Blog-list Malaysia |
- Susupan Petang MSO
- Hasan Ali Nak Masuk Kristian..
- Madrasah Salihiah adalah isu emas bagi PAS, gunakan sebaiknya...
- Khutbah ingatkan umat Islam tidak sertai ‘demonstrasi jalanan’
- Ummi: Sedia dedah rahsia 'bateri 3A'
- Aspan Alias Menulis Tentang Dunia Yang Nak Kiamat
- Hasan Ali Dah Angau
- Mat Sabu: Ahli PAS boleh hadir 'Bebaskan Anwar'
- Pertikai Moral Anwar: Hasan Ali Semakin Memualkan
- Polis benar penyokong Anwar berhimpun di tempat lain
- Polis tidak tunjukkan bukti penuh insiden di UPSI, kata peguam Safwan
Posted: 06 Jan 2012 01:41 AM PST Polis Benarkan Himpunan 901 Ramai yang merasa lega apabila pertemuan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan pihak PDRM hari ini membuahkan hasil yang melegakan banyak pihak. Pihak polis telah menyatakan kesediaan memberi kebenaran untuk para penyokong dan pendokong Anwar Ibrahim meneruskan program 901 himpunan sempena hari keputusan kes liwat ke atas Anwar pada 9 Januari, Isnin depan. Kawasan yang dibenarkan ialah bukan di hadapan mahkamah tetapi di kawasan letak kereta. Kebenaran itu menandakan pihak polis bersikap lunak dengan para penyokong Anwar yang bercadang untuk berhimpunan. Kebenaran ini boleh dianggap sebagai satu perubahan dan peralihan serta sikap profesional polis. Sebelum ini polis nampak keras dan tetap akan melarang himpunan berkenaan. Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya lebih banyak menyelesaikan membuang sampah di sekitar KL termasuk najis lembu menyatakan akan memantau para himpunan itu dengan ketat termasuk akan memantau menerusi CCTV. Amboi.... Begitu juga dengan golongan pendengki yang telah membuat laporan polis supaya himpunan itu dihalang. Apabila polis memberi lambu hijau kepada himpunan itu menunjukkan polis tidak mudah diperalatkan atau pun menerima provokasi golongan pendengki itu. Sebenarnya sikap terbuka, prihatin dan timbang rasa begitulah yang diperlukan oleh semua pihak. Seperti mana dijamin oleh pucuk pimpinan PKR himpunan itu tidak akan memudratkan keadaan. Mereka hanya ingin berhimpun sebagai menyatakan simpati dan menanda sokongan kepada Anwar Ibrahim. Penyokong Anwar khasnya dari kalangan ahli PKR bimbang keputusan 9 Januari nanti tidak akan berpihak kepada mereka. Katakan Anwar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan jaminan tidak dibenarkan tentu ia merupakan keputusan yang amat pahit buat mereka. Mereka akan merasa satu keputusan yang bukan saja menganiayaan Anwar tetapi boleh menyebabkan harapan mereka untuk menawan Putrjaya tipis. Harapan yang diletakkan kepada Anwar sebagai penggerakan merampas Putrajaya begitu besar sekali. Justeru mereka seharusnya menyatakan perasaan simpati itu kepada orang yang mereka kasihi. Di sini bukan bermaksud mereka ingkar larangan polis tetapi hak untuk menyatakan simpati itu adalah hak mereka. Katanya Azmin akan mengeluarkan kenyataan khas berhubung kebenaran polis itu lewat petang ini. Kita berharap kenyataan itu positif dan merupakan satu tindakan susulan yang baik dan penuh profesional. Iya, kalau polis sudah memberi lokasi untuk berhimpun gunalah dan jangan mencari helah untuk memindah di tempat lain lagi. Kerana pada hari 9 Jaanuri itu juga ada satu pihak lain ikut sama mengadakan himpunan, kita boleh menganggap perhimpunan dua pihak ini sebagai satu pertandingan untuk menunjukkan pihak mana yang hebat. Boleh jadi perhimpunan ini bermulanya kempen saraf pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi. Tujuan pihak satu lagi berhimpun tidak jelas apakah kebaikan kepada negara. Mereka juga bukan untuk menyatakan simpati dan sokongan kepada Anwar. Lantaran itu bolehlah dianggap mereka hanya penmganggu dan pendengki saja. Ingata polis tidak akan wewenangnya berpihak kepada mana-mana dalam hal ini. Kalau himpunan di perkarangan masjid itu menganggu jemaah ataupun menyebabkan bumbung masjid pecah mereka pasti akan ditangkap. Kita tidak fikir himpunan di perkarangan masjid itu untuk mendirikan solat hajat, pastinya akan penuh dengan laungan dan caci maki. Jadi apakah relevannya mereka dibenarkan berhimpunan di masjid? Mungkin polis sudah mengatur strategi kumpulan itu diletakkan di pekarangan masjid untuk menghampirikan mereka dengan Allah dan dengar cara itu mereka akan berhimpun dengan baik. [wm.kl. 2:59 pm 06/01/12] http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/susupan-petang_06.html |
Hasan Ali Nak Masuk Kristian.. Posted: 06 Jan 2012 01:13 AM PST Dr Hasan dakwa wujud pasukan khas murtadkan orang Melayu Sebuah pasukan khas yang mungkin beroperasi di dalam dan sekitar Petaling Jaya dan Kelana Jaya, ditubuhkan oleh pihak Kristian dengan tujuan untuk memurtadkan orang Melayu di Selangor, dakwa Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Katanya, pihak Kristian mendapati penganut agama Buddha, Taois dan Confucian mudah menukar agama, tetapi mendapati umat Islam, khususnya orang Melayu, sangat sukar untuk dimurtadkan. Oleh itu, dakwanya, mereka membentuk unit khas itu untuk menarik orang Melayu di Selangor kepada agama Kristian. Bercakap dalam from anti-murtad anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Al-Hassanah di Bangi malam tadi, Dr Hasan mendakwa unit khas itu dianggotai sukarelawan Kristian yang sangat berdedikasi dan komited dari seluruh dunia. Menurutnya, sukarelawan dari Korea, Australia, Switzerland, dan dari seluruh dunia itu, dengan sukarela tinggal di sini selama sekurang-kurangnya satu tahun. Sukarelawan tersebut, dakwanya lagi, berkelayakan tinggi, termasuk lulusan PhD dan sarjana dalam mata pelajaran teologi dan disiplin keilmuan seperti kejuruteraan atau perubatan, dibantu oleh satu rangkaian rakan-rakan mubaligh di seluruh negara, serta mempunyai sumber pembiayaan tanpa had serta kepakaran dalam alatan psikologi untuk memurtadkan orang Islam. http://www.malaysiakini.com/news/185890 |
Madrasah Salihiah adalah isu emas bagi PAS, gunakan sebaiknya... Posted: 06 Jan 2012 01:06 AM PST Sejak PAS bersama rakan sekutu KeADILan dan DAP memerintah Kedah 9 Mac 2008, Madrasah Salihiah Kanchut adalah isu politik terbaik di Kedah yang mesti dimanfaat sepenuhnya. Orang yang tidak faham manipulasi isu politik akan melihat PAS diserang tetapi hakikatnya pihak lawan yang akan menerima padah yang teruk... dengan syarat, PAS mesti menghangatkan isu ini dan jangan biarkan ia terpadam. PAS berada di posisi selesa kerana UMNO, melalui kenyataan para pemimpin mereka serta sikap yang diambil oleh media utama pro BN; bersikap menentang bangunan tersebut dirobohkan (melalui kaedah istibdal) bagi dibangunkan Kompleks Aman Central. Jadi lakukan serangan bersepadu terhadap BN sehingga akhirnya mereka pula yang kelihatan defensif dan kalah terus. Selepas membuat pengamatan dan analisis, isu Madrasah Salihiah Kanchut dapat mendedahkan 6 perkara. Jangan lupa dedahkan semua perkara tersebut. 1.UMNO kuat bohong Antara pembohongan dalam isu madrasah ialah: a)Madrasah ada nilai sejarah berusia 100 tahun, sebenarnya baru berusia 4 tahun b)Tanah wakaf digadai pada pemaju Cina kapiaq, sebenarnya tanah itu dipindah wakaf (istibdal) c)Di situ ada 200 ahli khariah, sebenarnya cuma ada 5 keluarga Melayu kat situ, tak mampu buat jemaah terutama waktu Maghrib, Isya dan Subuh d)Semua bangunan itu adalah surau, sebenarnya hanya ruang atas untuk solat, sebahagian besarnya ialah pejabat syarikat insuran. 2.UMNO tolak ulamak Majlis Fatwa Negeri Kedah yangi ketuai Mufti dan 9 ulamak besar Kedah selepas bermuzakarah, bersetuju madrasah itu diroboh ikut kaedah istibdal. UMNO menolak pendirian yang dibuat oleh para ulamak Kedah. Depa berlagak lebih pandai dari ulamak majlis fatwa. 3.UMNO sanggah Tuanku Sultan Majlis Fatwa di bawah Tuanku Sultan. Tuanku sudah dimaklum mengenai isu tersebut oleh Majlis Fatwa. Membantah keputusan majlis fatwa mermakna menderhaka kepada Tuanku Sultan. 4.UMNO bersikap hipokrit Kerajaan BN Kedah pernah roboh masjid Alor Malai untuk program penyusunan semula pembangunan Kompleks Al- Bukhary yang di situ juga terdapat pasaraya Giant. Depa buat halal, pihak lain buat haram. Itulah sikap hipokrit UMNO. 5. UMNO anti Cina? Antara sebab penentangan projek Aman Central ialah kerana ia dimajukan oleh Sunny Ho, seorang Cina (usahasama dengan PKNK). Ia memberi impak 'positif' kepada masyarakat bukan Melayu, khususnya orang Cina di negeri ini bahawa UMNO dilihat anti Cina. 6.UMNO gagal bangunkan ekonomi Melayu Pembantah mengatakan projek itu hanya menuntungkan orang Cina kerana Melayu tidak mampu beli lot kedai di situ. Sapa kata? Bukanlah orang Melayu sudah kaya raya hasil pembelaan dan penjanaan ekonomi yang dibuat oleh UMNO selama 60 tahun. UMNOlah satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu... habis tu kalau lot kedai pun Melayu tak boleh beli, apa kejayaan UMNO dalam mengangkat martabat orang Melayu??? http://warta-utara.blogspot.com/2012/01/madrasah-salihiah-adalah-isu-emas-bagi.html |
Khutbah ingatkan umat Islam tidak sertai ‘demonstrasi jalanan’ Posted: 06 Jan 2012 12:54 AM PST KUALA LUMPUR, 6 Jan — Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sambil menyifatkan penganjur mahu gunakan langkah itu untuk menimbulkan "huru-hara dalam negara." Teks khutbah khas bertajuk "Cinta Negara" yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut mengatakan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan boleh melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat sehingga membawa tanggapan kepada dunia Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan aman. "Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan umat Islam di antaranya termasuklah melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan sama ada melalui media massa dan alam siber. "Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini, mereka mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan," kata teks khutbah yang dibacakan di semua masjid di Wilayah Persekutuan. Kata khutbah itu lagi, penganjur melalui perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan mahu menyemai perasaan tidak puas hati kepada pemerintah negara yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak. "Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah. "Mereka bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan, mengheret rakyat ke jalanan, menjadikannya sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan," katanya. Tegas khutbah itu, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan telah melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam lain dan keamanan negara. "Percayalah bahawa demonstrasi jalanan yang mengamalkan kekerasaan dan kekacauan merupakan amalan yang dipolopori oleh golongan yang bersifat ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar," katanya. Justeru kata khutbah itu, umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara diseru agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan. "Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan mereka yang ingin menghuru-harakan keamanan negara, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan umah. "Janganlah kita menjadi seorang Muslim yang mencetuskan kekacauan, melakukan rusuhan, mengadu-domba sesama kita," katanya. Khutbah Jumaat ini muncul selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan aman bagi menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. "Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. "Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan," kata khutbah Jumaat itu lagi. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khutbah-jumaat-wp-ingatkan-umat-islam-tidak-sertai-demonstrasi-jalanan/ |
Ummi: Sedia dedah rahsia 'bateri 3A' Posted: 05 Jan 2012 08:22 PM PST KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka. "Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa. "Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik. Dalam perkembangan berkaitan, kata Ummi, beliau tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan serta kelemahan ketiga-tiga mereka termasuk Azmin sungguhpun mereka adalah adik-beradik sehingga kesemuanya bersara daripada politik dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia. "Tetapi saya masih mempunyai sifat perikemanusiaan dan kalau boleh enggan mendedahkan keburukan abang kandung saya sendiri. "Mereka perlu bertaubat dan meminta maaf seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu atas skandal seksnya," katanya. Sementara itu, Ummi Hafilda yakin Azmin serta PKR tidak akan mampu mengumpulkan sehingga 100,000 penyokong fanatik Anwar untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara Isnin ini. "Azmin boleh berangan seperti Mat Jenin. Dia juga pernah berangan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum lalu tetapi tiada apa yang berlaku," katanya. - Utusex |
Aspan Alias Menulis Tentang Dunia Yang Nak Kiamat Posted: 05 Jan 2012 08:08 PM PST Kalau dunia nak kiamat pun, janganlah kita jadi pembawa dalilnya Dalam kegawatan politik yang sedang dihadapi rakyat kini, banyak perkara yang dapat kita pelajari dan ianya melambangkan sikap dan nilai pemikiran masing-masing yang bermain dalam politik ini. Berbahas dalam politik tidak ada etikanya di sini. Kalau di negara maju mereka berbincang dan berbahas menggunakan isu yang sedang hangat diperkatakan ramai. Tetapi di sini mereka berbincang tentang budi dan membalas budi walaupun yang berbudi itu sekarang sedang melencong jauh dari apa yang sepatutnya mereka lakukan dan perjuangkan. Kalau telah mendapat subsidi gigi palsu dari jabatan kesihatan mereka tidak boleh lagi menegur kerajaan yang korap itu dan wajib menyokong pimpinan yang melakukan korapsi itu. Jika kita telah mendapat pinjaman untuk anak kita belajar ke luar negara, kita di minta jangan mempersoalkan apa-apa yang tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan. Rakyat di kurung pemikiran mereka semata-mata telah mendapat gigi palsu percuma dan pinjaman dan pembiayaan pelajaran anak-anak kita. Apabila termakan sedikit wang rakyat yang bukan pun wang BN atau pun Umno, rakyat mesti duduk diam dan memerhatikan sahaja segala kerja rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak yang memimpin. Budaya ini telah dibentuk oleh Umno sejak bertahun-tahun dahulu dan ini membuatkan orang Melayu tidak boleh berfikir jauh sedikit dari pemikiran mereka yang melakukan tekanan ini. Telah banyak kali diperkatakan yang wang diberikan kepada rakyat itu adalah wang mereka sendiri. Kos gigi palsu itu dibiayai oleh pembayar cukai yang terdiri dari rakyat berbilang kaum dan agama serta rakyat yang menjadi ahli kepada parti kerajaan dan parti-parti pembangkang. Kos membiayai gigi palsu itu bukannya wang Umno, malahan pemimpin-pemimpin Umno yang mengeluarkan bantuan itu pun dibiayai oleh rakyat termasuk ahli PAS, DAP dan PKR. Saya menulis ini kerana ramai yang menyuruh saya menulisnya kerana Umno sedang berkempen yang segala bantuan itu adalah keperihatinan pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Justru rakyat mesti mengundi parti kerajaan. Jika ini dilakukan terus-terusan maka elok cari formula supaya ahli-ahli kepada parti pembangkang itu tidak payah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan dan membayar cukai jualan ke atas rokok yang di hisap oleh mereka yang telah menjadi ahli parti pembangkang. Kalau ini dapat dilakukan maka barulah Umno dan BN boleh mengaku yang wang pemberian untuk membiayai gigi palsu atau pinjaman pelajaran itu adalah hak Umno untuk menagih sokongan melalui pemberian itu. Oleh yang demikian maka kita tidak akan dapat melakukan perubahan walaupun wang negara kita telah di bawa keluar sebanyak RM1 trillion sejak sepuluh tahun dahulu. Jika kita tidak melawan, segala kemungkaran ekonomi dan politik yang dilakukan oleh pimpinan kita, maka sampai bila-bila pun negara kita akan diperlakukan sekehendak hati pimpinan yang tidak jujur dan kita akan hanya menunggu kehancuran yang mungkin datang tidak berapa ketika sahaja lagi. Kemungkinan negara akan menghadapi pengalaman negara-negara kaya yang akhirnya tersungkur di hadapan mata masyarakat antarabangsa akan berlaku kepada negara kita. Kalau kita tidak lakukan sesuatu maka cerita pemimpin menggunakan hampir RM2 billion untuk menyelesaikan perniagaan anaknya yang gagal, akan berlaku lagi. Negara perlu membeli kelengkapan senjata terus menerus untuk keselamatan negara. Jika tidak ada perubahan maka kita akan menanggung pembiayaan pembelian peralatan yang telah dinaikkan harga berlipat kali ganda untuk membayar "kickback" kepada pihak yang bertanggungjawab dalam jumlah yang berbillion. Semuanya ini ditanggung oleh kita rakyat negara ini. Itulah persepsi rakyat terhadap pemimpin-pemimpin parti yang memerintah kita. Baru-baru ini terbongkar isu NFC yang melibatkan Shahrizat dan keluarganya. Shahrizat telah diminta berhenti oleh banyak pihak kerana permasalahan yang beliau sedang hadapi. Shahrizat membuat kenyataan, "siapa dalam Umno yang tidak bermasalah?" Kata-kata Shahrizat itu selari dengan persepsi rakyat terhadap barisan kepimpinan hari ini. Saya menyertai orang ramai yang telah merasakan keletihan mengikut perangai dan budaya Umno ini. Kita disuruh menjadi rakyat yang setia tetapi mereka (pemimpin-pemimpin) tidak pernah menunjukkan sikap dan perasaan kesetiaan kepada negara tercinta ini. Merekalah (pemimpin) yang telah menjadikan Umno dan ahli-ahlinya serta rakyat yang telah di kelirukan itu untuk menjadi modal perniagaan peribadi mereka. Apabila ada rakyat yang berdegil tidak mahu menjadi modal kepada perniagaan peribadi mereka, rakyat gulungan ini dianggap sebagai pengkhianat pula sedangkan pengkhianat sebenar adalah di kalangan pimpinan yang mencuri wang rakyat dalam jumlah yang beratus billion ringgit nilainya. Budaya dan pemikiran mereka (pemimpin-pemimpin) sudah terbalik. Yang benar dikatakan salah dan yang salah mereka katakan betul. Saya dan mereka yang sama pemikiran, tidak mahu menjadi gulungan yang menjadi pembawa dalil kedatangan kiamat. Pembawa dalil kiamat selalunya bertindak dan mempunyai budaya serta pemikiran yang terbalik….yang baik nampak jahat dan yang jahat nampak baik. Yang hak terhimpit dan yang bathil bermaharajalela. Menuju ke jalan yang lurus tidak di gemari oleh mereka yang sedang berkuasa secara rakus. Lagi pun Tuhan memberikan kita ingatan, "selagi masih ada umat ku yang masih berzikir kepada ku, walaupun seorang, dunia belum lagi akan kiamat" — aspanaliasnet.blogspot.com |
Posted: 05 Jan 2012 06:45 PM PST AMAT meluat dengar steatment Dr Hasan Ali bila beliau sudah tidak faqeh, tak cerdik berpolitik dan tidak kenal mana sasaran. Saya tidak pasti sama ada dia baca atau tidak kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang bila menyentuh tentang perselisihan beliau, Mustafa Ali, Saari Sungip dan Nasharuddin Mat Isa. Kalau dia baca maknanya dia memang tidak cukup feqah (kefahaman). Kalau dia tidak baca memang dia meletakkan dirinya dalam kejahilan. Rugi orang yang berpendidikan tetapi meletakkan dirinya taraf itu. Kalau dia faham, feqah rasanya dia akan berpolitik secara bijaksana. Bukan berdepan dengan media tetapi membuat kenyataan menyerang rakan seperjuangan dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani. Kalau dia masih orang PAS Selangor Dr Rani tu pemimpinnya. Saya nak hentam ni pasal baru balik dari menghadiri sidang media beliau di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Saya hormati dia punya pandangan tetapi ia tidak patut bagi beliau dalam PAS dan bekerjasama dengan PKR meluahkan pendapat beliau pada media. Kalau beliau anggap kes Anwar adalah peribadi, ia boleh dibincang dalam PAS, bahas dalam mesyuarat PAS. Kenapa perlu bercakap kepada media? Kenapa tidak jaga hati rakan kita? Memang saya akui ramai juga pemimpin PAS berpendapat seperti beliau tetapi kebanyakkan pemimpin feqah uslub dakwah yang perlu diambil kesempatan oleh PAS. Kenapa Dr Hasan Ali amat tidak cerdik? Apakah terlalu kuat otaknya dipengaruhi Suwardi. Memang kes Anwar kes peribadi tetapi ia berkait dengan qazaf dan hudud yang diperjuangkan PAS. Sepatutnya inilah masa yang perlu PAS perjuangkan untuk menegakkan keadilan hudud. Tetapi Hasan tidak fekah. Itu yang rugi. Mewar-warkan qazaf dan hudud supaya umat Islam faham undang-undang Islam. Kita ambil kesempatan daripada rakyat yang sedang membicarakan system kehakiman yang tidak adil. Hasan perlu faham kes Anwar kalau dibicara perlu dibawah qazaf kerana pertuduh tidak bawa empat saksi. Saksi yang ada sekarang saksi teknikal bukan saksi sah untuk hudud. Saksi teknikal hanya untuk takzir. Memang Anwar boleh dibicara dibawah takzir tetapi sebelum dibicara dibawah takzir, kes dia kena dibicara dibawha qazaf terlebih dahulu. Ini Hasan Ali kena mengaji lebih sikit ni. Dia tidak fekah lalu dia tuduh kes Anwar kes peribadi. Ini aku geram ni… kalau aki geram aku kata mu bodoh Hasan Ali. Daripada situ kita boleh lihat kes Anwar tidak memberi keadilan kepadanya. Pasal perbicaraan dia jauh daripada sistem Islam. Memang tidak adil. Yang adil hanya Islam. Hasan Ali kata nak perjuangkan Islam tetapi hal ni pun tak faham. Macam mana ni…? Hasan kata kenapa kita bercakap tentang dia? Ada banyak lagi masalah pembangunan dan kepala kita yang perlu memikirkan tentang kejuruteraan memajukan negara. Macam Korea, Taiwan dahulu kebelakang daripada kita tetapi mereka lebih maju daripada kita. Itu betul la Hasan sebab pemimpin negara kita juga dok asyik berfikir macam mana nak menjatuhkan musuh politik mereka. Jadi Hasan tidak patutlah hendak menolak isu ini kerana isu ini akan sentiasa dimainkan oleh mereka yang tamak kuasa, tamak kekayaan sebagaimana diterangkan dalam al-Quran. Ini pun Hasan tidak faham. Sebab itu nak jadi negara maju dan bertamadun kena buang mereka mereka yang ada perangai macam ni. Perangai bunuh orang, kaut kekayaan sendiri, asal aku je yang senang orang lain biar susah. Ni kawan Hasan ada perangai macam ni. Jadi cek la tak yah gi jauh. Adanya perangai-perangai macam tu, itu sebab rakyat terus susah. Yang kaya macam Hasan Ali dan rakan sewaktu dengannya. Bila dia cakap macam tu, saya memang ada hasrat nak jumpa dia sorang sama sorang. Saya nak hujah yagn dia kata itu kes peribadi Anwar. Saya akui itu memang kes peribadi tetapi ia ada kaitan perjuangan PAS sekiranya mahu memperjuangkan qazaf, hudud dan undang-undang jenayah Islam. Maka bagi saya perlu kepada orang perjuangan memberi kesedaran kepada rakyat yang belum sedar. Jadi turun pada 9 Januari ini memang kerja betul untuk war-warkan kepada rakyat bahawa sistem undnag-undnag negara pincang tidak betul. Lainlah kalau kepada Hasan Ali kata betul. Selain itu kita mahu sistem kehakiman yang adil bukan dipengaruhi kuasa eksekutif. Kita kena fekah kerana inilah Islam itu datang dan berjaya. Bukan kerana tangkap orang minum arak dan berkhalwat. Tetapi kepincangan tamadun manusia. Satu lagi yang saya nak gelak Hasan Ali cakap kemajuan dan pembangunan jangan bercakap hal kes liwat tetapi beliau buat kerja tangkap orang khalwat tangkap orang minum. Bukan fikir macam mana nak majukan bangunkan umat Islam. Kalau nak cakap la bukan saya tak setuju operasi itu tetapi sikap Hasan tu bila tang dia ok bila tang orang kata peribadi. http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2012/01/gua-dr-hasan-dah-angau.html |
Mat Sabu: Ahli PAS boleh hadir 'Bebaskan Anwar' Posted: 05 Jan 2012 06:16 PM PST Ahli, pemimpin dan penyokong PAS boleh menghadiri perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu. Beliau mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini. "Itu kehendak dia. Presiden dan saya akan hadir... Setakat ini tidak ada arahan bertulis (daripada PAS Pusat). "Kalau presiden dan timbalan presiden hadir, maknanya ahli boleh hadir," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. "Ahli dan penyokong PAS, boleh mengiringi presiden dan timbalan presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini," kata Mohamad (atas, kanan) yang popular dengan panggilan Mat Sabu. Pandangan peribadi Hasan juga semalam turut menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu. Pemimpin PAS yang rapat dengan Umno itu juga mempersoalkan kewajaran Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang mengarahkan ahli-ahli PAS supaya hadir dengan berkata bahawa ia adalah tidak sesuai, meskipun Abdul Hadi dan Mohamad telah mengesahkan kehadiran mereka. Hasan juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri jika ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didadapati bersalah pada perbicaraan kes liwatnya, Isnin ini. Hasan secara tidak langsung menyindir ketua pembangkang itu dengan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian. Mengulas keceluparan pemimpin PAS itu, Mohamad berkata ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS. "Beliau masih lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, beliau boleh mengemukakan (cadangan itu) dalam mesyuarat jawatankuasa. Beliau ada saluran dalam PAS. "Kemudian PAS akan mengemukan cadangannya itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Keputusan mesyurat (Pakatan) adalah pandangan yang sebenar. "Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu," katanya. Buta hati, buta mata Menurut Mohamad lagi, adalah lebih baik cadangan tersebut disalurkan melalui parti daripada terus diumumkan kepada umum. Tindakan Hasan itu juga mengundang keberangan daripada PKR. "Hasan Ali sudah buta hati dan buta mata. Hanya mampu mengulangi skrip Umno. "Ketika Hasan Ali mencerca Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa yang sama, 5 petang tadi (semalam) YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang meraikan Anwar di Kota Bharu," tulis timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali di twitter. Menjawab cadangan yang dikemukakan di twitter oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya Menteri Besar Selangor memecat Hasan, Azmin membalas "Apakah Umno bersedia menerimanya?" http://www.malaysiakini.com/news/185831 |
Pertikai Moral Anwar: Hasan Ali Semakin Memualkan Posted: 05 Jan 2012 04:31 PM PST TAK cukup dengan kacau bilau yang dicetus dalam partinya sendiri, PAS, Datuk Dr. Hasan Ali kini semakin menampakan 'warna UMNO'nya apabila dalam siaran Buletin Utama sebentar tadi, menyifatkan Gerakan 901 bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perkara 'memualkan'. Apakah maksudnya ini? Pada penulis, menyebut perkara ini sahaja (mual) adalah satu bentuk penghinaan yang tidak boleh langsung diterima majoriti ahli-ahli parti yang kini membentuk komponen Pakatan Rakyat. Apatah lagi bila Hasan Ali 'secara peribadi' mempersoalkan moral Anwar dan kelayakannya untuk menduduki kerusi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan nanti. Dalam kedudukannya kini, tidak ada apa yang peribadi lagi mengenai Hasan Ali, lebih lagi bila dia mengulas tentang seorang pemimpin kanan dalam Pakatan Rakyat!! Hasan Ali sedar atau tidak, jawatan Exco kanan yang dipegangnya sekarang berada dalam negeri Selangor yang dikuasai PKR – dimana Anwar sebagai Ketua Umumnya? Penulis yakin, walaupun dengan cadangan PAS tapi tanpa restu Anwar, tidak mungkin dia berjaya menduduki kerusi tersebut. Jika itu tidak cukup, Hasan Ali perlu kenang kembali jasa-jasa Anwar kepadanya ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Penulis ada banyak maklumat mengenai perkara ini tapi akan mendedahkannya pada masa yang sesuai. Yang pasti, jika tidak kerana Datuk Seri Anwar, Hasan Ali sekarang mungkin hanya seorang pesara kerajaan dengan pencen kurang dari 50% gaji bulananya. Kalau diikutkan hati, penulis sudah benar-benar hilang sabar dengan Hasan Ali, tapi penulis sebenarnya lebih marah dengan kepimpinan PAS yang membiarkan 'pengacau' ini terus menerus bermaharajalela. Sudah banyak yang disebutkan sebelum ini akan 'potensi negatif' yang bakal dicetus Hasan Ali yang bersifat menyusahkan banyak pihak, tapi PAS macam itu jugalah – takut bertindak. Apa sebenarnya masalah PAS? Apa istimewanya Hasan Ali sehingga dia diberi begitu banyak keistimewaan terlepas dari sebarang tindakan disiplin kerana mempersoalkan hala tuju parti dan kini Anwar? Penulis mendesak tindakan segera diambil ke atas Hasan Ali. Penulis yakin majoriti penyokong Pakatan Rakyat akan bersama-sama penulis dalam hal ini. Jika PAS masih gagal, tidak keterlaluan rasanya untuk PAS disingkirkan dari Pakatan Rakyat. - suarapakatanrakyat |
Polis benar penyokong Anwar berhimpun di tempat lain Posted: 05 Jan 2012 04:28 AM PST Polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini, tetapi ia hendaklah diadakan di lokasi lain dan bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta demi menjaga ketenteraman awam. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu. "Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan kelancaran trafik. "Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini. Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan,pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perhimpunanbolehditeruskantapiditempatlain_KPN/Article |
Polis tidak tunjukkan bukti penuh insiden di UPSI, kata peguam Safwan Posted: 05 Jan 2012 04:03 AM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis — Polis tidak menunjukkan bukti penuh insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru lalu, menurut peguam yang mewakili Muhammad Safwan Anang, pemimpin mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran polis dan mahasiswa tersebut. Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) yang mewakili Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu mendakwa rakaman yang disiarkan polis di kaca televisyen adalah rakaman sebelum insiden pertempuran, dan pihak berkuasa berkenaan tidak menyiarkan rakaman penuh insiden tersebut. "Kami dapati pihak polis tidak menunjukkan video penuh dalam kejadian di UPSI tempoh hari. Apa yang ditayangkan adalah video sebelum insiden tersebut, mereka tidak mengeluarkan rakaman semasa kejadian itu berlaku. "Sehubungan itu, kami akan mengemukakan video tersebut yang mempunyai bukti kekasaran pihak berkuasa terhadap mahasiswa," tegasnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas Safwan selesai membuat laporan polis atas dakwaan pihak polis menggunakan kekasaran terhadapnya. Dalam laporan polis yang dibuatnya, Safwan mendakwa dia telah ditumbuk di bahagian kiri mukanya, dan disepak menggunakan lutut yang mengakibatkan kecederaan di bibir, dan patah beberapa batang gigi serta turut tidak sedarkan diri selama lebih kurang sejam dalam insiden tersebut. "Ketika demonstrasi itu, anggota polis beberapa orang polis yang berpakaian preman yang memakai vest polis menyerbu kami dan menarik saya ke arah lain secara paksa dan kasar. "Saya telah ditumbuk dengan kuat di bahagian muka kiri yang mana hasil daripada tumbukan tersebut, bibir sebelah kiri dan mulut saya pecah dan berdarah. "Kemudiannya saya ditundukkan dan di dihentak menggunakan lutut di bahagian rusuk kanan, akibat daripada itu, saya mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri," jelas Safwan yang berkerusi roda ketika hadir di balai polis. Menurutnya lagi, dia turut cam anggota polis yang telah memukulnya melalui rakaman video yang berada di dalam simpanannya. Kenyataan Safwan itu turut disokong melalui laporan kesihatan yang dikeluarkan doktor yang merawatnya. Dalam kejadian di UPSI malam tahun baru itu, seramai 60 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) telah melakukan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Kumpulan terbabit telah bertempur dengan anggota keselamatan selepas dipercayai ingkar arahan bersurai dan hasil daripada kejadian tersebut, 17 daripada telah ditahan dan dua termasuk Safwan mengalami kecederaan. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tidak-tunjukkan-bukti-penuh-insiden-di-upsi-kata-peguam-safwan/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan