Aduhai Hasan Ali!
Buah Kepayang Yang Tidak Lagi Pahit
Semasa sedang asyik mengikuti pidato mempertahankan diri dan serangan ke atas Umno oleh
Anwar Ibrahim di Machang malam tadi beberapa orang kenalan dan penjenguk blog
Merah Tinta (
MT) menayani saya tentang Hasan Ali.
Semuanya ingin tahu bagaimana kedudukan dan status Hasan Ali. Mereka tanya kenapa Hasan Ali bercakap tidak senada dengan parti. Ada yang lebih ganas bertanya kenapa Hasan Ali tiba-tiba jadi 'sinting'? Sinting bahasa Indonesia bermaksud gila.
Saya tahu Hasan tidak sampai ke tahap itu - yang perlu
warded di mana-mana hospital gila. Masih ada orang lain yang lebih sinting. Tetapi orang yang tidak dapat menerima politik 'parodi' Hasan tidak dapat menerima tindakan dan kepetahan motivasi Exco Selangor itu.
Seorang pemimpin tertinggi Pas juga mengeluh kesal dengan apa yang Hasan lakukan. "Kata apa jadi dengan kawan kita ini?" Saya tidak menjawab pertanyaan itu kerana pada masa itu lebih perlu mengikut apakah yang hendak Anwar sampaikan kepada lebih 40,000 yang membanjiri padang Majlis Daerah Machang dan juga yang berhimpun di luar mengikut menerusi skrin besar kerana tidak ada ruang untuk masuk.
(Oh ada juga yang melihat ceramah di Machang malam tadi membuat hitungan hanya 4,000 saja. Pemerhati itu memberi tahu saya jumlahnya sekitar itu saja. Tidak menjadi masalah kerana memang ada manusia yang tahu membilang setakat 4,000 sahaja. Buta huruf dan pedal putus apa nak buat).
Biarlah saya tidak bercakap mengenai Hasan dalam suasana orang sedang memperhitungkan nasib Anwar dan juga bagaimana keadaan Pakatan Rakyat selepas ini sekiranya Anwar dipenjara. Sebabnya, apa yang disuarakan Hasan itu kontras dengan apa yang bermain dalam kepala umum. Orang ramai, khasnya yang hadir mendengar pidato Anwar dan menyokongnya, mahukan Anwar tidak dipenjara bagi memastikan agenda merampas Putrajaya lulus. Manakala Hasan pula cuba mempertahankan Putrajaya agar terus berada di tangan Umno.
Saya pulang ke Kelantan mengikut perjalanan Anwar itu untuk mengetahui bagaiman sambutan dan penerimaan rakyat Kelantan kepada Anwar. Saya tinggalkan cucu pertama (Muhammad Khalif Ummar) yang sedang dalam perjalanan pulang dari hospital ke rumah semata-mata untuk mengetahui sejauh mana sambutan dan penerimaan rakyat Kelantan terhadap Anwar. Jangan tanya apakah dia (Hasan) bakal diupah tetapi tindakan itu mempercayai Umno lebih Islamik dari partinya.
Jadi tidak eloklah kalau di acara kemuncak ceramah Anwar di Machang saya mencampur aduk isu atau soal-soal politik bilis patah kepala Hasan itu yang saya kira lebih kecil dari perca-perca meluku dalam senario politik Malaysia.
Mungkin orang meletak Hasan hebat. Pejuang bangsa dan pembela
ad-din nombor wahid negara ini. Kan setiap langkah dan cakap Hasan akidah, akidah dan akidah. Hasan menentang arus perdana partinya kerana akidah. Elok kalau selepas ini kita kenali Hasan sebagai
Hasan akidah.Hasan petah dan cerdik setaraf dengan ilmu dan pendidikannya, tetapi bukan dengan saya barang kali untuk menerima kecerdikan dan intelek politik Hasan itu. Saya mengenal Hasan secara dekat tahun 2004 sewaktu beliau hendak bertanding Naib Presiden Pas. Dan pertama kali saya mendengar ucapan Hasan tahun 1999 di stadium Sultan Mohamad Ke IV di mana malam itu dia cuba mengajar rakyat Kelantan berpolitik. Walhal apa yang sudah diterima umum rakyat Kelantan adalah graduan politik yang paling hebat di negara ini ada keunikan sifat dan tindakan politiknya.
Ucapan ala-ala motivasi Hasan malam itu sampai bersembur air liur tidak ubah seperti mahu mengajar itik pandai berenang. Bagi rakyat Kelantan penampilan Hasan pada malam itu tidak kurang disenangi. Kerana sikap dan perangai orang Kelantan mereka tidak suka kalau mereka diajar keluar dari minda dan tradisi politik tradisi mereka. Orang Kelantan tidak mahu kepada
politik smart learning seperti mana diajar oleh Hasan di dalam program-program
summer camp kepada peserta berbayar.Saya kenali Hasan dari dua keadaan itu. Jadi untuk apa saya mengulas lebih lanjut atau sibuk-sibuk menjadi bengong tidak tentu kalu dengan apa yang dilakukan sekarang ini. Aksi yang digunapakai Hasan sekarang ini sudah lapok dan ia sempurna di atas kertas atau di skrin dalam bilik-bilik kuliah saja. Hasan ingin cuba membawa sesuatu yang syumul mengikut pelajarannya dengan melupai akan kelaziman politik di negara ini.
Justeru elok kalau dibiarkan Hassan bersendiri. Dia tidak ubah seperti budak kecil yang menangis untuk menarik perhatian ramai. Di mana kalau makin diberi perhatian dia akan terus menangis kerana dia berfikir cara itu satu kebijaksanaan luar biasa, walhal tangisan itu membingit telinga dan mengambarkan dia belum
baligh dalam siasah. Begitu juga kalau Hasan nak jadi pocong politik seperti beberapa yang lain jadilah.
Membaca laporanPetang ini selepas kehabisan penat dan bermain dengan cucu saya membaca kenyataan dan laporan kenyataan Hasan Ali semalam dan malam tadi. Antara apa yang ditulis ialah Hasan menyeru mahasiswa agar tidak menghadiri himpunan 901 pada 9 Januri. Dia juga mengkritik tindakan Dr Rani Othman yang mengajak ahli Pas ke perhimpunan tersebut kerana himpunan itu bersifat peribadi mempertahankan Anwar. Dia juga dilaporkan berkata, dia lebih tua daripada Dr Rani yang mana maksud ayat itu mahu menggambarkan dia lebih dewasa, matang, lebih Islamik, lebih berakidah dan pandangan lebih jauh dari penggantinya untuk kerusi Pesuruhjaya Pas Selangor itu.
Saya ingin sebut di sini satu pelajaran mungkin tidak sempat dihafal dan dihayati Hassan. Dalam politik, kecil tidak bererti anak dan besar tidak bererti bapak. Dalam politik orang bodoh selalu menjadi pemimpin dan orang cerdik selalu menjadi pengikut yang pandir. Manakala orang terlebih cerdik akan terlebih langkah dan lomatan hingga ke luar pagar sempadan. Ini hakikat. Kalau Hasan cuba menafikan hakikat ini bermakna dia tidak wajar menyertai badan politik.
Saya sudah lama berpegang dan berkata begitu, politik sistem atau tatacaranya tersendiri yang sukar untuk difahami kerana ia bersifat rencam, Machiavelli. Makanya kalau kita tidak boleh menerima peraturan abnormal itu, nyah saja dari politik. Kita tidak seusai dan serasi dengan politik.
Kenapa saya tidak menyertai parti politik kerana sebab itulah. Jadi kalau Hasan sudah tidak boleh tahanan dengan politik, tektik dan strategi politik yang mana Abdul Hadi mengatakan fekah politik (Pas) nyah sahaja. Jangan sayangkan kepada kuasa keduduakn dan
glamour keluarlah anda dari jerumun politik. Cara wadah baru atau bina wadah baru yang lebih demorkasi, lebih bijak dan lebih berakidah dari apa yang ada sekarang.
Buat apa anda menyusahkan diri anda dan juga menyakitikan hati orang lain. Politik bukan segala-galanya. Saya yakin kalau perjuangan Hasan benar dan betul para pengikut dan orang yang taksub dengan pendekatannya akan bersamanya. Bukan saja orang Pas, orang Umno juga. Hatta bekas pendolor punggung Anwar Ezam Mohamad Noor juga akan bersama Hasan.
Hasan harus membuktikan kehebatan dirinya dan dia jangan hanya berperasan hebat saja walhal ia tidak lebih dari tong kosong yang bakal tergolek di tepi longkang. Saya mengatakan ini berdasarkan apa yang pernah dilihat sebelum ini. Tetapi mungkin Hasan tokoh yang terkecuali dari itu, mungkin dia adalah sang mujadid yang dicari dan bukan pocong yang melompat-lompat di senja hari.
Hasan perlu memperakui status yang beliau capai hari ini, sebagai bekas ahli Parlimen (Parti Buntar) , bekas Adun Sungai Burung dan kini Adun Gombak Setia serta dilantik menjadi Exco Agama adalah atas kuasa dan kapasiti dia sebagai ahli Pas. Kalau pun dia baik dengan Sultan, dan boleh makan semeja dan berak setandas dengan orang tertentu kalau dia tidak menang pilihan raya dia tidak akan dapat dilantik sebagai Exco.
Jika Hasan merasa dia kuat, mendapat dokongan ribuan rakyat, dokongan Umno, dokongan istana saya cadangkan Hasan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang tetapi bukan atas tikit Pas. Mungkin beliau boleh gunakan Himpun Sejuta Umat untuk membantunya.
Sama-sama kita tenguk kekuatan Hasan sebenarnya. InsyaAllah perjuang suci, berlandaskan akidah, akidah dan akidah Hasan boleh menang. Jadi sementara itu Hasan janganlah menjadi si Hasan pencuri jambu yang dimarahi tok penghulu untuk memerli hati kawan-kawan lain.
Menurut bacaan siasah saya Hasan bukan lagi menjadi duri dalam daging kepada Pas tetapi Hasan adalah musuh yang sudah jelas dan terang benderang yang mana Pas juga perlu mengambil tindakan tegas termasuk memecatnya dari parti yang kini dianggap
un Islamic dan bukan berakidah lagi.
Hasan yang kalau sebelum ini adalah buah kepayang yang hendak ditelan pahit dan dibuang sayang, kini ia sudah menjadi kepayang yang sudah ketiadaan apa-apa rasa lagi. [wm.kl.5:57 pm 06/01/02]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan