Ahad, 1 Januari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video - Keganasan Polis Terhadap Mahasiswa UPSI Malam Tadi

Posted: 01 Jan 2012 01:49 AM PST


Polis Mengaku Belasah Mahasiswa UPSI Malam Tadi

Posted: 01 Jan 2012 01:40 AM PST

Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis Perak hari ini mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila pelajar melakukan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan," menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli kepada The Malaysian Insider.


"Ini isu lama, masyarakat selalu cuba menjadikannya isu, sama seperti perhimpunan Bersih 9 Julai lalu," katanya merujuk kepada perhimpunan Bersih yang menuntut pilihan raya yang bersih.

Awal pagi tadi, aktivis mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik mendakwa telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan bersurai daripada pihak berkuasa.

Lanjutan daripada insiden berkenaan, seorang pelajar terbabit Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dilaporkan berada di wad di Hospital Slim River ekoran tidak sedarkan diri. Safwan dipercayai patah beberapa batang gigi dan patah tulang ketika insiden berkenaan.

Dikatakan 17 daripada mereka telah ditahan sekitar jam 2 pagi tadi, mahasiswa terbabit masih lagi berada dalam tahanan polis di Balai Polis Tanjung Malim.

Berita keganasan anggota polis dalam insiden awal pagi tadi itu mula mendapat liputan meluas di media sosial termasuk Twitter dan Facebook yang mengecam tindakan anggota polis menggunakan keganasan terhadap mahasiswa berkenaan.

Bagaimanapun, pegawai polis berkenaan menafikan dakwaan peguam tidak dibenarkan berhubung dengan mahasiswa yang ditahan oleh anggotanya.

"Peguam tidak pernah dihalang daripada berjumpa pelajar terbabit, N. Surendran sekarang ada bersama pelajar yang ditahan," katanya merujuk kepada peguam yang juga Naib Presiden PKR itu.

Fazli walaubagaimanapun tidak pasti tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap mahasiswa terbabit.

"Biar pihak atasan yang tentukan selepas keterangan mereka diambil."

Polis Bertindak Ganas Terhadap Mahasiswa Dan Bakal Pendidik Anak Bangsa

Posted: 31 Dec 2011 09:36 PM PST





Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.

"Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut.

Dipetik dari Juragan

NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis

Posted: 31 Dec 2011 09:25 PM PST

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim malam tadi -- yang menyaksikan hampir 20 orang ditahan dan seorang cedera -- terus mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkata, tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan menimbulkan polemik baru kerana ia tidak bertepatan dengan hasrat perdana menteri untuk mengukuhkan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat.

"Seharusnya sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya," kata presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.


Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Fahmi berkata, tragedi di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak berkenaan.

Katanya lagi, ini kerana tiada peruntukan yang jelas untuk mengawal serta mengehadkan kuasa serta budi bicara polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman.

Sementara itu, Jingga 13 -- NGO yang dekat dengan PKR -- mendesakkesemua 17 aktivis dan mahasiswa yang ditahan dibebaskan dengan segera tanpa syarat manakala pihak yang cedera wajib diberikan pampasan selayaknya.

Ketua koordinatornya Fariz Musa berkata, "tindakan biadap di luar kewarasan manusia" itu tidak dapat diterima oleh mana-mana manusia dan jelas melampaui batas.

"Pihak polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa kerdil bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan tergamak menjadi alat penguasa bertindak zalim!" katanya dalam kenyataan hari ini.

"Jingga 13 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim oleh FRU ini! Jingga 13 bersama mahasiswa menolak kekejaman ini, dan kami mendesak anggota yang terlibat dikenakan tindakan tegas!"

Berita Berkaitan
Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan

Umno Dengan Ketakutan Yang Amat Melucukan

Posted: 31 Dec 2011 06:35 AM PST

Bantah 'Kempen Bebas Anwar 901' tidak berasas

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyelar tindakan Umno Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis bagi membantah 'Kempen Bebas Anwar 901' dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily menjelaskan penangkapan yang berlaku di Kelantan semalam ekoran mengedarkan risalah berkaitan dengan kempen tersebut juga menunjukkan kerajaan serta pihak polis tidak pernah berlaku adil serta bertindak di luar prinsip demokrasi.

"Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidak adilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen," jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesabaran rakyat dalam campur tangan kerajaan dalam soal perundangan terutamanya kes Anwar sebenarnya sudah berada pada tahap yang tidak boleh dibendung lagi.

Malah beliau memberitahu, jika sesuatu perkara yang dituntut terutama prinsip perbicaraan yang adil di mahkamah tidak diatasi dengan sewajarnya, maka tindakan itulah cara terbaik yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat kerajaan akan membuka mata bahawa kerajaan perlu akur dengan tuntutan rakyat.

"Rakyat sudah mula muak dengan permainan yang dilakukan oleh kerajaan terutama dalam isu fitnah Anwar, cara terbaik adalah melakukan kempen agar kerajaan membuka mata dan dengar hasrat mereka.

"Kerajaan harus memberi ruang kepada rakyat untuk menyatakan hasrat mereka bukannya menghalang kebebasan bersuara mereka, malah menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kempen tersebut juga satu yang tidak sewajarnya.

"Pihak Polis boleh memantau tetapi tidak menggunakan kekerasan dan kita juga tidak mahu perkara yang sebaliknya berlaku jika polis bertindak diluar batasan kemanusiaan," jelasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan kempen tersebut sebagai menghina keputusan mahkamah, beliau mempersoalkan di mana tindakan tersebut dilihat menghina mahkamah.

"Kuasa keputusan adalah hak mahkamah, apa yang dilakukan adalah sebagai kempen bebas Anwar bukan memcaci keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

"Kempen desakan perlu dilakukan dan ia sebagai isyarat bahawa kita mahukan pengadilan mahkamah kali ini berlaku dengan adil tanpa campur tangan pihak tertentu," katanya lagi.

Tambahnya lagi, secara simboliknya kempen itu bertujuan agar mahkamah yang akan memutuskan keputusan pada 9 Januari nanti dilakukan atas keadilan yang telus bukan dorongan mahupun desakan oleh pihak tertentu.

Sebelum itu sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'.

Laporan dibuat oleh Umno dan beberapa parti komponen Barisan Nasional dan juga Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7324-bantah-kempen-bebas-anwar-901-tidak-berasas-

Contohi tindakan saya, kata Phang kepada Shahrizat

Posted: 31 Dec 2011 06:09 AM PST

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.


"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

"Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Madrasah Salihiah - Menjawab Hujah Bodoh Umno Kedah

Posted: 31 Dec 2011 04:21 AM PST

orangeman said...

1. Masa Bukhari buat projek tu dulu dia reban masjid tapi dia buat masjid yg 100 kali lebih besar dan indah. Lepas tu dia adakan kelas kelas ugama dan lain lain aktiviti yg menjurus pada kesejahteraan agama islam . Souq bukhari pulak membuka peluang untuk bumiputra pakat pakat tumpang berniaga.

Projek Aman central tu projek cina. Melayu takdak peluang.. kecuali exco-exco dan pegawai PAS yg terlibat dalam projek tu saja yang dapat habuan. Yang diperjuangkan oleh PAS berkaitan projek tu bukan sebab pembangunan untuk rakyat tapi bangunan untuk suku-suku hampa.

2. fasal keputusan meroboh tu pon hampa kona saja kata keputusan Majlis fatwa. Biasalah hampa nanti tunjai jari kat orang lain.. sebenarnya komplot dua tiga ekog yg ada hun.. lagi sekali..bukan untuk pembangunan pon dan bukan untuk rakyat pon.. ada udang sebalik mee.


Walau bagaimana pon saya tabik kat hampa orang PAS sebab kalau fasal pusing pulas kona muhong dan fitnah memang tuhan kurnia ilham kat hampa jauh lebih hebat dan bijak berbanding UMNO yg memang ngok kalau fasal fitnah pusing pulas ni..

Kedah La said...

Betoi dak Kedah La kata.. Jawapan depa untuk soalan satu dak boleh ramal. Cuma dia sebut beca shopping komplex..yg nu Melayu, yg ni Cina. Eh, Pasaraya Giant kat Souq Bukhary tu Ibrahim Ali punya ke? Semua barang2 dlm Giant tu keluaran Bumiputera ke?

Aman Central adalah usahasama PKNK dgn swasta. PKNK tu Cina ke? sapa kata Melayu takdak peluang meniaga.. pi laa beli semua lot kedai kat situ takdak sapa nak larang. Org Melayu bukan ke kaya2 belaka hasil perjuangan UMNO 60 tahun bela dan majukan org Melayu, so nak susah hati apa.. Tak dak kuota utk org Melayu beli semua lot niaga, yg tak boleh beli semua cuma Cina. Tunggu apa lagi..pi beli.. org Melayu tak mampu nak salah PAS jugak?

Pasai Majlis Fatwa Kedah tu lu fikirlah sendiri.. Mcm dok kata depa ok ak ok ak.. Lastly tuduh itu bukan keputusan Majlis Fatwa... Pulak dah. nanti lepas ni Kedah La akan siarkan surat Tok Mufti tu, tapi depa mesti kona.. Tu surat palsu. mampoih kalau nak layan puak2 ni..

Dipetik dari Depakata

Tiada ulasan: