Anak Sungai Derhaka |
- Alasan dari Shabery Cheek pula untuk mengelak debat Anwar vs Najib diadakan..
- Ketua Audit Negara akui kelemahan NFC, serah polis siasat unsur penyelewengan
- PANAS!! Pereka Fesyen Australia sahkan Rosmah telah berbelanja di Butik miliknya..
- Letak bom bawah pentas?.. Hang 'BOM' kot Mat Bashah??
- Alasan Bodoh dari Ahmad Maslan untuk mengelak debat Anwar vs Najib diadakan..
- Samseng Jalan Kebun sudah ditahan Polis?
- Tepung Tawar Van: Najib buat kerja Khurafat!
Alasan dari Shabery Cheek pula untuk mengelak debat Anwar vs Najib diadakan.. Posted: 25 Jan 2012 05:05 AM PST Nampaknya untuk menyelamatkan Najib dari dimalukan oleh DS Anwar Ibrahim dipentas debat, berbagai alasan diberikan oleh para pemimpin UMNO untuk mengelak dari debat itu diadakan. Jika sebelum ini satu alasan bodoh telah diberikan oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dengan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini - sepenuhnya sila baca di SINI Berikut pula adalah alasan yang juga kelihatan bodoh dari seorang lagi pemimpin UMNO yang suatu masa dulu berbuih-buih mulutnya bila berdebat dengan DS Anwar Ibrahim.. Shabery: Idea debat Anwar-Najib tidak relevan January 25, 2012 KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, idea debat antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak relevan. Ini kerana, menurut beliau, debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri. "Debat mesti dipertimbangkan dua pihak atas isu yang dianggap mempunyai kepentingan umum. "Misalnya seperti isu video, apakah video yang ditayangkan itu Anwar, memang itu isu peribadi, tapi sebab itu kepentingan umum, jadi perlulah buat. Apa-apa pun perlulah dipertimbangkan sebaiknya," katanya pada Sinar Harian Online selepas Taklimat Program Simulasi Menembak. Beliau mengulas pandangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian agar Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara. Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan. "Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat. "Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim. Bagaimanapun, dalam reaksinya Umno berpendapat bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan. Ketika dihubungi Sinar Harian semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini. |
Ketua Audit Negara akui kelemahan NFC, serah polis siasat unsur penyelewengan Posted: 25 Jan 2012 03:35 AM PST KUALA LUMPUR 25 Jan: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan. Dalam satu kenyataan hari ini, Ambrin berkata, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan."Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. "Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. "Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi," ujar beliau. Bagaimanapun katanya, LKAN 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir 'in a mess' atau penyelewengan dalam laporannya seperti yang dilaporkan sesetengah media. "Pada pendapat Jabatan Audit Negara (JAN), sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. "Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. "Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?," soal beliau.
RM134.7 juta disalur kepada NFCorp Menurut Ambrin, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah PFN sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat. NFCorp katanya, adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd. Menurut Ambrin, projek tersebut diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar. Antaranya, Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. "Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. "Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja," kata beliau. Selain itu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007. Manakala setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp supaya syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang. Dalam kenyataannya, Ambrin turut mengakui pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. "Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan," kata beliau. Berikut ialah kenyataan penuh daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang:Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut: Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat. NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd. Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:
iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan. Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010. Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?. JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali. |
PANAS!! Pereka Fesyen Australia sahkan Rosmah telah berbelanja di Butik miliknya.. Posted: 25 Jan 2012 12:22 AM PST Apabila journalist dari Sydney Morning Herald mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah Mansor telah membelanjakan RM325,000 di sebuah Butik yang terletak di Sydney, seperti biasa pencacai-pencacai UMNO yang merupakan Blogger pro UMNO akan bermati-matian mempertahankan Rosmah dengan menyerang kredibiliti journalist tersebut. Ada antara Blogger UMNO tersebut mendakwa Andrew Hornery, Journalist tersebut adalah seorang gay, oleh itu mereka mengaitkannya dengan DS Anwar Ibrahim yang difitnah mereka sebagai seorang 'pemimpin gay' dengan mengatakan wartawan gay mestilah menyokong 'Pemimpin Gay'. Mereka juga menyerang Andrew Hornery dengan mendakwa journalist Sydney Morning Herald (SMH) itu seorang wartawan yang tidak mempunyai kredibiliti dan pernah disenaraikan antara "Australian Worst Journalist". Hari ini.. dalam satu jawapan kepada Malaysiakini, Pereka Fashion dari Sydney, Carl Kapp pula telah mengesahkan memang Rosmah telah membeli-belah di butik miliknya tetapi enggan menyatakan jumlah sebenar pembelian Rosmah itu.. Adakah Pereka Fashion ini juga akan dilabel sebagai gay dan pereka fashion yang tak punya kredebiliti oleh Blogger UMNO? Sama-samalah kita nantikannya… Rosmah Mansor sebelum ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia. "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur. "Saya selalu menjadi mangsa," katanya cuba meraih simpati.. ********************************************** Sydney designer: Rosmah did make purchasesSydney designer Carl Kapp has confirmed that the Malaysian premier's wife Rosmah Mansor had made purchases at his store, but denied ever saying that she had spent A$100,000. Responding in a statement today to Malaysiakini 's request for comments, Kapp (right) said Rosmah and her "sizeable group" had during her visit "made various purchases". He said he had not disclosed the amount spent, which had been stated in fashion blog Frockwriter and the Sydney Morning Herald column 'Private Sydney'. "I wish to clarify that in my statement on this distinguished client's visit, never did I make any specific reference to the amount spent at my Paddington store," Kapp said in a carefully worded statement. "... during their visit, members of (Rosmah's) party, including friends and the chair(person) and organiser of Islamic Fashion Festival separately made various purchases. I believe Datin Sri Rosmah is the patron (of) this Islamic Fashion Festival." Frockwriter had on Jan 17 reported, based on an interview with Kapp, that "Rosmah wound up ordering 61 silk pieces". "Based on the average prices in his collections - which start at A$ 400 and reach several thousand dollars, Frockwriter estimates it could be approaching A$100,000. Kapp was paid upfront," blogger Patty Huntington wrote. SMH columnist Andrew Hornery meanwhile reported that the PM's wife had "dropped an estimated A$100,000 in (Kapp's) boutique ordering garments during a private holiday in Sydney". According to Kapp, the articles were also "inaccurate" in saying that he is being "flown to Malaysia next month" solely for Rosmah's benefit. 'I'm not indiscreet' "Visits to various parts of Asia, including Malaysia, for the purposes of channel marketing for our merchandise and sourcing of materials for future products are a regular part of my work calendar and ordinary course of business," he said. He said that the articles had unfairly presented him and his business as "indiscreet" and "willing to divulge personal and private information...(of) clients". "This is manifestly untrue, and we wish to state unequivocally that we value greatly the privacy of our clientele and would never violate their confidence under any circumstance." he said. In a response to Malaysiakini today, Hornery said that it was Kapp's publicist who had approached fashion journalists in Sydney with the story on Rosmah's visit. He added that the designer had spoken on record and was "as candid as he could be". Hornery has dismissed claims by Rosmah that his report was "wildly exaggerated" and "untrue", saying that he is standing by his report. Huntington, on her Twitter account today said that Rosmah's reaction was "amusing". "I think there are about to be a few more developments. Stay tuned...," she said. - Malaysiakini |
Letak bom bawah pentas?.. Hang 'BOM' kot Mat Bashah?? Posted: 24 Jan 2012 11:09 PM PST Dalam loghat utara 'BOM' adalah satu istilah yang digunapakai sebagai gelaran untuk kaki auta, putar alam dan juga pembohong besar dan ianya sering diletakkan dihujung nama seseorang misalnya Faizal Bom, Rakab Bom, Rauna Bom dan berbagai lagilah.. Nampaknya gelaran ini juga sesuai untuk diberikan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato' Ahmad Bashah yang cuba 'mengebom' apabila menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah. Turut sama dalam misi 'pengeboman' ini ialah Pembantu Am pejabat Ahmad Bashah, Shamshul Anuar Aziz, yang berkata beliau menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu sekitar 4:45 petang. "Saya kemudian ke Balai Polis Daerah Kota Setar membuat laporan mengenai kejadian ini sekitar 7.05 malam," tambah Shamsul. 4:45 petang terima panggilan.. 7.05 malam lapor polis?? Memang pakar BOM sungguh puak-puak UMNO Kedah ni!! Bawah ni sebahagian laporan yang aku petik dari KedahLanie.. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah. Di bawah ini pula apa yang disiarkan oleh Sinar Harian 'Letak bom bawah pentas' ALOR SETAR - Pejabat Umno Bahagian Alor Setar digemparkan dengan panggilan palsu mendakwa terdapat bom di kawasan pejabat itu, lewat petang semalam. Pembantu Am pejabat, Shamshul Anuar Aziz, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu sekitar 4:45 petang, yang memaklumkan 'aku letak bom bawah pentas'. Sebelum itu, katanya, telefon pejabat itu berdering sebanyak lima kali namun tidak dijawabnya kerana pejabat itu yang juga Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ditutup sempena cuti umum Tahun Baru Cina. "Saya jawab panggilan keenam itu kerana bimbang ada kecemasan. Tak sangka pula ianya panggilan bom. Mulanya saya tidak percaya dengan apa yang saya dengar, mungkin ada orang nak bergurau sahaja, selepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar," katanya. Shamshul Anuar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha pejabat, Abdul Kader Mohamad yang menasihatinya supaya membuat laporan polis. "Saya kemudian ke Balai Polis Daerah Kota Setar membuat laporan mengenai kejadian ini sekitar 7.05 malam," katanya. Ahmad Bashah yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Kedah, malam semalam berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku sepanjang beliau bergelar wakil rakyat. "Saya difahamkan anggota polis terus ke lokasi pejabat saya untuk membuat pemeriksaan, namun tiada bahan seperti bom ditemui. Walaupun hanya panggilan palsu namun kawalan keselamatan terhadap pekerja dan diri saya perlu dibuat," katanya. Menurutnya, sebelum ini hanya bangunan pejabat Umno diconteng dengan kata-kata nista beberapa kali, namun inilah kali pertama ugutan seperti ini dibuat terhadapnya. "Saya andaikan perkara ini ada unsur ugutan untuk menakut-nakutkan saya dan pekerja. Mungkin ada pihak yang marahkan saya, dan buat perkara tidak berfaedah seperti ni. Namun ianya tidak jejaskan apa-apa," katanya. Ahmad Bashah turut menyelar perbuatan individu yang cuba menimbulkan kekecohan dalam kawasan pejabatnya dan menyifatkan ianya tindakan seorang pengecut - Sinar Harian |
Alasan Bodoh dari Ahmad Maslan untuk mengelak debat Anwar vs Najib diadakan.. Posted: 24 Jan 2012 07:00 PM PST SHAH ALAM – Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini. Menurutnya, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum. "Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa. "Biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak kedua-dua pemimpin ini. "Lagi pula, Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. Kerana itu saya katakan, tidak perlu adakan debat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Jelasnya, Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu. "Ini medium yang baik. Ia boleh dikategorikan sebagai debat kecil, di mana setiap pertanyaan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang diajukan dan disertakan dengan jawapan sama ada lisan mahupun bertulis. "Jadi, Dewan Rakyat sudah mempertemukan semua pemimpin dalam keadaan terbuka dan boleh membidas antara satu sama lain," katanya. Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara. Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan. "Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat. "Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim. Sinar Harian |
Samseng Jalan Kebun sudah ditahan Polis? Posted: 24 Jan 2012 06:18 PM PST SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu. Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku. Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil. "Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir," katanya. Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian. Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali. Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan. Sinar Harian |
Tepung Tawar Van: Najib buat kerja Khurafat! Posted: 24 Jan 2012 09:10 AM PST KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan. Majlis ringkas tersebut berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi ini. Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Datin Rahimah Mahamad. Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam. Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd. Fatmi di Jalan Hospital di sini. - BERNAMA Menepung tawar tu kerja khurafat.. tengoklah apa yang terpampang dalam e-fatwa di bawah ni.. kalau tak jelas sila klik pada image.. Atau sila lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan