Khamis, 12 Januari 2012

Addin

Addin


Gempar!! Hassan Ali Akan Di Lantik Presiden PERKASA

Posted: 12 Jan 2012 11:00 AM PST

Desas - desus menyatakan orang kuat PERKASA Ibrahim Ali telah menelefon Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hassan Ali untuk mempelawa nya menyertai pertubuhan itu, sama ada sebagai ahli mahupun terus selaku presiden. 

Presiden PERKASA itu menawarkan secara terbuka kepada Hassan Ali apabila pegangan Hassan Ali didapati selari dengan perjuangan PERKASA iaitu mempertahankan Islam, Melayu dan kedaulatan raja raja. Beliau bersedia member laluan kepada Hassan Ali sebagai presiden PERKASA dan sanggup berundur setelah tiga tahun menerajui pertubuhan Pribumi Perkasa itu.

Katanya Hassan Ali akan mempertimbangkan tawaran nya itu, tambahnya lagi yang beliau sanggup menyerahkan jawatan itu kepada sesiapa yg layak. Sejauh mana penerimaan Hassan Ali terhadap pelwaan itu masih menjadi tanda tanya.



Ini Sebabnya Kak Ijat Cuti 3 Minggu..

Posted: 12 Jan 2012 07:57 AM PST

Kak Ijat telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Lama tu Kak Ijat, mana mau pergi? Ramai orang kata Kak Ijat nak tolong jaga ladang lembu, betoi ka? Ishk, ishk, ishk. Apapun rasa elok juga Kak Ijat ambil cuti time-time kalut macam ni, maklumlah kiri-kanan kena hentam, letih tu.

Rasanya dah berbuih mulut beliau terangkan mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) yang menurutnya tiada kaitan dengan dirinya namun ia terus diperkatakan. Jadi, kena sangatlah pada masanya untuk Kak Ijat ambil cuti, tenang-tenangkan fikiran, lagipun tak syok juga kalau ditakdirkan beliau disiasat sewaktu masih di pejabat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kak Ijat kata beliau telah mengemukakan permohonan itu Najib Razak. "Saya berharap pihak SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai NFC di mana suami saya  Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Isu itu semakin panas berikutan beberapa bukti yang mendedahkan wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging.

Di petik dan diolah dari mynewshub 

Sumber :  Ini Sebabnya Kak Ijat Cuti 3 Minggu..







Khairul Fahmi Di Pilih Penjaga Gol Terbaik Asia

Posted: 12 Jan 2012 07:48 AM PST

Mereka yang 'gila bola' khususnya yang gemar melayari internet untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai sukan tersebut di seluruh dunia, pasti pernah melayari laman web www.goal.com. Ia sebuah portal komprehensif yang mengumpul berita mengenai bolasepak dari benua Amerika hinggalah ke benua Asia. Baru-baru ini satu undian telah dijalankan oleh portal tersebut bagi mencari siapakah yang dianggap oleh peminat bola sepak sebagai penjaga gol terbaik Asia.

Apa yang membanggakan, penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mendapat tempat pertama dalam undian tersebut.


Sebelum ini, laman web itu meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23. Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.


Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd). Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.


Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebentar tadi mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan terkejut atas pengiktirafan tersebut serta menegaskan bahawa beliau akan memberikan komitmen yang lebih tinggi terhadap kariernya selepas ini.

"Alhamdulillah..saya tak sangka..terkejut jugak, tak expect pun untuk dapat pengiktirafan begitu."Bagaimanapun, saya akan tingkatkan usaha lagi..lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang di dalam bidang karier saya ini..pengiktirafan ini memberikan saya lebih semangat untuk terus maju ke hadapan," katanya.

Tahniah dari kami di Mynewshub.my kepada Apex. Ia secara tidak langsung menunjukkan, kemampuan dan kehebatan beliau bukan saja diiktiraf pemerhati serta peminat bola sepak tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa. ~mynewshub

Sumber : Khairul Fahmi Di Pilih Penjaga Gol Terbaik Asia

Mengejutkan!! Mufti WP Keluar 'Fatwa', Kos Guaman Untuk Menentang Qazaf Adalah Asnaf Fisabilillah

Posted: 12 Jan 2012 06:27 AM PST

Mufti Wilayah Persekutuan
Kenyataan media oleh Mufti Wilayah Persekutuan ini membuktikan Menteri Di Jabatan Perdanan Menteri, Jamil Khir Baharom sah menggunakan wang zakat untuk kegunaan kos guamannya menentang tuntutan qazaf yang di kemukakan oleh Anwar Ibrahim. Diharapkan Jamil Khir Baharom menarik semula penafiannya sebelum ini. Kenyataan Mufti ini bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman MAIWP mengikut hukum syarak di bawah asnaf fisabilillah agak mengejutkan kerana kes itu melibatkan usaha menentang tuntutan qazaf yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Adakah "halal" bagi MAIWP menggunakan wang zakat untuk menentang usaha Anwar Ibrahim menggunakan hukum Allah? Cuba baca maksud fisabilillah dalam konteks yang dinyatakan: segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. Takutkan Allah Tuan Mufti, jangan takutkan UMNO sahaja kelak menyesal di kemudian hari.

Penggunaan Wang Zakat Untuk Kos Guaman MAIWP Ikut Hukum Syarak - Mufti WP

KUALA LUMPUR, 11 Jan - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP.

Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.

"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. ~bernama/dcm

Dakwaan Skandal Terbaru Azalina Othman

Posted: 12 Jan 2012 05:42 AM PST

Bekas Menteri Belia dan Sukan ini telah didakwa  menerima wang RM300,000 dari seorang peniaga berasal dari Johor. Berikut adalah dakwaan terbaru oleh blogger TheWhistleblower711. Mengikut blogger TheWhisteblower711 ini, beliau mendakwa Azalina Othman menerima bayaran RM300,000 tersebut sekitar Mei 2011. Sehingga ke saat ini menurut blogger tersebut, Azalina Othman masih tidak menjawab berkenaan dakwaan tersebut. Sebelum ini blogger ini telah menimbulkan beberapa kontroversi dengan mendedahkan rasuah beberapa pemimpin tertinggi negara. 

Di antaranya ialah dua pembantu pemimpin tertinggi negara dan seorang Timbalan Menteri, Awang Adek Hussin; dan dua pembantu yang bertugas dibawah Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

 Cek yang di dakwa telah diberikan kepada Azalina Ohman.

Individu yang di dakwa terbabit dengan skandal Azalina Othman
Sekiranya dakwaan oleh blogger TheWhisteblower711 mempunyai asas yang kukuh, pihak berkuasa seharusnya bertindak dengan segera. Bertindak untuk mendakwa bagi yang terlibat tetapi bukan menyelamatkan individu-individu yang terlibat dan meng'kambing hitamkan' individu lain pulak.

Baca lanjut di sini.

Sumber : Dakwaan Skandal Terbaru Azalina Othman


Tiada ulasan: