Blog-list Malaysia |
- Azizan Razak Bebal Dan Sombong..
- Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah
- Noh Omar Akui BN Tak Mampu Untuk Tawan Semula Selangor
- Pemantau: Hak asasi 'cakap besar, kurang tindakan'
- Guna 'Duit Zakat' Untuk Beli Hotel Mewah, Kerajaan Negeri Di Gesa Halang Urusan Berkaitan
- ‘Serangan’ program ABU: Umno mesti bertanggungjawab
Azizan Razak Bebal Dan Sombong.. Posted: 23 Jan 2012 12:17 AM PST MB Kedah godam Buku Jingga, selar NGO Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak. Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu. "Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM. Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya. "Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi. Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz. Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat. Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu. |
Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah Posted: 23 Jan 2012 12:15 AM PST Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini. "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur. "Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald. Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. http://malaysiakini.com/news/187355 |
Noh Omar Akui BN Tak Mampu Untuk Tawan Semula Selangor Posted: 22 Jan 2012 06:58 AM PST Semalam sewaktu makan nasi Arab di Senawang Negeri Sembilan seorang pegawai tinggi kerajaan memberi tahu maklumat yang saya kira ikhlas diberikan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengenai kedudukan dan peluang UBN di Selangor. Pegawai itu memberi tahu ketika dia makan bersama Noh Omar bertanya dari hati ke hati macam mana kedudukan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya Noh menjawab dia sendiri tidak tahu macam mana nasib Umno. "Susah untuk saya jawab, di tempat saya (Tanjung Karang) insyaAllah boleh memang, di tempat lain sukar diramalkan," jawab Noh Omar. Kata pegawai itu untuk memastikan kemenangan Noh telah menggunakan apa saja peruntukan di bawah kementeriannya. Menurutnya Noh telah memberi bantuan kepada semua rakyat tidak kira parti. Tetapi katanya bantuan itu diberi separuh saja. Misalnya kalau ada orang miskin minta bantuan nak beli mesin parut kelapa berharga RM700 beliau hanya akan beri separuh sahaja, separuh lagi hendaklah dicari sendiri. Pegawai itu juga memberi tahu Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu banyak menggunakan wang untuk mendapat pengaruh politik di kawasannya. Beliau sendiri hairan dari mana wang itu diperolehi. Kedudukan Umno di kawasan di Selangor sukar diramalkan kerana berlaku perebutan untuk menjadi calon. Perebutan itu boleh menyebabkan Umno berpecah belah. Apa yang boleh ditafsirkan dengan kata-kata Noh itu bahawa UBN sendiri tidak yakin mereka akan dapat menumbangkan kerajaan PR di selangor. Apa yang berlaku sekarang ini pemimpin UBN di Selangor sedang giat menjaga kawasan masing-masing. Senario disebut Noh Omar itu menjelaskan UBN khasnya Umno masih belum merasa mereka selesa di Selangor. Berbagai usaha termasuk menggunakan bekas-bekas pengikut dan penganut Pakatan Rakyat yang berpaling tadah meninggalkan PR. Dalam pada itu UBN Selangor juga berhadapan dengan masalah siapakah tokoh yang hendak dilangkat menjadi MB. Noh sendiri katanya kurang berminat untuk bertanding di Dun bagi dilantik menjadi MB. Bekas MB Khir Toyo besar kemungkinan tidak akan dicalonkan semula. Masa depan Khir Toyo dikira gelap zulmat bila mana beliau didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara setahun. Sementara itu ada usaha segelintir Umno Selangor untuk mengangkat bekas anak buah Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor sebagai bakal MB tetapi awal-awal lagi bekas ketua Angkatan Muda PKR itu ditolak. Rancangan sulit digerakan Ezam bersama gengnya telah dihidup oleh beberapa pemimpin Umno Selangor. [wm.kl.8:22 pm 22/01/12] http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/rolekls-malam.html |
Pemantau: Hak asasi 'cakap besar, kurang tindakan' Posted: 22 Jan 2012 06:37 AM PST Di sebalik ikrar untuk menjamin lebih hak rakyat melalui pemansuhan beberapa undang-undang keselamatan, Datuk Seri Najib Razak menerima tamparan apabila dikritik badan pemantau hak asasi dunia sebagai "cakap banyak, kurang tindakan". "Pemimpin Malaysia memperbodoh dirinya dengan berfikir mereka boleh mundur daripada janji awam untuk menghormati hak berdemonstrasi secara aman dan mengkritik kerajaan tanpa rasa takut," Timbalan Pengarah Human Rights Watch Phil Robertson dipetik sebagai berkata oleh AFP. "Lebih banyak Perdana Menteri Najib dan ahli politik kerajaan tampil cakap besar tetapi kurang tindakan dalam hak-hak (rakyat), lebih banyak mereka perlu jangkakan kemerosotan populariti." itu dalam laporan tahunannya berkata, Asia Tenggara pada tahun lalu menyaksikan berlakunya penahanan pengkritik secara "sewenang-wenangnya", menyuraikan perhimpunan aman untuk reformasi sistem pilihan raya dan menggantikan kawasalan terhadap perhimpunan aman dengan "undang-undang lebih drakonian (zalim)". Agensi berita antarabangsa itu juga berkata, jurucakap kerajaan tidak dapat dihubungi dalam masa terdekat untuk mendapatkan reaksinya. Dalam laporan itu juga, badan yang berpangkalan di New York itu berkata, di sebalik janji kerajaan, hak asasi manusia di Malaysia "kekal dikekang hebat". Human Rights Watch juga mengkiritik perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. http://malaysiakini.com/news/187335 |
Guna 'Duit Zakat' Untuk Beli Hotel Mewah, Kerajaan Negeri Di Gesa Halang Urusan Berkaitan Posted: 22 Jan 2012 04:06 AM PST KUANTAN - Belum pun kes penggunaan wang zakat yang melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) reda, kini heboh pula berita Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pula menggunakan wang zakat. Jika Jamil Khir didakwa gunakan gunakan wang zakat sebanyak RM63,650.00 untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, apa yang berlaku di sini sesungguhnya lebih mengejutkan umat Islam dan rakyat Pahang sebenarnya. Ini kerana, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan MUIP dipercayai mahu menggunakan wang zakat mencecah puluhan juta ringgit semata-mata mahu mengambil alih pengurusan (membeli) hotel MS Garden Kuantan (foto) . Difahamkan, pihak berkenaan telah pun membuat bayaran pendahuluan terhadap hotel terbabit sebanyak RM5 juta dan bakinya akan diambil melalui wang zakat. Apa yang lebih mengejutkan ialah urusan yang berkaitan telah dibuat secara "mengelirukan" hingga menyebabkan ramai pihak kini berada dalam dilema sebenarnya. Ini kerana urusan yang berkaitan dikatakan "memanipulasi" nama pihak istana demi kepentingan beberapa kerat individu di agensi terbabit sebenarnya. Justeru itu, ramai yng terkejut dengan isu ini kerana jika benar dakwaan MUIP mahu menggunakan wang zakat untuk mengambilalih pengurusan sebuah hotel maka ia jelas sekali "lari" daripada matlamat asal zakat itu sendiri. Malah, ia juga tersasar daripada misi MUIP iaitu "Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang Terpuji, Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan, Pembudayaan Ilmu, Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang Berlandaskan Syariat". Justeru itu, seluruh umat Islam di Pahang digesa bertindak untuk memastikan urusan ini tidak berlaku. Amatlah malang sekali, dikala begitu ramai asnaf (mereka yang layak) menerima wang zakat masih memerlukannya tiba-tiba wang tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan (komersial). Maka itu, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa bertindak untuk menghalang urusan tersebut. Beginilah rupa sebuah pusat hiburan yang terdapat dalam hotel tersebut Apakah wajar wang zakat dilaburkan untuk tujuan komersial seperti ini? [Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini dalam masa terdekat selepas siasatan rapi berkaitan siapakah "orang dalam" yang terlibat dengan urusan yang berkenaan. Sebelum ini, PDO juga telah membongkarkan kes khalwat melibatkan bekas Setiausaha MUIP sehingga diambil tindakan oleh Yang DiPertua MUIP sendiri iaitu KeBawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang. Difahamkan pegawai terbabit telah ditukarkan ke Jerantut dan kes beliau masih dibicarakan hingga ke hari ini. Oleh itu, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama dan gambar beberapa individu yang dipercayai memainkan peranan dalam pelaburan yang cukup "memalukan" ini. Apa yang lebih menyedihkan, kini urusan zakat difahamkan diuruskan terus oleh MUIP dan Pusat Kutipan Zakat hanya sekadar menjadi "pengutip wang zakat" semata-mata, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengagihkan wang tersebut kepada pihak yang memerlukan. Jika benar dakwaan ini, maka ia merupakan satu episod malang dalam sejarah zakat di Pahang. Apakah cerita lembu Fidlot yang melibatkan Shahrizat Jalil akan berlaku pula di negeri ini. Tindakan guna wang ke jalan yang tidak sepatutnya amatlah mengecewakan umat Islam. Semoga isu ini dapat dipantau dengan sebaik mungkin demi "masa depan Islam" hendaknya]. http://pahangdaily.blogspot.com/2012/01/panas-guna-duit-zakat-untuk-beli-hotel.html |
‘Serangan’ program ABU: Umno mesti bertanggungjawab Posted: 22 Jan 2012 02:45 AM PST "Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?" kata Chegu Bard. KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Umno bertanggungjawab terhadap insiden program Asal Bukan Umno (ABU) malam tadi di Jalan Kebun, Shah Alam. NGO pimpinan Ketua PKR Rembau itu, Badrul Hisham Shaharim itu juga meminta polis bertindak secara profesional ke atas insiden tersebut. Katanya, kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1Malaysia. "Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?" katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam kejadian semalam 20 pemuda menjerit kepada kaum India yang berada di dalam dewan tersebut. Kata Chegu Bard, malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Cedera dan rosak "Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. "Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul. "Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. "Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalami kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah," tambahnya. Chegu Bard berkata, petugas dengan beberapa hadirin yang kebetulan yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Katanya, kumpulan pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. "Kira kira empat atau lima anggota polis datang, tetapi jumlah mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa. "Kira-kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan