Tidak ada gunanya kalau kita bertempur apa lagi sehingga menumpahkan darah. Kerana baik di sebelah sini maupun di sebelah sana membawa tujuan satu mahu menegakkan keadilan dan kebenaran. Kebenaran dan keadilan itu ada dalam pertimbangan kita.

Jika Anwar dibawa ke Sungai Buloh tidak perlu pihak yang menyokong Anwar berarak sama ke Sungai Buloh untuk memecahkan tembok penjara. Apa yang penting selama Anwar meringkuk di sana ayuh semarakkan gerakan untuk memecahkan tembok pemikiran rakyat yang setengahnya masih dilingkupi kegelapan kerana ditutup tabir kebendaan.

Selagi Anwar tidak dapat keluar dari tembok atau tirani itu bermakna pihak sebelah sini masih belum cukup kekuatan untuk merobohkan sebuah kuasa yang kini sedang menuju ke lembah lagenda! [wm.kl.7:54 am 09/01/12]

Tiada ulasan: