Khamis, 12 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Letupan di Himpunan 901: Polis tawar RM10,000 ganjaran

Posted: 12 Jan 2012 03:13 AM PST


KUALA LUMPUR, 12 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.


Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.

TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Letupan berkenaan berlaku sejurus mahkamah memutuskan Ketua Pembangkang itu dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat pembantunya.

Menurut Ketua Polis Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, letupan bom berkenaan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan.

Siasatan polis membawa kepada penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.

Menurut Mohamad, letupan berkenaan sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan keadaan huru-hara kerana kawasan perkarangan mahkamah pada ketika itu merupakan kawasan tumpuan orang ramai ekoran perhimpunan pembebasan Anwar 901.

Mohamad sebelum itu berkata, "bahan letupan tersebut adalah buatan sendiri dengan menggunakan penetap masa, bebola, dan bateri, serta wayar berdasarkan penemuan yang ditemui di kawasan letupan."

Menurutnya, bahan letupan berkenaan dipercayai diletakkan di bawah kon trafik di luar bangunan mahkamah.

Letupan tersebut telah mencederakan lima lelaki di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Bom pertama meletup sejurus Anwar keluar dari perkarangan mahkamah, dan disusuli letupan kedua selang beberapa minit kemudian berhampiran pencawang elektrik, kira-kira 50 meter dari pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan.

Letupan terakhir berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi pertama dan kedua.

Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari bahan letupan, namun tidak menjumpai sebarang bahan letupan lain.

Dia juga mempertikaikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahan letupan berkenaan di bawa oleh salah seorang penunjuk perasaan dan mengagapnya "anggapan kecil media", malah menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan perkara itu.

"Saya menggesa orang ramai agar tidak menimbulkan kekecohan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Sebarang maklumat berkaitan insiden pengeboman tersebut hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya Abd Rahman di talian 019-470 8947
atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585
atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444
atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


The Malaysian Insider

Polis turut pertikai laporan Utusan

Posted: 12 Jan 2012 03:02 AM PST


KUALA LUMPUR, 12 Jan — Tiga bom yang meletup dan mencederakan lima orang Isnin lepas semasa perhimpunan 901 pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan, demikian menurut ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh hari ini.


Salleh memberitahu pemberita, polis membuat kesimpulan berkenaan berdasarkan penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.

"Kami percaya bom berkenaan diletakkan dan diletupkan untuk menimbulkan huru-hara dan panik dengan kehadiran orang ramai di sana," katanya dipetik The Star.

Mohamad sebelum itu berkata, "Bahan letupan tersebut adalah buatan sendiri dengan penetap masa, bebola, dan bateri, serta wayar yang ditemui di kawasan letupan."

Bahan letupan berkenaan dipercayai diletakkan di bawah kon trafik di luar bangunan mahkamah.

Letupan berkenaan telah mencederakan lima lelaki di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Letupan pertama berlaku sejurus Anwar keluar dari perkarangan mahkamah, dan beberapa minit kemudian disusuli letupan kedua berhampiran pencawang elektrik, kira-kira 50 meter dari pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan.

letupan terakhir berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi pertama dan kedua.

Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari bahan letupan, namun tidak menjumpai bahan letupan lain.

Dia juga mempertikaikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahan letupan berkenaan dibawa oleh salah seorang penunjuk perasaan dan menganggapnya "anggapan kecil media".

"Saya menggesa orang ramai agar tidak menimbulkan kekecohan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya menambah.

The Malaysian Insider

Scandal NFC: Shahrizat mohon cuti bukannya mahu berhenti.

Posted: 12 Jan 2012 02:02 AM PST


Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.


CUTI.. bukannya BERHENTI!! Kalau nak berhenti tu rasanya jauh panggang dari api..

Isu NFC: Shahrizat mohon cuti tiga minggu

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shahrizat berkata beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Bernama

PANAS!! Video paling kurang ajar abad ini.. Marine US kencing Jenazah Taliban..

Posted: 12 Jan 2012 12:16 AM PST


Video yang memakan masa 39 saat dan tersiar di laman You Tube ini bolehlah disifatkan sebagai Video paling kurang ajar abad ini..


Dalam Video ini kelibat empat orang anggota tentera Marin US yang lengkap dengan seragam dan senjata kelihatan sedang kencing keatas tiga jenazah pejuang Taliban yang terkorban dalam pertempuran.

Sambil kencing keatas jenazah tersebut salah seorang dari mereka mengucapkan "Have a nice day, buddy."



Berita berkenaan sila baca di SINI

Sekarang NFC adalah mangsa penipuan.... Faham?

Posted: 11 Jan 2012 11:07 PM PST


Dalam pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, beliau mengemukakan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.


"Beliau telah menghantar emel menyatakan terdapat penglibatan seseorang dalam cubaan merasuah pegawai penyiasat kes skandal NFC.

Berikut adalah e-mail yang telah diterjemahkan..

Dihantar: Sabtu, 31 Disember 2011, 10:40 pagi

Tajuk: Sekarang NFC adalah mangsa penipuan. Faham?

Saya baru selesai makan malam bersama-sama dengan peguam yang mewakili NFC dan Dato' Salleh, sebelum saya berlepas ke Chiangmai pada malam 22 Disember. Peguam itu baru selesai bersama-sama dengan sessi soalsiasat di antara polis dan anak guamnya. Dia memberitahu kami mengenai cerita kaki penipu ini, seorang bermulut manis yang berjaya meyakinkan pelanggannya yang tertekan untuk memberikannya wang supaya dia (Shamsubahrin) dapat mempengaruhi polis agar kurang kasar (dengan NFC) semasa soalsiasat. Sedih melihat bagaimana seseorang boleh menjadi bodoh apabila sudah tersepit.

Ia bukanlah wayang. Sekarang Dato' NFC kita terdedah kepada dakwaan bersubahat di dalam cubaan merasuah polis. Sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis.

Megat

Dihantar melalui Blackberry oleh Maxis



*******************************************

KEADILAN sebelum ini menggesa SPRM untuk menyiasat Dato' Salleh Ismail dan pengurusan NFC yang berkemungkinan cuba menggunakan orang tengah untuk merasuah penyiasat dalam skandal penyelewengan NFC. Sehingga sekarang, KEADILAN masih belum menerima apa-apa maklumat yang mengesahkan bahawa satu tindakan telah diambil oleh SPRM berikutan pendedahan itu.

Hari ini, KEADILAN ingin mendedahkan bahawa gesaan untuk menyiasat Dato' Salleh Ismail dibuat setelah mengambil kira kenyataan umum oleh salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM iaitu Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin Megat Khas melalui satu emel yang diterjemahkan lihat di atas.

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas adalah seorang tokoh yang dihormati dan menduduki banyak jawatan penting di dalam negara. Selain dari menjadi ahli Lembaga Penasihat SPRM, antara lainnya beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah PETRONAS, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan penasihat Bank Negara.

Beliau juga adalah bekas ADUN Kelana Jaya dan anggota Jawatankuasa Disiplin Umno di samping dikenali sebagai kenalan rapat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno melalui sumbangan beliau menjadi pengerusi jawatankuasa penganjur Tan Sri Muhyiddin Charity Golf.

Oleh yang demikian, keterangan peribadi yang dibuat oleh Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ini perlu diberi perhatian serius oleh SPRM. Apatah lagi apabila beliau menyatakan pendapatnya bahawa ada unsur rasuah dan keterbabitan Dato' Salleh di dalam cubaan merasuah polis yang membolehkan SPRM mengambil tindakan segera ke atas perkara ini.

KEADILAN akan membuat satu laporan SPRM berkenaan perkara ini pada jam 330 petang ini di pejabat SPRM Shah Alam, agar siasatan boleh dijalankan segera.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

12 JANUARI 2012

Transkrip asal emel sila lihat di SINI

Produk Baru dari NFC kah ini?

Posted: 11 Jan 2012 09:35 PM PST


Meskipun pada kotak dalam gambar di atas tertera wajah Shahrizat Abd. Jalil isteri kepada Pengerusi Pusat Fidlot Negara (NFC), kotak tersebut bukanlah mengandungi produk atau keluaran dari NFC.


Apa yang terkandung di dalam kotak tersebut aku tak tahu.. tapi yang pasti ianya bukanlah produk dari NFC.

Jadi Makcik dan Pakcik yang menerima bantuan dari Shahrizat itu janganlah mengharap untuk merasa daging lembu yang diternak oleh keluarga Shahrizat..


Mana mungkin Shahrizat mahu memberikan kepada Makcik dan Pakcik daging lembu yang dijual di restoran milik keluarganya di MeatWorks at ION Orchard Singapore dengan harga dari SGD50 hingga ke SGD50 untuk 250gm.

Tujuan utama wajah Shahrizat diletakkan pada kotak tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Makcik dan Pakcik di pendalaman yang jauh dari capaian internet bahawa Shahrizat adalah seorang wanita yang baik dan prihatin..

Selain itu ianya juga bertujuan untuk memulihkan kembali imej Shahrizat yang terjejas berikutan penyalahgunaan dana NFC yang dilakukan oleh Keluarganya..

Jika dikatakan wajah Shahrizat wajar diletakkan pada kotak 1AZAM itu kerana beliau adalah Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang melaksanakan program tersebut..

Sewajarnya juga wajah atau gambar Menteri Pertanian Noh Omar (bawah) turut diletakkan pada kotak tersebut kerana dalam program Azam Tani Kementerian Pertanian juga terlibat..




Info tentang 1AZAM

1Azam Galakkan Pertumbuhan Wanita Dalam Perniagaan

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dalam mengecapi status negara berpendapatan tinggi, wanita juga tidak terkecuali dilihat sebagai antara faktor penting ke arah merealisasikan impian itu.

Ia bukan satu omongan kosong. Malah, situasi ini dapat dibuktikan menerusi komitmen kerajaan yang sentiasa mengiktiraf peranan golongan hawa dalam prospek pembangunan ekonomi negara.

Apatah lagi, kebangkitan wanita juga mendapat perhatian serius daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dengan jelas menyuarakan suara hatinya menyeru masyarakat supaya mengiktiraf peranan besar wanita.

Atas faktor itu, tidak menghairankan apabila pengenalan Indeks Prestasi Utama (KPI) menerusi enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenal dalam memenuhi keperluan rakyat yang menekankan kepada proses pembangunan wanita sebagai peneraju penting pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah, iaitu satu daripada teras NKRA, menggalas peranan berat mengeluarkan wanita daripada kepompong minda konservatif dengan meningkatkan penyertaan dan peranan aktif golongan itu.

Justeru, perniagaan dilihat sebagai satu cabang meningkatkan peranan wanita sama ada menerusi peruncitan, penternakan, kesihatan serta penghasilan makanan.

Komitmen ini jelas apabila kementerian dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012.

Antara program yang diatur bagi membangunkan kapasiti golongan itu ialah memberi latihan teknikal, penyediaan Kursus Asas Keusahawanan serta tidak ketinggalan, 1Azam--Akhiri Zaman Miskin.

1AZAM GALAK WANITA LIBAT KEUSAHAWANAN

Program 1Azam yang diperkenal tahun lepas dengan tujuan meningkatkan pendapatan rakyat miskin dan miskin tegar menerusi empat cabang alirannya iaitu, Azam Kerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat adalah usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan golongan itu daripada kehidupan sedemikan menerusi kebajikan produktif.

Tidak mahu lagi membiarkan golongan ini terus-menerus bergantung harap kepada kerajaan, Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata sudah tiba masanya reformasi mentaliti dilakukan bagi menjadikan mereka lebih berdikari.

Justeru, program Azam Tani yang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian, Azam Niaga (perniagaan kecil-kecilan), Azam Khidmat (bidang perkhidmatan) dan Azam Kerja (penempatan pekerjaan), adalah cabang terbaik kepada wanita seperti ibu tunggal dan suri rumah.

Biarpun program ini, tidak memberi fokus khusus kepada wanita kerana turut membabitkan Ketua Isi Rumah (KIR) golongan lelaki, namun ia mampu meningkatkan pertumbuhan wanita dalam perniagaan.

"Kita dapat melihat sudah ramai wanita berjinak-jinak dengan perniagaan dan ini menampakkan pertumbuhan ketara wanita dalam bidang itu," kata Pegawai NKRA kementerian itu, Hazmi Samsudin kepada Bernama baru-baru ini.

Melihat potensi program ini, kerajaan memperuntuk sebanyak RM$363.6 juta untuk tahun 2010 manakala RM$358.76 juta bagi tahun 2011 untuk menjayakan 1Azam.

TAHUN 2011, 1AZAM AKAN LEBIH GIAT

Mengulas lebih lanjut, Hazmi berkata penerima bantuan 1Azam dipilih secara teliti menerusi hasil pendaftaran di bawah sistem e-kasih, iaitu di bawah tanggungjawab pejabat Perdana Menteri dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja berjaya.

Dengan hasil pendaftaran seramai 45,611 golongan miskin dan miskin tegar berpendapatan antara RM750 dan RM2,000 sebulan, didapati hanya 30,068 ketua isi rumah termasuk Sabah dan Sarawak telah menguarkan minat untuk menyertai program tersebut.

Difahamkan laporan berita sebelum ini, seramai 9,687 daripada 45,611 yang mendaftar adalah ketua isi rumah wanita dan menjadi hasrat kerajaan untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Setelah disaring, akhirnya hanya 7,401 layak menerima bantuan program 1Azam bagi tahun 2010. Yang berbaki masih lagi di bawah kajian," katanya.

Bagi menjayakan program 1Azam, Hazmi berkata adalah mustahil kementerian itu bergerak sendiri dan untuk itu beberapa kementerian dan agensi berkaitan telah terbabit seperti Kementerian Sumber Manusia menerusi Azam Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Azam Tani) manakala Azam Khidmat dan Azam Niaga menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

"1Azam akan lebih giat pada tahun ini dan untuk itu sebanyak RM58.76 juta telah diperuntukkan di mana KPWKM akan menerima RM50 juta bagi melaksanakan Azam Niaga dan Khidmat manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM20 juta dan Kementerian Sumber Manusia RM8.76 juta.

"Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM140 juta bagi tahun 2011," katanya.

TIADA LAGI ERTI KEMISKINAN

Mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan, seorang daripada peserta Azam Niaga, Sabariah Mohd Tahir akhirnya berpeluang mengecapi kehidupan selesa apabila perniagaan kecil-kecilannya itu kini membuahkan hasil lumayan dan pernah mencecah jualan kasar sehingga RM90,000 sebulan.

Berbekalkan pelbagai kemahiran membuat kek, kuih moden dan tradisional, yang diperoleh hasil daripada menyertai pelbagai jenis kursus, penyertaan menerusi 1Azam membantunya memasarkan Ain Z Collections Enterprise bukan sahaja sekitar Kuala Lumpur malahan negeri lain.

"Saya mengetahui mengenai 1Azam ini daripada kawan-kawan. Pada awalnya, skop perniagaan saya hanya sekitar kampung dan tidak boleh menerima tempahan luar kerana tidak mempunyai peralatan cukup.

"Tetapi setelah menyertai Azam Niaga proses pinjamannya pun tidak susah dan saya sudah meminjam sebanyak empat kali untuk membeli peralatan seperti mesin plastik. Berbekalkan pinjaman itu, membolehkan saya menerima tempahan dari Kedah, Terengganu dan Johor," kata ibu tunggal ini.

Beliau pernah menerima pelbagai anugerah dan terbaru Usahawan Terbaik Risda Selangor Tahun 2010 bagi kategori Roti dan Pastri.

BERNAMA

Tiada salah guna wang zakat - Mufti Wilayah Persekutuan

Posted: 11 Jan 2012 07:17 PM PST


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Demi Jamil Khir mereka cuba memutar belit lagi..

Pada permulaan isu ini didedahkan Jamil Khir dan juga MAIWP telah menafikan ada menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman membantah permohonan qazaf terhadap Saiful.

Bagaimanapun penafian tersebut amat jelas bercanggah dengan kenyataan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan juga jawapan rasmi Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC)..

Kini muncul pula Mufti Mufti Wilayah Persekutuan, mengakui MAIWP ada menggunakan wang zakat tetapi katanya, ia urusan guaman MAIWP dan mengikut hukum syarak serta selaras dengan undang-undang.

Timbul pula persoalan disini.. Apakah menghalang atau menentang perlaksanaan hukum Allah itu dibenarkan oleh syarak?

Sedangkan fisabilillah ialah berjuang menegakkan hukum Allah..

Biarpun tafsiran bagi fisabilillah itu adalah luas.. ADAKAH MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK MENENTANG PERLAKSANAAN HUKUM ALLAH ITU FISABILILLAH?

Kerana mahu mempertahankan Jamil Khir yang namanya terpampang dalam dokumen dari Ketua Audit Negara itu, mereka sanggup memutar belit hukum Allah..


*******************************************

Tiada salah guna wang zakat


KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Kosmo! Online

Cek siapa RM300,000.00 ni?

Posted: 11 Jan 2012 09:38 AM PST


Cek yang tertera di atas adalah sekeping cek yang dikatakan telah dibayar oleh syarikat milik AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang, Dato' Yahya Abd Jalil, Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) kepada penama yang tertera di dalam cek itu.


Jumlahnya sememangnya amat besar bagi kita rakyat marhaen ini, namun dengan jumlah RM300,000.00 itu ianya masih tidak cukup untuk membayar 10% wang pendahuluan bagi membeli sebuah kondominium seperti yang telah dibeli oleh keluarga Shahrizat seperti di SINI ataupun di SINI.

Namun begitu ianya adalah mencukupi untuk membeli secara tunai sebuah kereta seperti di bawah ini..



Atau untuk membeli secara tunai sebuah kereta seperti di bawah ini..



Tetapi tidak mencukupi untuk membeli secara tunai sebuah kereta seperti di bawah ini.



Dan ianya juga adalah tidak mencukupi untuk membeli secara tunai lain-lain kereta yang boleh dilihat di SINI

Kalau korang nak tahu siapa sebenarnya penama didalam Cek tersebut dan ingin mengetahui dari parti manakah beliau samada PKR, PAS , DAP atau parti yang giat memperjuangkan nasib melayu iaitu UMNO.. silalah lihat di SINI.

Tiada ulasan: