Biaqpila |
- Hantu Kak Limah dipenjara dalam botol
- Pilih Kerajaan Baru, Tumbangkan BN
- Guru berkhalwat bawa anak
- JAMIL KHIR MASUK ASNAF MANA?
Hantu Kak Limah dipenjara dalam botol Posted: 03 Jan 2012 06:00 AM PST Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu. Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang. Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu. Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu. Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung. Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu. Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang. Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan. Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terdekat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang. Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk. Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah. Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk. Pada masa itulah, Masliana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya. Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul. Kena sembelih Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan. Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik. Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku. Proses rawatan tidak menggunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan. Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syaawal. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pilih Kerajaan Baru, Tumbangkan BN Posted: 03 Jan 2012 04:00 AM PST GAMIS Mahu Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, Tumbangkan BN Kuala Lumpur, 2 Jan : Mahasiswa akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umu ke-13 nanti, justeru Umno BN mesti berundur. Demikian ditegaskan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan polis terhadap para mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris, awal pagi semalam. “Mahasiswa mahukan perubahan, kali ini mahasiswa dan anak muda akan membuat pilihan yang tepat. “Kami akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. Umno BN mesti berundur, mereka sudah tidak layak lagi mentadbir Malaysia dengan prestasi yang sangat buruk,” ujarnya. Polis mesti bertanggungjawab Mengenai insiden yang berlaku itu, beliau berkata, Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan mesti bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku itu. Justeru, katanya mahasiswa desak agar Ketua Polis Perak itu membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap anggota beliau yang memukul dan menerajang peserta demonstrasi. Katanya, Shukri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan nafi berhubung dengan kejadian yang berlaku, yang menjelaskan lagi sifat tidak profesional pihak PDRM bekerja. Menurutnya, mahasiswa bukan golongan penjenayah, mahasiswa hadir hanya berbekalkan suara dan kain rentang, pihak polis tidak wajar membuat kekerasan sedemikian. Amaran keras kepada kerajaan! Selain itu juga, ujarnya mahasiswa mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas khususnya dan juga seluruh mahasiswa Malaysia umumnya atas kekasaran anggota polis itu. “Amaran keras kepada pentadbiran Malaysia, bahawa kecaman dan kekerasan yang dibuat oleh pihak polis tidak lagi menjadi halangan bagi seluruh mahasiswa bahkan ia menambahkan lagi semangat kami untuk terus bersatu dalam membebaskan mahasiswa daripada belenggu kezaliman,” tegasnya. Beliau menambah, perjuangan mahasiswa menuntut kebebasan akademik juga akan terus membara di seluruh pelosok negara dan tidak sekali-kali akan terhenti. – GZDaily selatanonline KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 02 Jan 2012 08:00 PM PST AMPANG - Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi semalam. Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah untuk memadu asmara. Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama pasangannya. "Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan," katanya. Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala pasangannya seorang kontraktor. "Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik," katanya. Di hotel berasingan, sekumpulan pemuzik lelaki perempuan bukan muhrim dari Singapura dicekup tidur sebilik. "Difahamkan mereka pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk membuat persemba-han," katanya. Beliau berkata, turut ditahan, seorang lelaki warga Pakistan bersama pasangannya warga Indonesia. Wanita yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai pembantu pelayan restoran, manakala pasangannya berusia 31 tahun itu seorang kontraktor. Operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Pegawai Masjid Nurrusaadah di Kampung Cheras Baru, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan dan Masjid Masjid Ubudiah Kampung Tasek Tambahan. Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 02 Jan 2012 05:00 PM PST PAS mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada di golongan 'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat membayar kos guaman.AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam."Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris. Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'. Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut. Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat. "Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga. "Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, " katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini. Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. Kenyataan yang dirujuk itu antaranya: - Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen. - Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'. kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan